Pages

Dec 30, 2010

Malaysia Terbaik!! fuhh

Tiba-tiba rasa nak nyanyi lagu Negaraku. Hehehe. Disebabkan Malaysia menewaskan Indonesia Piala Suzuki AFF 2010 smlm dengan agreget 4-2 (apsal aku mcm penyampai berita) dan disebabkan itulah! esok cutiiiiiiii. Pergh. Malaysia terbaik. tak reti la nak cerita lebih-lebih pasal bola ni. ;p yang penting esok cuti dan boleh la keluar membeli belah Year End Sale. LOL.

Bendera Malaysia kena la tempek. Baru nampak macam semangat waja.
Pagi tadi drive pegi office, bukak radio dengar cerita pasal bola semalam la. Dekat era.fm lagi bagus die punya topic perbualan. "memujuk rakyat Indonesia" mcm tu la lebih kurang. Prihatin kot wei rakyat Malaysia ni. Siap tepon era, cakap macam-macam tak nak bagi Indon down. Huhu. Kalau saya, tak de maknanye. ;p

tadi baca blog azi. baru nak cool dengan indon. pergh, saket hati balik. sape nak baca? angkat tangan, pegang mouse klik di SINI

Sampai office pulak orang dok cerita pasal esok cuti. pastu Khairul Fahmi. Saya macam APEKAH???? haha. Budak office tu siap cakap die da ade gurlfriend. Tak pasal-pasal berbicara pasal Khairul Fahmi ni. tehehe. Dan-dan lah kan pegi bukak blog gurlfriend die. Pewitt pewitt. Sape nak link klik sini. Pegi la follow.LOL


Haa. tak habis lagi ni nak cerita pasal Khairul Fahmi. Pergh, celebriti habis la kan? Sume orang nak like die kat FB. haha. aku pon tak  terkecuali. Sape nak like die pegi SINI

Ok dah selesai cerita pasal bola. hehe. Esok kena bangun pagi sebab nak pegi menyerbu shopping mall untuk cari barang hantaran yang pakai duit en. Tunang dulu. tehehe

Dec 29, 2010

Doakan untuk dia ;(

Semalam saya dan office-mate melawat baby boss saya masuk CCU. Kitorang bergerak waktu lunch ke Hospital Putrajaya. Ble masuk je ward CCU tu, tengok baby kecik tu terbaring atas katil Ya Allah! Kesian nye. Bayangkan kecik lagi. baru 10 bulan. Sedey je tengok. Nak-nak pulak saya masuk dengan kawan saya yang memang penakut masuk ward ni. Tengok je terus keluar. Huhu. Tak sampai 2 minit masuk. Lagi satu, tak sampai hati la nak tengok die. T_T Doakan die ye kawan-kawan. Condition die sekarang kritikal. Dia kena demam panas. Doakan die supaya cepat pulih. Grown up with this amazing world baby! =)

baby cepat bangun oke.nanti kakak belanja eskrem ;)

Picnic with besties! :)

Hi! ;) Harini baru la bersemangat nak update blog. Weekend lepas saya spent time with BFF. Which is we call Best Friends Forever. Hehehe. Sabtu kitorang berpicnic di PD. yuiyooo. Ramai btol orang. Dua kali kitorang berpicnic. Makanan tak habis-habis nak makan. Seronok la jumpa, memandangkan dah lama tak jumpa. Macam-macam la gossip yang keluar. Dah lame terbuku di dada. LOL. Ahad pulak lepak-lepak Putrajaya. Siap karaoke lagi tu ktorang.

