Pages

Oct 31, 2011

Mitm Travel Fair

 Assalamualaikum
kisah travel fair sabtu lepas. no need to write much. 
but need to calculate much.


Soon! doa2kan. 
calculate. calculate. calculate.
$$$$ or ada satu lagi $
T_T


Ya Allah Ya Tuhanku, murahkanlah rezeki kami :)

Guess where? ;p

Oct 25, 2011

sometime it's not that easy

Assalamualaikum

kembali lagi setelah tak update 2 hari. eh 2 ke? sbb smlm saya ada training flash cs5. arini pon ada, tapi habis awal. *berangan nk balik awal, tapi tak balik pon*  sebab teringat dekat baju nk jahit..aaaa..addictednye aku. kahkahkah.

saya rase jadi isteri yang bekerja ni tak dapat nk buat ape sgt kat rumah. sebab bila balik kerja dah penat. dalam otak ni fikir macam2, baju nak basuh. walaupon mesin yang basuh. ;p nak lipat baju. kemas rumah, masak lagi. aaaa.. saya paling fail bile masak. kadang2 punya lah bersemangat nk masak. balik rumah bkk pintu terus pegi dapur tung tang tung tang masak. husben biasanya lah. on9 kat depan. badan penat masyaAllah memang penat. last2, terus cakap kt husband. esok otw balik rumah beli nasi kukus ayam berempah kt depan tu lah. malas dah nak masak. hahahaha. luckily my husben mmg sporting bab2 ni. die on je. mungkin disebabkan dia dah biasa makan kat luar. my MIL teacher kindergarden, die mmg super duper busy. die owner kindergarden tu. dengan nak mengajar lagi. nak pick up budak lagi. so most of the time. my MIL mmg tak masak. jadi makanya, yang untung adalah saya!! hahaha. kenape? sbb saya kawen dengan anaknya!

ok here's the story, kadang2 saya terfikir, klaulah mak mertua saya tu macam mak saya, which is suri rumah tangga dan super duper pandai masak. *mak je pandai, anak tak pandai* T_T. mesti die tensen kan dapat menantu macam saya? mak saya pandai masak, mmg pengemas orangnya, pandai menjahit, pandai menyanyi (ok, yang bab menyanyi mmg turun temurun ke anaknya yang ini. hahahah) mesti die kaget kan dapat menantu yang serba tak tahu ni.. tapi nasib lah itu mak saya. mak lebih mengenal anaknya macam mana. :)

tapi so far stakat ni ok. klau saya tensen sangat. dengan rendah hati saya cakap je terus kt husben, nanti tolong2 la mie basuh baju, kemas rumah ni ek. lebih senang cite saya berleter lah. walaupon die dengar sipi2. *nampak sangat aku cakap sorang2*, resultnya Alhamdulillah, nampak dah la skrg die byk tolong saya kt rumah. tp biasa lah lelaki, bila nk buat kerja mesti mulut tak dok diam. menanya macam2. "sayang, sabun basuh letak byk mane?",  "softener letak byk mane?", "air gula letak banyak mane?", "hanger mane sayangg??". ok lah. at least die suke hati nak menolong.

marriage life is not that easy orang kate, same goes to us. bila saya bertunang boleh kata saya dengan dia tak banyak masalah, ktorang jarang argue. same macam dating2 dlu. boleh kata setahun tu sekali je ada benda nak argue, tapi bila kawen, kita akan lebih mengenali perangai masing2. kadang2 kta tak tahu pon die suke curik bantal peluk kte time tdo! *ok, ini mmg tak bleh blah*, bila husben i solat isyak dalam waktu maghrib. haha. *i'll get to that later* dan macam2 lagi lah kte akan tahu perangai dia. tapi same jugak dengan dia. perangai2 kurang sopan kte dia akan tahu. so dua kepala nak jadikan satu tu mmg susah, apa yang saya selalu ingat. bila ada benda nak argue, i just be silent. *like my mom*, byk bersabar, rumah tangga ni mmg byk pancaroba. eceh ayat! haha. so, pandai2 lah kita :)


eh2, tadi gigih tau saya scroll topik hangat dekat secret group BBF, penjagaan miss V. semangat ni nk pegi cari



ok, cerita husben saya smyg isyak dalam waktu maghrib tu mmg kelakar. *sori sayang, nk tulis gak*.
dekat rumah saya klau cakap mesti nk menang je. nk cepat je. kadang2 saya nak cakap "tolong amekkan kicap dalam peti ais", saya tercakap "tolong amekkan kicap dalam mesin basuh". T_T  mmg mengarut2 lah ayat yang keluar tu. mostly nya. akan tertukar2 camtu lah. so, husben ada bahan lah nak kenakan saya. grrr. geram btol. die mmg ulang2 cakap smp saya tensen.

