Friday, October 30, 2015

Day 4 part I: Jeju island advanture!

Assalamualaikum

Hari ke 4 paling dinanti2kan sebab kami akan fly ke Jeju Island! Wee~ excited! Kami plan untuk ke Jeju lepas kami dah beli tiket flight ke Seoul. Hubs yang booking semua tru Eastar Jet. Tarikh yg di pilih pon hubs pilih yang paling murah. Haha. Harga tix flight utk ke Jeju klau tak silap aku Rm2200 return untuk 3 orang. Perjalanan lebih kurang 1jam atau 1jam 5minit gitu. Mcm ala2 aku balik kb lah kot. Jeju island ni terletak di selatan South Korea. Kebiasaannya tourist akan pegi Nami Island instead of Jeju Island. Tapi sebab kami terpengaruh dengan Jeju muslim tour dan rancangan tv JOM Korea tu. And of course terpengaruh dengan Running man. Kami deciced to go to Jeju. And Subhanallah! Jeju Island was amazing! 


Flight kami pagi. Early in the morning. 7am. Mungkin sbb tu yg paling murah kot. Haha. Jd kami kena bangun awal pagi dan tunggu bas di bas stand bawah apartment. Gigih pepagi kesejukan tunggu bas. Kali ni kami akan ke airport gimpo. Bukan incheon lagi. Jarak antara airport Gimpo dan Incheon tak jauh sgt. So perjalan dari apartment ke airport mengambil masa lebih kurang 50minit. Trafic clear sbb awal pagi. 



Alhamdulillah. Proses ke Jeju Island semuanya berjalan lancar. 


Husband decide nak sewa kereta and we glad that we rent a car! Jeju island sangat luas. Keluasan dia adalah 2x ganda singapore. And tempat attraction dia jauh2. Bus trip pon ada tapi susah sikit lah naik bus memandangkan masa kami kt Jeju sgt limited. And tempat pon jauh2. Lepas je touch down Jeju airport kitorang tunggu je shuttle bus dari company kereta sewa tu. Husband sewa kereta dengan sixT. Kos sewa kereta rm920 utk 3 hari. Termasuk GPS and car seat baby.



Pls remember bila nk sewa kereta kt Korea perlu international license ye. And dia driving sebelah kiri. Phew! Agak mencuakkan jugak la. Hubs bawak kereta mcm orang mabuk pon ada. Ke kiri ke kanan. Haha aku pulak sebok kaki tu konon2 tekan break. Memula tu confuse sangat jalan dia. Lama2 okay sikit. 



Lepas dapat kete kami drive ke apartment dlu. Nak tengok location. Tapi sbb pagi jadi tak leh check in lagi. GPS mmg dapat cari semua tempat nak pegi. GPS die beso giler! Sama mcm running man guna. Hehe. So kami pegi isi perut dlu sbb kelaparan. Kedai pagi tu tak banyak lg yg bukak. Kami tunggu kedai Raj Mahal bukak. Kedai Halal yg ada kt town tu. So lepak di cafe dan order Americano. Fyi, korean mmg suke minum coffee and kedai cafe jual coffee ni mmg bersepah2. Macam2 boleh cuba. So aku pon try lah order Americano yg pemes tu. Skali aku minum, terus rase pening2, kepala pusing2. Hahaha. Aku memang tak leh minum coffee. 



Dah lepas makan di kedai Raj Mahal tu, kami terus mencari tempat yg paling nak dituju haritu. Jusangjeoulli cliff. Driving almost 1 hour ke selatan. Masa nak jumpa tempat tu husband tersesat ke pantai dia. Ya Allah masa turun kereta tu tak habis2 cakap Subhanallah. Mmg lawa weh Jeju ni!! Jeju ni pulau gunung berapi yg pernah meletus ntah brapa tahun lepas la. Beratus tahun agaknye. Sorry aku tak sempat nak kaji. So kat pantai dia penuh batu2 dari aliran gunung berapi tu. Larva yg mengeras kot. And sumpah pantai dia lawa giler! 



Angin tersangatlah kuat nak amek gambar sekeping pon jd lama. Hahaha. 

Langit sebiru2. Laut sehijau2 pandangan mata. Subhanallah. Rafif pulak tdo masa ni dalam kereta dgn mil. So kami jela laki bini bergambar kt pantai ni. 

Dah lepas sesat kami dapat jugak cari Jusangjeoulli cliff tu. Skali lg kagum kat situ sbb boleh tengok aliran batu2 gunung berapi tu berbentuk hexagon! Amazing! Kuasa Allah. 

Sumpah sini lawaaa sgt! 


Melawat2 tempat dia kt situ, mmg mendamaikan. Tourist sgt2 ramai smp nak amek gambar pon kena beratur. Huhu. 



Next trip after that kami ke teddy bear museum dan balik ke yeha guesthouse. Nnt aku sambung next entry ye. 


3 comments:

achiek anis said...

Bestnya mak..bila la leh smpi ni..berangan jela mampu 😂

cik hani said...

Bestnya boleh ke sana...tempatnya cantek sangat.subhanallah

CikNaa said...

view dia fulamak.. cantik!