Friday, July 12, 2013

Salam Ramadhan. Throwback London Holiday.

Assalamualaikum

Dah pukul 1.40am. Tak dapat tdo. Rafif ke aku yg jetlag ni. Haha. Ni bukan jetlag. Ni sebab bantai tdo je waktu siang. Dah 2 hari puasa. Hope tahun ni i dapat puasa penuh. Fuhh. Eh?! Blom ada isi lg. Blom datang peod la lepas beranak. Rafif dah setahun lebih. Huhu. Kot ada isi x tau. Hahahah

Ok. Nak sambung cerita london. Alahai malas sebenarnya. Tp fikir kang nnt iolls jugak nk baca kenangan ababi ni. Choii. Abadi laahh!! Kenangan yg ntah sekali seumur hidup kot dapat rase. Who know's right?

Ok. Beginilah cite pasal penginapan kami tu. Mmg plan asalnye nk duduk rumah cousin husband tu. Tp anak bongsu die demam chicken pox pulak. Takot berjangkit dgn Rafif. Terpaksa lah kelam kabut husband cari apartment sehari sebelum fly sana. Cari punya cari. Jumpa! Apartment org melayu jugak. Memandangkan kami berenam. Lima lah senang. Rafif kecik lagi. Kena cari yg 2 or 3 rooms. Naseb baik lah rezeki kami. Ada apartment tu. Milik aunty Rosila. Dah 25 tahun menetap kt sane. Btol sebelah stesen tube Kilburn. Hubs ada no tepon boleh whatapps je klau nk. Die ada website die. Tp alahai mane la i nk tau. Sume hubs uruskan. Hehe. Harga utk semalam £250. Utk tiga bilik. Nak kate mahal klau dah convert mmg la mahal. Tp fikir ramai boleh muat. Siap ada dapur lengkap skali mesin basuh. Toilet 2. Bilik no 3 ada katil 2 tingkat. Kira utk 6 org la. Rezeki kami. Masih dapat. Tp yg best. Mmg dekat gler dgn stesen kilburn. And banyakkk kedai makanan halal kt bawah tu. Alhamdulillah. Mmg ktorang x kelaparan. Siap masak bawak bekal lg. Hehe. Sape nk g london bagus jugak duduk kilburn. Kedai makanan tu penting.




Bilik ktorang duduk. Itu mmg Rafif tdo. Hehe

Dapur die luas jugak. Mmg rase best tau sbb pinggan x payah samak ape. Haha. Tp ktorang mmg dah bawak siap2 sabun taharah. Penting tu. And tuan rumah dah sediakn towel and sajadah.

Lepas husband amek kereta. Ktorang terus ke apartment ni. Senang sbb pakai GPS. Hehe. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan oleh Allah. Smp rehat2. Esok nk jenjalan london.
Disebabkan kami ni jetlag. Ktorang keluar pegi town pagi giler. Pkl 7 tu dah terpacak depan picadily circus dah. Haha. Bila bawak keta mmg kena park jela mane2 bangunan. Parking senang cari. Tp mahaiiii woii. 3 jam kot. Kena dalam £25 ko darab lah 5. Tak ke dah Rm125. Puii btol. Hahaha. Eh lupa. Jgn darabbb. Hahah. Baru terasa murah.








Waktu ni ktorang jalan kaki je pegi big ben ape sume ni. Kira jauh jugak tp sbb sejuk best la berjalan. Rafif pon tdo je dalam ssc. Sonok lettew. Mmg x guna sgt pon buggy die tu. Plus x sanggup nk letak dalam tu. Sbb sejukk. X sangka org kate summer gitu. Eh tp blom habis cite. Time nk balik 2 3 hari sempat gak la kami merasa kepanasan dan berpeluh kt london. Haa. Baru ko tau. Hihi.



Lepas jenjalan sini kami sempat tgk guard dgn kuda tu. Nama tempat x sure. Tp laluan ke big ben bagai tu lah. Askar die poyo weh. Kte nk bergambar die tgkkk je mcm nk telan kite ni.
Lepas tu lapa terus ke Malaysian Hall cari makanan. Haha. Sbb ada kete senang la nak kemana mana. Malaysian hall ni dekat je dgn hyde park. Dekat bayswater. Klau naik tube turun bayswater pon boleh. Byk kedai halal kt situ. Saje je cari makanan melayu. Dah tekak melayu. Org kate murah. Mcm biasa je kot. Sbb dekat kilburn pon murah jugak. Mayb kilburn jauh sikit dr town kan. Itu lah murah. Skali makan kena dalam £7. Jgn darabbb. Hahaha.

