Pages

Jul 26, 2013

Persiapan Raya 2013

Assalamualaikum

Tahun ni turn i beraya kg i. And disebabkan haritu hubs kena pegi labuan early dr sepatutnya. So i pon fly balik kb jugak la. Puasa ni x sanggup nk dok berdua je dgn Rafif. Mmg penat. Nk masak pon susah. Huhu. So skrg dah kt kg. Ringan sikit la beban ni. Dapat la mandi dengan tenang. Haha.

So persiapan raya tahun ni simple jela kot. Act. I dah tempah awal baju raya ktorang. Dr bulan 4 kot. Skali tukang jahit i buat hal lak. Die dah balik kedah. And sume baju ktorang ada dgn die. Byk kali lah die berdalih. Kate nk dtg klang anta. Pastu x jd. Pastu nk dtg kl sbb dah balik kedah last week. Tp cancel. Kesian la deakt i. Smp hati btol org ni buat kite mcm2. :'( dah x nak tanggung risiko. I beli la baju readymade je sume. Rafif punya baju melayu tok ayah dah blanja. Color tok ayah pilih. Hijo la tahun ni. Pastu i gigih gi cari baju melayu husband pulak kt pasar siti khadijah. Rm60 je. Naseb ada. Sbb color tu susah gak nk match. Yg hubs settle.

Nak cari i punye lak. Susah jugak pastu i nk cari yg murah je. X nak yg chiffon sarat sume. X nak peplum. Nk baju loose je. And jumpa dekat parkson de alfa tu. Dua pasang seratus ke. Amek jela. Cari color seakan same. Haishh. Harap tak nampak caca marba sgt la. Teringat baju kt tukang jahit.



Color hijau ni. Tok ayah siap blanja die songkok and capal. Sampin dah lama beli. Mama long blanja. Hehe.


I punya x nak tunjuk lagi. Tp design dah nampak kan. I nk match dgn tudung bawal. Tp along dah try cari x jumpa lak bawal 5 hengget tu. Adoii. Td i dah byr glittershawl dr Ig mane ntah. Haha. Harap same la color die. Color x sama pon i pakai jela. Malas nk membazir.

Baju rafif yg tshirt tu ada lg yg blom pakai and pakai skali dua je dr london haritu. Malas dh nk beli baru. One thing jadi malas ni sbb dok kg. Takde banker nk g beli baju. Heheh. So kira mcm cukup da kot. Tudung jela selai lg nk beli dr purdypetals. Harap ada la kak annaaa.



Tahun ni saje nk meriahkan rumah. Pasang pelita. Main bunga api. Hehe. Sbb fikir tahun depan blah hubs dah. Ngeee. Tahun ni dalam perancangan lagi nak sambut birthday rafif ke x. Mcm nk buat tp tgk la ketua masakan ok ke x. Hehehe. I tlg gitu2 je. Mak la kesian. Nk kena masak. Pastu adik dok request nasi ayam. Slrrpp. Sedakkk.

Tp raya ke tiga hubs dah balik kl. Kena standby. Kot ada kena g gelugor. Pastu 15hb dah start os pergau. I x ikut la die balik. Lamaaa lg dok kg ni.

Tahun ni tahun ke 2 Rafif beraya. Mesti lg syok punya. Sbb tahun lepas x bestt die dok nangis lg. Plus die tecik sgt. Tahun ni dah boleh jalan. Dah pandai sikit2. Sonok ler. Harap dapat berkumpul ramai2. InsyaAllah.

