Pages

Sep 26, 2015

Incheon Airport and Myeong dong apartment

Assalamualaikum

Just nak cite simple2 dari turun flight dan habiskan hari pertama kami je. Alhamdulillah everything went smoothly. Dari turun flight aku orang pertama turun hahaha. Punyalah semangat nak jumpa laki. Kikiki. Sbb aku dok paling depan mmg ler aku keluar dlu. Lol! Aku mmg bawak stroller Rafif sampai ke dalam flight. Sbb stroller tu boleh lipat kecik. Sbb apa aku masukkan? Sebab senang bila sampai aku terus buh die dalam tu. Haa duduk la ko diam2 dalam tu. Masa mula2 dlu beli tix aku berdua aku plan mmg nk berlari je pegi imigresen tu sbb aku pantang btol nk beratur2 lama ni. Haha. Sbb tu plan buh stroller dari flight lagi. Tp bila kami dah jadi berlima, ramai dah so pergerakan kami nk ke imigresen tu agak slow sikit la. Tp Allah mudahkan jalan. Walaupon counter dah penuh orang, die bukak 1 counter lagi. Jadi aku pon terus ke imigresen tanpa beratur. Wuhuu! 

Lepas cop turun amek beg terus sampai ke pintu depan. Bukak2 pintu terus nampak husband dah tunggu. Lambai2. Lepas jumpa husband terus kami naik bas nak ke myeongdong. Tunggu bas kejap bas dah smp. Perjalanan sejam lebih naik bas ke myeongdong. Tiket berharga 10,000w klau tak silap. Lebih kurang rm38 ringgit sorg. Kanak2 pon ada tiket jugak. Sbb apa kami naik bas? Sbb klau bas die stop dekat sgt dgn apartment aku stay. Jalan kaki 3 minit je. Pastu dah tak payah tukar2. Klau train kena tukar. So naik bas lah kami. 

Bas die selesa. Ada seat belt bagai. Jakun jap. Kena pakai driver datang check. Haha. 

Cahaya matahari terang. Aku smp dah pukul 3 ptg waktu dia. Beza korea dgn malaysia sejam je. Dia awal sejam dari kita. 

Tunjuk bridge kat ayah. Bagus duduk dgn ayah pulak ye. Mak dah struggle jaga anak berbulan2. Lol. 

Lepas smp stesen bas, jalan kaki je pegi apartment yg husband dah booking tru airbnb. Err klau tny aku camane nk booking mmg aku tak tau apa. Hehe. Tp rasenye website dia ja. Harga pulak depends on season. Mcm skrg peak season so mmg akan mahal sikit. Lagipon waktu ni paling sesuai org nk datang korea. Cuaca tak sejuk tak panas. Kitorang booking 2 bilik sbb mil ikut kan, so apartment kitorang di booking awal so harga kami dapat murah  aku pon x tau nape. Tp harga bilik mil aku rm3797 utk 8 malam. Mmg klau convert gitu lah harga dia. Duit kite kan dah jatuh. So tak leh nk buat apa la. Skrg currency dah 3.7 - 3.8 dah. Sobs. Jom lah tgk apartment studio room. 



Bilik dia agak luas klau nak compare dgn bilik aku kt jepun dlu. Hahaha. Dan yg best die boleh masak, basuh baju, segala kelengkapan die mmg bg. Dan die bg guna semua lah. Tisu, berus gigi, sos tak sos, minyak. Aku siap jumpa bekal dari org malaysia jugak. Bubur nasi, siap tulis GULA dalam bekas. Hahah. Lawok pulak. 

Tv mmg banyak sgt2 channel. Aku tengok je walaupon tak paham. Haha. Rafif lagi lah mmg cartoon die kot korea rusia semua. 

Toilet mcm biasa lah yg canggih tu. Haha. Langsung takde tulisan english. Ko main tekan aje lah. Pepandai lah nk basuh berak. Hahaha. Semua shampoo, body wash die bg. Sedap gilerr bauuu. 

