Pages

Nov 29, 2013

Mommycha 1st Giveaway

Assalamualaikum

Harapnya belum terlambat nak joint giveaway mommycha yg hot ala2 che ta ni. Dalam banyak2 giveaway yang mommycha pulak aku joint. Bukan apa. Sebab macam besttt jee. Macam senangg jee... Boleh menang ke tak tu aku tak pasti lah. (Sebab aku biasanya klau lucky draw ke hape susah nau nak menang)

Jadi aku pertaruhkan gambar ni.

Jengjengjeng!

                       
Mother and son moment. Ni mmg moment berdua je. Sebab ayah asyik lah os. Tapi takpe anak. Mak totap ado di sisi nak teman pegi taman. Dengan bg yg cun melecun tu harap boleh menang. Ekeke. Dah edit kasi baikkk punyee.

Aku dah lama dah follow blog cheta ni. Eh mommy cha ni. Pastu dio pong dah lama kawan. Cuma kite ada masa baru lah jumpa. 

Sape nak joint boleh la pegi blog mommycha ye! 

Nov 20, 2013

Rafif; school, tantrum and balik kampung.

Assalamualaikum

Dah beberapa hari aku tak update blog. Selain dari aku tengah sebok baca blog sebagai panduan nanti, aku jugak ada 'hal' sikit dua tiga hari ni. So terpaksa la abaikan blog sikijap. Harini aku update lamsum je lah. 

Dari Rafif pegi playgroup utk trial second.
Aku booked slot awal dari teacher Watie untuk second trial. Naseb baik ada. Tapi bila teacher Watie cakap class pukul 3 aku agak cuak jugak la sbb waktu tu time nap Rafif. Dan betul la sangkaan aku, die mengamok waktu class. 

Aku gerak awal sikit sbb aku nak pegi warehouse mydear tu. Aku takde lak plan nak beli pape. Macam nak usha2 aje. Tapiii klau dah pegi tu kompem akan habis duit gak. Aku terbeli push car, drum set utk dak tecik tu

                         


Drum set ni rm10 je ko! Aku laju2 sambar. Hehe. Ok pastu aku terus gerak pegi class playgroup Rafif. Haritu ramai lak student, dalam 9 org. Kalau aritu Rafif the only one yang trial student. Skrg ada 3 yg trial. Rafif second trial lah. Jadi aku tambah cuak. Sebab? Bila ramai budak trial. Banyak la bunyi waaa waa. Jadi Rafif confirm tgk orang nangis die nak joint sekaki. Itu la beza budak yg dilatih utk dengar arahan dengan tak pernah dgr arahan. Atau x faham arahan. Huhuhu

Dan tekaan aku Rafif akan mengamuk kat class die mmg tepat sekali. Di tambah pulak dengan lepas nyanyi lagu good morning (walaupon waktu tu petang), teacher Watie terus keluarkan parachute. Bertambah la mengamok Rafif sebab die tak suke parachute. Sepanjang class tu die mengamok. Aku tau die lapar, nak tdo. Tapi ape nak dibuat. Aku teruskan jugak aktiviti die dengan die menjerit2! 

      
Tengok tu die tak nak jalan. Huuu. Tapikan aku ni macam takde perasaan sikit bila anak aku tantrum, nangis ape benda. Sebab aku dah kena setempek kt muka masa dalam pantang lagi bila Rafif jenis budak yg suke menangis. So skrg klau aku dengar die nangis pon telinga aku macam numb sikit. Hahah

     
Nampak pack la aritu sebab ramai kan. Yang bapak2 tunggu tu pon semangat dok amek gamba. Tapi xpe, aku teruskan jugak walaupon Rafif menjerit meronta2. Bunyi macam kejam kan? Jap lagi aku terangkan. 

Lepas habis aktiviti die, aku terus ketepi. Rafif terus nangis smp aku boleh dengar jelas die sebut "nak nenen". Aku masuk bilik blkg terus nyusu dan die tdo. Ye btul sangkaan aku die nak tdo. Lepas die tdo aku terus masuk bilik teacher utk discuss sikit pasal playgroup tu dgn nak bayar registration. 

