Pages

Nov 23, 2011

Awasi penambahan berat badan semasa hamil

Jika anda kekurangan berat badan, anda perlu menambah berat badan sebanyak 12 hingga 18 kg.

Jika berat badan anda biasa atau normal sebelum mengandung, anda perlu menambah antara 11 ke 16 kg.

Jika berat badan anda berlebihan, anda hanya perlu menambah antara 7 hingga 11 kg.

dan

Jika anda hamil kembar, anda perlu menambah berat badan 16 hingga 20 kg.

********************************************************************


Assalamualaikum

kita masing2 tahu kan berat badan kita sebelum mengandung di tahap mana? nak tau kita ketegori yang mana satu? hanya ikut kiraan BMI badan kita.
macam saya, bacaan BMI saya. berat badan normal. means berat badan saya normal dengan ketinggian yang tak berapa nak tinggi ni. jadi makanya, saya di dalam kategori no2. which means sepanjang saya mengandung ni. saya hanya perlu tambah 11 ke 16 kg saje.

okay, sekarang saya dah tambah brape kg? 2 kg! diulangi 2kg!! baru nak masuk 9 minggu. berat dah naik 2 kg. banyak je lemak2 berlebihan ko ni mimi. grrr. *piat telinga sendiri*


penting untuk jaga pemakanan kita sepanjang mengandung ni untuk mengelakkan masalah kesihatan termasuk tekanan darah tinggi pada masa hadapan. wuuu~ takotnye berat naik lebih2. sbb saya ni muntah kemain lagi. berat badan naik jugakkkk.. T__T

jadi saya sertakan di sini Pilihan yang lebih berkhasiat untuk Ibu Mengandung

**************************************************************

▪ Beras merah lebih banyak khasiatnya dari beras putih.

▪ Roti bijiran penuh (wholemeal) yang lebih berkhasiatnya dari roti putih. Hidangan seperti amping, gandum, bertih amat baik untuk ibu dan janin kerana zat makanan yang tinggi.

▪ Buangkan kulit ayam dan lemak yang ada pada daging dan masak dengan cara kurang berminyak atau berlemak. Jadikan hati menu mingguan ibu bagi meningkatkan zat besi, vitamin dan galian.

▪ Beli sayur yang masih segar, simpan dalam tempat sejuk dan masak segera selepas membeli. Masak dengan pelbagai cara seperti sup, acar, tumis, rojak dan sebagainya. Didihkan sedikit air sahaja untuk memasak sayur. Makan sayuran hijau yang dimasak, ulam dan salad segar 2-3 hidangan setiap hari.

▪ Minum 1 1/2 hingga 3 gelas susu penuh krim atau kurang lemak setiap hari.

▪ Minum 6-8 gelas air dan 1-2 gelas jus buah asli setiap hari.

▪ Hadkan kopi atau teh tidak lebih dari 4 cawan sehari. Pilih jenis yang kurang mengandungi kafein.

Kurangkan pengambilan gula, gula-gula, biskut manis, kuih muih, coklat, keropok dan minuman manis. Jenisjenis ini amat sedikit atau langsung tidak mengandungi vitamin dan galian untuk kesihatan tubuh.
Ibu mudah terlebih memakannya kerana ianya tidak mengenyangkan. Dari itu, makanlah hanya sekali sekala tanpa mengenepikan 5 kumpulan makanan yang disarankan.

Hadkan makanan ringan, segera, remeh dan yang banyak mengandungi pewarna, perasa serta pengawet yang tidak banyak mengandungi zat. Adalah lebih balk jika dayang mengurangkan pengambilan jenis jenis makanan ini dan beralih kepada yang lebih berkhasiat.


SARAPAN PAGI
1 gelas jus limau
1 mangkuk amping/amping jagung atau 3 keping roti bijiran penuh dan sedikit majerin
1 biji telur rebus
1 cawan susu

SAMPINGAN PAGI
2 keping biskut digestive/krakermeal
1 cawan teh cair bersusu

MAKAN TENGAHARI
1 mangkuk nasi
4 sudu makan daging/ayam sos tiram berkucai dan tomato
1 mangkuk bayam tumis
1 potong betik

SAMPINGAN PETANG
1 biji jagung rebus
1 cawan susu bercampur sedikit milo

MALAM
1 mangkuk nasi
1 mangkuk ikan rebus ala tomyam atau sup
1 mangkuk taugeh campur tauhu tumis
1 potong tembikai

*******************************************************

makan jugak kena ikut piramid. jgn ikut sangat orang2 tua dok cakap "makan untuk 2 orang" semua tu. *kau je makan lebih, anak tak besar mana pon dalam perut. hehehe. dannnn. paling saya takot. kita makan lebih. anak pon makan lebih. then anak terlampau besar dalam perut. akhirnya kena c-cest. Ya Allah, saya klau boleh tak nak c-cest. saya nak bersalin normal....wuuu...Ya Allah, mudah2kan la permintaan ku ini...


makan buah dengan sayur ni banyak2. 

