Tetiba arini aku nak review vacuum. Hehe. Act, lama dah nk review vacuum apa aku guna. Tp asyik tak jadi je nak menaip. Dalam pale otak aku ni ada lagi dua lagi entry nak taip. Satu perkembangan Rafif 18m dan Carrier Patapum yg baru beli tu. Yg tu nanti2 la ek.
Masa masuk rumah ni tahun lepas laki aku laju2 nak g beli vacuum. Aku mmg tak suke sgt menyapu guna penyapu ni. Sebab tak praktikal bg aku. Sapu sini terbang sini. Sapu sane terbang sane. So smp skrg aku mmg penggemar vacuum. Laki aku beli sebijik sejibun same mcm mil aku punya. Jenama GLOBAL. Haa nampak tak glemer kan.
Haaa itu dia! Die bukan saje rupa seperti R2D2 cite star wars. Mahal die 3in1. Boleh vacuum, blow and ape lagi satu ntah. Boleh lak aku lupa. Lol. Tp dua tu jela aku pakai. Yg best pasal vacuum ni die punya sedutan dan hembusan tu kuat ko!! Haha hembusan tu blow okay. Aku translate terus. Wakaka
Antara fungsinya. Menyedut hujung sapu kaki aku ni. Lol. Die punya sedutan tu kan mmg kuat tau. Plus die punya tali panjang! Cuma tali die tak ley scroll masuk dalam badan la. Die manual gulung guna tangan. Pastu pepandai la ko selit mane2.
Pastu klau nak tau depan rumah aku ni ada pokok besar. Slalu mengugurkan daun2 yg kering. Adoi lah. Mmg hari2 kena sapu. Klau aku malas, aku blow je. Senang cite. Cuma still kena sapu masuk plastik sampah. Itu skali je aku blow. Terus terbang sampai sane. Tapi yg tak best bg aku la. Bunyi die kuat! Mmg klau ko tdo pon akan bangun. Lol. Sepadan dgn kekuatan die sedut tu kan.
Tengok aku saje2 blow alas kaki tu. Hambikk. Mmg kuat. Aku puas hati la vacuum ni. Die bising sikit je. Plus besar. Tapi! Die murah jeeee! Aku rase die antara vacuum yg murah. Sebab mungkin faktor muka die toye gitu. Hahaha. Maksudnya die x cantik sgt la. Tp jangan main2 aku kadang2 tu tersedut kaki seluar sendiri. Mmg die sedut btol. Ini yang kite mahu. Aku vacuum satu rumah mmg kejap je. Puas hati!
Pegi la beli. Itu je.
3 comments:
suka vakuum gak....nak reveal m vakuum gak la pun best....heheh
rafif takut tak bunyi vacuum? hihi
bahahaha..oitt vacuum pn ade muka toye xtoye eh??
adoiii mimi wt lawak.hahaha
Post a Comment