Jul 21, 2013

Holiday London | Paris Part 2

Assalamualaikum

Malas nk update. Haha. Aci x? Mukadimah dah ntah pape. Nk settle cepat. Malass. So hari ke 4 smp london ktorang dah x pegi shopping. Focus nk pegi madame tussauds je. I x byk pegi melawat pon kt london ni. Cuma highlight yg mane rase mcm teringin je. Mcm aritu husband tny teringin nk pegi mane. Mcm naik london eye ke. Masuk madame tussauds ke. Kena pilih la hoi. Takkan sume nk pegi pokai la. Haha. I pilih nk pegi tgk patung lilin tu. Ada jugak teringin nk baik london eye tp disebabkan i dah naik singapore flyer so x nak dah la. *takde concern. Padahal lain negara. Hahaha. Ada aku kisah?* baik la i amek masuk madame tussauds tu. Atleast boleh feeling2 jumpa retis. Kahh. Walaupon sume kaku. Waktu tu i sewa kete lagi. So mmg naik jela kete dr kilburn tu. Smp ke madame tussauds tu. Beratur lama weih. Menyampah btol. Naseb baik la rafif x ngamok. I klau nk ke mana2 fikir rafif jela camne. Kang die ngamok kang nanyaaa. Satu hapa x jadi. Tp punya la beratur lamaa. Dapat gak masuk. Tix per person brape ek. Serius lupaaa. Belas2 pound kot. Ke lebih. Haha. Bg i best gak la. Sbb boleh bayangkan retis tu camne. Tinggi die. Kulit gelap ke ceroh. Kahh. Seronok gak la. Mmg sume muka x malu amek gambar. Mcm2 peel. I nk tegelak pon ada tgk peel org. Ada yg siku angelina jolie sbb nk gambar ngn bradpit. Kahkahkah. Tp rase mcm rugi x bergambar dgn queen elizabeth. Kecik comei je. Hehe. Kate middleton tu mmg tinggi. Best gak la. Rase mcm berbaloi kot masuk.




Gambar mmg banyak. Dalam camera. I update blog ni pakai hp je. X byk gambar dalam ni. Xpe lah. Nanti lah klau rajin i masukkan dalam fb. Itu pon klau rajinnn. Tak pon tgk dalam instagram i. Hehe.

Lepas tu ktorang g makan ke camne dah. Lupa. Rase balik apartment. Tp diorng pegi town kilburn. Tp i malas nk pegi i balik tdo ngn Rafif. Packing barang sbb esok i dah nk ke paris. Husb pon dah nak pulangkan kete sewa. Babai kete sewaa. Semoga berkhidmat utk org lain lak.

Tdo malam tu excited i bgn. Skali tgh malam daaa. Blom pagi lagi. I punya tix train tu pukul 10 pg kot. Tix train ke paris pon i beli siap dr kl. So suggest beli la awal tix tu. Sbb lagi awal lagi murah. I dapat pegi balik £35 je sorng pegi balik. I dgn husb. Yg fil mahal sbb diorng beli lambat. Klau beli kt stesen x silap i. Sorang £75. Banyak kan beza.

Pagi 26.6.2013 tu i bg pagi tauu. Sbb nk kena naik tube ke st. Pancrass king kross station. I naik dr kilburn. Tukar skali je. Tube ni mmg selesa la. Bersih. Cepat. Tp malangnya i tak boleh duduk. Sbb klau i duduk rafif ngamok nak kuar dr boba. Terpaksa la berdiri. Letih tau. Org sume duduk i kena gigih diri. Nk balance lagi. Eh dah membebeln hehe.



So kte smp sane husb tukar duit lagi sbb byk sgt pound. Kena tukar euro gak la. Better tukar awal2. So rehat la dlu kejap kt situ sementara tgu train. Check in mcm biasa. And ada security check. Alah mcm biasa la kan. Ada cop passport ape sume.



Picture tak teratur. Sorii. Hehe. Perjalanan ke paris amek masa 2 jam setengah je. Train laju. Mmg laju lah. Smp pening kepala sbb tak dapat nk capture memula gerak tu. Haha. Kitorang amek seat mcm seat bas tu kan. Bukan seat meja menghadap tu. Klau korang nk privasi better amek seat camtu. Sbb klau meja tu x best. Nk makan org lain dok sebelah. Ktorang balik dr paris seat meja tu. Nyampah btol. Rafif dah la ngamok nak tdo. Eii. Haha.

Permandangan ke sana tu mmg cantik. Waktu ni x tgk lagi permandangan kt scotland. Mmg rase cantik. Bila dah g scotland x ingat dah permandangan naik train tu camne. Haha. Tup2 dah smp. Bila masa masuk tunnel bawah tanah x tau lah. Haha. Train pelan je bila nk smp dan kami disambut dgn ukiran2 geo yg conteng2 tu. I mcm dah rase eh ape paris ni kotor. Rupanya mmg KOTOR! Ok. Bermulalah episod merana i kt paris. Haha. Drama sgtt.

