Dah beberapa hari aku tak update blog. Selain dari aku tengah sebok baca blog sebagai panduan nanti, aku jugak ada 'hal' sikit dua tiga hari ni. So terpaksa la abaikan blog sikijap. Harini aku update lamsum je lah.
Dari Rafif pegi playgroup utk trial second.
Aku booked slot awal dari teacher Watie untuk second trial. Naseb baik ada. Tapi bila teacher Watie cakap class pukul 3 aku agak cuak jugak la sbb waktu tu time nap Rafif. Dan betul la sangkaan aku, die mengamok waktu class.
Aku gerak awal sikit sbb aku nak pegi warehouse mydear tu. Aku takde lak plan nak beli pape. Macam nak usha2 aje. Tapiii klau dah pegi tu kompem akan habis duit gak. Aku terbeli push car, drum set utk dak tecik tu
Drum set ni rm10 je ko! Aku laju2 sambar. Hehe. Ok pastu aku terus gerak pegi class playgroup Rafif. Haritu ramai lak student, dalam 9 org. Kalau aritu Rafif the only one yang trial student. Skrg ada 3 yg trial. Rafif second trial lah. Jadi aku tambah cuak. Sebab? Bila ramai budak trial. Banyak la bunyi waaa waa. Jadi Rafif confirm tgk orang nangis die nak joint sekaki. Itu la beza budak yg dilatih utk dengar arahan dengan tak pernah dgr arahan. Atau x faham arahan. Huhuhu
Dan tekaan aku Rafif akan mengamuk kat class die mmg tepat sekali. Di tambah pulak dengan lepas nyanyi lagu good morning (walaupon waktu tu petang), teacher Watie terus keluarkan parachute. Bertambah la mengamok Rafif sebab die tak suke parachute. Sepanjang class tu die mengamok. Aku tau die lapar, nak tdo. Tapi ape nak dibuat. Aku teruskan jugak aktiviti die dengan die menjerit2!
Tengok tu die tak nak jalan. Huuu. Tapikan aku ni macam takde perasaan sikit bila anak aku tantrum, nangis ape benda. Sebab aku dah kena setempek kt muka masa dalam pantang lagi bila Rafif jenis budak yg suke menangis. So skrg klau aku dengar die nangis pon telinga aku macam numb sikit. Hahah
Nampak pack la aritu sebab ramai kan. Yang bapak2 tunggu tu pon semangat dok amek gamba. Tapi xpe, aku teruskan jugak walaupon Rafif menjerit meronta2. Bunyi macam kejam kan? Jap lagi aku terangkan.
Lepas habis aktiviti die, aku terus ketepi. Rafif terus nangis smp aku boleh dengar jelas die sebut "nak nenen". Aku masuk bilik blkg terus nyusu dan die tdo. Ye btul sangkaan aku die nak tdo. Lepas die tdo aku terus masuk bilik teacher utk discuss sikit pasal playgroup tu dgn nak bayar registration.
Bila aku dengar teacher Watie terangkan kebaikan playgroup ni membuatkan aku berkobar2 nk register. Macam class aritu Rafif banyak meragam kan. So teacher Watie suruh aku observe sendiri mane yg tak kena. Die mungkin lapar, ngantok, nak tukar pampers. Standard la kan. Dan Rafif btol la die ngantok. Sepatutnya graf mesti naik memandangkan Rafif dah bagus utk class pertama tu. Tapi kali ni turun. Hurm. Takpe. Teacher Watie suruh tekankan penggunaan please bila kat rumah. Dan smp harini aku menaip ni. Rafif dah reti untuk letak tangan kt dada bila aku cakap "say please first". Nampak perkambangan die. Tapi Rafif ni aku takot kat playgroup die tak nak buat bila teacher suruh. Huu.
Teacher Watie cakap, td awak perasan tak budak2 yg dah lama kat situ die tak rase terganggu pon dengan bunyi nangis budak lain. Sebab otak die dah set, bila teacher say something u must listen and look at the teacher. Mmg betul pon. Budak lain, mostly budak perempuan. Dia akan dengarrr je apa teacher cakap. Die sikit pon tak terganggu. (Tak sabar nak tunggu masa Rafif jadi camtu).
Selain dari tu, paling aku perasan. Budak yg lain. Diorang dah pandai follow the instruction. Ada aktivit yang kite dengan anak je main. Macam haritu. Masukkan pencungkil gigi dalam bekas die. Benda tu untuk develop motor skill bby. Sambil kite sebut IN IN IN dekat anak kite. Bila die masukkan. Dan bila masa tamat, kite kena bagi balik kat teacher. Budak lain senang je pegi depan bagi. Sebab die dah tau. Habis masa main, kena bagi balik. Macam Rafif tak tau ape lagi. Aku suruh pegi depan, die g amek yang lain lak. Hahaha. Belum faham teacher cakap apa. Tapi klau jadi gitu, kite lah yang kena tunjuk kat die. Bagi balik kat teacher.
