Pages

May 29, 2015

Scissor and button masuk tv!

Assalamualaikum

Heeee~ saje je nk update blog cite pasal scissor and button masuk tv. Ala bukan apa. Ntah2 ni peluang skali seumur hidup ke. Nak jugak la buat kenangan buh dlm blog. Hehe. 

Ok. Apa itu scissor and button. S&B tu nama utk bisnes kecil kecilan aku. Basically aku meniaga start dr bantal felt, ke handpainted pillow, dan skrg ke deco cushion plushie. Smp sekarang lah plushie tu kekal. Sebenarnya handpainted still ada permintaan tp aku je tak bukak order. Huhu. Kadang rindu nk melukis mewarna lagi. Tp tak sempattt. Bg aku kan, handpainted ni paling takde saingan. Sebab errr. Klau cakap mcm poyo lak tp tulah. Org2 yg boleh melukis dan mewarna dgn cantik je boleh buat. (Walauponnn aku ni.....) hahaah. Tp skrg biarlah aku stick dlu lama sikit dgn plushie tu.

Ok cakap pasal masuk tv ni. Aku dah pernah di risik2 oleh awani 501. Mmg dah deal masa apa semua dah. Tinggal beberapa hari je lagi team awani nak datang rumah tapi.. Aku terpaksa tolak dengan cara baik disebabkan oleh miss understand barang dagangan. Huhu. Takpe, masa tu aku fikir takde rezeki aku nak masuk tv lagi xpe lah. Awani tu segmen berita (konpem la sbb awani tu kan siar berita je) isu bisnes kecil dan sederhana jugak. Lepas aku tolak dgn cara baik tu aku sedih jugak la. Cakap kt husband xpe lah. Org lain x masuk tv jugak tp semangat meniaga pon kaw2. Hehe. 

Nak dijadikan cerita. Lepas aku balik dari family day gbsb tu. Bgn2 pagi tgk msg dari reporter Safiyya tv9 die berminat nk cover cerita plushie aku dalam segment blogger safiyya! Omg! Terkejut la aku. Aku setuju dan dia terus deal masa. So rabu lepas datang la team safiyya tv9 ke teratak rumah ku yg kecik omei je ni. 

Masa ni Tasya ni dok tny details aku. 

Ya Allah, aku x tau la ape aku merapu haritu. Gagap2 bercakap. Pastu errrr errr aaaa aaaaa aaaa banyak gilerr. Mmg ntah pape. 

Gigh tau aku mekap2 sbb tasya gtau akk pakai cantik2 ye. Mekap cantik2 ye. Kikiki. Baik dik! Menurut perintah! 

Haa tengok aku tgh blur nk jawab soalan. Huhuhuhu. Aku mmg guna bilik rafif sbb sini lah aku menjahit. Sebenarnya bilik ni sepahhhhh gilerrr~~ tp sbb nk masuk tv aku kemas la sikit2. 

Pastu ada buat macam berlakon tgh siapkan plushie. Mmg siap btol 1 plushie lips. Dah bg hadiah kt tasya. Hehe. 

Pastu kena scroll2 ig tgk2 komen gambar2. Haha kena berlakon. Keras pon keras lah wei. 

Ni la tasya. Reporter yg bg peluang kt aku masuk tv. Huhuhu. 

Walaupon aku blom lagi keluar tv. Blom tayang pon. Tp aku bangga dgn bisnes yg aku buat. Yela aku jual bantal je. Deco cushion ni kan benda2 simple je. Kadang org tengok sebelah mata je. Pendapatan aku pon seberapa je. Boleh la nk buat beli mainan rafif tu. Tapi! Aku bangga dgn apa aku buat. Aku bangga dgn apa aku jual. Aku tak pernah paksa2 org membeli dgn aku. Tak pernah lak sejak aku meniaga ni aku hilang kawan. Malah kawan aku makin ramai. Walaupon aku baru dalam bidang seni jahitan kraf ni tapi aku suka. Aku buat apa yg aku suka. Sbb tu aku x pernah bosan. Mmg aku akui mmg org memandang enteng dgn apa aku buat ni. Tapi yela aku x paksa org utk suka apa yang aku buat. 