Bila ktorang smp tu. Train brenti i bajet stesen die cantik mcm st. Pancrass td lah. Skali hampeh. Buruk okey. I pon turun. Dgn beg gabaknye sorg2. Sbb ada periuk nasi. Haha. Ok penting ni periuk nasi. Klau korang dr london nk bawak bekalan makanan pape. Bawak la. Sbb takde imigresen pon check. Terus keluar gitu je. Mcm ko naik train balik pasir mas. Haha. One thing you need to know about paris is THEY DONT SPEAK ENGLISH!! THEY DONT EVEN UNDERSTAND ENGLISH!! Bila i balik kingston i cite kt cousin husb tu. Die kate. Org perancis ni mmg gitu. Die nk suruh kite yg belajar bahasa die. Konon nk martabat sgt lah. Puii. Eh emo sgt. Haha. Okok. Hotel dah booked dr kl lagi menerusi agoda. Hotel dAlma. Convert duit kita. Rasenya rm500++ semalaman. Ok smbg cite hotel pasni. I nk cite dr stesen train gard du nord tu. Eh camtu ke eja die. Ntah. Nk ke stesen yg paling berdekatan ngn hotel la. Naik metro die. Husb pegi tny org counter. Die suh turun invalides. Eii. Mmg i akan ingt smp bila2 nama stesen ni. Sbb nk kena pick pocket!! Ok. Masuk la metro die. Mmg laju. X smp seminit dah sampai. Tp BEWAREEEEE!! RAMAI GILER PICKPOCKET OKAY!! Disebabkan die stesen bawah tanah. Mmg gelap lah. Dan busuk. Dan kotor. Haha. Habis lah kau paris. X dapat cari makan. Hahaha. Metro smp ktorang terpisah. Sbb ramai org tolak2. I dgn husb pintu ni. Fil pintu sebelah. Kira dok depan pintu la ni. Tp bila die dok brenti stesen lain. Ramai org naik kan. Tertolak lah husb ke belakang. Time ni kena beware lah beg korangg. I post gmbr kt insta. Ada kawan cite ayah die kena curi laptop dalam metro kot. Diorng ni expert giler. Plus die dah aim. Kite kan tourist. X tau tempat. Beg besar. Mmg amek kesempatan la. Bila nk smp lg satu stesen. I jerit2 la dekat mama. Lepas ni turun sbb pintu die cepat gler tertutup. Kena rempuh je sume. Pastu smp lah invalides. I pon turun sbb i dok sebelah pintu je. Kesian husb. Dgn beg besar. Die tolak lah keluar. Naseb dapat keluar. Ada makcik blkg die x dapat keluar. Fuh. Lega dapat keluar. Ingtkan habis dah nightmare. Nk keluar tu pening nk cari mane exit. Sbb lorong kan. Cabang ke tempat lain. Tny lah org. Where is the exit. Die x cakap pon. Die tunjuk SORTIE! so ingt lah smp tua sortie tu exit.

I pon lega. Ada escalator. Husb depan. I lepas die. Pastu i ingt mama lah dok blkg i. Sbb macam rapat je duduk. I dukung rafif. Bawak beg sling. Dalam tu ada hphone i. Powerbank. Dgn cash 200 pound. 200 euro. Dah dekat 2k duit malaysia. Itu duit husb bg i shop ada yg i nak la. Beg tu murah je. I beli kt klang. Dia ada zip pastu magnet lekat tu. Skali i terasa magnet tu terbukak. Bila i tarik. Ada org blkg bkk beg i. Gilerr!! I terus jerit banggg!! Die nk amek beg miee!!! Smp i tunjuk kt die la. Waktu tu i cuba tenangkan diri. Pastu hubs terus amek beg i letak dalam backpack die. Ktorang pon keluar dr stesen tu. Oh org tu berdua. Couple. Buat2 tgk stesen mane. Map lah konon. Puii. Bencii. Ok. Lepas keluar dr azab metro tu. Ingt dekat dah dgn hotel. Skali jauhhhh. Ya Allah. Dgn laparnya. Pastu husb cuba tahan cab je. Tak brentiii. Rupanya die ada can stand. Kena tecongok kt situ baru cab datang. Klau ko dok tahan pakai tgn camtu mmg x brenti. Pastu i jalan pegi cab stand. Org tu cakap very near. Walk. Smbl tunjuk gaya jari berjalan tu. Ingtkan dekat. Jalan dekat lebih setengah jam. Itu pon dgn bantuan gps. Haha. Gigih keluarkan gps. MAP PARIS MENGECIL. Kena ingat. Klau tgk dalam map tu dekat. Padahal klau jalan mmg berpeluh ketiak. Akhirnya smp lah hotel. Mak aihh. Sompittt glerrr. Bukak tingkap terus tingkap hotel lain lak. Hahaha. Dasar murahan! Terus teringat cite monte carlo. Haha. Ok dah lapa ni. Hubs dgn rela hati x rehat. Terus nk g cari makanan halal. Keluar la die sorng. I rehat kt hotel. Fil pon. Tunggu punya tunggu x blik2. Dalam hati. Aku nk masak nasi dlu pape hal. Nk makan sardin. Mmg bawak dr malaysia. I masak la sardin. Perang dgn rafif nk masak jugak. Dgn keadaan hotel tu kecik nk mamp. Dgn periuk panas. Ko bayangkanlah.