Bila aku dengar teacher Watie terangkan kebaikan playgroup ni membuatkan aku berkobar2 nk register. Macam class aritu Rafif banyak meragam kan. So teacher Watie suruh aku observe sendiri mane yg tak kena. Die mungkin lapar, ngantok, nak tukar pampers. Standard la kan. Dan Rafif btol la die ngantok. Sepatutnya graf mesti naik memandangkan Rafif dah bagus utk class pertama tu. Tapi kali ni turun. Hurm. Takpe. Teacher Watie suruh tekankan penggunaan please bila kat rumah. Dan smp harini aku menaip ni. Rafif dah reti untuk letak tangan kt dada bila aku cakap "say please first". Nampak perkambangan die. Tapi Rafif ni aku takot kat playgroup die tak nak buat bila teacher suruh. Huu. 

Teacher Watie cakap, td awak perasan tak budak2 yg dah lama kat situ die tak rase terganggu pon dengan bunyi nangis budak lain. Sebab otak die dah set, bila teacher say something u must listen and look at the teacher. Mmg betul pon. Budak lain, mostly budak perempuan. Dia akan dengarrr je apa teacher cakap. Die sikit pon tak terganggu. (Tak sabar nak tunggu masa Rafif jadi camtu). 

Selain dari tu, paling aku perasan. Budak yg lain. Diorang dah pandai follow the instruction. Ada aktivit yang kite dengan anak je main. Macam haritu. Masukkan pencungkil gigi dalam bekas die. Benda tu untuk develop motor skill bby. Sambil kite sebut IN IN IN dekat anak kite. Bila die masukkan. Dan bila masa tamat, kite kena bagi balik kat teacher. Budak lain senang je pegi depan bagi. Sebab die dah tau. Habis masa main, kena bagi balik. Macam Rafif tak tau ape lagi. Aku suruh pegi depan, die g amek yang lain lak. Hahaha. Belum faham teacher cakap apa. Tapi klau jadi gitu, kite lah yang kena tunjuk kat die. Bagi balik kat teacher. 

Bila Rafif tantrum tu kan. Aku tetap main sebab teacher watie cakap. That is life! Bila kite hantar anak pegi tadika atau sekolah, kite tak tau apa die buat sebab kite takde kat situ. Klau die tak suke die tak boleh nak "lari" dari belajar. Die kena ada jugak di situasi tu kan. Sebab tu bila budak yang dah lama joint die tantrum. Mak die kena kuarantin dan die hanya kena main dgn teacher. Mesti la budak tu tak nak kan. InsyaAllah die dengar arahan. 

Lepas second trial aku dah register. Untuk part-time student. Cuma first month ni aku kena pegi everyweek sebab teacher nak tengok perkembangan dia. Mesti graf naik. Jarang budak yang graf turun. There must be something wrong klau turun. 

                                    
Dapat baju and few things lagi. Sticker kete tu aku laju2 g tampal. 

Cite pasal balik kampung pulak, aku balik kampung aritu sebab family aku ada buat suro. Atau lebih dikenali dengan bubur asyura. Tapi yang aku nak cerita pasal ada mulut2 berbunyi kenapa aku dah hantar Rafif sekolah. Hahha. Aku gelak je bila dengar tu. Actually tu bukan sekolah pon. 

Bagi aku gini jelah, aku percaya otak budak ni meresap apa sahaja yang kite ajar dalam masa die 0-5 tahun ni. So klau aku tak guna, rugi sangat! Sebab aku fikir Rafif dah la tak pegi taska. Dia hanya dok dengan aku. Mesti aku nak buat yg terbaik untuk dia. Tapi ada pulak orang cakap. Dah sekolah awal2, nanti besar tak nak sekolah. Lol! Nak guling lagi sekali. Aku rasa klau orang tu jenis suke membaca, belajar, klau dari muda dia dah suke membaca sampai besar die suke. Takde lak die rase bosan kan?? 

Haish la. Aku tau kadang anak aku ni sukar di ramal. Kadang die nak main. Kadang die tak nak. Klau aku ajar kadang okay. Kadang tak okay. Plus Rafif susah nak tunjuk perkembangan dia. (Mungkin sebab die masih bercakap dalam bahasa german) klau aku cakap. A! Die diam je. Die tak ikut aku cakap. Berlainan dengan anak sedara aku Hannan tu. Bila aku sebut A B C, die boleh follow satu2! Sampai mak aku cakap. Eh tak gi sekolah dah pandai! T_T sedas kena kat muka kan sbb anak aku tak sebut pape. Lol! 

