Assalamualaikum
Saya dilahirkan pada 6 September 1987. Di kampung Lundang Paku, Kota Bharu, Kelantan. Pukul brape tak ingat. nak kena tny mak lagi skali. hehe. Mak beranak kt saya kat rumah nenek. kira rumah mak mertua mak saya la. rumah ayah. Saya dilahirkan tanpa bidan! percaya atau tak. itulah kenyataan. semangat nak keluar awal. bidan otw datang. smp je bidan. saya dah keluar. hehehe. sbb tu saya lebih independent dari adik bradik saya yang lain. *vangga* hahaha. saya dilahirkan berat 2.7kg. itulah berat yang paling ringan saya. lol.
Dulu masa mak mengandungkan saya, ayah berharap yang saya ni anak lelaki. sbb time tu saya dah ada 2 orang kakak. dah 2 orang la anak perempuan ayah. so ayah berharap lelaki. tapi hakikatnye yang keluar masih lagi seorang bby perempuan. sbb tu jugak, saya time kecik2 macam lelaki. mmg macam lelaki.
Saya takde gambar time kecik2. kesian kan? kate mak. saya gemok! makan banyak! *smp skrg pon* takde rambut. tak boleh berjalan. tergolek je. dan saya tak merangkak. klau anak saya lepas ni tak ley merangkak. tak hairan lah. mmg gen saya. hahah. setahun, tak boleh berjalan lagi. 13 bulan. takde perubahan. 14. bulan takde lagi. 15. masih tak boleh berjalan. smp mak saya pepagi bawak saya jalan2 atas rumput. atas embun. nk suh cepat berjalan. akhirnya! 16 bulan. saya berjalan. yeay!! tp bila besar, saya lah olahragawati kt sekolah. *vangga lagi skali* dan saya paling aktif berbanding adik bradik yg lain. bila dah besar sikit baru lah saya ada rambut. dan rambut saya bukan macam adik bradik yg lain. rambut saya perang! yang amat!
macam biasa. umur 6 tahun saya pegi skolah tadika kemas. atau lebih dikenali sbgai tadika makan dan main. mmg tak belajo pon. main je. cikgu Latifah rasenye. smp skrg masih ada lagi buku rekod time tadika. cikgu tulis saya lebih kepada seni lukisan dan mewarna. sbb tu kot skrg saya kerja Multimedia Designer. haha.
Muka taknak senyum sbb cikgu pakaikan lipstik. i kan macam lelaki. hahha
masuk darjah 1. saya start puasa. tahun pertama puasa. berjaya bertahan sehari je. wakakaka! yg lain. yang2 yuk. siang2 bukak periuk. darjah 2 baru saya dapat adik. dan berlagak macam orang besar. time tu seronok. dapat adik lelaki. time skolah rendah. tahun 1 2 3 pegi ngn ayah. anta pagi2, naik motor. dengan 2 orang lagi kakak ku. korang bayangkanlah camane ktorang naik motor 4 orang.wakaka. smp dah darjah 4, ayah tak boleh anta dah. pastu saya belajar naik bas. belajar jadi orang muka tak malu. tahan jela sape2 pepagi tu. haha. tp mostly naik bas ke skolah.
smp la skolah menengah, ada time bawak motor, ada time naik bas. ada time kayuh basikal. ada time tahan kete cikgu. *dasar muka tak malu*. tp itulah kenangan susah saya nk smp sekolah. dlu ayah saya jenis tak amek port sangat. korang nk pegi skolah pepandai lah. duit poket waktu tu. rm10 seminggu. rm2 sehari. nasi singgit. air 20sen. pastu g beli kt koop kerepek 50sen. settle masalah. tengahari makan kt rumah je. saya tak pernah dok asrama. sbb skolah dekat je ngn rumah. belajar2. main2. main2. eh byknye ko main mimi! smp lah SPM. sekolah menengah kenangan susah senang saya nk membesar sebenarnya. dlu kami hidup sederhana jela. ayah keje makan gaji ngn tnb! keje techinician. gaji brape sgt lah. klau nk mintak beli pape, mesti menggelabah nk mati. siap buat rehearsal tu. kakak akan berlakon jadi ayah. hampeh betul!
lepas SPM masuk PLKN. pergh! tak nak la jauh lagi dapat kan. kt perlis sana nun! hujung dunia kem aku. sikit lagi nk masuk siam. Kem Wan Kelian. perlis. dekat gler ngn gua kelam. seronok wei PLKN. walaupon budak sebelah katil asyik kena rasuk hantu je. tensen aku. nk tdo memalam tak lena. haha.
lepas PLKN, masuk U. *vangga* LOL. Mak sedih nak anta saya jauh2. tp ayah maintain muka ketat. seriusly seronok gler masuk U. ntah pape. siap senyum2 lambai bila diorang nk balik. mmg saya ni jenis takde perasaan ke ape. tak de pon homesick. orang lain lebih2. bila tny, orang mane? rumah kat mane? boleh plak die jawab Ampang. aku lempang jugak budak ni. Ampang kentut pon dengar dari Bangi. lol. pastu jaman U mmg paling best. kenangan paling terindah la. walaupon result tak brape nk vannga. tp still seronok. Alhamdulillah, sume housemate baik2. siap pernah menang Rumah tercantik lagi. kelas kau jah! ko pegi belajar ke. pegi mengemas? hahaha.
Kau mampu? siap ada sign nama lagi. die ni bilik ke kiri. aku ke kanan. kot2 tersalah masuk bilik. lol
Juntai2. gigih betul kak dayah siapkan ni. hahahaha
Habis U, balik rumah. bosan tak tau nk buat ape. Ayah suh amek lesen kete. pastu lepas je amek lesen kete. terus dapat panggilan keje. datang lagi kl. bekerja company sama smp laaa lani. Dulu time nk mintak keje. saya berdoa supaya saya dapat keje tempat yg menyenangkan, senang saya nk beribadat. takmo la keje yg nk semayang pon susah. Alhamdulillah. company saya keje skrg mmg menitik berat pasal agama. tiap2 minggu ada ceramah. tp time tu jugak la aku g lepak surau tdo. lol. penat lah. mak buyong kan.
2010 saya tunang. 2011 saya kawen. 2012 insyaAllah dah jadi Ibu! =)
Hidup kita mmg ada ups and down. Hanya berserah kepada Allah dan jangan lupakan DIA. sentiasa berdoa biar hidup kite sentiasa diberkatiNya! amin.