Bila dah mlm kami bergerak ke myeongdong market. Nk cari kedai makan. Husband google dan jumpa ramai org malaysia review restoren tu. Dia seafood restoren. Ada asam pedas ikan. 

Ni kami makan. Pancake dia sedap! Tp berharga 15,000w bersamaan rm58 kita. Pitams. Haha. Jgn convert wei. Susah kite klau convert. Huwaa. Makan2 dgn sedap sbb rafif tdo. Total skali makan siap tapau utk fil sbb die x larat nk turun. 65000w. So balik lah dgn perut kenyang. 

Otw balik jumpa pulak kedai ni. Die jual  apa benda ntah nama. Di perbuat daripada madu dan tepung jagung. Tarik2, pusing2, siap. Alah kite kt malaysia pon ada kuih ni. Tp cuma takde inti aku rase. Ala yg color pink tu. Biasa jual kt kedai2 pasar. X ingat nama. 

So habis lah experience hari pertama di korea~ 

Review Premium FlatBed AirasiaX

Assalamualaikum

Annyeonghaseyo!! Hehe. Jauh dari Korea aku update blog okay~ terkejut ke idok? Kikiki. Aku semalam touch down Icheon Airport. Fly from KLIA2 to Incheon. Alhamdulillah selamat sampai. Camane aku boleh tetiba pegi korea ni? Sebenarnya aku ikut husband outstation. Dia ada keje seminggu lebih kt Japan dan Seoul. So die amek cuti lepas keje. Aku follow lah ikut g sane. Memula plan aku nak pegi berdua je dengan Rafif. Then aku pon okay je~ tp disebabkan husband agak risau aku fly berdua je so dia upgrade seat aku ke flatbed. Memula asalnya aku pilih seat standard je. Pastu risau ntah sape2 nnt nk duduk sebelah aku kan. Jd husband pon upgrade. Tp bila gtau mil, die nk ikut sama pegi. So terpaksa lah belikan kt dia flat bed jugak. 

So sebelum aku terlupa semua benda aku update blog terus since mlm ni aku duduk bilik je. Lenguh kaki nak keluar. 

Seat kitorang paling depan. No 1. Husband mmg slalu pilih tepi tingkap sbb tau dah bini die addicted nak tgk awan. Haha. Okay pasal harga seat ni depends on destinasi lah kan. Pastu berkait dgn bila tarikh beli, semakin dekat makin mahal la. Seat ni klau kite booking kite akan dapat makanan free, ada air minera, biskut tart, air kotak. Itu jela kot. Baggage dapat 40kg. Dah termasuk dalam harga tiket. 40kg ni banyak tau. Beg aku slalu bawak color pink tu klau berat sgt pon tak pernah smp 20kg. Dapat check in counter fast lane, dan mcm biasa akan dapat masuk awal dari orang lain dalam plane tu. Tapi jgn la expect kau akan dihidangkan dgn kopi percuma ye dekat gate ye. Semua tu takde! 

Masa makan. Weee~ bersunggoh Rafif makan dalam plane. Alhamdulillah risau jugak kot tak nak makan kt atas sane. Sbb makanan kite tak boleh masuk airport dia. 

Bersebelahan je seat dgn mil, sil. Fil dok belakang aku sbb die beli tiket last minit malam sebelum fly. Huu~ 

Alhamdulillah Rafif nak kate tak dengar cakap tu tak jugak sbb aku memang marah kat dia kalau tak dengar cakap. >.< cuma memula tu je die sebok nak main gurau dgn tokwan die. Kena marah sedas terus duduk kt kusi. 


This is the best about flatbed. Its flatbed! Kusi tu mmg boleh baringkan mcm katil. Heaven aku tdo. Rafif pon tdo lama. Dalam 2 jam tdo. Tapi aku tdo sejam je. Tapi kite selesa la. Nk tdo baring, ngiring klau mampu nk meniarap pon boleh. Huu. 

Tengok Rafif! Ala2 tdo kt rumah dengan selimut dia. Naseb baik aku teringat nak masukkan sweater dia dalam bagpack. Sbb sejuk nau. 


