Saturday, February 1, 2014

First day-Osaka Japan

Assalamualaikum

Lepas dah habis explore apartment ktorang tidur lah dengan tenang. Nanti jgn lupa bawak qiblat kompas ye. senang nak cari arah kiblat. Tentatif nak berjalan esok dah ada dalam otak. Hubs yg tukang ingat. Aku main jalan je. hehe.

Hari pertama ktorang pegi Dotombori dan Osaka Castle. Memandangkan trip kali ni aku dah remind hubs balik kali. -taknak pegi universal studio, disneyland lagi lah taknak sbb kat tokyo. Jadi kali ni trip ktorang lebih kepada tengok2 tempat dia je. Ktorang keluar dari apartment lepas zohor dah. Zohor masuk pukul 12.15 gitu kot. Lepas dah siap makan, semayang sume baru gerak g Dotombori. Rugi sebenarnya gerak lambat sbb by 5 petang hari dah gelap.

Rafif tu bukan tdo pon. Dia tak nak bergambar. Sampai macam tu gayanya. hahaha!

Hari pertama ktrang banyak habiskan masa tengok map subway dia. pening sebab terlampau banyak cabang. (tips-study btol2 subway diorng dari awal smp). Tapi aku still rase metro kt Paris lagi mengarut gler. Nak beli tiket tu punya lah susah. Aisehh. Japan ni okay la sbb sentiasa ada je org jaga tempat beli tiket tu. Guna mesin ye. 

Mula2 aku ingt dari tempat kami duduk tu jauh sgt la Dotombori. Rupanya dekat aje! Kalau naik dari Daikokucho station turun je Namba. The next station. Ktorang sampai 4x pegi Dotombori. Hihihi. Kalau KL die mcm jalan tar la. Kot? Hehe, besar giler tempat ni. Mcm2 benda boleh jumpa. First day ktorang pegi tersalah masuk laluan utk jual makanan je sume. (Smp loya tekak bau makanan diorang). 

                                     
Memang ramai sangat orang. Sebab ahad kot. Agak bersesak2 jugak la. Tapi seronok tengok ragam orang dia. Disebabkan kami dok lalu jalan jual makanan je hari pertama ni. Dapat la tengok makanan diorang yg agak pelik2. 

       
Ni aku tak pasti. Pancake ke apa. Tapi mmg kecik2 gitu muka orang. Hehe. Comel kan? Aku pegi amek gambar je dan blah. Kahkahkah. Ktorang mmg jalan semata hari pertama ni, tak membeli pon. Eh ada la beli kopi panas dia guna vendine machine. 

       
Gini lah jalan dia. Signboard yg besar2. Orang2 dia banyak pakai baju color gelap2 waktu winter ni. Maybe untuk keep warmkan badan. Aku je bedal pakai pink, wakaka! Eh ada jugak la org lain pakai pink. Hehe.

                                      

Ni kedai tako dia. Ramai giler orang beratur nak makan. Kami? Tengok je la. Sbb tak tahan bau dia. Lol! Fyi, ktorang ni takde la minat makan makanan jepun pon. Boleh la nak makan tu tapi klau raw fish ke apa. Bluewk tak boleh telan, ( dasar tekak melayu )

                                      
Jalan2 lagi jumpa sign Malaysia ni. Sempat suh hubs posing situ. Rafif kemain seronok la tdo peluk ayah. Die mmg senang tdo kalau sejuk2 ni. Plus dukung dalam bbywear mmg senang la dia terlelap. 

                                      
Lepas berjalan2 tengok suasana kitorang pegi balik masuk dalam stesen Namba. Cari punya cari infomation counter. Sebab nak tanya pasal 2 day pass. Pusing2 jumpa jugak. Phew. Lega sikit dapat jumpa dengan orang yg can speak english. Hubs plan nk beli 2 days Kansai Pass ticket tu. Sebab konon nya plan nak pegi Kyoto and Kobe. Pastu die suggest klau amek arini dah rugi sebab time tu dah nak petang. So okay la. Plan nak pegi Osaka Castle jela. Waktu ni mmg kami kaw2 tanya macam2. Klau nk ke osaka castle tu naik train line ape, brenti stesen apa. Korang tanya je dia. Senangkan keje nnt. 

       
Sampai lah Osaka Castle. Castle ni tengah2 town tu. Cantik. Tengok dari jauh pon cantik. Tempat dia luas. Lenguh jugak la kaki ku ini berjalan. Tapi waktu ni rase mcm buat kerja gila pegi beli tiket masuk tengok 3d mapping. Bayaran dia ¥1600 untuk dua orang. Tak kisah pasal tu. Tapi sebab malam dia sejukkk sgtttt. MasyaAllah. 

