Pages

May 31, 2016

Happy 5th anniversary to us

 Assalamualaikum

Hari jumaat lepas bersamaan 27 mei, genap lah 5 tahun usia berkahwinan kami. Alhamdulillah. Baru 5 tahun and many more years to come! InsyaAllah. Sepanjang 5 tahun perkahwinan ni Allah swt kurniakan kami seorang anak, Rafif Rifqi. Dah cukup utk membahagiakan kami. And insyaAllah akan dtg ada pertambahan ahli jemaah. Hehehe. Doa2kan. 

Suka duka dalam alam rumah tangga ni mmg susah nak cakap. Kena banyak bersabar dan saling memahami satu sama lain. Muda sangat aku nak bg nasihat/tips. Macam ye ye oo je dia ni kan? Baru 5 tahun kawen. Hehe. Tapi Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yg baik, penyayang, dll. Malas nak tulis eh. Haha. Semua yg baik2 sahaja lah senang cite. >_< sebagai wahm, aku hanya mampu utk berkhidmat di rumah jela. Buat sehabis baik. Moral support je la utk husband klau die busy keje. Takde apa sgt yg aku boleh nak support memandangkan aku keje sikit2 dr rumah. 100% economy rumah tangga aku di tanggung oleh husband. Aku bersyukur~ suami tak pernah lupa tanggungjawab dia. Dan aku bersyukur die benarkan aku hanya duduk rumah "je". Walauponnn. Hehe. Jadi membuatkan aku lebih hormat husband aku dan cuba utk menjadi isteri yg solehah. InsyaAllah. 

Anniversary tahun ni jatuh pada hari jumaat, disebabkan jumaat aritu aku dah nk drive balik kg, so kami plan utk early dinner. Adik pulak ada dtg dari kg so dia boleh la jagakan Rafif while me and hubs pegi dating. Hehehe. Tq machik! 

Aku sebenarnya tak tau husband nak bawak pegi mana aritu. Die just gtau surprise aje. Then pagi tu dia cakap siap2 gerak lepas mgrb. Reservation at 9pm. Aku mcm biasa jela siap2. Then masuk kete tengok2 die bawak pegi sampai puncak sane nun! Menara KL! Hahaha. Kitorang ni dua2 blom pernah sampai KL tower tu. Punya lah seronok mcm orang bercinta2. Eh mmg bercinta pon. Lol. 



Dari dalam kete terus dapat tangkap. Yeay! Dinner in the sky~ hubs terpaksa lah mengaku dia nak bawak pegi menara kl. 



Aku rasa ni menara paling tinggi aku naik. Lol. Tower banyak dah aku naik. Kat japan, korea, mane lagi ntah. Malas nk recall. Tp this one paling tinggi aku rasa. Gayat! Husband pulak tau aku jenis gayat die saje nak menyakat. Ketor2 lutut. Allah village people kan mmg gini. Haha. 



Sebelum masuk ke restaurant tu boleh la pegi level bawah dia. Dia panggil ape ntah. Observation deck ke apa wei? Hahaa. Tak ingat la. Situ mmg ramai org. Ada kedai souvenir. Tapi idok ler membeli kat situ kan. Aku beli fm je kat bawah. Sempat lah pusing tower sambil ketor2 lutut. Klau lantai tu see thru mmg aku merangkak dgn baju saloma aku. Hahaha



Then pkl 9 kami masuk ke tingkat restaurant. Namanya atmosphere 360. Kenape 360? Sebab lantai floor tu berpusing mengelilingi tower. Tapi lantai yang tempat meja tu je tau. Yg buffet makanan, dinding kaca tepi pemandagan tu semua tak bergerak. So makanya, masa amek makanan tu kena ingt no meja. Sbb aku sendiri pon rasa dia gerak pelann je. Tapi bila pegi amek makanan, then nak patah balik meja, eh dah ke sana dah meja. Hahaha. Melilau cari meja. And yes kt situ hanyalah buffet semata. Takde order2. So kalau nak pegi make sure perut kosong! Haha. 



Review food! Wow kat situ macam2 ada. Nasi putih, nasi beriyani, lauk bermacam2, salmon, kupang, udang galah, ketam bakar, spageti carbonara ada, bolognese ada, salad mcm2 jenis, sate, desert mcm2 kek, pulut dan serawa durian. Omg! Sedappp! Aku amek lauk2 jela. Tp pulut dgn serawa durian tu giler tak amek? Sedap kottt. Haha. Taste lauk die sedap. Tp terasa banyak rempah. Mcm indian style sikit. Tapi bagi aku okay je. Aku suke. Air yang free hanya air kosong, tea and coffee klau tak silap la. Tp aku bantai order air lain. Padahal lupa kena minum air masak je. 



