Semua sihat ke? Aku rase mcm blog aku ni tenggelam timbul pulak. Hehe. Kadang tu rajin nak jenguk blog orang lain. Tapi kena curi2 masa. Cuma nak drop komen tu asyik lah tak sempat. (Padan lah blog aku takde org komen).
Nak cite aritu aku bosan2 kat rumah. Jenguk2 ig Fynn jamal. Pastu terpandang yg kokpin review barang. Aku x tau lah angau apa aku ni. Terus jatuh cinta dengan FELT! Haa. Haritu kan aku ada buat designkan sikit ssc Rafif letak gambar baby yoda guna felt. Pastu bila aku tengok ig kokpin tu, terus aku rase mcm nak cuba lah! Dari NAK CUBA je, siapa sangka. Aku skrg berniaga kecil-kecilan buat craft felt. Aku start dari awal tahun ni, cuba buat keychain je dlu. Pastu aku post kt ig. Ramai jugak la bg sokongan kt aku. Walaupon komen hanya tulis cute. Hehehe. Itu salah satu dorongan okay.
Bila sampai jepun, aku ada beli sikit2 brg yg rare nak jumpa kat malaysia ni. Aku rembat bawak balik kl. Nak jadi cite, lepas aku pegi jepun aku balik kampung. So kt kg ni senang bg aku nk cari bahan2 dia. Dan haritu terniat dalam hati nak hadiahkan bantal untuk sheila kawan baik. Sempena dia nk kawen ni.
Making progress untuk bantal pertamaku. Hadiah untuk kawan kawen. Aku ni masih amatur lagi tau menjahit felt ni.
Aku suke upload keje2 aku buat kat ig. Alhamdulillah, rezeki tu Allah nak bg. Terus dapat order dari customer. MasyaAllah tak sangka!
Aku terus amek order dari sape nak bantal ni. Alhamdulillah!
Yang ni order dari kenalan di ig sahaja. Baik sgt. Tak fussy. Dia bgtau warna dan nak tulis apa je.
Selain dari bantal, aku amek jugak order utk keychain dan pencil case.
Pencil case utk kegunaan sendiri, lepas upload ni, dapat lagi order dari kawan2. Dah jadi customer la kan. Hehehe.
Another pencilcase. Order dari put. Ya Allah, put ni baikk sgt. Die mmg senang pergi (easy going) punya orang. Hehehe. Tq so much put.
Bantal ni order dari kawan dunia akhirat aku. Anis wahyuni. Nama penuh ko. Hehe. Katanya nak letak dalam kereta. Okay jom la layan lagi beberapa gambar. Hasil dari craft felt mak yg tak seberapa ni.
Alhamdulillah, pencil case lagi. Order dari Ekin mama izzara safiyyah. Hehe
Order dari mak yong leenda. Actually, this is one of my favourite. ;))
Haa, bantal yg ni lama sikit aku nk siapkan. Sbb aku ni takde la kreatif bebeno nak lukis2 gambar katon ni. Bila nak transfer jadi felt ni kena think out of the box. Ecehh. Ni kawan dr uniten dlu. Order utk anak buah dia. Nak tema princess. Gigih lah aku buat princess ni. Hehe. Kepala besar akan menampakkan princess tu cute!
Hasilnya!, taraaa..okay x? Tema color pon semua request dari customer. ;))
Ni pencil case dari mommycha. Aku ni kadang risau klau org x berkenan. Kite main hentam keromo je letak button lah. Bunga la. Skrg kena rajin google2 craft felt dalam internet. Biasa matsallej punya craft felt cantik. Klau kt ig, kebanyakkan nya org dr brazil, mexico, sume terer2!!
Last order for this month dari asmiza. Mama ammar. Powerbank pouch. First time ni jahit cenggini. Harap muat lah dgn powerbank miza. Risau gak sebenarnya ni. Takot tak ngam. Aku rase mcm besar sikit, better play safe. Kang kecik naya! Walaupon ukuran dah bgi. Tp still rase mcm tak kena.
So kepada sesiapa nak order bantal felt, keychain felt, atau pencilcase felt, boleh la order dengan aku. Nk tgk hasil2 yg lain boleh follow ig aku @nurulsyamimi atau @scissorandbutton. Nak senang reply. Msg aje di 0102214895. Nak tanya pasal harga pon boleh. Sbb harga berbeza2. Nnt kite later....
*aku percaya dengan rezeki Allah. Dari suke2 jadi hasil pendapatan untuk aku. Alhamdulillah.
14 comments:
Subhanallah. Cantik semuanya yunk. Pandai. Kreatif. Alhamdulillah. Rezeki Allah tu luas. Kan?
Omel angat..hihi..cntik n creative..insyaAllah,rzki ada di mna2..
Mimi...powerbank pouch tu sangat cantik n comel..nasib mimi besarkan sikit sebab miza boleh gulung cable powebank n selit kat space yg lebih..so ngam2..skang ni powerbank bawak merata2 je sebab ada bekas yang sangat comel!.. :) Insyaallah nak order lagi pasni..
alhamdulillah mi..ku doakan mu terus sukses!
once dah dok rumah sendiri nanti ain nak order kat mimi...cantik sgt hasil kerjatangan mimi nie...suka sangat tgk..:)
wah mimi..sumenya cantik2...:-) geram tengok...semoga berjaya yek..
Alhamdulillah, murah rezeki. cantik2 mu. Aku kagum btl la dengan orang yg suka seni jahit ni..
good job mimi..mila pun mnt felt tp so far tgn kaku sgt..moga terus sukses!!
salam singgah. i ada baca2 entry u pegi japan, will be going there too soon. apa barang2 yg craft2 atau barang best to look out for kat sana? sbb mmg tgh survey nk beli barang rare kat sana. kalau ada tips let me know la
hai boleh tak nak nama fb berminta lahh dgn pencil case akak
cantiknya design felt craft yg awk buat...
www.liyanastore.com.my
kemas sgt buatannye,,mcm dah pro,,tp skang meti dah pro kan,,hehhe
wow comel
comel nyaaa..... blogwalking sini..
BERMINAT NAK BERNIAGA PART TIME?TAWARAN BERNIAGA DENGAN MODAL RENDAH
Post a Comment