Pages

Dec 23, 2013

My Breastfeeding continue....but....

Assalamualaikum

Hurm, topik ni topik yg jarang sgt aku tulis kat blog ni. Bukan tak nak berkongsi cerita tp aku tak berapa selesa untuk bercerita. Tapi arini aku menaip sedikit sebanyak untuk kenangan aku sendiri di masa depan. 

Okay, masa aku mengandung dulu. Ilmu aku pasal breastfeed ni tak banyak. Serius blog ni banyak sgt membantu aku cari ilmu tentang penyusuan susu ibu ni. Keputusan untuk menyusukan anak semestinya dari hati aku sendiri. Tak boleh disangkal lagi, susu ibu adalah susu yang TERBAIK untuk anaknya. Dan juga dipengaruhi oleh mak aku sendiri. Bila mana kami adik beradik memang menyusu ibu. Ada yang sampai complete dua tahun. Ada yang tak. Aku complete dua tahun. Sbb aku dapat adik 8 tahun lepas aku lahir. 

Jadi, pencarian ilmu tentang penyusuan susu ibu mmg aku gali segalinya. Memandangkan aku wanita bekerjaya. Apa yang perlu aku beli sediakan untuk anak nanti. Husband aku memang banyak membantu, terutama dari segi kewangan. Dari breastpump, dari botol susu, dari rak pengering. Semua lengkap. 

     


Lahirnya Muhammad Rafif Rifqi di muka bumi ni. Aku struggle enough untuk bagi die minum susu ibu. Memang susu mula2 takde. Aku pam pam bagi die minum guna botol. Waktu seminggu baru lahir tu campur dengan susu fm. (Aku tak pernah kecam kepada ibu yang bagi anak dia susu fm. Prinsip aku senang, everymom want the best for their child kan. Everyone have their own reason) seminggu selepas tu susu semakin ada. Aku pon mula mengumpul stock ebm. Tetapi masa berlalu, dalam pantang lagi aku mengambik keputusan untuk TAK BEKERJA. Kalau sape tau tu paham2 la. 

Siapa sangka, aku 100% bertukar menjadi SAHM. 
Jadi kerja aku lebih senang di mana aku hanya direct feeding. Berbulan2 berlalu, Rafif mula makan, kadang kala aku pam susu sikit untuk letak dalam makanan dia. Tapi minum, mmg direct feeding. Kalau outing, kerja aku senang je. Tak perlu bawak botol, tak perlu siapkan air panas, tak perlu fikir susu. 

Tapi! , 
jangan ingat direct feeding tak susah. Jangan ingat kami ibu yang direct feeding ni sentiasa ada susu. Kalau badan penat, stress, tak cukup makan, tak minum susu atau milkbooster, same jugak. Susu memang merudum. Aku pernah mengalaminya! Aku punya milkbooster adalah susu soya dan air masak. Tu jela cepat2 aku topup susu aku balik. 

Setahun sudah masa berlalu, 
orang kata sudah Degree in breastfeeding. Tak sangka pulak aku ada pangkat, (bagi aku tu kerja aku sebagai ibu je). Alhamdulillah, susu masih ada walaupon dah tak bengkak macam dlu. Bila masuk setahun, selera makan Rafif bertambah. Dia tu nampak je kecik. Tapi makan Alhamdulillah. Selera! So demand untuk die mintak susu kurang sikit. Dan Rafif ni tak reti minum air lain selain air masak dengan susu ibu sahaja! 

Dugaan Allah bagi,
 dua bulan lepas. Nipple aku melecet giler dan sakit toksah cakap. Pegi jumpa doctor, doctor cakap mungkin aku allergik sabun. Mungkin btol mungkin tak, aku tukar sabun. Kurang sikit melecetnya. Dan bila susu semakin kurang, nipple semakin nipis. Setiap kali df sakit yang amat. Walaupon nipple aku melecet, aku tetap teruskan df. Ya Allah sakitnya, aku siap pm tanya Nana, ubat apa. Cuba buat, okay sikit. Alhamdulillah

Sudah sampai masa, 
aku berbincang dengan husband. Nak intro FM dekat Rafif sebab aku sendiri yg rase aku makin takde susu. Die pon macam tak puas, nak bergayut satu hal. Sebab takde susu kan, die minum pon mungkin produce sikit2. Husband aku support je apa tindakan aku. :)

Masalah pilih susu.
Memandangkan Rafif ni tak reti minum air lain selain air masak. Jadi aku tak tau nk intro terus ke tak dengan fm. Aku mintak pendapat Kina, since she is SAHM mcm aku jugak. Kata2 Kina mmg meringankan beban aku sikit. Bermula minggu lepas, aku intro milo tawar dekat Rafif. Die minum. Ada jugak orang kata bagi fresh milk. Aku beli, dalam botol tudung hijau dutch lady, sekali Rafif minum die direct muntah. Dan banyak. Ya Allah, takot aku tengok. Aku continue dengan milo. Dua tiga ari lepas, aku continue pulak dengan Dutch Lady 123 perisa Coklat. Harapnya rasa dia macam milo. Berdebar aku nak bg Rafif minum. Aku buatkan dalam botol air masak dia je. 