11 comments:

mommychaa said...

bila dah preggie mmg automatik berat badan naik mencanak-canak....bila dah naik tuh...awas! kemungkinan doc akan suruh buat ujian diabetes pulak! huwaa.....i've done it all, my dear!

~ NANA ~ said...

good info! tp nana ni dh berlebih sgt ni naik berat badan...kna control ni! hehe

ibuhebat said...

Waktu mengandung sebenarnya bukanlah waktu utk melantak.huhu.. sebab akak dah alaminya.. masa anak first makan tak hengat.. sekali baby besar dalam perut, masa lahirkan dah 3.7kg.. tapi masa anak kedua, akak jaga makan.. malam tak makan nasi..alhamdulillah, 3.1kg dan senang nak lahirkan. kalo kat jepun mmg doktor marah ibu2 yang naik sampai 2-3kg. Malaysia rileks jer. huhu

Jemput ke blog akak http://hebatkan.blogspot.com :D

Mom's Paradise said...

Wow...rajinnya u buat research... hehe... i dulu pregnant, i makan as usual cuma lebihkan certain makanan like fruits (since i tak makan sayur)... susu pun minum jugak tapi tak berapa lalu... Maybe sebab anak sulung, plus my husband and i bukan jenis besar, baby keluar 2.4kg je...halus je but mature...and perut i pun tak besar. Masa 9 bulan lebih, mcm 7-8 bulan je nampak. Now baby i dah setahun, and size dia normal macam budak2 setahun yg lain... takut jugak if dia kecik sgt... hehe... dia nak membesar kat luar kot...hehe...

Anyway, nanti breastfeed je ur baby selama yang boleh... insyaAllah cepat je turun... lagi pulak baby active, jenuh kejar sana sini. my weight sekarang dah back to my normal weight before kawin...:p

So, dont worry pasal badan naik ke apa k... Makan elok2,n rehat cukup...insyaAllah everything will be fine...:)

eMaH SoMeL said...

berat i maintain even dh masuk 2bln..hubby jenuh paksa mkn..i mkn byk tpi berat xnaik jgk..cmna 2?

Cik Puan Mimi said...

@natasha; itu lah dirisaukan ni..berat badan naik..risau btol..mmg sebelum ni berat badan senang naik

@nana; tula..kte same2 control la ek

@ibuhebat; thanks akak for the info :)

Cik Puan Mimi said...

laila; hehehe..rajin ler sikit2..

emah; emah kecil kot..sbb tu berat badan x naik..ni mimi berat badan mmg senang naik :(

sweetlavender86 said...

mimi akak dulu mase pregnant kn adam naikkkk bnyak.mkn mmg xigt dunia.selagi ade mknan selagi tuuuu la asyik nk mngunyah jek.last2 lagi 2 weeks nk deliver kene drh tinggi.huhu.terpkse la induce.preggy kali ni berat xberape naik.dah preggy 7 month pun bru naik 4kg.kali ni mkn nasi satu hari sekali.xtau la nape.cepat kenyang.ade mase2 je rase nk mkn bnyak.ikut selera.kehkehkeh

Anonymous said...

Betul...naik berat badan terlebih time preggie mencsbar nak ilang baby fat

Iza said...

Assalam..
Tengah risau ni..anak 1st, normal 2.85kg je
Anak 2nd, makan byk kena czer 4.40kg
Yg ke3 ni,belum tau lg tp berat dh naik 14kg. Ada lg 3 minggu due. Harap2 dpt brsalin normal.

Kenari Putih said...

Sy pon kalau terkenang risau sbb berat sejak late pregnancy ni mcm naik 2 kg lak sebulan, means tiap seminggu naik 500 g, adoi.. Risau juga, makan pon just sehari sekali ni, takut nurse membebel

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com