Pages

Aug 16, 2015

Toilet Renovation

Assalamualaikum

Bersiaran lagi kita harini ye? Hehe. Arini nk sambung entry pasal toilet renovation. Maksud reno di sini ialah tukar tiles dgn tukar toilet bowl aje. Bukannye pecah dinding pong. Hehe. 

Kitorang mmg dah plan akan tukar tiles toilet rumah tu sbb rumah kami beli tu dah lamaaa. Dah 15 tahun usianya. Kikiki. Amek PMR tahun ni. Jd mmg plan nk tukar buat bilik air baru sikit la. Misi mencari tiles dah settle utk tiga2 bilik air tu. Sini aku nk kongsi jugak la kos utk reno toilet. Bukan apa, jenuh aku google bajet dan kos utk buat reno ni. Jarang yg nak share. Takpe lah, aku share lah yg aku. 

Tiles aku beli kt meru ni je. Dekat giler dengan rumah. Pegi la cari kt meru klau sapa2 nk beli tiles. Mmg harga murah. Aku beli utk 3 bilik air, kira termasuk skali lantai dan dinding. Tapi dinding bukan smp atas tau. Agak2 6 kaki je. Takde bajet nk buat sampai atas. Tapi okay dah tu 6 kaki. Kosnya Rm1300. Tiles dah settle, pegi cari la toilet bowl lagi.

Yg biasa aku tgk toilet bowl ni jenama american standard, jonhson suisse, clayton, inno. Aku pegi cari kt puchong, dekat tepi highway sebelum sampai houses lighting tu. 3 bijik kena beli. So harga bercampur2 dan tak sama jenama. Klau nak beli toilet bowl ni kena check jarak antara dinding dan lubang najis. Ukur baru beli. Jgn main hentam keromo je. 

Untuk bilik air bawah beli yg ni sbb yg ni jarak kena pulak. Jenama ape ntah. Aku pon lupa. Tapi yg jenis jatuh smooth tu. Idok ler bila tutup penutup tu gedebang jatuh. 

 Utk sinki pon kami cari kt kedai ni sekali. Ada mcm2 pilihan. Dan mcm2 harga. Untuk bilik air bawah, dan bilik air rafif pakai yg biasa je. Takde storage bawah mcm ni. Takde bajet! Haha 

Aku pilih yg biasa mcm gini je utk master bedroom. Sinki dan storage bawah tu. 1 set jela beli utk bilik aku. Aku nk sinki yg agak besar sbb nnt senang kot2 beranak kecik nk mandikan bby dalam tu hahaha. Dan bilik air aku hanya warna hitam dan putih sikit. Nampak tak "rajin" menyental toilet? Kikiki. Harga utk sinki ni rm399. Blom masuk paip dan saluran2 bagai tu. 

Ni pulak satu hal, water heater! Dlm bilik air rafif dah ada water heater peninggalan owner lama. Masih elok boleh guna. So kite topup satu jela utk bilik aku. Nk beli nanti2 pon susah jgak sbb klau boleh nk pasang skali arong dgn tiles apa semua tu. So beli jela. Jenama Rubine tu. Inventer, ada paip shower biasa dgn rain shower. Rm800. Harga asal rm900 lebih. Tapi sbb kami beli dah byk jd ada less. 

Paip sinki dapur pon beli jugak kt sini. Husband nk beli yg elok sikit katenye. Sbb sinki dapur la paling byk kite dok guna. Bukak tutup bukak tutup. So klau beli yg biasa2 takot loose la, karat la. So beli jela kt sini terus yg elok. Jenama serius tak ingt. Huhu. 

Itu je setakat ni progress membeli barangan bilik air. 
Haa ni dah berlonggok semua barang dalam living room. Itu toilet bowl semua blom sampai sbb kena order dlu. Dlm masa 2-3 hari sampai. Takpe lah sbb proses pasang tu semua lmbt lg.

Smlm kontraktor dah start datang buat keje, datang2 je terus melulu pegi toilet. Prengg prengg ttttrrrr tttrrr pecahkan tiles toilet. So babai toiler lama. 

