Sunday, June 30, 2013

London Holiday: Perjalanan KL - London

Assalamualaikum.

Harini hari rehat sikit. So boleh la sikit2 update blog. Karang berkumpul byk benda pulak nak cite. Habis sume benda dah lupa. Hehe. Okay. Kite mulakan dengan tahun lepas bulan september. Actually, on my birthday. Hubs surprise me dgn belanja tiket ke London. Waktu tu ingat die main2. Tapi sekali btol2 die nak beli tiket. Mmg ktorang aim London after honeymoon Australia. Sbb hubs ada cousin tinggal sini. So konon nak saving bab penginapan la. Tp lain pulak jadinye. Nanti later cite.

Seingat i waktu tu matta fair kt kl. Tp ktorang beli online je. Tak pegi pon matta fair. Pastu kelam kabut sbb Rafif takde passport sbb klau naik MAS kena ada passport. Esoknye pegi buat la passport utk Rafif. Kesian muka x comei langsung. Hahaha. Rupanya takpe je nk beli tix takde passport. Letak dlu IC NUMBER. karang update. Call je hotline die. Huhu. Kitorang x tau. Buatkan Rafif passport 5 tahun terus sbb ada diskaun. Brape ek harga. Lupa dah. Rm150 rasenye.

Ok. Settle passport kitorang. Hubs belilah tiket. Ada org kate beli hari christmas murah. Tp x nak amek risiko. Beli je waktu matta fair. Kitorang beli 2+1 infant Rm7900++. (lepas pada tu i check hari christmas december lepas tak dapat harga ni). Settle lah hal tiket. Fly with MAS. Two ways. And i bookedkan skali Bassinet lah. Senang Rafif nak tdo. Mmg kena booked. Camne nak pangku smp almost 13hrs. Penat tau. Waktu tu x tau naik A380. Dalam sebulan gitu MAS call cakap tukar flight. Dapat terbang with A380. Fuh. Seronok ni. (walaupon tak tau apa beza dia. Haha)

Peram punya peram. Dapat jugak datang London. Kota yang terserlah dengan kemahalan dia. Haha. Flight kitorang pagi pukul 10.10am. Kitorang ada kt KLIA dari pukul 7. Settle luggage. Eh. Sebelum terlupa. Memula kiotrang plan utk bercuti bertiga je. Tp lepas hubs gtau fil. My mil nak joint sama. So jadi la bercuti berenam. Hehe. Takpe. The more the marrier. But i warning u. Bercuti dgn bawak baby and org tua dalam satu masa mmg penattt. Takpe. Pelan2. Atleast merasa skali seumur hidup pon takpe dah. Pukul 10.30 berlepas lah ke Heathrow London. Seat kitorang tengah2. Kompem la kan. Lagi skali tak dapek nak feeling2 tgk awan. Haha. Sbb bassinet tu mmg kt tengah je. Row tengah tu muat 4 org. Tp naseb lah takde org sebelah kitorang. Mil and sil dok tepi tingkap. Fil dok sebelah kami. Satu seat kosong utk Rafif main2. Hehe. Tp A380 ni besar sikit la seat die. And selesa jugak.



Seat kitorang mmg luas la sbb dok kt bassinet tu. Malaysian sikit je. Yg lain mat salleh luar. Bukan british pon. Kemain bercuti mat salleh ni.



Dapat tgk view dr ekor kapal. Mcm gayat pon ada memula tu. Hehe. Tp best dapat tgk kapal terbang terangkat tu.




Sekejap je berlepas FA datang pasang bassinet. Naseb baik Rafif muat tdo dalam tu. Ngam2. Tak boleh lebih dr 10kg. Naseb baik anak ibu baru 7.5kg. Hehe. Lena die tdo. Berjam2.



Lepas Rafif tdo. FA dah bg lunch. Membedal la smbl layan cite. Ada byk cite dalam flight tu. Mmg best. Ada katon utk kanak2 riang seperti Rafif. Hehe. Makanan die sedap gak la. Yg penting ulang alik dok mintak air. Kering tekak wei. X tau nape.



Dalam flight ni kite boleh tgk la kite dah smp mana. Tp jgn tgk kerap sgt sbb lg lah terasa lama. Huhu. Tp sepanjang 13 jam tu x dapat nak lelap mata kejap pon. Time Rafif tdo bantai tgk cite. Bila Rafif bgn x dpt dah tdo. Orang lain sedap je terlopong tdo. Huu.

Bila smp London pukul 11 malam waktu Malaysia. Tp petang pukul 4.15 di London. Tp alahai jetlag la wei. Kite sepatutnya dah tdo. Tp terpaksa celik luas2. Rabak mata.

Act. Kitorang mmg bawak bekal makanan mcm mee pama kegemeran tu. Pastu lauk2 sardin. Ayam yg dalam pack tu. Tp tak bawak masuk any meat. Sbb mmg tak boleh. Org cakap Heatrow airport paling strict. Tp hahahampeh. Takde custom pon jaga. Smp je amek bag. Tolak la ke lane merah nak declare tu. Kot tak declare karang die check bkk ada makanan satu hal pulak nak menjawab. Skali takde org. Ktorang teruss je tolak ingtkan ada la checkpoint custom tu. Takde weh. Terus je pintu. Apa lagi. Laju2 tolak bag. Haha. Rugi pulak tak bawak serunding daging. Makan dgn roti sedap tu. Huhu. Cuma part nk cop imigresen tu die strict sikit la. Tny ni sape. Ape relation. Satu hal nk cite salasilah keluarga. Haha. Tp kitorang dah prepare file sorg satu. Incase tny byk2 hamek kau. Sume dalam tu. Hehe.

Lepas dah settle imigresen. Luggage. Hubs terus call kete sewa pickup kt airport. Haa. Yg tu sambungan la ek. Penat menaip ni. Hehe

Adios.

9 comments:

missayu said...

cite jgn tak cite....kite pun nk g sana next year,around same time la,tgh tahun..... :-) tggu time nak buy tix je ni

m@m@yAyA said...

xsbr nak tgu update seterusnya,xdpt smp sn dpt nengok gmbr dan cite dr org pun jadila..

thisisfarhana said...

haa ah. nak dengar citer gak!! hehe. mana tau kot2 nnt ada rezeki nak p sana gak. :-)

Cik Puan Rara said...

best nya.xsbr nk g london pulak.masa rara g aussie dulu preggy.xbest jalan.

hana yoriee said...

lebih kurang flight masa g brissy. hihi.. duduk kat seat tgh yg beremmpat tu jgk. kitorg conquer empat2 seat and aisy tido tgh2. Heaven =)

Bln 10 balik Msia pakai AAX je.. Tak tau lah cmne plak tu..hoho..

Cheyan said...

best2..update lg tau mimi..nak tau jugak....planning nak g..tp tak tau la bilanya...

Linda Yusoff said...

eh? knp mimi kes cousin tu? I tot u stay rumah cousin mcm u ckp haritu..
Wahh cpt skit update. teruja

Hazimi Haidzir said...

seronoknya mimi bercuti.i last gi masa kecik2 dulu.mesti sekarang byk dah berubah huuu.tak sabar nak tunggu update seterusnya..

malynd_anggun said...

bestnye!!!