Setakat ni aku pon dah jual beratus2 bantal. Keep track melalui label bantal aku. Hehe. Dan aku dah tembus pasaran singapore dan brunei dah pon. Dah pernah sampai sane dah. Alhamdulillah. 

Aku cuma berharap klau ada rezeki lebih aku nk kembangkan lagi apa yang aku buat ni. Mungkin tak lari sgt. Melibatkan kain, kekabu, cotton, gunting dan butang. ;) 

May 18, 2015

Family day Gojes 2015

DanAssalamualaikum

Haih, mata aku ni biru tak habes lagi penat dok scroll gambar kt fb tu. Penuh cerita pasal family day gojes aritu. Okay kita bermula lah camne boleh terfikir nk buat family day ni.

Korang ingat tak masa kita gathering kt taman layang2 dulu? Haa yg smp masuk paper ada gambo ho ho ho horlick tuuu... Lepas balik dari tu la terfikir bestnye klau kite gathering lama2 sikit. Ape kata buat family day pulak? Dari dlu lg plan tak jadi2 pong. Last2 dengan masa yg singkat kitorang pon pilih la tempat. Haa cite pasal tempat ni nnt aku review 1 entry khas pasal tempat aje! Ok itu later2 lah. 

So dah preparation pung pang pung pang. Ko bawak tu aku bawak ni. Ko jd mc aku sponsor tu. Tabik spring la mummy gojes ni. Semua tak lokek nk belanja tu belanja ni. Aku sempat nk sponsor 1 hadiah utk pasangan romantik. Wee~~~ 

2 hari sebelum family day tu rafif buat lawak seram lak dedor2 panas kejap2. Alahai aku dah cuak camne nk pegi holiday ni dah la aku the only one pegi alone dgn anak. Nangis tak berlagu. Dah kate tempat tu sejam dr rumah aku, aku on je. Balik kb pon aku drive 8jam! *flips hair*. So ada bykkk aktiviti lah yg dah di prepare. Potluck ptg sabtu aku janji nk masak bihun. Pergh dr pagi aku masak, petang baru makan. Naseb naik sedap budak ni cakap. Ye ye oo deme ni. Ntah2 balik bilik sakit perut. Lol. Aku x makan pon. 

Ni haa tunggang langgang dok dlm kete. 

Aku gerak dgn umi. Kitorang konvoi. Pelan je aku bawak kete aritu. Mcm very the sopan. Konvoi nye pasal. Hahaha. Smp sane dalam pkl 2.30 dah. Smp terus jmp ciknaa. Amek kunci bilik. Yeay! Tup2 aku sebelah dgn aznor. Hmmm minah ni. Nnt aku cerita. Lol.

Ni lah bilik yg aku dapat. Masuk2 dua bijik katil ni. Apekehelnye smp 2 bijik. Xpe lah.

Yg ni nama die duluxe kot. Aku pon x pasti. Rm150. Ada ekon takde kipas. Ada tb channel njoi. Excuse the mess.

So smp je aku terus la hangkut segala mak nenek bag aku dgn kena handle rafif sorg2 ko bayang kan lahhhh!! dengan pelampung lagi. Hahaha. Smp terus salam2 budak2 ni. Yg dah smp masa tu ramai dah tp dok dlm bilik semuanya. Aku solat tukar baju harus lah masuk kolam dgn anak bujang.

Kesian rafif sekali tenggelam timbul dlm kolam. Sekali gedebam jatuh. Kikiki. X duduk diam. Nk main lari2. Ade ke pulak.

Masa ni aznor jiran aku pon dah mandi. Kitorng kira yg awal mandi ha. Tp aku mandi kejap je. Pastu naik mandi2 bilik air tukar baju semua turun utk potluck pulak dlm pkl 5 tu.