Meja ada selit kt sebelah kita. Maklum la aku ni tak pernah naik bisnes class jd jakun nk keluarkan meja. Lol! Very the #villagepeople. 

Isle die sama je size mcm seat lain. Cuma toilet hanya share 12 orang dlm bisnes class tu jela. So tak perlu beratur nak pegi toilet. Nak panggil FA pon senang sbb die mmg dok depan kita tu je. 

Budak ni tension diorng tutup lampu. Tak boleh main2. Kahkahkah. Tp nampak la skrg Rafif dah banyakk perubahan dia naik flight. Rafif klau ikutkan umur dia 3 tahun 3 bulan ni die dah fly almost 40kali. Sepanjang hidup dia tu haha. Naseb lah dapat mak ayah kaki berjalan. Pastu balik rumah nenek pon asyik naik flight je. Mmg ler. Skrg atleast die faham arahan klau kite marah die jgn buat tu jgn buat ni. "No cannot panjat nanti jatuh" dan die akan reply "tak, tak jatuh pon" T____T menajwab pulak dah pandai bercakap ni tapi atleast dia tak buat la. 


So konklusi dari review aku ni. Aku boleh bg 7/10 markah utk premium flat bed ni. Kite tak boleh expect lebih since kita fly dgn low-cost airlines. Klau utk orang dah selalu fly with bisnes class mmg tak kan rasa sama since AirAsia tak provide screen tv, wifi, whatsoever airlines lain bagi tu kan. Tapi klau yang nak mencuba utk terbang dgn bisnes class tapi harga yg affordable atau nak mencuba sekali seumur hidup just go for it! It worth to try. 

Rafif siap cakap "best ibu naik aeroplane, bestt!" Mak ko just boleh reply camni je. "Tungu la balik nanti camane terseksa nk tdo kusi gitu" bahahaha


Sep 25, 2015

Membina Komuniti Ceria dengan Play-Doh

Assalamualaikum

Klau cerita pasal PlayDoh ni memang ramai yang tau kan? Jarang orang tak tau apa itu PlayDoh. Ni nak cite sekarang PlayDoh dalam perancangan untuk mencipta Malaysia Book of Record! Di mana? Di One Utama Shopping Complex. Bila? Esok! 26hb september 2015. Korang boleh pegi OU utk sama2 memeriahkan event ni okay! Untung2 menang hadiah PlayDoh tau~ 

Okay berbalik cite pasal PlayDoh dan Rafif. Actually, dari Rafif umur berapa tahun lagi memang aku dah belikan die PlayDoh ni atas sebab nak suruh die berimeginasi dan be creative orang cakap. Dengan PlayDoh ni kite boleh cipta macam2, create macam. Budak2 confirm suke sebab texture die yang best dan color2 yang die ada tu semuanya ceria2. (Sebenarnya mak bapak pon suke main gak kan?. Hiks) 

Sebelum ni Rafif dah ada ice cream maker. Ya Allah suke sangat! Masa memula dlu mmg hari2 buat icecream yg tak boleh makan tu. Kikiki. 

And Alhamdulillah rezeki Rafif kite dapat free PlayDoh aritu. Dah la banyak giler color die bagi. Mmg menggentel la kitorang haritu. Hehe. Excited si kecik. Siap dgn pisau ikea tu potong2. Cantum2. Pastu gigih mak siapkan a few items yang bertemakan Malaysia! Yg pertama terlintas of course bendera Malaysia! 



Rafif tengok tu "flag! Flag!, nak amek ibu". Apo ingat bole angkat ke? Heheh. Tgk la imeginasi budak2 ni kan? Tak terjangkau dek akal kita. Diorng ni sebenarnya sgt2 creative. But in their own way. Aku pernah baca articel about parenting. Dalam umur die yg masih kecil ni, die tak faham dan tak boleh digest apa yg kite suruh. Ada benda yg boleh, ada yg tak boleh. Tp dalam hal be creative ni, kite jangan paksa dia untuk buat tu buat ni. Maksudnya masa kita main dgn die tu, kite yang beriya "ok anak2, kite skrg buat tugu malaysia" tak ke haru budak tu. Biar diorang create apa yg die nak. Let say yang paling senang die nk buat snake, atau bila kite gelek PlayDoh tu jadi panjang kan, automatik die akan cakap "wow snakeee" and then kite terus iyakan "yes, this is snake. What color is your snake?" Kite tanya2, pastu puji pujian tu jangan lupa okay. "Pandainyee, cantiknyee" 