Alhamdulillah, 
Die boleh terima susu tu, dan aku check die poo poo pon okay. Sehari mesti berak la sekali. Rafif will turn 18mo in a few days. Sekarang, orang kate campur2. Kalau dia nak tdo masih lagi df. Aku tak pernah tdokan Rafif tak df. Die takkan tdo. Camane tu? Kalau keluar dan tempat orang ramai contoh semalam pegi house warming rumah kawan, aku bagi die minum botol. 

Takde masalah botol.
Since Rafif boleh accept botol yg jenis straw tu, aku tak kan intro dengan botol susu biasa la. Takot die sedap pulak minum botol susu biasa. 

Breastfeeding waktu malam.
Ini masih lagi diteruskan, sebab Rafif memang bangun kerap sgt malam2. Bila die terjaga tu klau boleh nak ngap nenen terus. Kalau tak, die bangun. Sekarang ni nipple melecet lagi, sakitnya MasyaAllah! Aku kuatkan hati je. Dalam otak aku berfikir, baby yg kerap menyusu di waktu malam akan menghasilkan otak yang genius. Ini fakta. Camane jadi camtu? Aku tak ingat dah. Ngee. Cuma klau boleh aku nak kurangkan sikit kekerapan die bangun tu. Any tips? Pls drop comment ye. Betul ke bg air masak? Aku dah cuba tp dia tau bangun ngamuk2. Huhu.

       

Perasaan aku? Sedih pon ada, gembira pon ada. Aku sedih sebab emo terlebih bila anak sudah berkongsi susu. Mengarut? Lantak lah. Dalam masa yg sama betul aku baca dalam buku, perasaan "dapat badan balik" tu lain macam. Especially bila outing, tak payah sebok nak cari tempat nak nyorok susukan anak. Itu mmg aku rasa. 

Apapon, aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, kau kurniakan aku susu untuk aku berikan kepada anakku. Diusia dia 18bulan aku mula campur. Alhamdulillah. 

P/s; proses penyusuan susu ibu bukan mudah ye. Tapi aku berusaha setakat yg aku mampu untuk anakku. Paling aku percaya, antibodi anak kuat dan risiko untuk obesiti bila dia besar tu kurang. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. 

11 comments:

MOMMYLIN said...

mimi.. untuk luka tu.. try letak minyak kelapa dara... mmg cepat ok. bby pun boleh je isap minyak tu, xde masalah...

tuk bg anak kurang bangun susu pula. make sure sebelum tidur dia kenyang. dlu hafidh kerap bngun. tp bila kitorang bg dia mkn mlm kenyang2. dia tak bngun mintak susu pun. try la.

diary_ciknaa said...

rafif anak yg baik..betul la kata org mimi, kecik2 dulu dia kuat nangis kan? dh besar baik budaknye.. alhamdulillah.. rafif good boy!

Chekgu Azrine said...

Sis..perjalanan bf sis lbh kurang akk je..
Aish pesen nk minum bergayut bila time mlm..
Badan mmg pnt xpyh ckp la..
Nti akk nk try jgkla dutchlady coklat tu..sbb skg akk bg yg biasa dia xmo..
Botol susu lgsg xmo..tp kt umb pengasuh dia nk susu dlm botol..pelik la plak..hehe

ieza ashaari said...

Mcm2 pengalaman kn.tkut jgk za tggu darwish bsr..za pn kn minum susu br susu mcm ada je..hihi..

Rilla said...

Samala, Zain kuat ngempeng malam. Pernah try bagi air masak, pakai botol mimijumi lagi, ngamuk sakan budak tu. Buat sementara ni, bertabah je.

puan.mila said...

betol tu dugaan df ckup bsr bg mila..kalai time breast kempes, boleh rasa mcm xda susu sbb ank duk tarik2 dn hsp mcm xpuas..smpaikn zara mngis..walhal ank mila bru almost 1y..mila pun xkrja..slalu ssh hati..

Unknown said...

Wah..doakan sy berjaya full bf untuk anak 2nd. Masa naufal dapat 2 bulan je. Sedih tapi Allah tau apa terbaik...

mommychaa said...

mimi.
aku baru nk berjinak dlm bf baby ni.
tak berjaya pada mikha.
aku teruskan pada kayla.
walaupon tetiap ari teks aku melecet dek kerna kegagahan gigi kayla tu.
caranya aku sapu myk gamat.
eh membantu tak dgn soklan mu eh..
agagaga.

Mimy Hamid said...

kakmi dapat bg susu ibu kat Fayel 8 bulan je...fayel yang tolak reject..ikut hati lagi sedih...rindu nak bf...now kan fayel kalau kata nak tek tak...dia akan buat muka tek tu busuk...hai la anak ...hahahah

ctmah said...

mimi..all the best yang..try slowly introduce kat rafif. kalo rafif dah serasi ngan dutch lady 123, maybe mimi boleh try dutch lady coklat. Alisha minum anmum. anmum kurang manis sket

Han Hanni said...

dugaan bf memang kena kuat semangat sikit. Hope dipermudahkan segalanya

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com