Thursday, June 9, 2016

My weight lost journey #miminakkurus

Assalamualaikum semua! Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. Alhamdulillah berjumpa lagi kita tahun ni dengan bulan ramadhan. Bulan yang pernuh barakah. InsyaAllah semoga amalan kita di bulan yang mulia ini akan dihisap oleh -Nya

Okay berbalik kepada tajuk. Hehe. Everything start bulan 2 lepas. Lepas raya cina. Aku start untuk tak makan nasi. And buat diet atkin. Kalau tak tau apa itu atkin boleh google. Huhuhu. Daku malas nk terangkan beriya. Lol. Diet start mmg sorg2. Takde kawan tapi tak sangka jugak aku survive! Nak start tu perlukan banyak ilmu. Apa yang boleh makan apa yang tak boleh makan. Wajib tau semua tu dan wajib tau camane proses pembakaran lemak tu berlaku! Wahh berkobar2 menaip ni. Hahaha. 

My started weight is 62 kilos! And current weight is 49 kilos. 13kg lost so far. 

Masa memula diet target aku nak 59kg sahaja sbb nak hilangkan pangkal 6 tu. Tp bila dah smp 59 aku target lg 55 just untuk tengah2. Bila 55 aku target lg 53 sbb berat tu berat memula pregnant Rafif. Bila smp 53 and im still not pregnant cukupkan la target 50. Kiranya #routeto50kg tu last la. Skali ni balik kg puasa berat keep down lagi 1 kilo. Jadilah 49kg dah skrg. Tapi klau tengok gambar dlu2. Berat 49 idok ler sama dgn skrg. Allignment dah lari. Hahaha. 

Camane diet aku berkesan?

Aku mmg amalkan diet+workout. 70%diet and another 30% workout. Tapi aku tak pegi gym pon. Husband yg very the supportive tu belikan threadmill sebijik letak kat rumah. Haa lari lah ko kat situ. Mula2, stamina low. Lari 15minit semput. Bukan lari sgt la. Just berjalan je. Lama2 boleh lari makin laju dan makan lama. Build the stamina. Itu pentingnya workout. Biar jantung laju. Biar berpeluh2. Buang semua toksin dlm badan. 


Supplement mmg aku amek. Sbb aku buat atkin jd aku hanya amek carbs dari sayur. Any nasi, tepong, mee big no no no! Supplement yg aku amek fish oil, multivitamin, celery, calcium. Air pulak green tea, acv dan air masak berliter2 sehari. Kena ingat setiap 25kg berat = 1 liter air. Klau musim panas mcm skrg lebihkan air masak. Klau workout lebih kan jugak air masak sbb kite banyak bergerak, banyak peluh. Orait?

Dah berjaya turunkan around 53 kilos, group gojes yg family day aritu paksa aku bukak 1 lg group diet utk mak2 gojes yg mana dlm fasa nk mengecilkan tubuh badan leh ler joint. So aku add la sape2 yg nak joint. Takde paksaan. Sape sudi joint. Tapi! Klau masuk dalam tu mmg kena jugak ler sedas dua das ayat2 pedas dari cikgu lin. Hehehe. Bak kate lin, klau nk kering. Hati pon boleh kering. Tak boleh nak sentap2 klau cikgu cakap/pesanan pape. Klau cikgu cakap lembut mmg tak jalan diorang ni. Kikiki. 

Pepagi aku dah remind air masak togok! Togok bergelen2. Padan dgn badan. Lin turunkan banyak ilmu2 yg dia tau. Aku pon ada la bg tips2 yg aku dapat. Tapi dlm group tu tak semuanya buat atkins. Ada yg eat clean. Sbb ada yang bf mom! And amazingly, boleh dikatakan semua turun berat! Wow kiranya group diet kita ni berjaya la kan? Alhamdulillah. And now group tu dah takde sbb sudah dibubarkan. Hehe kita continue volume 2 pulak. Cuma aku pesan jgn cheat lepas group bubar takut berat naik. Klau korang cheat, pepandai la. 

Berbalik kepada kisah diet aku, now aku dah tak buat atkins atau boleh jugak die katakan aku buat atkins tapi fasa 4. Sbb aku dah start amek nasi, makan carbs la cuma dalam quantity yang sikit. Air manis je aku blom amek btol2. Stakat sip2 je masa berbuka ada la. Tak tau kenape skrg aku terasa semua benda jd manis. 

Ingat! No pain no gain! Rajin2 workout sbb bila kite workout kite akan rasa firm dan kurang menggelebeh esp part perut. Ingat org perempuan yang dah pernah mengandung beranak mmg take time untuk perut tu kempis. Tapi takpe! Never give up! Klau rasa nak give up cepat2 tengok gambar orang kurus. Lol! Membantu tak? Aku kan suke tengok rancangan korea. Jeles much dgn retis2 dia yg dah beranak pinak semua kuruss je. So fikir boleh boleh boleh! Kita boleh smp tahap tu. sbb badan kita mmg mampu untuk semua tu. 

Masa ni baru 52kg. Dah 10kilos lost. Suke!

Kalau buat mesti boleh! Dont create alasan. Go go go! Motivate yourself 

No more pipi pau. 

Turun dan turun! Ingat klau boleh beli 1 penimbang kt rumah and stick to that penimbang sampai bila2.

Nak bermula tu mmg susah tapi ingt. Klau nk cheat ingat balik kenapa kita start? InsyaAllah akhirnya mmg menggembirakan. 

Current is 49kg! Balik kampung turun berat! Percaya atau tak?? Percaya pada diri masing2. Badan kita mampu.

Perjuangan belum selesai. Aku nk turun lgi sbb klau ikut bmi klau berat aku 45 pon still normal utk org yg tak berapa tinggi mcm aku ni. Hahaha. Klau 44 baru under weight. Moga terus turun dan turun. Sbb raya ni nak makan makan makan! Haha

Aku mmg memberi sokongan padu kepada kawan2 yg bersemangat utk kurus. Mmg susah nak buat, tp ingat akhirnya yg best tulah yg kite nak kejar. Okay bai!

7 comments:

CikNaa said...

tersangat memberi inspirasi..tQ mak!

safurara said...

tahniah again! tgu vol 2 lepas aku bersalin tau!

cik puan aini said...

Yeahhhh..thanks mak mimi..

nurul harnani kasmari said...

Alhamdulillah kagum dgn mimi. Rafifffff. Mak awk lawa la ^_^

anez zamri said...

Aku kagum sgt!tahniah mi..vol 2 aku pun nak join tau

Chekgu Azrine said...

Bestnya dh kurus..akk nk jugak rasa perasaan itu...hadoii susah jugak nk diet makan sbb tiap2 hari msk utk ank2..pastu terliur...hahahah

Tahniah mak!!!

Mama Cahaya Mataku said...

saya pun guna teknik ini uga masa nak turunkan berat badan. skrg tinggal maintain aje...