tapi pada suatu hari, saya nk pegi ikea, gerak lepas maghrib. husben saya ni smyg maghrib awal. masuk waktu dia smyg. pastu saya siap2, dia tak tengok jam ke salah tengok ke tak sure lah. dia smyg isyak! tapi saya tak tahu la die smyg isyak tu. pastu ktorang gerak pegi ikea. then balik rumah, saya nk tdo cakap la. jgn lupa smyg dlu before tdo. dia dengan bangganya cakap. "abg dah smyg td, syg je belum smyg" i was like. T__T aik, kita kan kua lepas maghrib. smyg isyak bilanya. pastu dia tekejut. hahahaha. dengan itu, saya tahu la die smyg isyak dalam waktu maghrib. so, smp skrg sy ada point kenakan dia. saje tanya dia "abg dah semayang isyak dalam waktu isyak dah?" hahahha. die buat muka tensen. ekekeke. love u husben. u really make my day. hahah ;p

Oct 23, 2011

Sunday! lazy2 day.

Ahad!. hari yang paling malassss nk bgn pagi. huhu. to-do list for today.

1. mop rumah! dah 2 minggu tak ngemop. or 3 minggu. hahaha
2. iron baju utk seminggu terus. baju sendiri je iron. baju husben tak payah iron since die pakai t-shirt je pegi kerja. *untung aku kawen dgn engineer tnb ni* haha ;p
3. potong kain untuk baju raya haji. pewittt. smlm dah potong untuk jubah mama. *harap2 sangat menjadi*

byk ni lagi kain nk potong n jahit. weee! tak sabar nk raya ;p

saya ada satu pasang kain yg dapat hantaran kawen aritu.tpi tak tempah2 lagi. saya ingat nk jahit sendiri je. nk buat maxi jubah. kahkahkah. entah menjadi ke tak ni. takot jugak. sbb kain elok. mama beli dekat singapore awal tahun ni. 


Oct 21, 2011

Menanti

Assalamualaikum

ada masa sikit lagi before saya balik. tiba2 rase nk buat post about pregnancy. *fyi, im not pregnant yet*. takot orang confuse saya buat entry pasal pregnant ni. hehehe. Setakat ni saya masih lagi belum pregnant even dah near 5 months kawen. awal2 mungkin saya rase tak kisah ble orang tny dah pregnant or belum. tapi bila skrg orang tny. like almost everyday "da ada ke?" sedikit sebanyak tu saya mesti terasa. tipu lah klau cakap tak rase pape. then bila skrg ni orang2 yang menanya, 'sedap' pulak bahasa tu. T_T. baru je last weekend saya jumpa hamba Allah ni. first time jumpa tny dah pregnant ke blm. bila saya ckap belum, dia cakap 'lambat lah korang ni'.. klau anda lah di situasi saya, sentap hati mak nak ke tak? *eh gaya macam marah*

tapi Alhamdulillah, ada jugak yang baik hati. Ya Allah, sejuk hati aku bila ada jugak orang cakap macam ni. ada yang bagi semangat. kate takpe. masih muda lagi. enjoy your intimate time with husband. insyaAllah ada suatu hari nanti. boleh tak orang lain bercakap dengan camni jugak? even my mom or my dad pon. tak kisah both side me and husband. tak pernah nk sedikit pon tersasul tny benda yang pelik2. klau cite pasal pantang larang or what should i do when i get pregnant tu ada lah. like my MIL, aritu baru pesan. dia kate klau pregnant, nanti minum soya banyak2, makan tempe, anything yg boleh bg otak baby develop dengan bagus. kan tu lebih bagus!. jgn tny pelik2 boleh tak. sedih tau tak? aritu period saya lambat like 2 weeks then saya ngn husband macam seronok gler. padahal blom pape lagi. tapi last2 miss P datang.hehe

yang penting skrg ni saya hanya berdoa supaya murah rezeki kami lagi. kte hanya mampu berdoa, yang lain semua kerja Allah swt. while i dont have to think so much about bby, i just dont want to stressed out. mungkin jadi lagi tak elok klau kte asyik stress kan? naseb baik lah saya ni happy go lucky punya orang. :)


tetiba nak anak muka mat salleh kan? kahkahkah. mak bapak muka melayu habes. eh, saya ada darah thai jugak. blah ayah. ramai lagi sedara kami ada kat sana. 