Aku dah salin baju dah. Org lain ada yg x naik2 mandi. Yg baru smp. Makanan potluck ko jgn cakap. Mmg bykkkk!! Tapi mak2 dgn bapak2 ni mcm kebulur tau. Bedal jugak semua benda. Bihun aku dgn macaroni kak ami paling laju habis. Satu lagi puding jagung khairul. 

Bawah ni lah kitorang berpotluck. Nnt lah nak cerita suka duka nk berpotluck ni. Hmmm. Tunggu. Ni lah yg dtg aritu. Ada lagi yg dlm kolam si lin. Umi xde kot ni. Naseb lah anak aku x gemo sgt mandi kolam lama2. Lega aku ha. Klau x mesti aku kelaparan. Menjejes air liur tgk makanan sedap2. 

Lepas dah sudah potluck semua balik bilik and get ready dinner pulak. Ada bbq. Yg hmmm. Nnt lah cerita. Eh susah pulak buat 2 part ni. Hahahah. 

Malam tu aktiviti dinner. Celebrate birthday 7 org anak gojes, tukar hadiah dan cabutan bertuah. Gitu la aktivitinye. Aku just sediakan 7 hadiah jela utk anak2 ni. Idok ler bawak kek ke apa. Si tokey kek kite achiek anis tu buat 2 kek tau. Ena sponsor 1. Diorng anak celebrate birthday okay la. Cukup utk kami yg ramai itu.

Happy birthday tuyuuuu~~~ sebok semua nk tiup lilin. X paham aku budak2 ni. Termasuk lah rafif. Terpaksa lah uncle lan pasang balik lilin semata nk tiup gitu je. Aduiii. Peninggg

Yg sambut birthday malam tu 7 org. Haa nama sape aku pon x ingt dah ni. Husna, afryna, airis, afiq, haris, airiell, sape lagi sorg? Allah lupa dah. Hmmm ape nak jadi...

Yg ni menu dinner. Ada nasi goreng cina, ayam bakar, kambing bakar, fries, tembikai. Ktorang byr extra pulak rm52/person adult. Utk 3 kali makan. Dinner, breakfast dan lunch esoknye. Review makanan? Nanti2 lah lolll

Okay la semua dah membedal. Dinner dah. Birthday tuyu dah. Masa utk tukar2 hadiah. Kitoang ni kumpul tny ramai2. Kite x nak bebankan masing2. Sbb dah keluar duit byk. Dgn bilik lg, makan lagi, potluck lagi, baju lg jd utk hadiah tukar2 ni bajet rm15 ke atas. Haaa. Bagus x kitorang? Tp nan hadooo yg bg rm15. Puii. Semua hadiah best2! Hahaha. 

Aku dapat no 3. Sekali kena dapat hadiah my!! Wuhuuu~ berdebo lak titew. Ape lah my ni bg. Yg penting laki die tolong balutkan hadiah. Wakaaka. Cantik balutan die. Smp rumah baru aku bukak.

Ni hadiah aku. Dapat kt ros anissss. Omg! Mmg kena sgt namanya. Aku bg pewangi. Ada lilin wangi tu tulis rose. Alahai ko cari tuan ko ye lilin. Heheh. Bagus2.

Pastu dah gegar habis dewan makan tu. Cabutan bertuah pulak. Eii tak sangka2 tau aku menang!! Wuhuuu~~ sponsor dr umi sue studio. Tq sue! 

Ceteka lah dalam ni ada ape??

Set pisauuu dan clutch bag! Yeayy! Aku suke la pisau my ni. Tp tak leh guna lagiii. Simpan dlu. Yg pisau geng2 ikea aku tu mane hilang dah ntah. Bagus la dpt pisau ni. Bertambah koleksi. Gaya cakap mcm ko chef kan mimi oi. Hahahaa

Okay lahhh sukenye dah habis aktiviti utk hari sabtu tu. Balik pkl 10 lebih. Semua pitamsss kepenatan. Prepare utk esok pulak lah.