Bila Rafif tantrum tu kan. Aku tetap main sebab teacher watie cakap. That is life! Bila kite hantar anak pegi tadika atau sekolah, kite tak tau apa die buat sebab kite takde kat situ. Klau die tak suke die tak boleh nak "lari" dari belajar. Die kena ada jugak di situasi tu kan. Sebab tu bila budak yang dah lama joint die tantrum. Mak die kena kuarantin dan die hanya kena main dgn teacher. Mesti la budak tu tak nak kan. InsyaAllah die dengar arahan.
Lepas second trial aku dah register. Untuk part-time student. Cuma first month ni aku kena pegi everyweek sebab teacher nak tengok perkembangan dia. Mesti graf naik. Jarang budak yang graf turun. There must be something wrong klau turun.
Dapat baju and few things lagi. Sticker kete tu aku laju2 g tampal.
Cite pasal balik kampung pulak, aku balik kampung aritu sebab family aku ada buat suro. Atau lebih dikenali dengan bubur asyura. Tapi yang aku nak cerita pasal ada mulut2 berbunyi kenapa aku dah hantar Rafif sekolah. Hahha. Aku gelak je bila dengar tu. Actually tu bukan sekolah pon.
Bagi aku gini jelah, aku percaya otak budak ni meresap apa sahaja yang kite ajar dalam masa die 0-5 tahun ni. So klau aku tak guna, rugi sangat! Sebab aku fikir Rafif dah la tak pegi taska. Dia hanya dok dengan aku. Mesti aku nak buat yg terbaik untuk dia. Tapi ada pulak orang cakap. Dah sekolah awal2, nanti besar tak nak sekolah. Lol! Nak guling lagi sekali. Aku rasa klau orang tu jenis suke membaca, belajar, klau dari muda dia dah suke membaca sampai besar die suke. Takde lak die rase bosan kan??
Haish la. Aku tau kadang anak aku ni sukar di ramal. Kadang die nak main. Kadang die tak nak. Klau aku ajar kadang okay. Kadang tak okay. Plus Rafif susah nak tunjuk perkembangan dia. (Mungkin sebab die masih bercakap dalam bahasa german) klau aku cakap. A! Die diam je. Die tak ikut aku cakap. Berlainan dengan anak sedara aku Hannan tu. Bila aku sebut A B C, die boleh follow satu2! Sampai mak aku cakap. Eh tak gi sekolah dah pandai! T_T sedas kena kat muka kan sbb anak aku tak sebut pape. Lol!
Tapi takyah la nak berkecil hati dengan kate orang ni. Yang buat keputusan tu aku dan suami. Yang bayar tu kami, yang perabis duit tu kami, yang nak tanggung tu kami, sebab anak ni amanah Allah. Anak kite pelaburan di masa depan. Itu je pandangan aku buat masa sekarang.
13 comments:
jelas sekali yang berkata-kata itu sangatlah sempit pemikirannya. huhuhu. saya, tak berpeluang je nak bawa Arissa ke tempat begini. huuuuu. =)
U tau x..disebabkan inspirasi dari u la..i pun gigih nak antar rissa gi gbob ni.weekend ni pegi.tak sabar..
Setuju. Lain anak, lain perkembanganya. Setiap parents mesti nak yang terbaik untuk anaknya :)
xpe.. kita buat yg terbaik utk ank2 kita :)
Yeay rafif dah ada uniform macam iman :)
rafif masuk skul yer? good boy..
xsabar Fayel genap 2 tahun masuk alimkids
mimi, abaikan mulut org nak kata apa. anak kita, kita tau mcmana...
yg penting tak susahkan org...
mimi!
yuran berapa ek
Bestnya...saya nak bawa ke playgroup husband mcm tak setuju...mungkin dia tak tau effectnya pada anaknya
Slm Dear,
hope bole share, apa nm class yg u ambik ni.. bagus sgt utk perkembangan bb.
hrp sy bole cri kat area klang plak.
terima kasih
Effanina
I joint genius baby on board. Level 4 je ada kt klang.
U may check their fb for updates.
adehhh hari ni baru sempat blogwalking satu2 blog...syok la baca pasal playgroup ni! nana ni sampai sudah tak cari2 lagi utk ayish...haha
alahhh ni bukannya sekolah pon, kiranya dia belajar & bermain ada kawan...bila ada kawan mesti ada persaingan, sbb tu budak cpt belajar kn...tapi tak nafikan org tua mmg akan ckp gitu sbb MIL nana sendiri pon ckp xyah ajar anak awal2 sgt nnti dia boring terus tak pandai...LOL
Post a Comment