Thursday, April 18, 2013

Seronok ke menjadi surirumah?

Assalamualaikum

Tajuk kemain kan. Haha. Saje nak share pengalaman jd suri rumah dah 9 bln ni. *ini adalah pengalaman saya ye. Dan pendapat saya. Pandangan saya. Kite rambut sama hitam tapi hati lain2. So jgn melatah klau tak sependapat*

Sejak menjadi suri rumah ni. I x tau nak cakap bestnye sbb dapat tgk anak depan mata. Hurmm. Klau dah hari2 24 jam. Asyik berkepit pon bosan gak. Kakaka. Bukan. Maksudnya. Posibility utk anak menjadi super manja dgn ko mmg lah tinggi. Dan x dapat la kite nk berehat sgt sbb setiap masa adaaa jeee keje nak buat kt rumah tu. Klau g keje. At least lunch boleh masuk surau tdo. Dan tiada siapa yg akan kacau. Ekekee.

Mcm biasalah setiap tindakan yg kite buat tu mesti ada pros and cons kan.

I dlu brenti keje xde nak fikir apa dah. X sempat nak fikir. Rafif kan jenis menangis. Ada masa ke nak fikir bila anak kite nangisss je. Xde. Brenti on the spot. Jaga Rafif waktu tu horror weh. Nak lg husband i ni jenis workaholic. Balik keje lambat. Kadang weekend keje. Mmg lah horror. Tp skrg bila fikir balik. Klau lah i keje. Mesti i xdpt nk handle stress tu. Penat keje lg. Balik rumah dgn anak lg. Actually. I mmg byk handle Rafif alone. Sbb hubs kadang2 2 3 hari x jumpa anak. G keje Rafif tdo. Balik keje Rafif tdo. Huu. And hubs i jenis byk outstation. Dlu tiap kali hubs os i gigih la duduk dgn mak mertua. Penat tau bila kite asyik x duduk setempat ni. Baju asyik dalam bag je. Rumah pon huru hara. Mane nk setting brg dapur. Mane nk basuh baju. Haish. Naseb lah xkeje. Klau keje hubs os i nk urus Rafif sorng pepagi antar bs or taska. Adoii. X dpt nk bayangkan. Better i x keje lah bila laki jenis os aje ni. So mcm skrg i dok kg. Heaven gler. Hahaha. Hubs mayb balik hujung bln kot. Baru i fly dgn Rafif balik kl.

Bg i rezeki tu Allah dah tulis. Even dalam islam pon cakap. Klau suami mampu. Biarlah suami je yg kerja. Isteri dok rumah urus anak2. Urus hal rumah tangga. Sbb tu lah i gigih nk belajar masak apa. Dah la tak keje. At least i amek peluang ni utk belajar masak. Org kate stakat dok dua org makan beli jela. Klau asyik beli. Sampai bila nak pandai masak? Buatnye i ada sorng anak je smp bebila. X kan nk membeli je smp ke tua. Hahaha. Bkn nk masak hebat. Masak ala kadar je. Mknn utk harian. Prektis gitu. Lg satu bila kt rumah ni. Kita ada byk masa utk tumpukan perhatian kt anak. Sofar i mmg amek masa 5 minit pg 5 minit ptg utk ajar Rafif belajar. Bkn la belajar susah pon. Tulis je nama die. Ibu ayah. Pastu prektis yg little reader tu. Klau kita x konsisten. Xde jadual mmg main jela keje die. Skrg balik kg i ada beli yg drawer magnet tu kan. Kadang termiss jugak. Hahaha.

Paling i suke jadi surirumah bila dapat senangkan husband. Husband i mmg la susah nk cuti. Ade cuti tp susah nak amek. Haish. Jd bayangkan klau i keje. I ada komitment keje. Die lagi la. Super busy. Klau i ada nk kena stay lama ke kt office. Boleh ke die nk take off nk handle anak? Jd bersyukur lah tak keje. So biar die focus career die. I dgn anak2. Ehem. Dgn anak. Jadi back supporter. Hubs kan jenis byk cakap phone kan. Pastu laki i ni klau jenis ckp phone kena tumpukan 100% perhatian kt phone. Jgn ko pandai2 nk ckp pape waktu tu. Die x kan dpt tgkp. Baru lah i faham org ckp lelaki boleh fikir satu benda je dalam satu masa. Jd bila die tgh busy tu. I amek Rafif buat benda lain. Sbb i selalu cakap. Jgn kaco. Ayah tgh keje. Cari duit utk kite jugak. Naseb baik ibu tak keje. Haha. Even klau outing pegi mall ke. Nama je weekend. Hubs still keje. Call org tu call org ni. I cakap. Bang. Take ur time. Buat keje dlu. Kotrang pusing mall. Bg duit je. Hahaha. So hubs akan lepak memana settlekan keje die. I shopping lah. Haha. Pastu cakap naseb baik aku x keje.