Ini take picture dr pintu bilik. Mmg sempit. Naseb ada tingkap boleh bkk senang nk masak nasi. Siap tumis bawang masak ikan sardin. Hahaha.

Dok kejap i dah sudah masak. Hubs balik dgn tangan kosong!! Die kate. Perabih gitu je 80 ringgit bayar teksi. Cari nearest kedai halal. Ada kedai yg dah bertukar jd kedai baju. Ada kedai tu harga x masuk akal. Sorg dah seratus lebih duit malaysia. 5 org x kan nk byr 500?? Balik gitu je. Tp sempat la teksi pusing depan arc d trump. Ke camne ntah eja die. Alah bangunan yg kete lalu lalang tu. Dalam cite kebanyakan ada la.

Pastu i dah sudah makan. Bg husb makan lak. Rafif mmg berbekal nestum je. Tp i bawak byk jenis la. Xde la die bosan. Lepas settle call fil turun makan. Kenyang lah utk hari tu. Lepas pada tu i mmg beringat dalam hati. X perlu bawak beg. Just bg hubs pegang. Hubs i bawak beg yg attach die belt die. Korang tau x eh? Selamat bawak gitu. Sbb die tersembunyi. Jgn bawak wallet. Senang kena pickpocket.

Rase mcm nk pegi perang lak datang paris ni. Hehe. Kenangan la. Esoknya i plan nk pegi disneyland. Haritu mmg rehat je. Konon malam nk jenjalan town tp tetiba rase takott.

Continue next.....

Jul 12, 2013

Salam Ramadhan. Throwback London Holiday.

Assalamualaikum

Dah pukul 1.40am. Tak dapat tdo. Rafif ke aku yg jetlag ni. Haha. Ni bukan jetlag. Ni sebab bantai tdo je waktu siang. Dah 2 hari puasa. Hope tahun ni i dapat puasa penuh. Fuhh. Eh?! Blom ada isi lg. Blom datang peod la lepas beranak. Rafif dah setahun lebih. Huhu. Kot ada isi x tau. Hahahah

Ok. Nak sambung cerita london. Alahai malas sebenarnya. Tp fikir kang nnt iolls jugak nk baca kenangan ababi ni. Choii. Abadi laahh!! Kenangan yg ntah sekali seumur hidup kot dapat rase. Who know's right?

Ok. Beginilah cite pasal penginapan kami tu. Mmg plan asalnye nk duduk rumah cousin husband tu. Tp anak bongsu die demam chicken pox pulak. Takot berjangkit dgn Rafif. Terpaksa lah kelam kabut husband cari apartment sehari sebelum fly sana. Cari punya cari. Jumpa! Apartment org melayu jugak. Memandangkan kami berenam. Lima lah senang. Rafif kecik lagi. Kena cari yg 2 or 3 rooms. Naseb baik lah rezeki kami. Ada apartment tu. Milik aunty Rosila. Dah 25 tahun menetap kt sane. Btol sebelah stesen tube Kilburn. Hubs ada no tepon boleh whatapps je klau nk. Die ada website die. Tp alahai mane la i nk tau. Sume hubs uruskan. Hehe. Harga utk semalam £250. Utk tiga bilik. Nak kate mahal klau dah convert mmg la mahal. Tp fikir ramai boleh muat. Siap ada dapur lengkap skali mesin basuh. Toilet 2. Bilik no 3 ada katil 2 tingkat. Kira utk 6 org la. Rezeki kami. Masih dapat. Tp yg best. Mmg dekat gler dgn stesen kilburn. And banyakkk kedai makanan halal kt bawah tu. Alhamdulillah. Mmg ktorang x kelaparan. Siap masak bawak bekal lg. Hehe. Sape nk g london bagus jugak duduk kilburn. Kedai makanan tu penting.




Bilik ktorang duduk. Itu mmg Rafif tdo. Hehe

Dapur die luas jugak. Mmg rase best tau sbb pinggan x payah samak ape. Haha. Tp ktorang mmg dah bawak siap2 sabun taharah. Penting tu. And tuan rumah dah sediakn towel and sajadah.

