Pages

Jan 10, 2014

Perkembangan Rafif 18m

Assalamualaikum semuaaa!! 

Harini jumaat, mendung pulak kan. Sedap tdo ni. Heheh, tadi dah bangun lambat. Ayoo. Eh eh tapi harini nak cerita pasal perkembangan anak bujang sorang tu. 

Hurm. Dari segi fizikalnya masih lagi same. Mmg kecik orangnya. Berat baru 8.5kg. Hehe. Tinggi dalam 70++cm. Tapi aktif jangan cakap. Melompat aje keje die. Dah brape kali tertonggeng jatuh dari couch tu. Hehehe. 

       

Makan banyak mcm biasa. Die suke jenis kuah sup gitu. Klau naik sup ayam mmg banyak wei. Lepas tu berakk. Hahahhaa. Skrg die campur la susu. Masih bf macam biasa cuma siang banyak minum fm. Sehari 4x bancuh susu utk dia. Pagi bangun, lepas makan tghari, minum petang dgn malam sebelum tdo.

Gigi dah banyak. Yg depan tu dah nampak penuh. Dengan taring dah keluar. Act, taring tu dah lama keluar tapi slow sangat keluarnya. Hehehe. Geraham pon dah ada. So far Rafif tak pernah demam naik gigi. Alhamdulillah. Last die demam yg masuk spital tahun lepas. Nak masuk setahun tu. Pastu last week die panas sikit la badan dia. Naseb baik tak melarat. 

                                
Rambut dah tak tau brape kali potong. Sume ibu potong sendiri je kat rumah. Ada pakai mesin, ada pakai gunting. Hehhee. Sbb dlu pernah bawak g saloon melalak dalam tu. Baik la ibu potong sendiri. Settle. Senang je, bagi die tengok cite kat ipad. Pastu kasi potongg laahh.

Dari segi bercakap pulak die biasa2 je, mulut jenis ikut ayah kot. Tak banyak cakap. Hehehe. Yang skarg yg die slalu sebut pon efent! Hahaha. Asyik2 elephant je. Banyak yg die sebut apa yg die baca kat buku dia. Bangun pagi terus sebut ABC. Haa cane tu? 

       

Petang2 mesti nak main kat luar. Dapat la ibu exercise dengan sapu segala daun kering tu. 

Kalau pegi playgroup pulak, die dah tunjuk perkembangan yg bagus. Dulu die pegi second class menangis mcm hape je. Masa tu masuk class puchong kan. Bila dah enroll aku bawak die g class kat shah alam branch sebab dekat sikit la dengan rumah. Plus aku driving sendiri. Husband baru skali je teman g class. Husband busy, aku pon paham keadaan husband. Takpe, selagi kudrat mak ni mampu. Aku tetap jalankan tugas. InsyaAllah. Bila masuk class kat shah alam ni die nampak ok sikit. Walaupon Rafif dah melebihi 18m, still joint level 3. Belum masa nak joint level 4. Bagi die biasa dulu dengan environment tu. Sebab level 4 ni ada art class la ape la. Dengar teacher baca strory book la. Macam tak leh handle je lagi. Student lain sume dah besar. Ada satu hari tu aku tunggu nak tengok level 4 punya class. Rafif kecikkk je. Klau masuk dalam level 4 mmg paling kecik la rafif, hehe. Tunggu smp dia 20m. Yang best skrg bila aku praktis aktiviti kat rumah. Mmg die dah ingat. Mcm joget2 tu die dah hafal step. Hehehe. 

Aktiviti kat rumah. Macam biasa tengok tv! Hahaha. Aku jenis mak yg tak cerewet sgt bab2 tengk tv ni. Sebab aku jaga sendiri. 24jam tolak tdo 12jam. Ada lg 12 jam ko duduk je dengan dia. Tolak makan mandi mungkin ada lagi 10 jam sehari! Dia takde kawan kat rumah. Aku je kawan dia. Tak kan la aku nak bagi dia belajarrr je kan. Hehe. Kesiannye! Kalau dok taska tu lain la. Kawan ramai. Aku bagi die layan cartoon gak. Layan ipad tengok abc. Sekarang dah banyak la huruf yang die kenal dah tak tertukar. Thanks to ipad! 

     

Skrg pattern tdo same je. Tengahari tdo skali je. Malam tdo lambat dah skrg. Tak kuasa nak tdokan dia awal. Dari aku berperang nak suruh tdo. Baik die pepandai naik katil sendiri tdo sebelah aku. Skrg dah buat camtu dah. Kalau aku rase nak tdo. Aku cakap je. Rafif jom tdo. Pastu aku tak nak ajar ngempeng. Dah dua malam dia tdo cenggitu je. Tengok2 dah krooh. Aku buat2 pejam mata dengkur sikit. Tdo la dia. Hehehe, kadang tu lepas die tdo. Aku bangun g tengok tv kat luar dengan husband, hahaha.

Itu jela perkembangan Rafif setahun setengah. Blom pegi inject 18m lagi ni. Asyik la tak menyempat.




5 comments:

DYatie ABakar said...

Arissa pun sama tidur sekali je sehari. huhuhu. malam2 kena juga buat2 pejam mata. pstu dia golek golek pup tido. hihihi.

ctmah said...

makin besar makin susah nak tido. byk naa kerja rumah yg depa nak buat.hehe

Putri said...

my oy pun dah nak masuk 18 bulan. siang tido sekali..malam tu susah sikit nak tido. Lepas dia puas bergusti dengan Atok dia, baru dia nak tido. Kalau tak pun, waktu petang kena bawa dia main bola sepak kat padang, baru dia akan tido cepat waktu malam.makin besar makin banyak ragam buddak2 ni kan

Unknown said...

pandai mama rafif potong rambut rafif...mama irfan ni x pandai...bwk ke kedai ler jawabnya hehe

Rina Lia (◕‿◕)✿ said...

Suka baca perkembangan rafif. Pandai budak ni. Kecik2 da kenal abc. Hopefully dareesa pun camtu. Mimi pls share software ape dlm ipad..n ape2 je alatan utk homeschooling.

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com