Kenapa kena camtu? Sebab kita tak membataskan apa yg die nak fikir. Klau die just nk gelek2, nak potong2, okay sgt2 dah tu. Atleast they have something to play. Instead of diorng langsung tak nak pegang disebabkan diorang geli! Yes jgn tak tau ye ada kids yg lemah motor skills, langsung tak nak pegang benda lembik2, kasar2. Die tak boleh accept benda2 camtu. Sbb tu dari kecik ni lah kite ajar diorng bermain PlayDoh! Atau any other option nak main kinetik sand (or just sand-which is very good). 

Sebelum anak jadi creative, ibu bapa yg kena BE CREATIVE dulu! 

Jangan lupa ye esok! MEMBINA KOMUNITI CERIA dengan PLAYDOH~ 

Sep 21, 2015

Rafif and Food

Assalamualaikum

Wah gitu tajuk. Kami baru je lepas lunch. Sbb harini breakfast makan kek pisang je jd lunch kena cepat sikit. Klau breakfast makan berat lunch aku dah pukul 2. Gitu konsep aku cipta. >.<. Haa berbalik kepada tajuk, as you know anak bujang ku nan satu tu mmg ada MASALAH dgn makanan. For him makan itu torture. Hahaha. Die mmg picky eater. Tak tau mane salahnye aku membesarkan dia. Lol. Sedih sangatt. 

Dulu die minum susu dugro. Makan mmg tak nak. Tp aku ingat die mmg peel gitu la. Tak suke makan. Tapi walaupon die tak suke makan, idok la tak makan langsung. Sehari tu mesti aku akan suap nasi jugak kt dia. Atleast ada karbo. Tapi dah a few months aku tukar bg die S26 GOLD for PE (picky eater). Hmm nampak la sikitt perubahan nak makan tu. Cuma die addicted kepada telur pulak. Hahaha. Maciam maciam. Pening mak. Lantak kau lah nak. Asal ko nak makan aje. 

Jd disebabkan die bukan mcm budak lain yg suke makan macam2 tu jd aku TERpaksa lah SUAP. Dari die start makan 6 bulan tu sampai lah 3 tahun. Makan bersuap. Itu pon asyik ugut macam2 nak suruh dia makan. Aku bukan tak nak ajar die makan sendiri, tapi ko bayang eh. Yg aku suap ni pon die geleng2 pusing2 toleh2, klau makan sendiri tak ke langsung tak masuk makanan dalam perut tu. Aku sebenarnya tak suke ikut orang, apa yg jadi kt aku dgn anak aku, aku just follow the flow. Takde nak paksa2 die makan sendiri sbb budak baya die lain semua dah makan sendiri. Takpe, slow and steady. 

Dulu masa dirumah lama, ruang kami nak makan depan tv, tgk tv ofkos dekat sofa depan tv. Jd aku ingt aku ni pon tak disiplin makan harus di meja makan. Dan aku nekad, lepas pindah. Tv aku letak kt atas, jadi masa makan hanya makan sahaja. Tak boleh tgk tv, tak boleh ipad. And alhamdulillah. Setakat ni Rafif boleh makan sendiri kt meja makan! Wow surprise sgt kan? Rase macam nak sujud syukur. Huu. Haritu kami ke ikea beli baby chair, beli pinggan, sudu, alat2 utk dia makan sendiri tu. Alhamdulillah die suke duduk situ. And nak makan sendiri itu yg aku kagum tu. 

Surprise sampai rase nak update blog. Hahaha. 

Licin sepinggan. Siap cakap lagi lepas tu, best ibu nasi. Cuma! Makan wajib ada telur. Kikikiki. 

