Wednesday, January 8, 2014

New year new me!

Assalamualaikum

Walaupon dah lebih seminggu 2014, tapi aku baru terhegeh2 nak cite pasal new year ye? Hahaha. Maafkan hamba. Ramai orang update blog highlight 2013 best moment. Tapi aku malas la nak cite satu2. Malas nk cari gambar lama2 balik. Tapi memang 2013 banyak sgt best moment for me. Dari Rafif pandai merangkak dan bertatih dan berjalan dan berlari. For me itu the best moment. Tengok anak membesar depan mata. (Walaupon kadang2 terasa pening sbb takde masa utk sendiri) 

2013 pon tahun kami banyak habiskan duit pegi holiday jauh sikit. Err. Rase mmg banyak kot habis duit. Kadang tak terkira brape byk habis pegi europe aritu. Tp dah tak nak fikir semua tu, yg penting memori itu biar kekal dalam kepala kami. ;)

2014 mula menjelma. Azam? Mungkin same mcm tahun lepas. I want to be a better wife, mother and daughter for my family. Dan azam baru tambah sikit. Nak kurussss! Pls pls pls! :( 

Aku dah "mulakan" untuk kurus tu. Nnt klau betul kurus baru aku review. Hahaha. So far berat aku dah turun 2kg. Sikit2 xpe. Asal kekal. Actually, ada sebab nape aku nak kurus sikit, bukan banyak pon. Tp biarlah niat tu aku pendam je. Hehehe.

Dannn. The most important for me. Tahun ni aku nak btol2 tutup aurat. MasyaAllah. Itu niat dari hujung tahun lepas. Aku tak nak buat dgn drastik pon. Cuma sikit2 aku nk tutup btol2. Tp biar kekal. InsyaAllah. Yang aku harap cuma aku istiqamah untuk buat ni. 

Target aku.
1. Pakai handsocks - klau baju tu aku lipat lengan die. Sebab aku banyak kemeja. Dan aku slalu lipat lengan. Harap lepas ni handsocks tu sentiasa ada. 

2. Tudung labuh sikit - bukan aku nk pakai tudung besar sgt. At least klau aku beli shawl tu mesti yg jenis boleh cover chest. Klau boleh biar aku x yah adjust. Die mmg btol2 cover chest. 

3. Stocking - yang ni aku rase susah sikit nak buat. Harap lepas ni btol2 aku pakai la. Skrg aku pakai jenis jarang. Mungkin kaki aku tak brape selesa lagi, insyaAllah aku cuba! 

Jeans dah tak nak pakai ke? Eh tak la. Aku nak buat biar pelan2 tapi kekal. Aku tetap akan pakai jeans dgn baju yang labuh. Dan lebihkan pakai palazzo and skirt. 

                      
Yang ni aku pakai skirt kembang. Mula2 pakai rase mcm "jangok" sgt. Sbb maybe kain kembang kan. Tp bila keluar dah tak perasan dah kain kembang segala. At least aku nak pakai yg aku rase selesa sikit. 

Banyakkan baju chiffon. Hehehe. Maklum la kite ni dok negara panas. Klau kite pakai baju berlapis2 ni kompem panas. Dgn handsocks lagi. Kadang syaitan dok hasut. Panasss niii. Alhamdulillah. Ada jugak kata hati aku dengar dok cakap neraka lagi panas! MasyaAllah! Timbul jugak kesedaran ko kan mimi. 

Aku mmg betul2 ikut kata hati. Takde sape suruh atau paksa. Cuma aku inspired by orang pakai tudung labuh ni. Macam Dena Bahrin ke, Erine Nadia ke, terbaru aku suke tengok Nadia Bayu. MasyaAllah lawa sgt diorng ni. Sebab dionrg pon slalu share kat mane beli itu ini. So senang nak cari. 

Korang doakan aku istiqamah ye!

Dannnnnn. (MasyaAllah yang ni paling payah aku rasa) aku btol2 nak tutup aurat depan ipar. :((
Rase jahil sgt bila fikir, aku klau blah suami takde masalah sgt sbb aku ada adik ipar pmpn. Blom kawen. Tapi bila balik kg tu ada abg ipar. MasyaAllah harap aku btol2 tutup aurat aku. Kena pakai tudung jugak dalam rumah. (Skrg amek masa sikit nak balik kg. Huu)

Nak kurangkan masa bergadget ni. Lebih tumpukan dengan Alquran. (Macam susah-jahil sgtt kan)
Nak kurangkan masa bergossip. Eh ade ke? Maksud yg lebih mendalam. Aku just nak mind my own bisnes. Ade ke gitu? Aku pon rase aku dah dewasa. 27 wei tahun ni. So tumpukan dengan family, belajar menjahit yg mane tak reti lagi tu. 

Doakan aku ye!!!

P/s: aku tetap akan menjadi diri sendiri. Yang suke berceloteh. Suke #makselfie. Suke upload gambar. (Sbb aritu ada org share gambar mcm terkena kat muka sendiri) yang penting aku tau niat aku. ;))




9 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

semoga semuanye dipermudahkan yer mimi!
chayok2!!
peringatan utk diri sendiri jugak
amin

Aeen said...

cantek la mimi...gorgeous sangat au....:)

Fizah said...

semoga dipermudahkan urusan awak...insyaaAllah benda baik begini pasti Allah mudahkan...selangkah kita mendekat pada-Nya seribu langkah Dia mendekat pada kita..sama2 kita berdoa :)

S.n.Fariza said...

cntiknya. :)

yUmiE AzuRa said...

Good mimi.
doakn aku pn akn mcm ko satu hari nt..insyaallah..

ily♥ said...

Alhamdulillah...Mudah2an Allah beri kekuatan untuk istiqamah..

ReYNa said...

cantik skirt tu:).inshaAllah sy pon akan cuba macam mimi.

ctmah said...

cantik mimi!
all the best tau.
moga niat mimi tu diterima Dia

DYatie said...

Mi! Kita serupa. Semoga kita kuat dan Allah permudahkan mi.