Pages

Nov 30, 2011

Bahan Bacaan

*first of all, saya nak state kat sini. blog saya semakin bertukar tema pulak ye. tapi deep inside my heart tak de sikit pon perasaan nak menunjuk-nunjuk ke apa. sepanjang pregnancy ni saya akan share tips2 untuk wanita2 di luar sana. baik yang mengandung atau tak. sbb membaca ni tak kira masa. klau rajin byk la ilmu kita dapat. - yang baik itu datang dari Allah, yang buruk itu datang dari saya sendiri*


Assalamualaikum
hari ni saya nk share bahan bacaan untuk para ibu bapa. dan satu buku ni khusus utk ibu2. *bapak pon boleh baca.hehe*.

1. Si Comel Ku - Munirah Abdul Ghani
2. Diari Hamil - terbitan telaga biru


Dalam buku Si Comel Ku, byk doa2 harian yang boleh ibu2 mengandung amalkan. dan untuk doa untuk bapa pon banyak. saya dan husben pilih buku ni sbb lengkap dengan doa, nama-nama islam dan disertakan dengan surah-surah macam surah Yassin, Maryam, At-Taubah..byk jugak la. 
sabtu lepas after cousin husben wedding, pegi alamanda masuk mph tengok2 buku teringin nk beli buku bacaan. survey2 tengok buku Si Comel Ku ni paling saya suke sbb lengkap. dan saya terfikir klau masa nk bersalin masuk spital. buku ni boleh bawak klau terlupa nk amek Al-Quran. doa untuk dapat anak lelaki pon ada. =)


Untuk buku Diari Hamil ni sangat2 recommended. buku ni lengkap untuk di baca dari belum hamil sampaiiii la ke berpantang. bagus buku ni. byk tips2. doa.  ada part like diary boleh tulis2 perkembangan week by week. pastu ada gambo2 comel taw. siap ada tulis lagi bantal untuk orang hamil. *berangan nak beli satu, husben jeles* hehehe. dan last2 tu siap ada resepi untuk orang berpantang. wow~ lengkap!

harga untuk buku Si Comel Ku, rm15. dapat diskaun 20% jadi rm12 je! buku ni tebal okey. dan buku Diari Hamil rm26. boleh cari dekat kedai2 buku okey~ selamat membaca!

Nov 25, 2011

Kisah pencarian hospital

Assalamualaikum

semalam kan.. semalam mc kan.. sbb kan.. badan ni kan.. LEMBIK!! muntah tak berenti.. kesian kan?? *sabo jela* pegi clinic amek ubat. dapat MC. terbaring je kat rumah. wuu T_T

eh2. nak cite lain sebenarnya ni. hehe. saya dengan husben dah decide nak check up dan bersalin hospital mana. yeay~ *cepat x? cepat x?* mesti lah kena cepat. klau lambat2 karang doctor pon mengamuk. hihihi.

so kesudahannya, saya memilih untuk bersalin di Hospital Putrajaya under FPP (Full Paying Patient). setelah saya mensurvey2. dekat jugak ler dengan rumah. dalam 15 minit boleh sampai kot. hehehe. pastu jalan nak pegi tu sah2 tak jam. bajet still dalam TNB punya bajet. hehe. sbb Hospital Putrajaya ni ada PMCare. so boleh lah bersalin dengan tarak keluar duit pon. Alhamdulillah. jimat dah kat situ.

and thanks alot to kak nanoor atas feedback pertanyaan saya.

reason2 dia mmg dah terang2 kakak tu state kat situ. hehehehe. baik betul kakak ni melayan pertanyaan2 ku ituww~ thanks again akak!

tapi untuk monthly checkup saya pegi az-zahra kot. sbb parking dia dekat. hehe. boleh tak camtu? cumanya bila nak bersalin saya akan pegi checkup 2 3 kali dekat FPP tu. harap2 ape yang dirancang ni menjadi lah. amin amin.

p/s; seronoknye tengok orang shopping barang bby. hehe. husben dah ada bunyi2 katil bby. saya dah risau. takot membazirrrrr. karang tak guna jugak.