Klau korang perasan, Rafif klau nak makan mesti kena tengok ipad kan sebelum2 ni. Tapi sekarang rumah kami dah takde unifi maka bertabahlah. Ibu malas layan die bergaduh dgn internet ipad die yg slow tu. So ibu awal2 cakap, Rafif, no ipad while eating. Die nak menangis nak apa pon lantak la. Kena buat hati kering. 

The things yg aku suke ialah die tak picky eater sangat dah sekarang. Nampak perubahan die. Dulu klau TERmakan yg first suap tu pedas, die kompem tak nak makan dah. Lagi pulak ko nak suap paksa2 die mesti die ngamuk. Skrg okay sikit dah. Boleh accept klau terpedas sikit2. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Itu je boleh cakap. Sbb aku tau susahnye mak2 yg anak picky eater ni struggle nak bg anak die besar. 

Rafif skrg dah 12kilos. Yeay! 

Takpe nak, kita pelan2 ek. 

Sep 19, 2015

Store bawah tangga part II

Assalamualaikum

Di entry sebelum2 ni aku dah pernah cite yang aku nak buat store bawah tangga. Boleh scroll2 kt bawah2 tu je entrynya. Minggu lepas siap la store bawah tangga ku itu. Alhamdulillah mmg it turn out very well! 

Bismillahirrahmanirahim! 
Proses nak pasang store bawah tangga ni rumit jugak ler. Walaupon ko bayangkan die hanya tempek kayu aje. Tapi lama jugak nk siapkan. Memula kontraktor tu mmg dah ukur siap2. Jadi tinggal datang pasang je. 

Haa ni gambar inspirasi. Pertama kali tengok dah terus jatuh cinta. So in love dengan petak2 tu. Padahal frame je! 

Pertama kali aku deal dgn kontraktor ni mmg just nk suruh die buatkan store bawah tangga ni je. Tapi dah melarat pegi suruh die cat, reno toilet, store, pasang lampu, buatkan window bench, pasang pump air. Hahaha. Semua dia lah! Kira aku deal dgn sorg kontraktor je. 

Okay utk store ni die charge rm1500. Mula2 aku dah survey harga utk orang buat store bawah tangga. Around tu lah semua yg gtau. Jadi aku takde lah rase mahal sgt ke apa. Asal jd rupa yang aku nak je. Yang best pasal kontraktor ni, ko bagi je die gambar rupa camane ko nak. Nnt die dtg ukur, baru die quote harga. 

Haa die datang sekeping besor mcm gitu. Hehe. Masa ni ada la aku turun sekejap nak snap gambar. Mesti die pelik ape rajin bebeno snap gambar. Dik, akk ni blogger. Ko jugak akk nk review ni haa. Kahkahkah. 

Ni aku snap dr atas je. Malas dah nak turun bawah. Pintu dah masuk. 

Tadaa~ siap dah store aku. Walaupon nampak kecik je kan tp banyak woo barang aku sumbat situ. Letih jugak la menyumbat barang2 dalam store malam tu. Husband takde. Pegi outstation. Memang keje aku la buat semua tu pelan2. Nnt aku nk pasang rak satu nak muat dalam store. So boleh letak barang tindan2. Lagii banyak barang muat. Huhu. Jom layan before and after bawah tanggaku.

Haa amacam. Okay? Klau berminat boleh la whatsapp kontraktor ni. Nama dia Nizam. Phone number 017 886 8680. Senang je deal dgn dia. Pakai whatsapp pon boleh selain ko rajin nak call. Haha. Orang melayu. Paling best bila tanya. Dik, awk boleh buat ni? Boleh kak. Boleh kak. Semua jawapan die boleh. Hahaha. *thumbsup* die pon buatkan skali window bench dlm master bedroom. Window bench ni aku tak plan nak buat tp sesaje suruh die ukur pastu quote harga. Sekali dgn bench2 ni pon aku dela dgn dia. 

Dalam master bedroom tu ada dinding terkeluar gitu. Aku pon pening nak buat apa la, klau nk letak kepala katil kt situ jauh dgn kipas. Kang panas pulak. Lagipon aku tak suke klau kite susah nak selak langsir. So window bench lah penyudah. Nnt aku cite di lain entry pasal bench ni okay? 