*iklan* - my friend Laila ada jual barang2 bby from UK. comei2. breastpump sume ada. rajin2 jenguk blog dia okay kepada mommy-to-be tu. click {sini}

Oct 19, 2011

Not a wordless wednesday, its a Take-Five day!

ok, selalunya hari rabu adalah or ialah (tak tau mana satu betul) hari orang mengupdate blog dengan hanya meletak gambar without any word! or ada jugak yang buat entry wordless wednesday. tapi menulis jugak. cis! ngelat btol korang ni. saya terfikir, die mungkin nak buat wordless tapi disebabkan dalam kepala byk nak menaip, so die TERtaip. hihihi :)). 

jadi dengan ini, saya merasmikan hari Take-Five day!. LOL *overnye aku siap rasmi2 lagi*

Take-Five day ni you can just rambling anything about yourself in FIVE point. i mean FIVE! seriously. 
ok, let me start this 
1. Im married
2. Im Kelantanese
3. Im 24
4. I super love tomyam
5. I like holiday. who doesn't isn't? 

sekarang saya tag kamu, ye kamu yang membaca tu. sila update skrg. hehehe.

take five day, get inspired from this!

Oct 18, 2011

Convo lagi!

 Assalamualaikum

terasa malas nye nk update blog. huhu. jalan2 blog orang rajin pulak. ;p blog sendiri kita biarkan terabai.
last saturday saya menghadiri convocation uniten ke 14. eceh. hehe. tapi bukan saya yang convo okeyh. saya dah convo tahun lepas lagi. tak main r konvo lambat2. *tetiba*. so congrats to all my friends yang dah selamat convo. aritu sabtu lepas panas glerrrr. masyaAllah. panas sangat. tapi better dari hujan sbb dah tak boleh bergambar. hehe.




seronok bukan main lagi bebudak ni. amboi amboi amboi.
gambar ihsan dari facebook azrul syafiq! :) 

Oct 14, 2011

Alhamdulillah. sudah siap! :)

Assalamualaikum

dah 2 hari tak update blog.. rindu rindu rindu. eceh. rabu saya cuti. lagi! hehe. then smlm internet office ni ada sedikit masalah. :( tak dapat nak hapdet khennn. so ada yang sudah siap? ini cerita dari sabtu lepas lagi. saya pegi husband nye car wash grand opening tu. dekat shah alam. then saya pon memulakan langkah saya ke Wisma Jakel Shah Alam. sebab dah dekat kan. dan bosan dok lama2 dekat car wash tu. hehe

saya beli kain cotton viscose 1 pasang. then saya usha2 je kain lycra. survey harga je awal2 tu. skali tersangkut jugak 2 meter. huhuh. saya dah berjaya jahit maxi skirt! :) tapi takde gambar pulak. apa yang saya dah berjaya jahit skrg ni!


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



baju kurung jahitan ku sendiri! yeay~ *clap2*

ahad ni ada date dengan mak mertua ku, nk pegi Jalan TAR. mama kate nak beli kain langsir, alang2 tu nak beli lagi kain untuk jahit baju kurung moden. yippie!! lepas baju kurung moden, insyaALLAH saya nak cuba jahit jubah dress. tak sabarrrr~ :)

Oct 11, 2011

Time goes by

 Kerinduan yang melampaui batas. ok over! hahaha.

Time goes fly, but memory remains forever! 
imissmyhoneymoon trip! :'(

Freedom



Freedom, best song ever!

Oct 10, 2011

Semakin Lengkap

Assalamualaikum

kisah ni sambungan dari entry {ini}. Ok, first of all saya bersyukur sangat kepada Allah swt, saya dapat suami yang sangat supportive. ^_^ Alhamdulillah. husband saya mostly all the time akan setuju dan bg support je dengan apa kehendak saya. (tapi kehendak yang relevant la). skrg ni saya dalam mood2 designer.LOL. act, saya mmg bekerja sebagai designer. tapi multimedia designer la ye. tapi setelah difikir2kan, whats gonna happen to us next year or upcoming next year. so saya mesti ada something utk belajar supaya dapat dipraktikan masa2 depan. eceh. hehe.

so aritu saya feeling2 nak beli rack tv. (mesti husband saya baca blog ni.haha) beberapa hari lepas dia suarakan hasrat nak ke IKEA lagi. cakap nak belikan rack tv. first tu saya cakap "eh tak pe lah, next time jela" dalam hati "yeay!!" hahaha. hampeh punya bini. dalam2 tak nak saya tu. pegi jugak smlm.