Good morning everybody! Semua turun pegi makan nasi lemak dlu pagi tu. Aku makan byk mcm nk masuk acara je. Lol. Kitorang ada game pagi tu. Tp ape pon x leh main aku ni sbb mata asyik nk kena tgk rafif. Bole la aku ngelat. Kikiki. 

Habis makan je hujan renyai2 turun lbasahi bumi. Dah camane dgn games kite ni? Last2 yg apak semua alih meja. Main kt dewan makan tu je. Hahahah! Mampos lah klau nk marah pon marah la.  Aku x kira. Nk main kt sini gak! Kikiki

Acara pertama mak2 main kotak beracun. Rara handle sbb die sponsor hadiah. Sporting giler wei mak2 gojes ni. Mcm dah setahun x dapat hadiah. Hahaaha.

Walauponnn kiri kanan anak tetap nk main kan? Ape punya peel ni? Hahahaah. 

Tgk aznor. X padan dgn anak kecik! Hahaaha. Kelakar giler first round tu laki die pegi stopkan kotak kt aznor last2 music berenti. Kenalah racunnyeee. Tp ala semuanya senang je rara buat. 

Pastu continue pulak games masukkan bola dlm kain apak. Cara main sebenarnya anak je amek bola. Yg mak ni pon sebokkk tengah2 alam tu heret anak sane sini. Ko tgk lah aqeel tu. Mesti dalam hati die tny. Ape salah aku ni? Waakaka. 

Yg ni anak ira. Masuk celah kangkang! Bukan masuk celah kangkang cara mainnyeeee~ amek bola nak oiii. Hahaahah mcm2 peel. Yg eksident sane sini. Ko langgar aku aku siku ko ko cantas aku. Hahaahah! Mmg bising giler.
Dapat la buat 3 4 round games tu. Kain pon ada 3 je. 

Ni hadeen anak anez. Ikut sape comel sgt ni? Tgk gaya mak apak lain beneno. Wakakaak. Pastu ada lgi games tiup blepn smp pecah. Husband sape ye menang? Aku sebok kejar rafif je. Hahaha
Tp yg aku ingat husband rara tak habis2 ayat aku di aniaya. Sape nak aniaya die ntah haahaha. Sporting semua weii.

Ni games last. Kanak2 berebut gula2. Rafif amek bahagian la. Tp tau dah die ti mane heran wei nk berebut2 ni. Die cakap whyyy whyyy kena berebut?  >.<
Dah tu pulak dapat semua gula2 asam jawa! Hahaaha. Sape beli gula2 ni wei. Korang buat lawak ke apa?

Dan yg di nanti2 telah pon tiba. Pengumuman pasangan paling romantik! Jatuh kepada sue dan husband! Yeay! Time aku nk umum jatuh kepada tu husband aznor dah bgn dah. Aduii salit perut aku gelak. Semua setuju sue menang. Mmg lamantis btol dua org tu. Hahaha. Harap sue suke la dapat hadiah plushie dr scissorandbutton. :)

Dah selesai semuanyaaa. Time tu amek gamboooo!!! 

Yg sampai pagi tu nadt dan fiza. Ni dah cukup korum ke blom? Aku pening nk tegok 1-1. Semua total 21 family yg joint. 

Ceria2 semuanyaaa. Masa ni aku la snap ni. X tengok rafif kejap je ntah mane2 dah die pegi dok berkawan dgn anak si leenda asyraf. Yg tu dapat kawan xpe lah. Mak belakang cerita pon xpe.


Lepas semua games settle. Masuk bilik kemas2 sbb dah nk checkout! Masa tu bg la goodies sane sini. Smp penuh beg aku. Ape kebenda ntah la diorg ni. Pemurah btol. Aku sempat hadiahkan ciknaa dan leenda cenderahati utk ingatan dr lovely lace jugak. Itu pon aku main tinggal je. Hahaha. Harap admin x serik nk buat family day lagi ye. Korang dah bersusah payah nk menjayakan family day ni. Kan kite plan PD lak. Eh? Hahhaha. 