Lauk sedap~ nyum. Makan sambil rasa bersalah. Haha. (Still on diet)



Dok tengah makan sedap2. Tetiba ada org datang bawakkan plate and slice of cake. Siap tulis happy anniversary. Rupanya husband yg request. Cis aku ingat free. Lol. 




Time meja lalu cahaya, cepat2 snap gambar. Haha



There you are! My anniversary gift! Aku terkejut ape ke kecik nau. hahaha



Rupa2nya~~~ aww so sweet. Aku mati2 ingt org menara tu bg certificate kejadah ni. Husband ckp die print sendiri. Just bagi tu je utk mengelakkan dari beli hadiah yang aku tak suke. Kahkahkah. Good idea bang. Next time buat lg ye. Hahaha. Bila aku cakap wow leh tmbh collection lv. Terus die cakap, alamak lupa nk tulis max amount. Hahaha. Too late!




Sambil2 dok melayan alunan suara penyanyi, sambil tengok permandangan mmg tenanggg je rasa. Rasa lupa kejap ada anak kt rumah. Haha. Tp topik yg dok berbincang alih2 pasal anak jugak. Haha. Rafif itu la rafif ini laa. Tak habis2. 

Jam dah pkl 11. Last call utk amek makanan, tapi kami dah tak larat. Kenyang sgt. So mintak bill then gerak balik ke pangkuan anak. Hehe. Its a fun and romantic night. Setahun sekali tinggal anak pegi dinner dengan aman. Wuu seronok jugak. 

Esoknye jumaat tu aku dah gerak drive balik kg. Husband going back to work. And aku tinggalkan die surprise! Haha. 




Tiup belon love banyak2. Letak hadiah and letak our love book. Biar die terkejut lepas balik keje. Hehe.




A piece of remember tu buku kitorang dari zaman dok berkawan dulu lg. Anything wishes buh dalam tu. So senang boleh baca ulang2. Hehe. Buku tu dah tebal sbb kami dok deco2 mengarut situ. Hahaha. Then i left all these sebelum balik kg. Husband balik keje terkejut tengok tu mesti die nangis2 baca buku tu hehehe. Tapi saje lettew tak nak ngaku kan abg~ kikiki. 

Alhamdulillah, sambutan ulang tahun ke 5 memberi seribu makna. Kadang kite terlampau busy dengan urusan keje rumah, uruskan anak, husband busy dengan keje. So masa ni lah utk kami curik masa berdua ingt balik saat "aku terima nikahnya" itu. Alhamdulillah



*info: atmosphere 360 buffet style kira /person. If im not mistaken the price is rm207/person for adult. And rm140 for child. And additional rm50/person utk amek meja side permandangan. Trust me! The view is awesome! 

May 17, 2016

Sulam Towel dan Tissue Holder yg comel

Assalamualaikum

Haritu masa kami family day ada 1 vendor ni sudi utk sponsor towel sulam utk kami mak2 semua. Alhamdulillah, murah rezeki. Bila dapat towel tu mmg sgt2 berkualiti sulaman dan tuala tu. Puas hati tau. Sulam die kemas dan towel tu tebal serap air. Tebal baru best kan?

Kalau korang berminat nak order sulaman towel ni boleh hubungi




Untuk hadiah as door gift korang leh la request besar mane towel yg korang nak tu. InsyaAllah mmg puas hati! skrg aku dok guna towel tu tutup kepala masa sauna. hahaha! best woo




Haa klau camtu bley request tulisan untuk hantaran. wow sgt! and yg paling penting towel ni mmg akan sentiasa diingati. sweet!


Tissue holder

Cantik sangat tau tissue holder ni. Dulu aku tak suke sgt buh tissue dalam beg takut sepah. tapi dengan adanya tisu holder ni mmg kemas la beg aku.


cute kan? jahitan kemas!

korang leh contact


Handphone charging cover ni comel sgt! and idea yg sgt bagus. Kalau nk charge takde la wayar charger berselirat bagai kan? good idea!

Kalau nk order cepat2 pegi follow ig diorang tauu


May 5, 2016

Rafif's Milestone

Assalamualaikum


Lama dah tak update pasal anak bujang kesayangan. Next month he will turn 4 years dah! amagadd. cepatnya masa wei. 27 Jun genap lah 4 tahun. Masih single (means anak tunggal bukan single married. duhh) Hmm, kesiannya Rafif mak dia tak tau nak update apa pasal dia. hahaha >.<" Okay lets start with school! yeah. School is a good topic. -___-

School

Uuu, budak tu mmg suke sangat school. Suke pegi school. Setakat ni dia ponteng 2 hari je kot. Itu sebab Chinese new year aritu balik kg. So cuti lah seminggu. Padahal da start school. Hehehe. Pukul 10 am tu dah ajak. Ibu, lets go to school. Kau rasa?? kelas yang pagi pon belum habis. Hahaha. So dia tak pernah ada drama nangis nak pegi. Agaknye seronok school ramai kawan. Balik rumah friends ibu je. hehe.