Tapi takyah la nak berkecil hati dengan kate orang ni. Yang buat keputusan tu aku dan suami. Yang bayar tu kami, yang perabis duit tu kami, yang nak tanggung tu kami, sebab anak ni amanah Allah. Anak kite pelaburan di masa depan. Itu je pandangan aku buat masa sekarang. 


Nov 14, 2013

Dilemma carrier lagi sekali!

Assalamualaikum

Dilema carrier aku kembali menjengah. Lol. Tak habis2 kan. Aku mencari carrier yg boleh back carrier. Sebab aku rase Rafif macam dah besar sgt nak dok depan. Huhu. Padahal Rafif tu baru 8.2 kg. Ntah la. Yang nak mendukung dia aku! Mesti la aku yg memilih. Jom la layan gambar

         
Gini lah gamaknye! Rupanya die same je dgn carrier yg aku pinjam dgn put aritu, ke put punya tu boleh back carrier? Daratnye akuuu. Hahaha.

                                          
Yang ni nampak mcm rapat sikit. Kang meraung anak aku kt belakang tu. Yang put punya aku pinjam pegi europe aritu pon rapat. Sedak awak tdo kan Rafif! Kemahinn

        
Tak pon suruh ayah je dukung yg mcm gini mcm best jel tinggi. Pastu tak sesak sgt aku nengoknye. Argh! Nnt aku pulak yg nak kena pikul beg ajaib yang mengandungi bermacam2 hallll tu. Aku rela dukung Rafif. Huhu

                              
Yang mcm gini aku rase better org laki la bawak. Tp takot pulak ada aku tengok. Kot tetiba aku orang dah amek anak ko dari carrier tu. Baru lah ko nangis air mata darah! Sebab mcm senang je. 

                        
Yang ni siap ada bumbung kooo. Haha. Tapi tak praktikal untuk pegi tempat yg aku nak pegi tu. Sebab winter! Kejadahnye bumbung bagai. 

                                          
Tak pon yang ni lah Rafif! Traditional habisss. Tapi aku boleh bayang di sebalik muka makciktu. Terpahat kesakitan kekal atas bahu nya, dengan rotan tu lagi, dengan budak tu siap berdiri atas tu lagi. Haha. Ingat ni nak pegi kutip daun teh ke makcikkk??. Hahahaha

Suggest sikit korang!! Aku dah cuba tny mak Aqilla (travel blog) tu dia pakai ape. Nampak mcm best je back carrier die. 

Adios!






Nov 13, 2013

DIY Storage Box

Assalamualaikum

Hurm, aku rase ni idea aku datang secara tiba2. Aku sebenarnya agak pening dengan keadaan hanger utk laundry aku. Since aku takde proper laundry room. So aku main longgok je hanger atas meja.

Korang ingat tak time Selangor takde air kejap aritu kan? Laki aku laju2 pegi beli air mineral dua kotak! So nak perabih sume air tu makan masa jugak. Sebab waktu takde air tu sehari je aku ada kat rumah. Esoknya aku ikut husband pegi os Cherating. hahaha. So kotak tu ada tak tau untuk buat apa. Ingat nak letak depan rumah je. Ko tau depan rumah aku ni. Letak la pape pon, confirm akan ada orang amek. Hahaha!

Jadi aku fikir nak buat ape ek kotak ni? TING! timbul idea untuk buat storage box untuk sumbat segala hanger.

This is what I want. Kotak, gunting, glue gun, dan kain!

Kotak ni aku potong dlu bahagian atas tu. 

Lepas tu senang je. Gam2 kt sekeliling tepi tu. Kemas2 kan sikit. Tapi becareful gam panas ye. Time ni Rafif pon sebok nak guna glue gam. ggrrr. Geram btol aku. Kalu nak buat pape time die tak tdo mmg payah!

Tara! Dah sudah. Maap takde detail aku gam macam mane. (dengan keadaan nak kawal Rafif datang dekat lagi. Aku payah nk snap setiap kali gam. hehe) Kain ni lebihan kain aku buat untuk lapik oven aritu. Aku beli kat Nagoya Tesco. Semeter rm2 je ko! aku beli la dua meter. Tak payah beriya nak beli yang mahal2 eh. Cuma tak proper lah aku letak cover die tanpa jahit kelim tepi dlu. Nama dia HAM tu kan. Sebab aku malas nak g godek mesin jahit. huhu. 