Okay till then. :)

Sep 11, 2015

Transformation Kitchen Cabinet

Assalamualaikum

Sebelum aku lupa semua benda baik aku cerita pasal kitchen cabinet rumah aku. Fyi, kc dalam rumah ni mmg dah siap sedia. Aku beli rumah ni mmg dah ada kc tu. Jd pasrah jela dgn kc yg sedia ada. Tapiiii. Kc yg sedia ada tu idok la buruk ke apa. Cuma color je old school sikit. Tapi takpe. Memandangkan die kayu so kite cat aje lah. Wee

Jom tengok transformasi dari yg dlu


Haa gitu. Gelap aje aku tengok kc ni. Tp semua dalam kondisi yg elok takde rosak apa. So its bonus for me. Sbb skrg nk buat kc besar ni skali dgn stove hob apa semua maunye cecah belas2 ribu. Paling murah 10k kot. Phew. Lega hati mak. Sbb mak cat baru jee. 


Setelah di cat baru. Weee~ aku pelik jugak color cat ni. Sbb seingat aku, aku pilih color pink putih. Tapi takde pink tu. Tinggal putih je. Kahkahkah. Perasan tak aku cabut meja kecik tu? Berbelah bahi sebenarnya nak bukak tp disebabkan peti ais aku beso gedabak, so kena let it go let it gooo jugak. Klau tak bukak meja tu maunye aku tak dapat bukak pintu peti ais. Hahaha. 


Haa amacam? Cerah sikit kan? Klau sape2 nk transform kc tu pegi la beli cat minyak. Color mcm2 boleh pilih. Haritu aku ada plan nak cat bawah tu grey gelap atas putih. Tapi memandangkan table top aku tu kepink jugak jd mari lah kite selaraskan aje semua putih. 

Jgn tanya aku berapa upah cat kc ni sbb aku mmg suruh contractor tu cat satu rumah, dari gate depan sampaiii lah de belakang. Termasuk pintu, grill, tangga, kc. Semua lah senang cite. Huhu. 

Skrg barang dah masuk nnt2 la gmbr kc yg skrg. Mcm huru hara lagi barang aku. Smlm dan harini contractor tu siapkan lagi window bench dalam bilik master dan store bawah tangga. Mmg aku puas hati! 

Till then...

Sep 8, 2015

Review Mili Spa

   
Assalamualaikum

Hai! Bersiaran lagi kita kan? Hehe. Aku baru balik dari pegi mengurut. Dekat Mili Spa Bangi/Kajang/Jalan Reko. Asalnya dah lama nak pegi spa tu. Tapi tak berkesempatan. Harini memandangkan takde buat apa kt rumah mil. So mil boleh jaga Rafif kejap, aku booked spa session. Actually aku booking utk berurut je dengan refleksologi. Kaki ni lenguh sangat mengemas rumah. 


Serius aku cakap ni spa yg paling best sebab aku just deal dgn owner guna whatsapp je. Aku pon tak brape suka nk call2 utk booking. Aku lebih prefer whatsapp. So smlm booking tny arini ada kosong, aku booking pukul 11 tadi. Owner Mili Spa ni pon baik je melayan pertanyaan aku. Sbb dia banyak pakej, aku ambil pakej urutan 1 badan + refleksologi. Rm85 sahaja! Murah kan? Dia urut dalam 2 jam jugak. Terasa lama sangat. Aku siap tido. Hahaha. 

Jom kita layan gambar spa dulu. 





Kat spa ni macam2 pakej ada. Yg utk pengantin ada, mandi susu, scrub, bekam pon ada klau tak silap. Dan semestinya harga sgt berpatutan. 

Aku ni ada la beberapa kali pegi spa kt hotel klau pegi ikut husband outstation. Tapi takde la selalu, cuma aku nak cakap spa Mili ni best sbb harga yg murah dan tukang urut yg btol2 urut kita. Klau kat hotel tu tak dapat lah harga camni. Urut satu badan rm45 sahaja! Murah sgt2. Klau pegi tukang urut kt rumah die pon lebih lagi dia letak harga. 