cari punya cari rak tv. jumpa la sesuai dengan rumah saya dan within our budget lagi. then, husband saya cakap "kita beli meja la untuk syg menjahit". minggu lepas saya ada menjahit sikit2. pastu saya jenis cepat sakit belakang klau buat benda terbongkok2. sbb menjahit atas meja kopi je.hahaha. saya ingat nk beli meja fordable tu je. murah sikit la. pastu dah husband nak belanja, baik aku cakap ye. hehehe. *berhasil aku cakap aku sakit belakang" ;p

kesian encik suami penat.

lepas cari rack tv, cari meja utk menjahit, yang pelik tentang harga IKEA ni. meja lain harga, kaki meja lain harga. hahaha. kaki meja rm10 satu kaki. kadang terfikir, ada ke orang beli meja tak beli kaki. T_T, then dia siap belanja kerusi dengan lapik, rack utk car wash, and a few more things yang cikai2 tu mesti nk grab jugak. sbb comeii. encik husband belanja diri sendiri meja laptop je. rm19. 

kaki meja yang berharga rm10 satu. haha
then bila balik rumah, saya lah orang paling seronok nak pasang. eh salah, nak tengok je dia pasang. bermula lah misi pasang memasang. tapi smlm dah disebabkan penat sgt jalan2. siap sesat2 dekat IKEA tak tau parking kete kat mane. haha. ktorang pasang meja dengan kosi je. rack tv kte smbg malam ni lah. 
dah sudah pasang meja menjahit ku itu. senyum sorang2 tengok meja. hehehe. and I LOVE MY NEW WORKPLACE. thank you husband! :) *sbb dah melayang rm500* T_T


sabtu punya cite tak update lagi. Alex Car Wash Grand Opening!

Oct 7, 2011

Review Inai

haha. rupa2nya ada lagi benda yang saya tak review. huhuhu. tapi rasenye majlis kajang byk lagi kot tak review. especially catering yang sedap sangat smp pegi office ramai yang bertanya pasal catering tu. okok. itu next entry lah ye. skrg ni saya habeskan review dekat majlis Kelantan dulu. Baru teringat belum review inai.

nak tengok hasil inai saya sila tengok picture kat bawah.


haha. hitam legam jari jemariku. majlis saya ni tak de lah majlis inai kecil ape sume tuh. yg pakaikan inai ni pon mak saya 2 hari before majlis akad nikah. saya pakai semalaman, nak tdur pakai. bila bukak salotape pagi tu. mak aih. terkejut hitam. saya siap jerit2. "mak!! tangan mie hitam" hahaha. kelakar je ingat dlu. pastu mak cakap. lepas ni ok lah tu. basuh dulu. huhu. buat malu je aku ni. inai saya beli je dekat mydin.

it cost around rm2 je kot. or rm2 something. tak ingat dah. tapi nilah rupa inai tu. memang merah sangat. tak perlu la pegi cari daun nk tumbuk2 letak arang segala bagai tu. beli je inai ni. senang. hehe. Hasina namanya.

act, klau zoom gambar saya tu. ada lukis corak2. tapi tak nampak sebab lukis beberapa jam before majlis akad nikah. dengan saya ni tak dok diam mmg tak melekat la inai tu. hehe. and for those who really concerned tentang lukis inai tu. kat sini saya statekan fatwa dari efatwa.com.my. Hukum pemakaian inai bercorak.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan

Harap dapat membantu bride-to-be di luar sana :)

Mitm travel fair oktober 2011

Assalamualaikum

tadi terbaca blog Rina. A friend from Uniten dulu. kecik je tuannya. da selamat menjadi tunangan orang. :)
dia cakap ada matta fair nanti 28-30 october. yeay! nak pegi!! >.<" eksited nye akuu. 
dekat mane? dekat MidV. jom2. pegi bercuti. *klau that time ada duit la* wuu T_T

honeymoon for 2nd time? anniversary next year? weekend gateaway? *macam2 la perancangan aku ni!*

 baju persalinan yang tak pernah reveal. hehehe. cantik tak? *pangg*

Oct 4, 2011

Zarep's Engagement

Assalamualaikum

biasanya hujung minggu saya dengan husband mmg akan spend time together dekat rumah je. skrg ni memang malasss sangat nak keluar. dan skrg pon dah jarang tengok wayang. sob2. T_T fyi, saya dengan husband mmg gila tengok wayang. tapi itu semua dulu2 zaman kegemilangan. ok straight to the main story. hehe.