Lepas husband amek kereta. Ktorang terus ke apartment ni. Senang sbb pakai GPS. Hehe. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan oleh Allah. Smp rehat2. Esok nk jenjalan london.
Disebabkan kami ni jetlag. Ktorang keluar pegi town pagi giler. Pkl 7 tu dah terpacak depan picadily circus dah. Haha. Bila bawak keta mmg kena park jela mane2 bangunan. Parking senang cari. Tp mahaiiii woii. 3 jam kot. Kena dalam £25 ko darab lah 5. Tak ke dah Rm125. Puii btol. Hahaha. Eh lupa. Jgn darabbb. Hahah. Baru terasa murah.








Waktu ni ktorang jalan kaki je pegi big ben ape sume ni. Kira jauh jugak tp sbb sejuk best la berjalan. Rafif pon tdo je dalam ssc. Sonok lettew. Mmg x guna sgt pon buggy die tu. Plus x sanggup nk letak dalam tu. Sbb sejukk. X sangka org kate summer gitu. Eh tp blom habis cite. Time nk balik 2 3 hari sempat gak la kami merasa kepanasan dan berpeluh kt london. Haa. Baru ko tau. Hihi.



Lepas jenjalan sini kami sempat tgk guard dgn kuda tu. Nama tempat x sure. Tp laluan ke big ben bagai tu lah. Askar die poyo weh. Kte nk bergambar die tgkkk je mcm nk telan kite ni.
Lepas tu lapa terus ke Malaysian Hall cari makanan. Haha. Sbb ada kete senang la nak kemana mana. Malaysian hall ni dekat je dgn hyde park. Dekat bayswater. Klau naik tube turun bayswater pon boleh. Byk kedai halal kt situ. Saje je cari makanan melayu. Dah tekak melayu. Org kate murah. Mcm biasa je kot. Sbb dekat kilburn pon murah jugak. Mayb kilburn jauh sikit dr town kan. Itu lah murah. Skali makan kena dalam £7. Jgn darabbb. Hahaha.

Esok kitorng shopping day je. Pegi oxford street. Tujuan utama mmg nak ke primark je. Haha. I mmg x reti nk pegi cari brg2 branded ni. Memula masuk h&m. Beli seluar. Ada sikit baju rafif. Baju anak sdara. Haih. Bila family besar lagu ni la. Kt dorng je byk mane dah nk kena spend. So members dah x de bajet nk labur. Huhu. Mmg murah la h&m die. Lepas tu sanggup tny org bawak paper bag primark. Mane primark. Hahaha. Jalannnn. Jumpa lah primark tu. Macam org giler weh shopping. Amek tu amek ni. Sedar x sedar dah brape jam dalam tu. Naseb baik rafif tdo. Hehe. Die punya brg paling heaven lah. Baju murah2.



Amek amek. Hubs g byr dah kena smp £140++ kikiki.

Waktu tu x makan lg. Punya lah lapar. Tp kitorang bawak bekal. Nk picnic kt hyde park. Melilau la hubs bawak kete cari parking kt hyde park. Last parking dekat depan malaysian hall td lah. Haha.





Kt sini pon byk pegion boleh main2. Tp x sebanyak kt scotland. Rafif gelak ngekek tgk pegion. Apa yg kelakar pon aku x tau. Hahah. Suke sgt. Picnic dah pkl 6 lebih. Sejuk gler. Smp rafif dah biru mulut. Cepat2 makan dan balik apartment balik.

So utk dua hari ktorang byk rilek je. Maklum lah. Bila ada bby and kita berjalan dgn org tua. Kena biar lambat asal selamat. Haha.

*utk sewa kete. Im not sure company mane. Sape nk tau boleh drop by comment. Nnt i tnykan husband. Harga pon im not sure. Tp becareful bila booked online. Die tak termasuk charge kot kite ada tereksident ke apa. Die charge tu x termasuk harian sewa tu. Hubs kena £100. Dalam rm500 gak la. Mcm insurance gitu kot. Klau incase kite terlanggar apa. Kena byr mahal nak mampos. Tak terima dek akal. Baik lah ko byr je 100 pound tu. Amek kete 7 seater. Plus baby seat. Mmg wajib. Sbb undang2 wajib duduk dalam tu. Sehari £12.
*untuk yg nak travel bawak baby. Suggestion amek la kereta sewa. Biar labur sikit asal selesa. Sbb mat salleh diorng pon x bawak bby naik tube. Huhu.


Nanti i listkan lagi tips2 lain. In another entry. Nk tdo dah. Bye! :)
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com