Pages

Feb 1, 2014

Winter in Osaka Japan

Assalamualaikum

Gigih tak terus update blog? hehehe. Okay, sebelum otak aku ni dah tepu dan lupa semua benda, ada sikit masa free ni aku terus update blog. Nak cerita pasal holiday ke Osaka Japan. Aku sempat grab tiket flight AA yang masa dia promo Free Seat tahun lepas tu. Harga tiket ke Osaka (dah campur meals for 2, Hot Seat for 2, booked bassinet) 3 orang skali si tecit tu, return tix RM3K. Murah ke mahal itu la yang ktoran dapat. Di beli tahun lepas bulan 10 kot. Ngee.

Persiapan nak naik fight kali ni risau die same je macam pegi London tahun lepas. Cuma kena prepare lebih sebab Rafif dah minum FM. Kalau dlu Rafif die BF je, so tak payah nak prepare susu dia, air panas, thermos bagai kan. Kali ni kena la prepare tu semua. Sebelum fly kena prepare:

1. Susu (masukkan dalam stack)
2. Thermos sahaja! (air panas tak payah. sbb air mmg tak boleh)
3. Botol air sejuk. Botol sahaja! 
4. Pampers bagai.
5. Sweater for Rafif.
6. Bekal makanan Rafif. Bawak nasi ayam. (takpe, tak kena tahan)

Itu la sikit kena prepare nye. Ni tips untuk mak2 nak fly dengan anak kecik. bawak sweater. (musim winter). 

Main kejar2 dengan ayah. Sementara ibu pegi solat kat airport.

Flight kami pukul 3 petang. Tapi delay sikit ada masalah teknikal katenyee. Flight ke Osaka mengambil masa selama 6-7 jam. 

 Gituu. Makan dalam bassinet sambil layan Mickey. Naseb baik lah dia diam je tak nak berlari. Phew!

Dah sampai, kotrang berlari2. Nak cepat tak nak beratur kat imigresen punya pasal. Amek ikhtibar dari pegi London, sejam beratur wei. Kali ni ktorang berlari. (tips dia- beli la tiket flight yg depan2 aje. Dekat dengan pintu-get ready segala mak nenek beg sebelum flight turun)

Masa tu berdebar sgt nak lalu pintu keluar bila dah amek beg tu. Sebab kitorang bawak banyakkk gler makanan. Hubs beli makanan dalam paket2 tu kat tesco. Mee PAMA, garam, milo 3in1 tu, roti 2 plastik, kek lapis. wakaka! sume lah! pssst: actually, tak boleh bawak masuk meat ke Japan. tapi nanti dalam flight kena isi form jangan lah declare! gitu! *pengakuan berani mati*. Sebab aku dah tau Japan bukan senang nak cari kedai makanan halal. Tak sama macam London. 

Bila dah sampai aiport, dah lepas imigresen
Muka happy, no photo katenye. Tapi waktu ni tak perasan sign dia. wakaka!

Keluar je dari airport dah ada pakcik teksi tunggu kitorang. Sebab flight kotrang sampai malam. So kemungkinan nak kejar Subway atau JR Line tak sempat dah. Jadi maka itu, hubs dah booking teksi siap2 dari kl lagi lah. Kotrang pon bawak beg berat nak mamp dengan segala mak nenek makanan tu kan. Mane la larat nak harung naik subway kan. Booked dengan website ni. Click ---> Airporttransfer. Charge dari Kansai Aiport ke apartment kotrang kat Namba  ¥17,000. Memang mahal sikit la. Kalau convert dah rm556 sehala. Perjalanan selama 45-50 minit. 

 Pakcik ni baik je sengih dok tunggu ktorang. hehe. Tapi salah tu pakcik nama bapak mertua saya. hahah! Masa kotrang sampai ni suhu dalam 10'C. Sejuk tapi still okay la. 

 Pakcik ni gigih tau angkat beg. Hubs kesian mmg dia angkat sendiri. Tapi gigih gak nak tolong angkat. Adoi. Gerak lah kotrang dengan hati yang gumbira sebab makanan ktorang selamat tak kena check. hahaha! 

Dah sampai apartment, mmg betul2 depan apartment die drop. Tapi takde pulak org tunggu. Ingat pemilik apartment tu tunggu. terpaksa la beli air guna vending machine sbb nak dapat syiling. Hubs berlari2 pegi cari public phone sebab nak call Roman. (pemilik apartment) dapat jugak la masuk lepas dalam setengah jam tunggu nak masuk. Japan canggih tak payah pakai kunci. Main tekan2 no je terbukak pintu. hahah! 

Apartment yang hubs booking ni mmg aku recommend sgt2!! Kalau nak booking hotel sah2 dapat studio room jekan. Apartment ni mmg sesuai untuk orang yang nak masak. Sebab dia sediakan mini kitchen. Bilik dia kecik je, tapi lengkap! Untuk small family, atau orang bujang trip berdua atau bertiga muat lagi. Tdo sompit2 sikit la. hehehe. Bagi ktorang mmg sgt2 berbaloi dah ni. Hubs ada booking di satu web tu. Tapi aku tak pasti lak web mana. Tapi korang boleh terus contact Samantha Anderson +81 8044820770. Harga untuk 6 malam +-RM2K. 

