Wednesday, May 8, 2013

Pengalaman menaiki kapal terbang bersama anakku si Rafif Rifqi

Assalamualaikum

Harini i nak share pengalaman i terbang bersama Rafif. So far, Rafif dah terbang lebih kurang 11 ke 12 kali dah. Dan experiencenyeeee...adalahhhh.....tak besttt!!! 12 kali naik pon 12 kali lah melalak dalam tu. Wakaka. Eii. Klau nk cakap tebal muka i ni malu weh. Tebal ala ala tepong gomak yg cite p ramlee tu.

Ok. Setakat ni paling lama pegi jakarta aritu je. Dalam dua jam setengah kan. Eh. Btol kot. Die punya melalak dalam tu dah sejam. Haa. So ada sejam lebih sikit je nk dok rilek2. Grr. Rafif mmg tak suke naik flight. Klau naik kete okay pulak. Takot gayat ke apa. I rase die rase lemas la dalam tu. Nak kate sakit telinga. Kapal blom bergerak lagi. Dah start enjinnn nak melalak. Hahaha. Hai la anak. Sume org tgk nak oii. Malunye mak. Ko besar nnt. Mak nk cite sume ni. Bio raseeee.




Yg lain i byk balik kb je. Dalam 45 minit. So 30 minit nangis. Hahaha. Mak baru feeling2 nk makan kacang masin. Wakaka. Aritu g kedah. Die nangis gak. Naseb la hubs ada. Klau i balik kb. Mmg berdua je dgn die. X larat la i nak bgn buat2 nak g toilet ke apa. Huuu. Ni i nak share tips sikit nak naik flight bawak bby.

Tolong pilih seat. Dan pilih seat depan je. Ko x payah nak gigih ke belakang. Sebab sempit oii. Nak dukung anak lg. Bawak handbag ko ala2 beg perang sume benda ada. Habis la kepala penumpang lain ko libas. Satu lagi. Ko x payah la nk feeling2 tgk awan dok tepi tingkap. Klau anak melalak susah nk keluar. Anak beyak ke nak ke toilet. Duduk je isle tu. Senang nk bangun. And klau MAS atau AA. I mmg nak pilih MAS. Sebab. MAS ko x payah gigih nak panjat tangga. Klia terus masuk badan kapal. Klau naik AA. Ko nak menapak kt airport tu dah lama. Naik pulak tangga besi tu. Kecik bebeno anak tga. Huii. Geram aku. Pastu klau smp kb ni. Die terus turun ke dalam airport. X payah nk turun tga besi lagi skali. Haha. Cop tmbhan pasal seat. Klau MAS. Pilih la seat yg no 5. Btol2 belakang dinding pemisah antara bussines class atau economy class. Situ mmg luas sikit. Senang kita nak handle anak. Sbb tu i suke MAS. Klau AA u kena pick hot seat. Paling depan. I malas nk tempek gambar. Haha. Voley??. :p luas die idok ler luas sgt. Tp at least ko boleh la nk luruskan kaki tu. Haha

Hurmm. Ape lg ek. Klau utk travel jauh. Kena booked bassinet la kot. Pastu lg skali lah x boleh nak feeling2 tgk awan. Sbb bassinet tu kompem yg kusi tengah2. Huuu. Sedihh. Pastu bawak la any toys yg x membahayakan telinga org lain. Hahaha. Kang kena bebel lak.




Untuk travel pegi London next month. I mmg dah booked bassinet. Harap Rafif muat la dalam tu. Klau tak muat mampos. Dan ibu x boleh nak feeling2 sgt la. 12 jam oii. I really hope die x meragam. I kena sedia mental and fizikal ni. Grrr. Doakan semua okay je. Dgn makanan die lg. Wuuu.

K lah. Babai!

18 comments:

fifi said...

omg...entri ni memang membantu sangat.hujung bulan ni i nak pegi sarawak dengan baby.1st time.2 jam tu..fuh2!

ctmah said...

wow!nak p london???beshnya mimi..
AA mmg sempitkan..i naik sekali je dah rasa sesak nafas..kalau DF anak lagi lah, rasa kecik bebenar ruang yg ada..hahaha

cik chinta said...

hebt. br 10 bln lbih da nek flght byk kli. tu mcm tetiap bln je nek. ok pla telinga dia?

S.n.Fariza said...

bestnya nk g london. take care ye.
anak i dlm flight tido je. kalau dgr announcement dia bgn dan cry. cpt2 pujuk n bagi susu. hahaha.

CikNaa said...

uih.. london plak pasni?
kite sabah pn tak sampai lg.. hukhuk :(

UMIE SUE said...

pi london best nyeee..
su tak penag naik kapal terbang lg..ntah2 su yang nangis bile naiik..hahha

Mimin said...

Orang kata during take off kne susukan baby sbb baby masih blom reti nk imbangkan perbezaan altitud nnt dia sakit telinga n buat baby xselesa.

Seat no 5 bes. Dekat dengan toilet hehe. Pastu xmenggangu penumpang kt class bussiness ngn economy pon kn. ;)

e.t.t.y said...

masa dia menangis tu kan, apa yg ko buat ek...sebab umar kalau menangis, aku bg nenen je...

Cik Puan Mimi said...

Hehe. Good luck dear. Klau bby u jenis baik xde hal la.

Cik Puan Mimi said...

Mmg sempit. Kte nk bernapas pon rase sesak.

Cik Puan Mimi said...

Sbb slalu balik rumah tok ayah die. Hehe

Cik Puan Mimi said...

Ok. Ty dear. I pon buat camtu. Tp die nangis jugak. Wuu

Cik Puan Mimi said...

Cik naa. Kite pon sama la. X pernah smp sabah lg. Teringin jugak nak pegi sabah. Tp dapat pegi london dlu. Hehe

Cik Puan Mimi said...

Heheh. Kelakar la su. Kite org tua xde apa. Budak ni kite x tau die sakit telinga ke. Sbb x boleh ckp lg kan. Hehe

Cik Puan Mimi said...

Die nangis before take off lg dear. Mmg die x suke naik flight agaknye. Huhu

Cik Puan Mimi said...

Klau time tak boleh off belt aku nenenkan. Tp klau dah melarat. And boleh take off selt belt aku bgn pujuk2 g jalan2 g toilet. Huu.

Teena Tna said...

Haha..sabar jela

Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

Linda Yusoff said...

Hah pejam celik. kejap nya .. u dah nak fly london pon. Enjoy ur trip. nanti share tau.