Aku dapat harga dr kontraktor yg sama yg nak cat rumah ni. Die charge utk 1 bilik air, tukar dan pasang tiles pasang toilet bowl, sinki apa semua. Rm1500 utk 1 bilik air. So darab 3. Dah Rm4500. Mintak2 kurang dapat Rm4300. 

Dah habis2 cite pasal pecah sane pecah sini, timbul pulak satu benda pulak. Frame pintu toilet! Frame pintu toilet tu kayu, yg dah lama. Jd kayu dan air ni kan x serasi bersama. Haha. Jd alang2 die pecahkan tiles tukar aje frame pintu baru. Skrg frame pintu dah pakai aluminium. Aku pulak nk pintu semua color putih. Hmm ape jd ntah nnt. Cat aje la kot frame pintu tu nanti.

We will see.

Okay itu aje. Baii

Aug 13, 2015

Proses pemilihan cat rumah

Assalamualaikum

Harini hari menunggu lagi. Jd mari update blog. Hahaha. So arini nak cite pasal cat rumah. Alhamdulillah arini settle dah order cat kt kedai. Tunggu esok cat pegi anta kt rumah je. Macam aku ckp aritu, kitorang mmg x sangka dapat kunci awal. Jd agak kelam kabut aku memilih warna utk rumah. Laki aku pulak bg dateline dalam masa 2-3 jam je nk pilih color. Menggigil tengok catelog. Die mmg tak brape kisah aku nk pilih color apa. Tapi xde la aku kejam nk amek color yg girlish sgt. 

Lepas dah fikir2 ktorang mmg nk cat luar dan dalam rumah. Mula2 tanya kontraktor yg cat rumah ktorang kt penthouse kajang aritu. Bila gtau ukuran apa semua, die quot 8k utk cat SAHAJA! Pitams. So kitorang dah decided nk survey2 dlu. After beberapa org yg datsng rumah tengok2, kitroang pilih dgn org ni. Tak boleh cite lebih keje blom jalan. Tapi best price. Jgn la buat hal budak ni. Kang mengamuk aku. Nnt siap aku mention brape habis utk upah ngecat. Sbb kontraktor ni org yg sama upah pecah tiles pasang baru utk toilet semua.  

So kontraktor dah ada maka time to order cat.


Pilihan cat ni pulak ktorang pilih satu brand jela. Senang pegi kedai sekali arong. Pilihan ktorang cat jotun. Katenye okay. Ntah la labu. Kitorang sebenaenya x survey pon harga cat ni ingtkan samaaa je semua kedai. Rupanya lain hoi. Mula2 pegi kedai cat kt kawasan rumah tu je. Pastu sebabkan x jd beli situ, kitroang lalu kawasan setia alam tu terjumpa lah kedai jotun jugak. Ni lebih kepada hardware. Cat mcm2 brand ada la. Tny2 harga murah wei dr kedai pertama. Ada 15%diskaun. Klau dah 5L tu beza 20ringgit. Maka banyaklah jimatt. Okay dah pilih2 color. Luar dlm apa semua. Total2 cost us Rm3200. Utk cat sahaja. Hmm okay. Pejam mata dan bayar! Mmg banyak pakai cat sbb cat luar dan dalam. Dan rumah tu end lot. Jd cat tepi rumah pon kena la amek kira. 

Budak sebok! Bilik awak color hitam putih jeee. X payah buat pilih2 color sgt. >.<

Okay settle lah order cat harini. Aku main pilih je sebenarnya color apa aku nak. Dan satu ruang tu satu color je. Takde dinding ni color lain, side ni color lain. Takde! Aku malas nk pening kepala. Dan color aku pilih semuanya soft2 aje. Sbb aku mmg pening kepala sikit klau warna terang2 ni. Kuang3. Masalah betul. 

Cost utk upah cat aku dapat harga reasonable la. Nnt insyaAllah aku akan mention bila dah siap. 

Okay itu aje! Esok cari mangkut jamban pulak. Daaa~ 

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com