Friday, November 8, 2013

Wall sticker!

Assalamualaikum

Masa aku memula fikirkan tema untuk bilik Rafif ni. Aku terfikir main wall dalam bilik tu. Yelah orang lain punya kemahin sume cat2. stripe2. salotape sana sini. Tapi aku tak terfikir lak nak cat stripe2 ni. Sebab aku malas! hahaha. Jadi aku tanya laki aku. Bang, ada alternative lain tak? Laki aku sambil reply emel bos je selamba cakap. sticker yang! Ting! terus aku terfikir nak order custom sticker untuk bilik Rafif.

Aku tanya la kat group gojes tu, kat mane nk order sticker yang dengan pantas sungguh service nya. Si mak Etty suggest order dengan Zimie. Aku pon pm lah zimie. Dalam haritu jugak la die reply. Cite punya cite, bgtau nak custom yang bentuk apa. Design macam mane. Aku setuju dengan design Zimie buat. Idea dari aku. Aku order custom made sticker bentuk anchor!

Aku order 100pcs. 

Plan awal aku, nak tampal secara serata di wall tu. Tapi aku was2 takot wall tu nampak serabut lak. Sticker ni size 8cmx8cm gitu la lebih kurang. Jadi aku tukar plan untuk tampal macam ala2 divider wallpaper tu. Tengah2 dinding. 

Taraa!! macam gini lah aku tampal. Hehehe. Okay ke idok?

Continue sebelah shelf tu. straight je ke sane.

Gituww. Very the sailor room kan? Okay satu lagi picture.

Divider wall. Aku nak letak banyak lapis takot serabut lak. Macam gini dah okay sangat bagi aku. Aku suke! Thanks to zimie for the sticker. Kalau sape nak orde boleh contact zimie ye. 



Dengan add sticker sikit, tukar langsir baru, jam yang mmg very the sailor tu maka menjadi jugak la impian aku nak buat sailor-room ni. Gigih kan? hahaha! Kira macam ada jugak la elemen2 tu. 

But WAIT!
.
.
.
.
.
.
.
.
Where is the little sailor?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 Shingg!! Im here mom! Coming to the rescue! 

*errr. are you a sailor or pirates now?*

.
.
.

What mom? Im a little bit busy now.

My little sailor busy menulis rupanya! hehehe.

Dah! finish cerita nak menjadikan bilik sailor Rafif. Hehehe. Harap klau ada orang nak amek inspirasi bilik Rafif jadikan playroom anak tu dapat idea macam mane. Bak kate anis, space tu sebenarnya ada. Kalau orang yang dah lama pindah dan takde space tu problem sikit nak cari celah mane nk buat kan. Tapi klau orang yang nk pindah dan awal2 dah spare bilik atau corner awal2 tu senang. Tapi jangan risau! Aku pon dari takde space. Aku ubah suai 2 bilik terus semata nak jadikan bilik Rafif ni. 

Alhamdulillah sekarang aku macam rajin sikit lah nak mengemas nak keep it tidy sebab aku fikir penat2 aku buat segala benda ni. So aku jugak la yang nak kena kemas kan. Hehehe. Tapi Rafif macam paham je aku cakap NO TOYS OUTSIDE YOUR ROOM. Kalau die kuarkan pon sipi2 je kat pintu, Wakaka! 

Gitu lah ceritanya~ Hope u guys enjoy baca cerita Sailor-room!
Adios! ;)

11 comments:

PinKy MoMMa said...

siap pakej dengan baju okeh..kerlazzz mak mu rafif hehehe..gigih sungguhlahhh

DYatie said...

Waaahhhh mimi! Very the sailor room okay! Seronoklah rafif~ :D

Cik Puan Rara said...

hehehe betul lah kata kak nadia tu.hahaha.gigih mak mu cr baju sailor rafif oiii! bagus idea ko mi! kratif gila.kalo ku mls nanti,ku buat cm mu.hahahaha.tp tgu duk umah sendiri lah.hehhe

Allene said...

wow.. superb... konsept yg menarik... lagi..lagi..

aznor ibrahim said...

lil sailor is sooo cute..hehe

SweetLikeWhat said...

hahhaa comel sangat rafif dengan baju sailor tuh..
terbaik mak mu rafif..
rajin!!!

Zimie said...

ok baru la tau mimi letak kat mana. mati2 igt untuk majlis ke hape :p nice3!!

Wawa Yusoff said...

nampaknye aku pun kena gigih kemas 2 bilik utk jadikan bilik menan ni..

huwaaaa :'(

banyak barang hooiii nak kena alihhh.. pitammmmm

ctmah said...

main puas2 ye rafif!penat mama deko bilik cecantik gitu..hehe

~ NANA ~ said...

Mimi..tgh google2 pasal rumah kn, nana ada terjumpa org DIY frame theme sailor..lawa n senang!! Sesuai giler la utk bilik rafif ni..Nnti jumpa link tu nana share dgn mimi

Ros Anis Rusli said...

hehe..terselit namaku! space mmg ada...kita kena pndai cr dan manfaatkan!