Nov 23, 2011

Awasi penambahan berat badan semasa hamil

Jika anda kekurangan berat badan, anda perlu menambah berat badan sebanyak 12 hingga 18 kg.

Jika berat badan anda biasa atau normal sebelum mengandung, anda perlu menambah antara 11 ke 16 kg.

Jika berat badan anda berlebihan, anda hanya perlu menambah antara 7 hingga 11 kg.

dan

Jika anda hamil kembar, anda perlu menambah berat badan 16 hingga 20 kg.

********************************************************************


Assalamualaikum

kita masing2 tahu kan berat badan kita sebelum mengandung di tahap mana? nak tau kita ketegori yang mana satu? hanya ikut kiraan BMI badan kita.
macam saya, bacaan BMI saya. berat badan normal. means berat badan saya normal dengan ketinggian yang tak berapa nak tinggi ni. jadi makanya, saya di dalam kategori no2. which means sepanjang saya mengandung ni. saya hanya perlu tambah 11 ke 16 kg saje.

okay, sekarang saya dah tambah brape kg? 2 kg! diulangi 2kg!! baru nak masuk 9 minggu. berat dah naik 2 kg. banyak je lemak2 berlebihan ko ni mimi. grrr. *piat telinga sendiri*


penting untuk jaga pemakanan kita sepanjang mengandung ni untuk mengelakkan masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi pada masa hadapan. wuuu~ takotnye berat naik lebih2. sbb saya ni muntah kemain lagi. berat badan naik jugakkkk.. T__T

jadi saya sertakan di sini Pilihan yang lebih berkhasiat untuk Ibu Mengandung

**************************************************************

▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.

Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis. Jenisjenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.

Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat. Adalah lebih balk jika dayang mengurangkan pengambilan jenis jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat.


SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI
2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI
1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG
1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM
1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai

*******************************************************

makan jugak kena ikut piramid. jgn ikut sangat orang2 tua dok cakap "makan untuk 2 orang" semua tu. *kau je makan lebih, anak tak besar mana pon dalam perut. hehehe. dannnn. paling saya takot. kita makan lebih. anak pon makan lebih. then anak terlampau besar dalam perut. akhirnya kena c-cest. Ya Allah, saya klau boleh tak nak c-cest. saya nak bersalin normal....wuuu...Ya Allah, mudah2kan la permintaan ku ini...


makan buah dengan sayur ni banyak2. 

Nov 22, 2011

Wedding Syafiena BBF

less talk, more picture please. haha. padahal tak tahu nak tulis ape sbb tak pegi pon. ;p tapi camne ada gambar? haa. sbb husben saya kawan dengan husben fiena ghope-ghopenyee yeoppp!! hahaha. oklah. mari layan perasaan. eh salah. meh layan gambar.






bersama budak2 SDAR yg slalu sy cakap tak sedar diri. hikhik ;p

sebelum ni tak kenal fiena. pastu bila husben balik tengok gambar. cakap cantik nye pengantin!! klau lah tadi fiena  tak gtau problem vendor dia. saya tengok cantik je pelamin die ni. hehehe. ke aku tak pandai tengok pelamin orang ek? haha. yang penting husband saya cakap makan sedappp. Alhamdulillah. orang kate pegi wedding orang ni. makanan yang orang akan tengok no satu! so, jgn sedey2 sgt ek fiena. 


quote for today; 
dont simply tell people that u have a problem, 
20% pretend like they care and another 80% glad that u have it.



p/s; ramai orang skrg ni berpura-pura!!

Perihal seluar tak muat.