 Kemain semua sebok nak check apartment. hehehe. Si kecik tu macam paham jekan. 

 Mini Kitchen. Ada dapur. Sinki.


Antara benda lain dia sediakan. Microwave Oven, Periuk nasi (sebab kotrang yg request.hehe), pinggan, mangkuk, sudu, gelas, cerek air, kuali, periuk masak. Lengkap! Sabun basuh tangan, sabun basuh pinggan sume ada. 

Haa, kalau pegi japan mesti nak guna toilet ganggih dia kan. haha! Ada! jangan risau. dia sediakan. Siap sabun mandi, shampoo, berus gigi, towel sumeee ada! best kan!

Katil Queen dengan TV flat screen, ada wardrobe dia sediakan hanger banyak jugak. ada bakul untuk kita pegi laundry. Kedai dobi dekat je dengan apartmnet. Turun bawah jalan dalam 20 tapak sampai dah. hehehe. Aircond dia sediakan. Tapi waktu aku pegi winter. Sepatutnya dia boleh jadi heather tapi mungkin tak berfungsi sebab dok tunggu angin panas keluar tak keluar pon. jadi kami pegi beli room heater kt supermarket. hehe. Tak bawak balik pon, mesti ada lagi kat rumah tu. Lagi dia sedikan meja dengan dua kerusi yang boleh lipat2. sebab kecik je apartmentnye. hehehe. Tapi yang paling best!! dia sediakan PORTABLE WIFI! weee~ Tak payah susah2 nak pegi sewa. So, korang boleh bawak pegi memane jenjalan kat luar. Asal charge penuh. Dah siap boleh WIFI. thumbs up! 

Aku memang recommend sgt sape yang cari apartment murah di Osaka, boleh menginap di apartment ni. Alamat dia: 
DK Wonderful apartment near
Namba
3 Chome-1-13 Daikoku
Naniwa Ward, Osaka, Osaka
Prefecture
Japan

Apartment ni dekat dengan Daikokucho Station (Subway) dan Imamiya Station (JR Line).
Mane laki aku jumpa pon tak tau la. hehehe. Nnt sape nak contact drop komen ye. nnt ku tanya lakiku. Boleh korang cakap suggest by Ridzwan from Malaysia. hehehe.




Rasa macam dah panjang sangat menaip ni. Kali ni asal boleh la aku update blog ye. Seronok sgt tauu pegi Japan!! nnt ku update lagi ye. First day ktorang pegi Dotombori dengan OSAKA CASTLE.





13 comments:

Unknown said...

Salam kak mimi.
Nak tumpang share boleh?
Kalau ada sesiapa yg travel ke osaka n nak makan mknn msia boleh order thru fb assa chocolate. Ada kakak malaysia yg buat bisnes jual bento halal for muslim yg travel kat japan. Kalau ada teringin mknn jepun yg halal pun boleh request kalau x silap saya la.
Then kalau nak cari apartment area osaka yg leh duk ramai, boleh contact fb halal tour in japan. Malaysian yg tinggal kat japan yg handle tu. Apartment tu boleh muat 6 org dewasa if im not mistaken. Boleh masak2, ada mesin basuh baju,mesin kering baju sume. For more about the apartment boleh tgk kat link ni https://m.facebook.com/media/set/?set=a.387523131321579.91558.350856674988225&type=3

Hehe sorry terpanjang pulak komen

Nurul Izayani said...

bestnya mimi p japan!

Unknown said...

Bestkan..Planning nak pergi Osaka lagi bulan 6 ni..tp tak tau jd ka tak...
last time g Kyoto ja..

hehe...
info yang berguna..nnt leh ikut..

nayfatimahrasyid said...

teringin nak pi Japan ;)
salam singgah and follow !

anez zamri said...

BESTNYA MI!!!!
NAK BACA LAGI TAK PUAS!!

ctmah said...

uuuuuuuuuuu timah baca sambil menangis..bestnyaaa mi!!!

Julia Johari said...

Mmg hebat plan family mimi pi jepun....hebat punya trip...seronok tgk satu2 mimi explain...cayalah! Mmg awesome sgt :D

ieza ashaari said...

Ohoi..bila r dpt g ni..indon pn xlps lg..

Anonymous said...

Huk...teringin nak pegi but suami kata nak pegi 'satu tempat' tu dulu before g tempat lain....insyaALLAH..

PinKy MoMMa said...

bila la nak smpai jepung tuuuu...hubs jer pernah pergi sbb keje je..iols tak leh join hukhukhuk..

mimi update la lagiiii..jgn lupa tag akk..dapat baca kisah org pun seronok..eh fridge magnet mu dah smpai..cantik ada sakura hehehe tqq tau ;)

MOMMYLIN said...

bestnya... bila la rezeki kami plak...

Unknown said...

best nya miii!
aku bila la nak pergi.
dalam malaysia pun bertaun ku nak simpan duit. hahahaha.

Suria Amanda said...

kena work hard ni kalau nak pi Jepun....

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com