Saturday, September 19, 2015

Store bawah tangga part II

Assalamualaikum

Di entry sebelum2 ni aku dah pernah cite yang aku nak buat store bawah tangga. Boleh scroll2 kt bawah2 tu je entrynya. Minggu lepas siap la store bawah tangga ku itu. Alhamdulillah mmg it turn out very well! 

Bismillahirrahmanirahim! 
Proses nak pasang store bawah tangga ni rumit jugak ler. Walaupon ko bayangkan die hanya tempek kayu aje. Tapi lama jugak nk siapkan. Memula kontraktor tu mmg dah ukur siap2. Jadi tinggal datang pasang je. 

Haa ni gambar inspirasi. Pertama kali tengok dah terus jatuh cinta. So in love dengan petak2 tu. Padahal frame je! 

Pertama kali aku deal dgn kontraktor ni mmg just nk suruh die buatkan store bawah tangga ni je. Tapi dah melarat pegi suruh die cat, reno toilet, store, pasang lampu, buatkan window bench, pasang pump air. Hahaha. Semua dia lah! Kira aku deal dgn sorg kontraktor je. 

Okay utk store ni die charge rm1500. Mula2 aku dah survey harga utk orang buat store bawah tangga. Around tu lah semua yg gtau. Jadi aku takde lah rase mahal sgt ke apa. Asal jd rupa yang aku nak je. Yang best pasal kontraktor ni, ko bagi je die gambar rupa camane ko nak. Nnt die dtg ukur, baru die quote harga. 

Haa die datang sekeping besor mcm gitu. Hehe. Masa ni ada la aku turun sekejap nak snap gambar. Mesti die pelik ape rajin bebeno snap gambar. Dik, akk ni blogger. Ko jugak akk nk review ni haa. Kahkahkah. 

Ni aku snap dr atas je. Malas dah nak turun bawah. Pintu dah masuk. 

Tadaa~ siap dah store aku. Walaupon nampak kecik je kan tp banyak woo barang aku sumbat situ. Letih jugak la menyumbat barang2 dalam store malam tu. Husband takde. Pegi outstation. Memang keje aku la buat semua tu pelan2. Nnt aku nk pasang rak satu nak muat dalam store. So boleh letak barang tindan2. Lagii banyak barang muat. Huhu. Jom layan before and after bawah tanggaku.

Haa amacam. Okay? Klau berminat boleh la whatsapp kontraktor ni. Nama dia Nizam. Phone number 017 886 8680. Senang je deal dgn dia. Pakai whatsapp pon boleh selain ko rajin nak call. Haha. Orang melayu. Paling best bila tanya. Dik, awk boleh buat ni? Boleh kak. Boleh kak. Semua jawapan die boleh. Hahaha. *thumbsup* die pon buatkan skali window bench dlm master bedroom. Window bench ni aku tak plan nak buat tp sesaje suruh die ukur pastu quote harga. Sekali dgn bench2 ni pon aku dela dgn dia. 

Dalam master bedroom tu ada dinding terkeluar gitu. Aku pon pening nak buat apa la, klau nk letak kepala katil kt situ jauh dgn kipas. Kang panas pulak. Lagipon aku tak suke klau kite susah nak selak langsir. So window bench lah penyudah. Nnt aku cite di lain entry pasal bench ni okay? 

Okay till then. :)

15 comments:

umie shahidah said...

Ini osem weh.. cantekkk jdnye bwh tangga ko...mmg same ngn inspirasi ko...

Window bench tu pun cantik.. aku dh leh bayang nnt ko mesti susun bantal kaler2 pstu buh bunge ckit...

nadiah hanum said...

Series cantik...puas hati yer hasil kerja kontraktor tu...

achiek anis said...

Wow..i like window bench tu

DYatie ABakar said...

Bertuah jumpa orang kita yg best gini mi.. n cantiknya umah mu mi.. best nya!

safurara said...

Sukaaaaaa sangattttt mimi!! Inspirasi aku nt.

Hamelia Hamid said...

Aduii bestnye....

Fariza said...

awesome

sheila arshad said...

nice..

humble.yat said...

wah bestnya suka tgok idea ni..memmg impian la ..

mrs kayrul said...

Cantik sgt...boleh letak bantal2 kat window bench tu..mana tau nak feeling2 baca majalah tepi tingkap

Chekgu Azrine said...

Terpikat dgn window bench tu..best...

e.t.t.y said...

tetibe macam nk letak tangga kt umah hahhahaha

Nur fieda said...

Bleh tau brap harga untuk stor bawah tangga tu ...

Amni Sofia said...

Salam sis..boleh bagi no contact contractor tu tak...saya pun cari org nak buat stor bawah tangga

me ain't waggish said...

Salam kak mimi. Hrga 1500 tu termasuk wiring ke? 😊