Assalamualaikum

dah brape hari tinggal blog? hehe. takde ape menarik nak upload ni.

so, progress hidup skrg;............penatttt!! asyik penat je. balik office dah terbongkang penat. dan laparrr..sepanjang masa rasa lapar.wuwuwu..tak nak gomuk..tapi makan banyakkk T_T

bila makan byk. perut kedepan sikit. maka seluar yang sedia ada semua tak muatttt!! aaaaaaaa. tak boleh percaya semua seluar muat untuk berdiri je. bila nak solat. rukuk, sujud. adoiii.. ketattt..

dan bila husband ajak keluar. i keep telling him i dont have any pant to wear. hahaha ;p kejap2 gtau kejap2 gtau. mungkin husband mengerti ketidak muatan seluar aku itu. maka, kami pon pergi beli seluar maternity!

for the first time pakai seluar maternity..wow! selesanyaaa~ ari2 mau pakai. hehehe. ini pon beli sbb ada maternity and bby fair kt mid v. first2 nye nak beli seluar je. amek satu. baju kemeja satu. husband kate seluar beli la at least 2. boleh tukar2. ok. amek satu lagi seluar. then ada pulak promotion 5 barang dapat 35% discount on each barang. wee~ amek lagi satu baju. dan last2 saya amek kebaya!! kebaya okay! ko jangan ingat aku perut kedepan tak boleh pakai kebaya. hahaha. so, total damage baru RM190! for 5 items. murah gler. sonok sangat. sonok jugak sbb tak yah bayar. husband belanja. hahaha.

baju kebaya maternity ku itu. haha

jadi selepas ini. saya boleh la berlagak macam orang lain, pakai jeans, pakai slek. tapi hakikatnya. atas seluar tu. siapa yang tahu. haha. kedai mumdreams ni ada kat bangi. so lain kali pon boleh pegi. 

skrg kat rumah honestly saya cakap, saya dah tak masak. beli lauk je. masak nasi. pastu dah tak basuh baju. sebab semua husband buat. kemas rumah sikit2 je. sbb asyik nak terbaring je. siap ada tilam depan tv okay! senang nak baring2 smbil tengok masterchef. hehehe. husben Alhamdulillah bertambah rajin. pewitt. love u larh. tapi insyAllah klau dah abes segala mual2 muntah ni. saya akan kembali aktif di rumah. banyak benda nak buat. nak jahit langsir baru lah. nak perbanyakkan baju kaftan lah. dan saya pon takot jugak. klau malas sangat. nanti anak dalam perut ikut je aktiviti mak dia. klau mak dia malas. maka, malas lah anak dia. opss. orang tua2 lah kate. 

Progress;
Week: 8w5d
Weight: 55kg dah.waa T_T


p/s; congrats Harimau Muda!! smlm tengok sekejap je. sbb jantung bedegup laju. takottt. baik tdo! tunggu husben kejut je cakap. "sayang, Malaysia menang". Alhamdulillah.

Nov 17, 2011

There's something inside...........

Assalamualaikum

sori blog makin lama makin bertukar blog mom-to-be. weee. mesti lah. tak kan nak update cite kawen lagi. hehehe. tak pe, saya ada list mom-to-be kat sebelah kanan ni. insyaAllah akan makin bertambah sbb yg list bride to be 2 3 orang nak kena masukkan dalam mom-to-be. hehe. ;p

ok. gini ceritanye. half day office sbb pegi az-zahra untuk scan bby. ^___^" seronok okay! first time nak tengok bby dalam perut ni. tak sangka ada bby. sbb sebelum ni pon perut buncit jugak. ;p tapi sebab makan byk. hehe. bukan sbb ada bby.

masuk bilik doctor, macam biasa doctor tny lagi skali last day period. then kira DUE! waaaa. DUE nak same dengan my second's sister. hehee. my bby due 29.6.2012. kakak saya punya birthday 30.6. hehehe. sehari je beza. then doctor tengok calendar bulat die tu. pusing2. cakap "awak esok dah 8 weeks. maksudnya 2 bulan". wah? 2 bulan. yeayy.. dah tak lama. kahkahkah. 7 months to go. :) then masuk bilik untuk scan. doctor baik sangat. suruh baring. pastu die letak ape benda gel kt perut. sejukkk. pastu die gerakkan. nampak bby!!