Dah check out ape lagiii! Kite up kan barang dagangan laaa. Berebut haa mak2 ni beli cekak la headband la. Mmg support kawan btol engkorang ni. Aku x sempat nk keluarkan plushie dan baju. Klau x, sales aku aritu mesti boleh cover duit bilik dan makan. Hahaahaha. Otak bianes tak kemana jugak.

Semua comei masing2 menggayakan headband cekak masing2. 




Alahaii semua comelll. Nak bby girl plsss

Dah settle meniaga dapat 100 lebih aku aritu. Tutup kedai terus balik. Hahahaah. 
Dengan tu habis la semua cerita tentang family day. Seronokkk enjoyyy sgtt2!! Korang semua sporting! Tolong sama2 nk jayakan family day kita. Tak kurang yg apak pon sama. Semua sporting. Mcm korang lak tubuh kelab ye? Yg pegi tengok bola pastu kena kejar anjing lah yg itu peel tu yg ni peel ni. Tp alhamdulillah semua sporting dan best! 

Mcm2 cerita tau family day yg first ni. Kite akan buat post mortem utk penambah baik lagi utk masa depan. 

p/s: ada org pecah tanah, ada org terkunci dari luar, ada org tinggal hadiah, ada org lupa tarik salur air mesin basuh, ada org "nampak". Aku jugak nmpk cendawan pancut depan bilik. Hahahaah. 

Next entry sponsor post dan review SS. 

May 10, 2015

Seminar cabaran mendidik anak alaf baru

Assalamualaikum

Minggu ni hectic week utk aku. Dari isnin sampai khamis aku bukak booth kt menara Tm. Takde promote beriya sgt pon kt blog ni. Kate blog suam2 kuku je -_____- , jumaat pulak pegi servis kete. Melayang duit. Tp memandangkan kete tu takde masalah pape, travel jauh pon okay jadi kite redhooo jela nk servis tu. Huwaaa.

And semalam! Aku joint seminar. Wahh gitu, dah sekian lama kau tinggalkan dunia seminar ni tetiba ko pegi seminar kan? Bagus2! Actually, ena yg gtau. Mcm berminat pulak nk joint since aku ni pon kena selalu ada org remind utk jd better mak, better parent. Tak fikir panjang aku bayo jela. Rm120 je. Ada 3 speaker hebat2. Serius aku ni kan dah lama tak jenguk blog. Jd aku takde la kisah sape speaker tu. Aku harapkan ena je. Lol! Speaker smlm ada parenting blogger Adlil Rajiah a.k.a jijie. (Saatkakukaupilih.blogspot.com), Dr. Afzan, dan Fynn Jamal.

Majlis start dengan kata2 aluan dr jijie dan tips2 dia. Aku serius tak kenal sape ni jijie. Sorry tak menyempat nk baca blog. Semua ena yg inform. Heheh. Kitorang bertiga smlm. Aku, ena dan nad.

Sebelum start selpiaq dulu seround.

Dan terus dengan speech dari dr. Afzan. Banyak sgt la tips yg aku tak sempat nk ingat semua. Tp ada few tips yg aku tulis sikit.
1) rakyat malaysia terlampau suka judge. dan sangat2 suke membandingkan anak. Aku pon kadang2 stress jugak bila org suke sgt nk show off kebolehan anak diorng. Talkative la, behave la, well trained la. Amvoii! Lepas ni aku nk tunjuk sign bagus je dan cakap TAHNIAH! Kikikiki. Setiap anak ni kan berlainan fasa2 dia. Sedangkan adik beradik yg sama mak ayah ni pon berbeda2. Inikan pula anak org lain. Dan boy and girl pon berbeza. Haa smlm aku lega sikit sebenarnya. Point no 2