Nak letak hanger je sebenarnya. hehe!
More proper than before. I love it! :)


Mandi manda di Water World Icity

                                                              Assalamualaikum

Haa, dah brape hari aku tak update blog. Gitulah. Kalau sempat dan banyak masa tu kemain update aje. Klau dah takde masa tekejar2 sume benda asyik lah tak sempat nak update. Blog walking pon yang mane sempat aje lah. Ahad lepas aku pegi "school" Rafif. Nanti aku update satgi. Ni nak cerita smlm aku g mandi manda kt water world icity tu. 

Dah lama dok terfikir nak bawak Rafif main air. Saje je. Sebab adik aku ada kat sini kan. Kalau nak tunggu laki aku free, ntah ble lah. Weekend pon asyik keje je. Dah sebulan weekend keje kot bang oi. Aptb! 

So, aku google lah org cite pegi water world ni. Ada lah satu blog tu aku bukak, beriya die cite best so aku pon exicted ni nak pegi. Aku tgk die tulis tiket sorang rm20 je. Pastu die kate lagi klau beli online jadi rm10. Aku pon semangat ni bkk web die nak beli pastu aku tengok harga die rm17 pulak. Hurm. Aku takot kang aku byr online die nk suh print bagai aku takde printer. Aku cakap xpelah. Klau setakat rm3 tu pejam mata la. Sekali smp sane. Harga die rm30 pulakk sorang. Ni yang rase nyesal tak sudah ni. Lol. 

Masuk jela. Aku sewa gak la locker die. Rm5 je. Boleh nk bukak tutup brape kali pon. Ok la tu. 

       

Mesti lah aku dok main kawasan kanak2 je kan. Haha. Rafif suke letteww. Tapi yang aku pelik kolam kanak2 ni air die kemain sejuk. Apekehel nye ntah! Rafif menjerit jugak la memula tu. Lepas tu dah okay. 

       
Yg slide ni jelah aku naik berkali2. Rafif menjerit takot. Lol. Hape la awak ni Rafif. Best woo. Kuikuikui.

       

Semalam tu takde la panas sgt. Die macam mendung2 sikit. So okay la nk berendam lama sikit. Ni kawasan pantai die. Pantai la sgt. Wakaka. Kat sini pelampung sume free. Ko amek je mane2. 

       

Bagi aku okay jugak la water world ni. Kalau beli online mesti aku rase lagi berbaloi. Nak2 pegi time hari biasa. Orang tak ramai. Ko boleh nak naik tornedo yang besar giler tu berulang kali. Sebab takde org. Aku smp dalam pkl 12 gitu. Ke petang sikit dah ramai org. Tp still ok la. Tak pack. 

      

Kat sini kolam kanak2 ni air die hampir lutut aku tau. So kiranya tak boleh lepas Rafif gitu la. Kena sentiasa dok dekat die. Klau die jatuh boleh lemas! Huhu

Pukul 3 gitu aku dah keluar sbb tak solat zohor lagi. Aku pegi surau die ada sediakan. Toilet die pon okay. Locker pon banyak. Tapi aku bayang klau weekend atau public holiday sesak jugak la. Sbb tempat die takde la sebesar sunway lagoon tu. Die ada la beberapa ride yg okay. Tapi aku smlm g dgn adik aku, Rafif. Jadi ktorang x ley la nak naik ride2 tu, sape nak jaga Rafif kan. Hehe. Tak kan nak tinggal dekat safety guard kot. Hahaha. 

So klau korang nak g beli la tix online. Dua hari sebelum abang kaunter cakap. Lagi murah. Pastu pssttt. Bawak la makanan dari rumah. Sembunyi dalam beg. Die cek gitu2 je. Ko letak bawah baju. Lol. Pandai x aku ngajar? Sbb aku smlm x bawak makanan. So beli kat sane. Mahal sgtt. Nuget bodo org jual singgit ko jual 3.50 puii.. 

Eh itu jela nak cite. 
Daa! 