                                    

Waktu ni rase kesiannye Rafif. Sampai berair mata menahan sejuk. Pastu hidung tu merah tau. Sedih pulak ingatkan balik. Haha. Cuma naseb dia tak merengek. :')

       
Ktorang tunggu lama giler kat lua tu, dalam sejam kot. Baru dia bukak pintu masuk tengok. Padahal benda ni sekejap je dia tayang kt castle tu. Orang jepun ni bab2 beratur mmg tiptop! Giler ko diorang ni sabarrrr je beratur. Eh mmg rindu lak japan. 

                         
Suhu waktu ni 4'c. Sejuk ya hampunn!! Susah nak cakap. Selingan sekejap. Orang kata eh bestnye sejuk2. Sebenarnya sejuk ni tak best!! Sbb tu mat salleh suka pegi tropikal country. Sbb dia nak lari dari kesejukan tu. Klau panas kite boleh kipas2. Kalau sejuk?? Dengan dagu ni beku, bibir merekah. Kulit kering habis. Blom cerita kena pakai baju berlapis2. Badan kita jadi berat tau. Dengan dukung anak lagi. Penat!! (Padan muka pegi winter sgttt) ;p

                                      
Waktu ni die blom tayang lagi 3d mapping ke castle tu. Mmg cantik bila tengok. Tapi setiap kali angin meniuppp. MasyaAllah. Orang jepun sendiri menjerit ko! Sejuk gler. 

Lepas dah habis dia tayang. Cepat2 aku dukung Rafif berlari2 cari underground subway dia, sbb tak tahan sejuk. Mesti nak panaskan badan. Berlari naik flyover jejantas tu lari lari lari. Smp tak dapat nak rase kaki sendiri. Sambil gosok2 badan Rafif bg panas. Akhirnya jumpa. Dah rupa olahragawati aku kat jepun. Hubs dengan lajuuu tolak stroller Rafif. Kikiki. Ingat balik mcm nk tegelak. Sbb nak kencing, masuk lah toilet dia. Terkejut aku tengok muka sendiri. Mata merah! Hidung dah macam badut. And i can't feel my face. Beku! 

        

Lepas tu bertolak lah balik ke apartment. Penat giler ari pertama ni. Kalau nak datang jepun kan mesti kena kuat stamina. Sebab kte kena naik subway dia. Unless ko kaya boleh la asyik nak naik teksi dia kan. Tp jangan risau, subway dia mmg on time. Every 5 minit ada. 

Day 1. Berakhir. Dapat jelajah negeri jepun ni. Tempat dia bersih. Susah nak jumpa sampah. Satu hari tu berjalan jmp paper kt tepi jalan. Hubs cakap. Sampah!! Amek gambar!! Motif?? T_T. Pastu susah nak jumpa tanah. Mmg simen and tarrr je sume. Agaknye klau musim summer mmg panas kot. Seronok jmp orang dia. Baik2. Nak jugak terangkan kt kite. Tapi cakap jepun. Bajet kite reti ke? Yg aku tau arigato tu je. Wakaka. Yg paling aku rindu-- they respect each other. Orang dia klau dalam subway, mesti tunduk2. Simimase ke apa ntah dia sebut. Tunduk2. Mcm kite tepi sikit nak lalu. Pastu blah kan. Die tak. Hormat orang tu mmg bagus giler. Arghh. I miss Japan! 

Continue day 2 nnt la ye..hehhe, Day 2 ktorang pegi Umeda Sky Building anddddd Dotombori lagi!! Nnt la ada benda nk cite day 2 ni. Hihi.

Till then..











4 comments:

mrs kayrul said...

x dapat bayangkan klu kat malaysia winter macam kat jepun...mau beku jadinya

Wawa said...

walopun cakap tak best sejuk, tp nak merasa jugak idung jd merah2, ckp keluar asap2, tak kesah la muka jd beku kejap...hahaha...bila lah dpt merasa nak ke jepun jugak...:D

SweetLikeWhat said...

nak rase jugak sejuk macam wawa ckp tu haha..tapi tah bile la kitorg plak nak sampai tuh..hehe

comei sangat rafif taknak tangkap gambar tu..hehe

Rara Zack said...

Wahh bestnya.. Nanti share tentatif program boleh? Apartment mana etc.. :D