Friday, November 1, 2013

Small Office Home Office (SOHO)

Assalamualaikum

Sebelum mood susun atur aku kelaut baik aku perabih kan aje. Haha. Sekarang ni musim deco2, ngemas rumah. Sonok kan? jadi harini aku nak tunjuk satu part dalam rumah aku yang aku dah jadikan tempat untuk online untuk aku, main game utk laki aku, tempat nangis untuk Rafif. lol! (dia tak suke tengok aku online)

Sebelum ni tempat ni Rafif's corner je. Alang2 dah kosong kan. Dan tempat PC hubs dah beralih dari bilik aku kan. hehe. Jadi aritu waktu pegi IKEA ada gak beli satu meja computer. Siyan computer ni wei. Macam di anak tirikan aje. haha. Yelah, masing2 dengan smartphone. ipad segala. paling komang pakai laptop. PC di tinggalkan. kahkahkah. Tapi andai kate nak guna photoshop ke, hubs teringin nk main game ke. PC gak la ktorang guna. sebab power ni.

Jom tengok My SOHO

Taraa!! di living hall tu jugak la sebab rumah ni cenonet aje. Situ jugak la kena letak pon. Rumah sekangkang kera je ponnn.OK tak? jom tengok sebelum ni camne.

Ngee. No more Rafif's corner.


Waktu beli meja computer ni, laki aku tanya kusi nak beli yang mane?. Kusi takyah beli! pakai kusi meja makan je. hahaha! jimat tak?? yang pasti mmg kami akan amek putih lah. Aku dengan laki aku tak pernah argue bila nak beli perabot. Sebab kompem kami akan amek putih.



Almari kaca tu pon jangan tanya lah. IKEA jugak! hahaha. Lama dah nak beli sebenarnya sebab aku nak paksa laki aku bukak action figure star wars die tu. Die dok sayang nak bukak dari kotak. Katenye turun nilai. Amboi, dah macam emas pulak! Para pertama tu aku bg die letak barang die la. lagi 2 para tu barang aku, tea set aku beli kat london pon sumbat situ gak! hahaha. Kate rak untuk display kann. Bawah tu tak de barang lagi nak letak. Biar kosong je.


Divider tu aku yang plan nak letak situ. Memang idea aku. Actually bagus ada divider ni. Sebab bila orang datang kan takde la  mata depe nonong je blah meja makan tu kan. Rumah aku kan jenis stret gitu aje. haha. Kot orang datang ko nak bantai makan lagi pon takpe. Lindung lah sikit. Andai kate tak nak guna lipat aje.

 Dalam almari ni actually ada para tapi aku cabut sebab aku nak letak CPU. Nampak kemas sikit bila CPU dok dalam tu. Sebab kat belakang nun takde dinding pon. So segala wayar berselirat boleh cucuk CPU. Hehehe.

Tempat ni aku online je. Walau berniaga online tak seberapa sekarang. Aku kena slow down sikit sebab Rafif susah sgt nk bg kerjasama. Sekarang ni okay sikit ada adik aku tolong jaga die sementara aku nak cari barang g ngepost. Rase macam nk buat clearance sale jual je sume murah2. sementara adik aku kat sini ni. Hmmm..

Sekarang ni living hall kurang lah sikit bersepah sbb mainan dan segala mak nenek barang die dah masuk bilik kan. Dan lebih kemas dan luas sikit. Heheh. I loike~

Ape kate kome? Okay ke idok?

20 comments:

UMIE SUE said...

ok laaaaaaaaa sangat2!!!!
mimi divider tu beli kat mane

S.n.Fariza said...

cntik dan kemas

Siti Nursyamimi said...

wahhh cntik sgt..give me an inspiration!

Aty_Fared said...

Pekenan giler kat divider tu.....

erin said...

cantik2, kemain rajin skrg update blog..aku suka!

Allene said...

wow.. pencinta putih... i lioke...

yUmiE AzuRa said...

cantik wehh...aku suka lemari kaca tu..
eh buat le clearance..aku suka n pasti tunggu.lg2 klu ade shawl ke.huhu

Fizah said...

divider ikea tu kann...hihi..comey soho awak..serba putih..perabot putih mmg CUN!!

Haslinda Sadiken said...

cumill jekk..semangat deco2 ehh skrg..best!!

Wawa Yusoff said...

daku adore dengan kegigihan mu. kalaulah ku juga surirumah.. huhuhu

Hana Soffelia said...

cantik, kemas, putih bersih. suka aku mi. mi, tirai tu beli kat mana? cantik sgt..

Mimy Hamid said...

mimi meh dtg umah akak tolong kemas ..nk start mendeco gak ni..hehehe....akak nak beli rak kaca ikea tu gak..nak letak pinggan mangkuk heheheh

Nadt said...

Cantek! Pekenan meja komp tu. Tensen hubby pandai2 beli meja kelabu.grr..

humble.yat said...

wah seronok tengok mimi..sy pun tengah survey divider tu skrg..so, nampak la juga bayangannya..hehe:-)

humble.yat said...

wah seronok tengok mimi deko...
minat divider tu..sebb tgh cari idea divider tu ...

:-)

SweetLikeWhat said...

ok sangat!!!!aku suke semua perabot putih cantik kan!!!
ku berkenan lah divider tu mi..lawa!!!

mrs kayrul said...

cantik la...tenang jer nak buat kerja...berkenan jugak la kat divider tue

nurul izayani said...

Oke sgt.. Pandainya mimi kemas..

cikpingu said...

cayalah mimi... mcm2 dh deco umah...
pasni ape lg ye??

Ayu Rashid said...

Cantik meja... meja ayu dah nak runtuh dah. Meja zaman blaja kat uni since 2002-2004. Mana taknak runtuh kan... kene kumpul duit rm5/day nih hahaha