sabtu lepas bersamaan 1.10.2011 saya pegi menghadiri majlis pertunangan one of husband's best friend dekat port klang. Zarep ni member since uniten lagi dan skrg bisnes partner car wash dengan husband. yg unik tentang majlis pertunangan dia. very simple without any hantaran. first tekejut pulak dengar, family perempuan which is Jannah's family kata tak perlu hantaran since benda tu tak wajib. lain orang lain cara kan. yg most important is majlis dah selesai. :)

the tunangan orang in the middle ;p before sampai rumah lepak kedai laksa yang bau sedap tapi x nak beli sbb nak makan rumah tunang. hahaha

 Jannah and Zarith. Congrats.

the gang? i think. hehe

p/s: this coming saturday, InsyaAllah grand opening for husband's and the gang car wash. Alex car wash. bertempat di Shah Alam. Parking lot for PKNS, Shah Alam. semua ramai2 pakat serbu ye. car wash + vacum starting from rm8! car waxing pon ada juga. see you there! *klau saya pegi.hehe*

Oct 3, 2011

Melengkapkan apa yang tak lengkap

Assalamualaikum

orang kata kehidupan lepas kawen lagi banyak pakai duit. ye. btol. kawen dah sah2 la mmg banyak pakai duit. lepas kawen bg orang yang duduk asing dari mak ayah mesti serabut kepala banyak benda nak fikir lagi. (esp kami lah tu). so far rumah kami memang simple je. as simple as rumah orang bujang. lagi pon senang saya nak mengemas. (nampak sangat pemalas.haha) setakat kerusi kayu ihsan mak mertua bagi yg dari rumah dia. since dia dah beli sofa baru tu ada lah. carpet 2 3 keping.

lagi pon, ni rumah sewa je. nak beli barang beriya-iya sangat pon fikir ni rumah orang. rumah sendiri? hurm, rumah nama sendiri, joint nama husband ngn saya dah beli. tinggi lagi kau. 16 tingkat. ok over. Penthouse apartment tingkat 16. dah selamat menjadi nama kami. tapi saya mmg tak minat rumah tinggi2. maklum lah. saya ni orang kampung. sedap duduk atas tanah, bukan melangut tinggi ke langit. so rumah tu sewakan aje. mmg niat untuk sewakan je. :)

so skrg apa lagi yang tak lengkap? Rak tv! seriously, lama2 kesian je tengok meja kopi tu jadi tempat letak tv. meja muat2 tv je. nak letak remote control birai2 meja tu pon takot jatuh kebawah. hehehe. maklum lah. tv jenis box lagi. tak mampu nak beli LCD.wuu. hehe. *jangan demand sangat lah. tengok tv pon kadang2 je*

hampir dibeli.

cantik. harga pon agak cantik jugak. hehe.
IKEA kan dah keluarkan katelog baru 2012. mula lah meroyan tengok katelog tu. cari2 ilham, insyaAllah klau ada rumah betul baru seronok nak membeli. InsyaAllah. doa2kan murah rezeki kami.

haa. quick update cerita jumaat lepas. saya amek day off sbb ada hal nak uruskan. since banyak lagi masa yang terluang. saya decided nak pegi PADINI Warehouse sale. kt shah alam. ble tengok jalan, macam tahu. sbb menghala ke rumah bapa mertua saya dekat subang. so pergi lah. then sampai sana, cari gudang tu punya la jalan jam. naseb baik saya pegi pagi. kurang sikit. tapi still jam. nak masuk dalam gudang tu. mak ai. berhimpit2 semua orang. saya dah alang2 sorang diri. selit2 sampai nak patah tulang rusuk. dapat lah masuk.

masuk sana terus semua orang macam zombie. percaya atau tak. mmg tulah kenyataan. saya jadi confius. nak beli apa ni. semuanya rm5 je! and then saya grab la barang yang saya confirm akan pakai kemana2. baju pergi office saya amek over size. kot2 lepas ni pregnant saya boleh pakai. :) klau skrg nak pakai kena dengan belt sbb mengembung. hehe. Alhamdulillah. jumpa jugak lah barang yang nak. then bila saya nak pegi cashier tu. smpaikan staff die cakap. yang dalam gudang sila keluar. sbb ramai lagi nak masuk. hahaha. macam menghalau pulak orang nk membeli. ;p

antara yang sempat digrab. 5 baju + 2 seluar office + 4 kemeja husband. baru rm55. sebab semua rm5!
dah nak balik tu. ramai lagi beratur *actually, bukan beratur pon* macam zombie. bertolak2. saya jalan nak pegi kete tu, ramai yg orang lunch office hour nak pegi. saya dalam hati nak je cakap. tak yah la jadi zombie. eh salah. tak payah la pegi skrg. sbb confirm2. akan beratur depan tu for hour baru dapat masuk.
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com