2). Boy and girl sgt2 berbeza. Boy (1-6y) anak ibu! Anak mak! Jd die mmg sikit2 ibu la. Mmg boleh nampak dari rafif. Masuk 7y baru lah ayah idola die. Kikiki. Sabar ye bang. Lmbt lg. Hahaha. Dan boy sgt lmbt matured. Boy matured by umur 4 tahun. So bawah 4 tahun tu klau susah nk dgr arahan dgn btol, susah nk fikir logic. Itu normal! Jgn risau klau masih berlari tak tentu pasal. Haha. (Anak aku la tu) dan girl pulak 0-2 y ibu. 2-7y anak ayah. Dan die byk idola bila beso2 nnt. Jap aku cuba nk ingatkan aku dlu camane. Hahaha. Sbb tu kasih sayang tu kena selari mak dan ayah. Bagus la. Sbb aku slalu fikir ayah aku dlu garang. Semua benda tak kena. Jd aku boleh di katakan tak berape rapat la dgn ayah aku. Walaupon aku sygggg mak ayah aku. Sobs sedih lak. 

3) too much too soon. Eh btol ke ayat aku ni. Tp point dia nk cakap rakyat malaysia ni terlampau berlumba2 nk sekolahkan anak. Terlampau risau dgn org sebok cakap haa anak aku dah sekolah. Anak kau bila lagi? Anak aku dah boleh hapal mcm2. Anak kau bila lagi? Anak aku dah 5 tahun sekolah. Umur anak kau brape? 4 tahun! Pitams. Umur 4 tahun sekolah dah 5 tahun. Lol. Maksud aku kt sini, jgn sibok nk sekolahkan anak awal sgt. The first 4 years tu masa die maiiiinnnn je sebenarnya. And dr afzan cakap klau kt uk diorng bg anak lasak je dlu. Main panjat2, mainan fizikal je. Klau pegi klinik semua jenis patah kaki, calar sane calar sini. Kita? Semua demam dedor je. Balik2 viral virus. Aduii btol jugak kan? Boy lmbt matang, waktu sesuai utk die masuk alam sekolah ni seeloknya bila die ready, dah boleh duduk diam dgr arahan dgn btol. Phew lega jugak la aku dengar. 

Oh depan baju fink ni abg ben. Ben mano? Ben KBBA hehee

Ada la beberapa slide aku snap


Kahkahkah! Ini btulll


Ini sel otak. The first 24m tu kot. 



Di ambil dari pinterest. 

Lepas sesi dr afzan smbg ke fynn jamal pulak. Kak fynn ni mmg sempoi giler la. Nangis gelak nangis gelak aku dengar speech dia. 

Kak fynn. U are such an inspiration. Dari dia cerita dari awal amek juna as anak angkat tu aku tau die mmg akan sayangggg giler kt budak tu. Ada 1 video aku share kt ig aku. Sedih sgt. Bila kak fynn gtau die tak pernah sangka akan ada anak. Dan org panggil itu anak fynn. die cerita la juna ada masalah jantung berlubang dari kecik. Die dah redha klau anak dia takde lepas ni. Sedih sgt. Berat kan dugaan dia? Panjang sgt nk cerita pasal sakit juna tu. Aku rase klau org follow dia mmg tau la camane die selamatkan juna dgn minta derma dr rakyat malaysia. 40k dalam satu malam. Esok dapat operate juna.

Dan dugaan die tak berakhir. Juna di diagnose autisme. Skrg aku rase juna sekolah special utk autisme kids tu. Alah apa pulak nama dia aku x ingt. Itu kira panggil early child educator.