I x kisah org nak cakap perabihkan duit laki je. Xkeje. Itulah keje suami. Cari nafkah utk isteri dan anak2. Dan i bukan jenis suke mintak pelik2 pon. Most of the time. Hubs offer. Klau hubs ada rezeki lebih die yg sebok nk belanja. Alhamdulillah. Soal masa hadapan i hanya berserah pada takdir. Cuma masa skrg i buat dan galas tanggungjawab ini dgn sebaik mungkin. Ingt senang ke jd SAHM ni. Ingt enteng sgt ke. Ce try!

Jd apa yg i rase. Jd surirumah buatkan i rase hormat suami. Jd kite tau kedudukan kite. Bkn nk ckp org keje x hormat suami. Ini pandangan sy. Dr kisah i sendiri. Mane lah tau klau i keje. I rase x best la bila i je yg asyik nk handle anak. Dah la i penat keje. So better i duk rumah dan berdoa supaya Allah murahkan rezeki kami sekeluarga dan beri kebahagiaan kepada kami. Itu jelah nk kongsi. Hehe.





One happy family. :)

P/s: i mmg tabik hormat dekat isteri kt luar sana yg hebat keje balik rumah handle anak lg. Moga Allah memberi balasan dan pahala yg setimpal dgn perit lelah kita ye.

17 comments:

e.t.t.y said...

baiknye doakan aku yg penat kerja sambung lagi kerja kt rumah ni. nasib baik jugak laki aku jenis membantu. tp kalau dia tak tolong, aku hangeeen. hahahahahah

Zahira said...

Allah swt adalah sebaik-baik perancang! Best pe duk umah, boleh mendidik anak sendiri dan boleh tengok growth and development anak! hehe.

Ala, maybe 1 fine day bila anak dah besar boleh la if nak keje balik :)

UMIE SUE said...

sokong mimi 100 %..su pun surirumah jgk.

Mimy Hamid said...

setiap kita dah diberi perjalanan yang baik oleh Allah..apapun suri rumah ke keje ke...as long izin suami takde masalah...sama je...tugas isteri kepada suami tetap utama

amal said...

kita yg sahm ni je yg paham hehe

Super Ummi said...

thanks mimi utk entri ni... 2,3 hari ni asyik fikir... takpe ke berhenti kerja, takpe ke jd suri rumah... bc enntri ni lega rasa...

hana yoriee said...

Yup..rezeki masing2. Jaga aisy sepanjang hari n uruskan hal rumahtangga kadang lg penat. Skrg daddy aisy pun pandai mengeluh sbb dia jd babysitter siang, mlm keje. Katanya "ingt senang ke nk jaga anak?". Haha.. Tau xpe..

Erina Asmawani said...

Sangat setuju dengat entry mimi ni. Surirumah je yg tau "keadaan" surirumah kan. Yang penting kita ikhlas membesarkan anak,hormat suami. Dan betul..bila jadi surirumah ni kita lebih rendah diri dengan suami. Moga mimi n family dimurahkan rezeki. Kita supermom! :)

Cik Amy said...

Ok.memang sonok mcm tu :)

plus..xde risau anak kite kt umah pengasuh..td..member info..anak ofismate dia meninggal..tersedak susu kt umah pengasuh...tibe2 rase night mare,soon, after deliver...takot nk anto anak umah pengasuh T_T



http://aimiemokhtars.blogspot.com/

Cik Puan Mimi said...

Ko xpe la weh. Dok ngn mak. Laki balik on time. Akuuu. Sobbbb

Cik Puan Mimi said...

Hehe. Btol la. Klau ada rezeki bekerja mane la tau kan. Satu hari nanti.

Wawa said...

sebulan jd suri rumah....tak mampu weyh....pitam dengan Annaila...dan sesungguhnye pekerjaan yg paling sukar adelah surirumah...

Hana Soffelia said...

I is jeles dengan u mi.. memang bercita2 nak jd fulltime h.wife tp kewangan hubs tak membenarkan i utk berhenti keje buat masa skarang la. So far, bg hana betul tindakan mimi berhneti memandangkan hubs selalu out station n sian rafif kalo mama papa dia busy nanti.

Blog Ku said...

ye la jeles jugak...bila cakap tentang 'susahnya nak cari pengasuh utk anak' memang rasa nak berhenti kerja,tapi kewangan tak brp stabil jd kena la kuatkan semangat,masa dan tenaga wanita ni...

Blog Ku said...

ye la best la sape yg jd surirumah ni...bila cakap tentang " nak cari pengasuh utk anak " memang rasa nak berhenti kerja je..tp kewangan tak brp stabil..jd kena kuatkan usaha..

Bidadari gojess said...

Nice.. bila dah merasa sendiri baru kita tahu kan...

www.bidadarigojes.blogspot.com

Dalila Yusof said...

sape tak seronok jadi surirumah ..anak depan mata wlupun rasa penat