Nov 8, 2013

Clearance sale sempena tahun baru islam. :)

Assalamualaikum semua ;)

*this is a sticky post*

Sempena Maal Hijrah selasa lepas aku nak buat clearance sale untuk clear sume stock2 yang ada sekarang ni. Stock2 ni bukan la stock lama pon. Cuma aku nak kasi clear sebelum stock baru. InsyaAllah klau takde halangan lah. Dan sementara adik aku ada kat sini nak tolong aku pegi ngepost. Jagakan Rafif. 

Jadi aku nak clear kasi murah2 je sume yang ada. Harini aku clearkan shawl je dulu ye.


Ikut code ni.  Shawl quality chiffon-halfmoon at end cut
RM10 only!

RM10 ONLY!

RM10 ONLY!

RM10 ONLY!

Shawl beaded ni RM12 ONLY!

CODE: CS01. COTTON SHAWL.
RM10 ONLY!
CODE: CS02
RM10 ONLY! 
Shawl lycra. Shawl ni sgt bagus untuk orang yang takde masa nak iron2. 
sebab die tak senang kedut. dan sesuai untuk pegi travel, jimat masa.

CODE: CS03
RM10 ONLY!

CODE: CS04
RM10 ONLY!

CODE: CS05
RM10 ONLY!
CODE: CS06
RM10 ONLY!
CODE: CS07
RM10 ONLY!
COTTON WIDE SHAWL.
CODE: CS08
RM10 ONLY!
COTTON WIDE SHAWL. 
CODE: CS09
RM15 ONLY!
HALFMOON BUNGA TIMBUL

CODE: CS10
RM15 ONLY!
HALFMOON BUNGA TIMBUL

CODE: CS11
RM15 ONLY!
HALFMOON
CODE: CS12
RM15 ONLY!
HALFMOON 
*Untuk order; boleh sms aje - 0102214895

Wall sticker!

Assalamualaikum

Masa aku memula fikirkan tema untuk bilik Rafif ni. Aku terfikir main wall dalam bilik tu. Yelah orang lain punya kemahin sume cat2. stripe2. salotape sana sini. Tapi aku tak terfikir lak nak cat stripe2 ni. Sebab aku malas! hahaha. Jadi aku tanya laki aku. Bang, ada alternative lain tak? Laki aku sambil reply emel bos je selamba cakap. sticker yang! Ting! terus aku terfikir nak order custom sticker untuk bilik Rafif.

Aku tanya la kat group gojes tu, kat mane nk order sticker yang dengan pantas sungguh service nya. Si mak Etty suggest order dengan Zimie. Aku pon pm lah zimie. Dalam haritu jugak la die reply. Cite punya cite, bgtau nak custom yang bentuk apa. Design macam mane. Aku setuju dengan design Zimie buat. Idea dari aku. Aku order custom made sticker bentuk anchor!

Aku order 100pcs. 

Plan awal aku, nak tampal secara serata di wall tu. Tapi aku was2 takot wall tu nampak serabut lak. Sticker ni size 8cmx8cm gitu la lebih kurang. Jadi aku tukar plan untuk tampal macam ala2 divider wallpaper tu. Tengah2 dinding. 

Taraa!! macam gini lah aku tampal. Hehehe. Okay ke idok?

Continue sebelah shelf tu. straight je ke sane.

Gituww. Very the sailor room kan? Okay satu lagi picture.

Divider wall. Aku nak letak banyak lapis takot serabut lak. Macam gini dah okay sangat bagi aku. Aku suke! Thanks to zimie for the sticker. Kalau sape nak orde boleh contact zimie ye. 



Dengan add sticker sikit, tukar langsir baru, jam yang mmg very the sailor tu maka menjadi jugak la impian aku nak buat sailor-room ni. Gigih kan? hahaha! Kira macam ada jugak la elemen2 tu. 

But WAIT!
.
.
.
.
.
.
.
.
Where is the little sailor?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 Shingg!! Im here mom! Coming to the rescue! 

*errr. are you a sailor or pirates now?*

.
.
.

What mom? Im a little bit busy now.

My little sailor busy menulis rupanya! hehehe.

