Friday, May 29, 2015

Scissor and button masuk tv!

Assalamualaikum

Heeee~ saje je nk update blog cite pasal scissor and button masuk tv. Ala bukan apa. Ntah2 ni peluang skali seumur hidup ke. Nak jugak la buat kenangan buh dlm blog. Hehe. 

Ok. Apa itu scissor and button. S&B tu nama utk bisnes kecil kecilan aku. Basically aku meniaga start dr bantal felt, ke handpainted pillow, dan skrg ke deco cushion plushie. Smp sekarang lah plushie tu kekal. Sebenarnya handpainted still ada permintaan tp aku je tak bukak order. Huhu. Kadang rindu nk melukis mewarna lagi. Tp tak sempattt. Bg aku kan, handpainted ni paling takde saingan. Sebab errr. Klau cakap mcm poyo lak tp tulah. Org2 yg boleh melukis dan mewarna dgn cantik je boleh buat. (Walauponnn aku ni.....) hahaah. Tp skrg biarlah aku stick dlu lama sikit dgn plushie tu.

Ok cakap pasal masuk tv ni. Aku dah pernah di risik2 oleh awani 501. Mmg dah deal masa apa semua dah. Tinggal beberapa hari je lagi team awani nak datang rumah tapi.. Aku terpaksa tolak dengan cara baik disebabkan oleh miss understand barang dagangan. Huhu. Takpe, masa tu aku fikir takde rezeki aku nak masuk tv lagi xpe lah. Awani tu segmen berita (konpem la sbb awani tu kan siar berita je) isu bisnes kecil dan sederhana jugak. Lepas aku tolak dgn cara baik tu aku sedih jugak la. Cakap kt husband xpe lah. Org lain x masuk tv jugak tp semangat meniaga pon kaw2. Hehe. 

Nak dijadikan cerita. Lepas aku balik dari family day gbsb tu. Bgn2 pagi tgk msg dari reporter Safiyya tv9 die berminat nk cover cerita plushie aku dalam segment blogger safiyya! Omg! Terkejut la aku. Aku setuju dan dia terus deal masa. So rabu lepas datang la team safiyya tv9 ke teratak rumah ku yg kecik omei je ni. 

Masa ni Tasya ni dok tny details aku. 

Ya Allah, aku x tau la ape aku merapu haritu. Gagap2 bercakap. Pastu errrr errr aaaa aaaaa aaaa banyak gilerr. Mmg ntah pape. 

Gigh tau aku mekap2 sbb tasya gtau akk pakai cantik2 ye. Mekap cantik2 ye. Kikiki. Baik dik! Menurut perintah! 

Haa tengok aku tgh blur nk jawab soalan. Huhuhuhu. Aku mmg guna bilik rafif sbb sini lah aku menjahit. Sebenarnya bilik ni sepahhhhh gilerrr~~ tp sbb nk masuk tv aku kemas la sikit2. 

Pastu ada buat macam berlakon tgh siapkan plushie. Mmg siap btol 1 plushie lips. Dah bg hadiah kt tasya. Hehe. 

Pastu kena scroll2 ig tgk2 komen gambar2. Haha kena berlakon. Keras pon keras lah wei. 

Ni la tasya. Reporter yg bg peluang kt aku masuk tv. Huhuhu. 

Walaupon aku blom lagi keluar tv. Blom tayang pon. Tp aku bangga dgn bisnes yg aku buat. Yela aku jual bantal je. Deco cushion ni kan benda2 simple je. Kadang org tengok sebelah mata je. Pendapatan aku pon seberapa je. Boleh la nk buat beli mainan rafif tu. Tapi! Aku bangga dgn apa aku buat. Aku bangga dgn apa aku jual. Aku tak pernah paksa2 org membeli dgn aku. Tak pernah lak sejak aku meniaga ni aku hilang kawan. Malah kawan aku makin ramai. Walaupon aku baru dalam bidang seni jahitan kraf ni tapi aku suka. Aku buat apa yg aku suka. Sbb tu aku x pernah bosan. Mmg aku akui mmg org memandang enteng dgn apa aku buat ni. Tapi yela aku x paksa org utk suka apa yang aku buat. 

Setakat ni aku pon dah jual beratus2 bantal. Keep track melalui label bantal aku. Hehe. Dan aku dah tembus pasaran singapore dan brunei dah pon. Dah pernah sampai sane dah. Alhamdulillah. 

Aku cuma berharap klau ada rezeki lebih aku nk kembangkan lagi apa yang aku buat ni. Mungkin tak lari sgt. Melibatkan kain, kekabu, cotton, gunting dan butang. ;) 

11 comments:

safurara said...

memandang enteng ye mak.hahaha, tp aku tetap bangga kwn ngan ko mak,berkebolehan sgt.hmm bab xde musuh tu, bagus lah.hope xde lah org cemburu, aku pon doa sgt agar xde lah musuh2 yg membantutkan bisness kita.good luck mak!

Hana Soffelia said...

good job mak. bangga dengan mu. Teruskan usaha mak

Hamelia Hamid said...

tahniah mimi

♥ ROS ♥ said...

tahniah mimi.. lpasni ros tgk tv xde la xknal sape kt segmen blogger kan.. hihihi.. chaiyuk mimi.. ♡♡

ameris said...

congrats mimi. nnt bgtau bila masuk tb tu... bangga wehh org kampung gitu..

tiramisu said...

all the best, mimi! memang comel2 sgt plushie yg mimi buat. geram jeeee.... moga bisnes mimi teros berkembang maju k.

norhidana miswan said...

bestnyer.... kalu mmg kretip tgn tuh... apa pun boleh...

Liyana said...

at least mimi dah ada 1 bisnes yg best ikut minat kan.. iols masih tercari2 nak buat bisnes gapo heheheh

smg terus berkembang maju okayyy :)

SweetLikeWhat said...

tahniah wei..terus maju tau..bangga aku ade kawan dah berjaya tahap ni..kipidap hehe

skull Z said...

sis, masuk tv saffiya 5 julai 2015...18 ramadhan... berkat bulan ramadhan... semoga perniagaan sis bertambah maju...

skull Z said...

nak tanya la sis plushie tu guna kain apa?baldu ker?