there u are baby! 

doctor cakap tumbesaran kantung bby normal. da sebesar kotak mancis. *mula lah aku imagine ada kotak dalam perut aku T_T* dan saya nampak nadi si kecil dalam perut ni berdenyut. dup dap dup dap. MashaAllah waktu tu rase gembira sedih semua ada. tak sangka ada bby dalam perut makin membesar day by day. Alhamdulillah ya Allah. 

sebulan lagi dah boleh buat buku merah. bila dah 3 bulan akan start pegi monthly check up. doctor suruh continue makan acid folic je skrg. dan boleh start minum anmum. wahh. anmum okey! nak jadi mak dah aku ni. ok ok. excited! 

sori tak dapat nk state how much it cost for ultrasound sbb everything i get it FREE. no i mean saya pakai my husband's TNB panel. so saya mintak ubat byk2. sbb tak payah bayar. hehe. dlu saya isi TNB form tulis anak sbb guna ayah punya. skrg dah bertukar jadi isteri. turun temurun saya dapat panel tnb ni. hehehe. terima kasih TNB. :)

Nov 13, 2011

Tanda-tanda awal hamil

1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

...Tahniah!




frankly speaking about my experience. 
no 1. lapar berpanjangan. rasenye normal. (atau mmg aku makan banyak!)
no 2. pon xde jugak. or maybe belum terjadi.
no 3. this one is true! kerap gler kot 
no 4. i donno lah. before tau saya pregnant saya bermaya je. tp dah tau tu. terus tak bermaya. haha. physco btol
no 5. hurm. not quiet true. biasa je
no 6. true! ada bleeding sikit. i though that was a period blood. +_+
no 7. yes! this one is indeedly true. saya mengalami morning sickness teruk jugak la. 
no 8. suhu asas sy check jugak everytime bangun pagi. tp tak perasan dengan suhu before ni camne.hehe
no9. yes. missed period. last period is september 2011
no10. its positive.


note to everyone; sape yang sakit senggugut time period. jangan terpedaya anda tidak hamil sekiranya anda rase sakit bila waktu2 period hampir. mungkin anda hamil! sbb macam saya. period pain still ada. walaupon im pregnant. sebab doctor told me that waktu tu janin baru nak lekat. that's why rase period pain. so klau dah lewat waktu period. sila check! hehe.


this is a new beginning for me and husband. of course we are excited. and hope u guys will pray for us! :)

Mencari Hospital

Assalamualaikum

hurm, pening nye skrg dok cari klinik and hospital utk monthly checkup ngn bersalin nanti. skrg saya dah masuk 7 weeks dan next week dah 8 weeks bersamaan 2 bulan. penat tau survey2 hospital ni. faktor yang saya tengok dalam mencari hospital ni.
1. tak payah menunggu lama nk check up ;p
2. tak jauh sangat dari rumah.
3. bajet! hehe

antara yang saya survey lah skrg ni.
1. Hospital Putrajaya (FPP)
2. KPMC kajang
2. Az-zahra bangi

ok. saya memang dok puchong tpi dah puchong selatan. so saya lebih prefer hospital ke selatan lagi. hehe. dari saya menempuh jalan jem dekat puchong sana nun. baik saya amek highway je ke kajang, bangi. hurmm.
saya buat survey ramai jugak yang amek FPP kt hospital putrajaya tu. tapi bila difikir2kan parking nye jauh. alahai. malas nak berjalan. tapi first choice stakat ni FPP putrajaya lah. 2nd choice KPMC kajang. reason; dekat dengan rumah mama. apa2 hal mama boleh hantar. klau dibanding kan KPMC dengan Az-zahra, saya lebih suke doctor KPMC sbb doctor dekat KPMC byk bertanya..bg ulasan pon panjang. kita pesakit ni walaupon tak faham term2 doctor ni. tapi rase la doctor tu xde nak cepat2. klau Az-zahra, doctor mesti check2 camtu je. hurm ntah lah.......tengah berfikir lagi ni.

mom-to-be yang lain camne???