Mmg aku puas hati la dengan servis Mili spa, tadi urut dgn owner sendiri. Shalliza nama dia. *thumbs up* 

Klau korang rase nak pegi urut2, mmg aku suggest sgt Mili Spa. Boleh whatsapp je owner Mili Spa Shalliza ni tau +60 11‑3998 1014

#mimireview

Sep 7, 2015

Kami dah pindah

Assalamualaikum

Harini dah 3 hari aku pindah ke #miewanlittlecrib. Penat masyaAllah. Kaki ni sikit lagi nak krem. Tambah kami mmg pindah dengan barang yang maha banyak tu kan. Lagi lah giler nak mengemas. 

Takde mood nak update blog tapi saje gagahkan diri sambil tunggu rafif dok main kt setia city ni. Hmmm. Mata pulak mengantuk. Penat sangat. Harini rehat kejap sebab dah pening sgt nak mengemas rumah tu. 

Kitchen cabinet pon aku x sempat nk cite  lebih. Aritu nk update blog tak sempat. Skrg so far alhamdulillah semua barang kami berjaya angkut ke rumah baru. Lori 5 tan 2 bijik kena sewa. Hahaha. Tp sebab aku dah banyak kali pindah, aku tau dah prosedure nak pindah rumah ni. Camne nak pack, nak wrap. Semua dipermudah. Aku dapat kotak free je dari budak keje logistik kosmetik marykay tu. 20 bijik kotak besar dia bg. Tny je dlsm group ada je tukang jawab. 2 org bg kotak free. Dah packing2 barang, keje husband cari lori pindah rumah. Alhamdulillah dapat semua yg okay2. Ni aku bg terus contact number lori pindah. Incase ada yg mencari lori pindah rumaj kan. Wan - 0192167047. Servis mmg terbaik. Pastu cermat la buat keje. Dan paling penting kita yg kemas kotak2 ni kena sistematik. Klau apa yg nak kena letak kt atas, tulis atas. Bawah, tulis bawah. Lagi senangkan keje dia dan kita jugak. Oh! Charge lori sewa aritu, 5tan lori dgn 2 org tukang angkat barang rm450. Aku sewa 2 lori 5 tan. Jd 4 org tukang angkat. Letih aku menengok diorng ni buat keje. Hmm aku tengok letih, klau buat keje x tau lah. 

Struggle angkat peti ais mak. Hahaha. Diorng datang 5 org. So okay la takde lah penat sgt kan. Jiran sebelah rumah ni baik giler. Siap datang tolong angkat barang2, siap buat air bg tukang angkat barang. Huhu. Alhamdulillah. Semua dipermudahkan. 

Smlm pulak aktiviti unbox, unpack barang. MasyaAllah penat jgn cakap. Tambah kena turun naik turun naik. Kaki ni krem giler. Naseb baik aku hired part time maid 2 orang. Alhamdulillah, sekejap aje kotak yg bertimbun2 kt dapur settle. Tp tak dapat nk buat banyak keje sgt. Insyaallah next time nk hire lagi, mintak lap2, mop lantai apa semua. 


Mintak iron langsir pon die buat. Aku ni ada perangai tak sampai hati, mmg kesian nk suruh2 orang. Keje baik je. Skrg dapur dah settle, ruang atas pon dah tak banyak nk kemas, cuma kt bawah mmg huru hara. 

Smlm jugak bukak ekon rumah lama, pegi pasang rumah baru. Habis dinding kena tebuk lg. huwaaa. Tp disebabkan Malaysia ni panas sgt, pasang jugak la dekat family hall. Kalau tak berpeluh2 tengok tv. Ala2 bersenam. Lol!

Pagi tadi. Tinggal lah kami 2 ketul kt rumah tu. tp skrg aku dah kajang tdo rumah mil. Kuang3. 

Okay itu jela cite kami berpindah. Hmm one word i can describe is "LETIH"
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com