Monday, August 24, 2015

Rafif's milestone

Assalamualaikum semuaaa

Lamaaa sgt dah tak cerita pasal rafif kt blog ni. Huuu. Alhamdulillah dah 3 tahun 2 bulan anak bujang ku. MasyaAllah dia lah satu2 harga yg tak ternilai bg aku. My best buddy. Hari2 bergaduh. Hahaha. 

Sepanjang die 2 tahun ke 3 tahun tu takde byk beza sgt. Berat pon naik sekilo je. Hahaha! Dari segi fizikal dia semakin meninggi je. Aku tak pasti tinggi dia berapa. Cuma perasan seluar semua dah senteng. Tp klau ikut graf die ofkos lah underweight. Dan tak tinggi mcm budak lain baya dia. 

Whateverrrr~~~ 

Malas layan mak. Tdo sambil berjalan lagi bagus. Kikiki. Nnt awk besar nnt awk baca blog mak. Jgn marah tau mak tunjuk muka awk cenggini hahaaha

Sekarang makin banyak akal. Hari2 buli mak die ni. Hari2 ajak pegi jenjalan. Prrfftt! Dan sekarang ayat die makin bertambah. Fyi, rafif ni late talker. Tak sama mcm budak lain yg slalu pot pet pot pet tu. Dan dia bertutur 3 bahasa, melayu, omputis dan german >.<" kikiki. Kadang2 german tu ada lagi. Ntah la, tak hilang2 german. Tp boleh nmpk la skrg vocab die dah bertambah. 

Smp skrg dia obses dgn thomas and friends tu. Dia punya collection tuuu. Wuu~ aku jugak yg kena beli sbb setiap kali terrrrlalu kt toyrus ke aeon ke. Mesti kena pow. Sobss.

Rafif ni mmg peminat setia ipad la. Sbb die mmg itu jela entertainment die kt rumah, tp jgn lah salah sangka. Die bukan obses smp tak suke main kt luar, tak suke main dgn budak baya dia. No! Die sgt2 suke outdoor dan sgt friendly dgn strangers pon. Huuu menakutkan pon ada budak ni sbb klau g mane2 sebok haii haii T_T


InsyaAllah tahun depan baru nk hantar school. Hmm takut pulak mak memikirkan die nak pegi sekolah. Tp die masih la on diapers. Aritu aku dah start potty train. Pastu dilanda kesakitan yg amat kt belakang. Byk terbaring je. So dah tertangguh smp ke skrg. Nnt kita cuba lagi ek nak. 

Klau nk cite dr segi tahu alphabets, numbers apa semua tu dia dr 2 tahun dah kenal semua. Yg tu takde masalah sgt, cuma bercakap je baru2 nk pandai. Hahaha. 

Makan masih lagi memilih. Tak suke langsung pedas, fav dia nasi eggs. Kikiki senang keje mak. Susu masih lg minum, aku mmg nk die minum susu smp ke besor. Skrg minum s26 gold for picky eater. Hmmm nmpk selera makan tu makin bagus. Tp tak tau la. Budak ni tak leh ramal. Tak makan mak ko ni, demam menggigil pon nasi tetap nasi! Hahaha

 
Skrg rafif masih lg anak tunggal. Blom ada rezeki nak beradik. Klau cite pasal nk pregnant lg ni haihhh, ramaiii yg tanya bila rafif nk ada adik ni. So far, aku mmg enjoy membesarkan rafif dulu! Bukan aku menolak rezeki, sbb aku percaya rezeki tu semua datang dari Allah swt. Tp memandangkan hidup aku yg selalu "solo" ni. I have to. Kena pandai2 jarakkan anak sbb laki aku bukan mcm org lain yg pkl 5 start enjin kete balik. Ptg2 siap boleh basuh kete depan rumah. Tak! Dia bukan camtu. So kita kena byk sacrifice. Tp aku okay, aku pon x nak tergesa2 sbb aku pon tau condition badan aku ni camane. Tahap mana aku boleh handle. Sbb sememangnya aku lah yg nak mengandung. Buatnya aku mabuk sama mcm pregnant rafif dlu? Aku smp ke hospital mintak ubat tahan muntah, pastu nk beranak buatnya anak aku yg lain pon peel abang dia yg suke menangis time kecik tu? Tak ke haru aku. Jd jgn pertikai kenapa aku nk jarakkan ank. Klau islam menghalalkan kita utk merancang bilangan anak. Sape kite nak sebok2 tanya? Ada masa, ada la. Aku pon x pernah pulak kecoh org lain beranak setahun sorang. Buat apa nk sebok, die bukan mintak duit dgn kita pon, die bukan mintak ko jaga ank dia pon. Kann? Mind ur own bisnes la. 

So itu lah sikit sebanyak cite rafif rifqi yg belum beradik tu. Hahaha. 

Luv u Rafif. 

6 comments:

norhidana miswan said...

heheheheh semua comei... paling suke gambar last tu

Liyana said...

mesti manja teramat2 bdk rafif ni... hari2 dok bkepit dgn ibuuuu je :D

SweetLikeWhat said...

TAK PUAS TAU JUMPE RAFIF HARITU..NANTI AJAK IBU JALAN-JALAN RUMAH AUNTY TAU ..

ameris said...

betul sgt tu maakkk... takpe biar rafif sorang sulu.
manja2 dgn dia sampai lah tiba masa mak mengandung lagi. tabik kt makk..

Mimy Hamid said...

tgk rafif sebijik mimi...sejuk muka dia...

e.t.t.y said...

aku pun senak fikir balik mcm mana maira nangis malam malam. serik gak tu....