Little Boy, Rafif

Gambar ni masa dia pegi lawatan ke petrosains and menara kl. Kerlas tadika skrg dia punya trip. Fuu. Naik 2 bas haritu pegi. Mak tunggu sampai die naik bas, mak panggil2 rafifff rafifff. dia boleh buat derkk je panjat tangga bas. Hahahaa! punya lah semangat naik bas tak tengok dah mak kt belakang.

Dari segi perkembangan belajar tu dia dah boleh la baca sikit2. memula mmg tak expect pape since he just 4 kan. not even 4 yet. Tapi bila die menunjukkan perkembangan positif dah boleh baca ayat2, esp huruf vocal A. so mak assume genius aulad ni sesuai la dengan Rafif. dia pon pegi kelas enjoy walaupon kadang terkencing depan toilet. boys biasa lah. Never mind sbb school tu ada Kak Yus. Pembantu yang akan clean up all the mess. hihi. Rafif pon dah terbiasa panggil Kak Yus. lol. itu mak cik lah. Teacher class dia skrg tgh pregnant and due is coming very soon I think. So mak berharap Teacher tu still sabar la dengan kerenah Rafif. hehehe

Diaper Free

Haaa bab ni, hmm. Siang tu lepas la. Memang dah tak perlu pakai pampers pon kan. Cumanya malam mak still tak gigih nk kejutkan die bangun pegi toilet. hahaha. my bad. Memang malasss sangat2. Aduhaii. Kadang dia tak kencing pon. Malam bila dia dah tdo baru pakaikan pampers. Kalau pakaikan awal2, dia tak nak. huuu


Sleeping

Rafif dah lama tidur sendiri sorang2 dalam bilik dia. Since kami pindah rumah ni. HUbs decided to beli katil king utk master bedroom which is our room lah. Then, katil lama tu kami pindahkan ke bilik Rafif. Settle masalah.kahkahkah. So since kami pindah and beli katil tu dia terus tidur dalam bilik dia. Tapi mak sikit2 hati tisu,
"boleh ke bang dia tdo sorang?"
"alamak nnt dia sejuk ekon kuat"
"nanti die meracau cari ibu pastu turun smp ke bawah camne?"

and persoalan tu ditepis oleh laki ku. lol.
"he will be fineeee"

"okay fineeeee. will see"

Skali smp ke pagi die tdo elok je. kahkahkah. Drama betul mak ni.

Anak yang baik. Bila nak tdo tu je dia suruh bacakan doa budak pandai. Semoga jadi budak pandai Rafif. amin.


Makan sendiri

Haha, ini pon menjadi isu kepada kami tau. kikiki. Sebelum ni Rafif ni mmg makan bersuapp aje. Sampai tahun ni bulan brape ntah. Mak cakap "no enough, this is the time u have to eat by urself". "ibu taknak suap lagi" tapi macam biasa la wei. Alasan Rafif penat la. Rafif ngantok la. itu biasaaa. Tapi apa yang buat die Berjaya makan sendiri tu kami cuba untuk sogok dia. lol. I know this is not right, but we don't have a choice. Aku malas nk suap dia since nasi aku selalu sejuk sbb bg die makan dlu. hahaha. So kami sogok,
"Kalau Rafif makan sendiri, ayah belikan toys"
"Makan sendiri baru ayah bawak pegi tgk Thomas"
Thomas kt johor nun. Mampuih jauh nau. -__-
then puji2 dia.
"Rafif makan sendiri la, baru big boy"
"Budak pandai mmg makan sendiri tau. use your spoon"
and so on punya sogok and idea mak bg. hahaha

Until now die mmg makan sendiri. Tapi mak mesti ada kt tepi nak tolong cubit lauk ke telur ke.
hmmmm. but its okay! still have improvement. lol

all time fav. Kalau keluar dengan hubs aku benci tengok kedai ni! hahahah. no! I don't wanna eat at ciken rice pls. take me somewhere else.! hellppp!! 3 tahun dah wei jemu aku dok ngadap ciken riceee aje. hahahaha

Social life

Rafif suke berkawan. Memang suke sangat. And Alhamdulillah dia mmg suke beramah mesra dengan sedara mara. Kalau bawak die kenduri dia boleh je pegi kawan dengan kakak2, abang2 lain. dengan makcik yg suke melayan die. So mak free! phew. boleh makan lauk kenduri dengan aman. kikiki.

Tapi dia ni more to kawan2 dengan kakak2. sbb die tak suke melasak. Kalau berebut barang pon die akan nangsi dan cakap itu rafif punyaaa. huwaa. itu jela. Hihihi. Yelah kt rumah sorg2, and almost the time main dengan ibu je. takkan la ibu nk ajak main wrestling pulak. haha

itu jela kot perkembangan Rafif 3 tahun 10 bulan.
ALHAMDULILLAH




Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com