Dah! finish cerita nak menjadikan bilik sailor Rafif. Hehehe. Harap klau ada orang nak amek inspirasi bilik Rafif jadikan playroom anak tu dapat idea macam mane. Bak kate anis, space tu sebenarnya ada. Kalau orang yang dah lama pindah dan takde space tu problem sikit nak cari celah mane nk buat kan. Tapi klau orang yang nk pindah dan awal2 dah spare bilik atau corner awal2 tu senang. Tapi jangan risau! Aku pon dari takde space. Aku ubah suai 2 bilik terus semata nak jadikan bilik Rafif ni. 

Alhamdulillah sekarang aku macam rajin sikit lah nak mengemas nak keep it tidy sebab aku fikir penat2 aku buat segala benda ni. So aku jugak la yang nak kena kemas kan. Hehehe. Tapi Rafif macam paham je aku cakap NO TOYS OUTSIDE YOUR ROOM. Kalau die kuarkan pon sipi2 je kat pintu, Wakaka! 

Gitu lah ceritanya~ Hope u guys enjoy baca cerita Sailor-room!
Adios! ;)

Nov 7, 2013

The city of LOVE, Paris!



Assalamualaikum

Tetiba sgt kan update gambar holiday. kahkahkah! Saje mengimbau kenangan. Aku kan ada blog lama tau. Tapi malas nk tulis sini. Sebab kelakau nau ayat aku dlu2. Ada satu entry tu, aku tulis tempat idaman nak pegi Paris! wow! tak sangka lak waktu tu tempat idaman aku Paris. hahaha. 

Sekarang dah jejak dan rase tak best mane pong Paris ni. Sebab aku feel unsecure je all the time. 
Plus aku tak reti bahasa die yang "fdfgsk754fw6*&*^&" 

Tapi jom lah layan picture.

Eiffel Tower. Terpegun jugak bila dapat tengok Eiffel tower depan mata ni. Kagum!

 Gambar kami bertiga depan Eiffel. 
Tourist dari US yang tolong snap. kah! senget sikit kak ko amek. tapi kira okay la tu kan kak oi.

Picture ni agak kuang asam sikit lah. Ko kat Paris, ko bawak payung i love london kan. kahkahkah!
Waktu ni berjalan dalam hujan nak pegi the nearest station dari Eiffel tu. Aku lupa dah nama metro tu. *salahkan beranak-sbb beranak mmg akan jadikan kite pelupa*. Aku tanya garbage man. "excuse me sir, where is the nearest metro station?". Dia orang hitam-bersemangat nak gtau aku kat mane station tu. tapi satu hape aku tak paham sbb die speaking france! tapi aku paham la tangan die tunjuk mane2. menuju jelah ke arah tu. btol ada metro situ. bagus bang!

Di kaki mu Eiffel. Aku tak naik pong. Waktu ni pagi sangat lagi. Orang sane tdo lagi ha. Orang Malaysia je dah keluar berjalan. hahaha. Aku nak cepat sebab nak pegi Disneyland pulak!

Disneyland! Picture taken by my Nikon D3100. Okay la jugak kan.


Aaah Disneyland ni besar sangat. Mane aku ada kudrat nak round sampai habis. Aku pulak tak bawak buggy (sebab masalah nak travel naik train. station tak mesra stroller. tangga bertingkek2)
Jadi aku tunggu je benda alah ni berlalu di depan mata.

Ni ktorang dalam boat dalam Disneyland itu jugak. Sume Disneyland ada. Sebab aku tengok Aaron Aziz pegi Disneyland Hong Kong pon ada benda ni. Erm. Boleh la. Seronok lah jugak.

Symbolize dari setiap negara. Tapi Malaysia nan hado! Thailand and Indonesia ada okay! Nak nanges!

Kedai souvenir yang aku paling kagum! Harga crystal ni hurm. lagi mahal dari tix flight aku ke sana. lol! Pecah yang ni mampos kau nak mengganti!



*Aku pergi Paris, aku tak pernah lepak kedai coffee, makan pretzel, atau makan macaroon. Sebab aku sebok dok kawal beg aku dari pencopet! boleh? Bagi aku Paris is not me. Aku bukan suke shopping barang branded pon. Tapi kat sane, mata ko tak habis2 akan tengok orang pakai coat ape. beg ape. kasut apa. Mata ko akan tertumpu kat depe je. Sedar tak sedar beg hilang! hahaha!- eh eh. tapi aku tak sempat kena copet okay! Aku berhati2. kahkahkah.


Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com