Esok kitorng shopping day je. Pegi oxford street. Tujuan utama mmg nak ke primark je. Haha. I mmg x reti nk pegi cari brg2 branded ni. Memula masuk h&m. Beli seluar. Ada sikit baju rafif. Baju anak sdara. Haih. Bila family besar lagu ni la. Kt dorng je byk mane dah nk kena spend. So members dah x de bajet nk labur. Huhu. Mmg murah la h&m die. Lepas tu sanggup tny org bawak paper bag primark. Mane primark. Hahaha. Jalannnn. Jumpa lah primark tu. Macam org giler weh shopping. Amek tu amek ni. Sedar x sedar dah brape jam dalam tu. Naseb baik rafif tdo. Hehe. Die punya brg paling heaven lah. Baju murah2.



Amek amek. Hubs g byr dah kena smp £140++ kikiki.

Waktu tu x makan lg. Punya lah lapar. Tp kitorang bawak bekal. Nk picnic kt hyde park. Melilau la hubs bawak kete cari parking kt hyde park. Last parking dekat depan malaysian hall td lah. Haha.





Kt sini pon byk pegion boleh main2. Tp x sebanyak kt scotland. Rafif gelak ngekek tgk pegion. Apa yg kelakar pon aku x tau. Hahah. Suke sgt. Picnic dah pkl 6 lebih. Sejuk gler. Smp rafif dah biru mulut. Cepat2 makan dan balik apartment balik.

So utk dua hari ktorang byk rilek je. Maklum lah. Bila ada bby and kita berjalan dgn org tua. Kena biar lambat asal selamat. Haha.

*utk sewa kete. Im not sure company mane. Sape nk tau boleh drop by comment. Nnt i tnykan husband. Harga pon im not sure. Tp becareful bila booked online. Die tak termasuk charge kot kite ada tereksident ke apa. Die charge tu x termasuk harian sewa tu. Hubs kena £100. Dalam rm500 gak la. Mcm insurance gitu kot. Klau incase kite terlanggar apa. Kena byr mahal nak mampos. Tak terima dek akal. Baik lah ko byr je 100 pound tu. Amek kete 7 seater. Plus baby seat. Mmg wajib. Sbb undang2 wajib duduk dalam tu. Sehari £12.
*untuk yg nak travel bawak baby. Suggestion amek la kereta sewa. Biar labur sikit asal selesa. Sbb mat salleh diorng pon x bawak bby naik tube. Huhu.


Nanti i listkan lagi tips2 lain. In another entry. Nk tdo dah. Bye! :)

13 comments:

Mimin said...

Rase cm sume benda nk bli kt primark sbb murah kn? Hehe paling heaven. Nk kontek tmpt stay eh :) selamat berpuasa

UMIE SUE said...

wahhh byknye baju diee...shoping2 yeee

Mimy Hamid said...

teruja citer london..next

Rilla said...

Cantiknya apartment tu. Teringin jugak nak gi London, one day.

Linda Yusoff said...

I want more plis. tak sabar nak baca pasal paris. wuuu seram

penyisir rambut said...

syok nye gi oversea!! bile nak pegi lagi??nak kirim handbag jugak...hehehe

leeza said...

share taw tips nak bawak bby ni.. insyAllah bulan 10 nanti nak g jalan jauh jugak..

zawinah ismail said...

Salam. Boleh minta no aunty rosila tu. TQ.

zawinah ismail said...

Salm. Boleh minta no auty rosila tu. TQ.

zawinah ismail said...

Salam. Bole minta no aunty rosila tu. TQ.

Cik Puan Rara said...

ingat lg dulu mmg hubs rara xbg darab dgn duet kita.kalo drb mst sakit hati kan.hahaha.mimi nt rara mmg akn tnya mimi kalo g london.hehehe.

Mohd Nassir said...

Salam, boleh share contact details apartment tue tak? :)
mohd.nassir@gmail.com

Asrulnizam Addrus said...

Salam, boleh share contact details apartment?
Email saya at asrulnizam12@gmail.com