Ada sorg mak ni die kemukakan soalan utk fynn. Aku mmg tertarik sgt2 dgn soalan dia. Die ada 3 anak. Klau x silap semua boy. Yg first mmg dah di diagnos as autisme. Yg kedua normal. Dan ketiga tak silap aku baya2 rafif. Pon die nampak ada tanda2 utk ke arah autisme. Soalan dia tny camne die nk bahagikan masa dan tenaga dia. Sbb terlampau focus utk anak first which is yg autisme tadi. Sedangkan yg no 2 ni terasa dgn mak dia sbb terlampau focus abang dia je. Fynn jawab ringkas je. Die pernah dengar ada doctor gtau. Klau anak kita sorg dan autisme jgn serik utk cuba ada anak lain lagi sbb yg normal ni lah akan jd pengganti kita bila kita dah takde. Mmg byk sgt pengorbanan dia lagi2 kasih syg mak dari kecik. Tp mak dia kena amek inisiatif seminggu skali ke pegi luangkan sehari suntuk utk anak yg normal ni. Bg la sape2 jagakan anak yg autisme ni. Sbb anak yg normal akan seronokk sgt utk spend masa dgn mak die haritu. Dan masa tu la mak die kena jelaskan detail. Kenapa mak die kena focus utk abg, mcm mane klau mak die takde lepas ni. Kira bg aku terangkan tanggungjawab utk dia. Sedih sgt aku dengar. Syurga lah kamu buat ibu2 yang mempunyai anak istimewa. :')

 Pesanan yg sempoi sgt. Rase mcm kena dgn jiwa aku bila kak fynn bgtau apa yg dia rasa.

Kak fynn ada cakap satu benda yg mmg aku "tangkap" dan fikirrr sejenak. Ada uncle cina tanya dia masa die kecik2 skolah dlu. Awk bawak duit brape pegi skolah? Die jawab seringgit. Uncle cina tu cakap lagi. Ayoo itu sikit woo. Saya bg anak saya rm5. Bila ayah kak fynn tny kenapa byk sgt? Die cakap nnt budak tu tak meminta2 dan bila dia dah biasa dgn keadaan ada duit nnt die besar2 die akan jd work hard utk ada duit jugak. Tak tau kenapa aku setuju hal ni.

Okay selingan sekejap. Haritu aku pernah baca dan komen dalam satu status di group fb MTMA tu. Die sedih, risau, kecewa apa semua anak dia yg darjah satu pernah mencuri duit dia. Bawak smp 100 lebih pegi skola. Tak tau apa sebab. Tp bila die tulis, die bekalkan anak die duit belanja sikit. Siap bawak bekal, dan kadang2 dtg makan sama2 kt kantin sekolah. Pastu die ada komen cakap die mmg tak mewahkan anak dia sbb konon2 takot anak spoil sbb di mewahkan. Dr kecik anak die mintak pape, mesti akan tapis tapis itu x nk beli ini x nk beli. Aku cakap dalam hati. No wonder anak die amek duit dia. Aku pon comment skali. Klau kita ingat dgn tak bg pape kt anak kita, kita tak kan spoil anak kita. Itu kita silap. Sbb die tak mendapat dari kecik la dia berani nak curi duit mak dia. Sbb mak die x bg duit belanja yg cukup la die akan curi duit mak dia. Sbb apa? Sbb die rase kenapa aku x bole? Bila ada masa dan peluang mesti die amek. Klau katekan dari kecik ko ajar dah anak ko pilih2 mainan. Biar lah murah pon. Asal die rase nikmat membeli tu. Buat apa die nk curi lagi? Mesti dia rase klau aku mintak dgn mak aku mesti dapat ni. Aahh susah aku nk terangkan. But this is true. Jgn kedekut dgn anak. Itu je aku cakap.

 Ramai jugak yg joint aritu. Spot me! 

With dr afzan yg lembutt je bila berkata2. Best sgt. 

Sempat la kejap sebelum kak fynn balik.

Tengok la muka juna. Naseb baik nak tengok kt camera. Selpi jap. Hehe

Itu jela kot. Tp byk lg nk cerita pon dah x larat. Lenguh aku menaip pakai phone jeni. Hahaha. InsyaAllah klau ada seminar ibu bapa camni lg joint la. Tak rugi pon sbb kita kadang2 tau da semua tu cuma takde sape nk remind. Klau g seminar camni ada gak la pekdah nye. 

Okbai nk tdo
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com