Nov 10, 2011

And the good news is.................

Assalamualaikum

here's the story. waktu habiskan masa raya aritu dekat kampung, tau lah saya ni jarang balik kampung. bila dapat balik, makan mmg tak ingat dunia. nak2 lagi waktu raya ni. saya makan makan dan makan ajee. but then, saya ni jenis orang ada angin. bila makan angin lah lepas tu. makan lambat sikit pon perut masuk angin. rasa loya, nak termuntah. pernah terjadi jugak before ni. tp balik kampung aritu dengan senang nye saya muntah2. saya pelik jugak la. tak kan angin smp termuntah2. tapi dengan lauk pauk yang sedap. saya makan lagi. yang tak best, lepas makan muntah. makan muntah. eh ape kes ni?

saya bgtau husband. ke saya pregnant? husband saya cakap. tak kot. sbb aritu saya ada bleeding sikit. tp sikit gler lah. saya ingatkan period lah. sbb mmg perut sakit senggugut. tak expect apa2 lagi waktu tu. then kuar pegi kb, saya singgah farmasi suruh husband belikan pregnancy test.

then esok pagi2 saya buat pregnancy test guna kit tu jela. malam before tu siap mimpi2 buat pregnancy test tp tak dapat bacaan sbb kit tu bengong. hahaha. siap kelip2 lagi. :))
dan bila ditest, result is

positive! :)

then terus jerit dekat husband. *time tu dia dalam toilet* abg, mie pregnant!!. terus kuar toilet laki aku.hahaha. tp kit yang first tu nampak samar2 je line die. husband suruh buat kali ke 2 sbb beli 2 kit tu. buat kali kedua dah jelas ada 2 line. *senyum* 

tapi that time. macam2 dlam kepala fikir. tp yg first fikir kena pegi jumpa doctor dlu. kena sahkan. then kena fikir nk teruskan or cancel our next trip. yes! we did plan to visit London and Paris next year. early next year. dan fikir samada nk teruskan atau cancel tunggu baby keluar dlu. takpe. whatever it is. must to check with the doctor first. 

kami bertolak dari kb ke bangi. terus heading az-zahra. chech buat urine test lagi skali. doctor sahkan im pregnant with 6 weeks. Alhamdulillah. doctor is the first person who congrats us ^_^. hepi, balik call both family. next year insyaAllah bertambah lagi ahli keluarga. 

dan skrg had to cancel plan trip to London and Paris. sbb saya morning sickness agak boleh tahan. sehari mesti muntah lebih dari 2x. waaaa. takpe. duit kte simpan tunggu bby keluar. hehehe. skrg dah mula survey clinic mana utk buat check up nanti dan bersalin. sbb klau boleh saya nak stick to 1 hospital je. dah survey az-zahra. tengok lah nanti camne. anyone yang tahu clinic mane okay?  


p/s: ada label baru which is pregnancy! :)

Nov 9, 2011

Salam aidiladha

Assalamualaikum

dah seminggu rupanya tak update blog. cuti beraya dengan girang gembiranya. makan time raya qorban mmg heaven! dengan aku ni suke makan sup tulang nye. aaaa. nikmat2. tapi gembira hanya sekejap. harini dah masuk office. *sigh*. sedih meninggalkan kampung. dalam kete sedih je sampai tertdo. hehe. tapi balik kl ada berita gembira menanti. :))) nanti akan update later.

skrg ni nak update pasal wedding dah basi. kawen pon dah 5 bulan lebih. tapi kenangan tu tetap dalam hati. aww :')

apa2 pon. selamat hari raya aidiladha semua!~

Nov 2, 2011

Wordless Wednesday

 


seriously? 
nope! ;p
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com