On the way ke PD.naseb baik jalan tak jam dah.klau tak aku mengamuk dalam kete karang. ;p
amek-amek gambar dulu
Bersemangat beli layang-layang.sekali hampeh tak naek.angin punya la kencang. layang-layang budak sebelah tu rilek je naik. ni mesti port die main angin lagi kuat ni. ;p
Terbang tahap kepala je. ;(

Tengok menara makanan kita. heehehe
Antara makanan yang dibawa; mee goreng (saya la tu menggoreng), macaroni pedas, nasi goreng cina, kfc, buah-buahan, jajan, jelly, keropok. Hamek! bawak makanan macam nak makan sepuluh orang. Last sikit sorang tapau balik umah.

Aktiviti ahad;


melepak jela.hehe

Dec 27, 2010

Annual Dinner 2010

 Hi ;) awal-awal da tempek gambar muka aku. Hahaha. ;) Lately malas nak menulis, penat pon ade. Weekend lepas memang penat. tapi it was awesome! Spend a weekend with my BFF. wuu. rase macam lame gila tak jumpa. tapi ini post pasal Annual dinner aritu. Saya dah la datang lambat. pastu terhegeh-hegeh nak amek gambar bagai la. Kita layankan gambar jela ye ;)

Budak ini comei gler. rase nak cubit-cubit. muahaha.jahat gila. Name die Abdul Haq. Comei kan? Putih gebu, mata sepet, seluar londeh. hehe

Cis awal-awal da kena naik stage amek lucky draw. baru je berangan nak dapat tv. tapi dapat voucher jusco 60 hengget. :(

Makan di serve ni memang la menunjukkan sopan santun sebab tak payah bangun. Tapi tak best sebab dapat makan sikit je. Tak best la untuk orang yang memang makan banyak macam haku ni.

Spot anak dara and spot the mak dara. Lol.

yey! thats me in peace hand. Lol
Lepas habis dinner ni, ktorang mula la belegar-legar di Hotel tu. fuiyooo fuiyoo..yelah, tak pernah datang kan. Jakun kejap.


Minah-minachi tangga ;)
Ade lagi gambar sebenarnya. Tapi malas nak upload. Tengok keadaan internet ni camni memang tak de hati nak upload gamba. wwuuuu :(

Next update is; Picnic with besties ;)

Dec 22, 2010

Saya tak suke betol lah bila ada orang tutup pintu kuat gedegang! im really pissed off

Enough said. I am totally hate that kind of person. *dont know why

.



.


.


*rude! you know?

Dec 21, 2010

The Preparation; II

Harini memang update pasal preparation dinner je. Huhuhu. Takde bende lain dah nak buat. Sila jemu. ;p

Next topic is Makeup things. Since bajet saya bulan ni dah lari pecut, so I have to cut down all the preparation. wuuu. At first tu saya rasa nk pegi makeup kedai, dulu makeup dekat bangi untuk graduation dinner kena rm80. Pondan makeup, puas hati la. Cantik. Semalam ada kakak dekat office ni die cari orang makeup. ramai-ramai dapat la murah dalam rm35. Tapi saya terpaksa jugak cancel yang tu. sebab bajet makeup dah lari ke beli lens. huhu. But its okay! I'll make it up my self. cewah, bunyi macam pandai sangat nk makeup sendiri. Hentam saje lah labuuu.

Ahad lepas saya ade try makeup saje-saje. lol. boleh pulak kan makeup saje-saje. yelah. Practice makes perfect orang kate. Ini lah hasilnya. Agak-agak sesuai tak nak ke dinner? (please ignore the background my messy room.)



konon-konon nak smokey eyes la nanti.
Simple jela. Nanti nak tambah pakai fake eyelashes. Huhu. Karang tercucuk mata tatau. Memandangkan makeup sendiri, bedal jela apa barang yang ade.
eyeshadow ni jela yang slalu dok godek-godek.

kate nak wat smokey eyes. smlm terjumpa RANI KOHL ni yang mak encik tunang bg time die pergi Mekah dulu. Ini belum try pakai. tak tau camne. yg belakang tergolek tu liquid eyeliner by Etude House. tak suke! sbb bulu die nyot-nyet-nyot-nyet begerak. Habes besepah muka kau.

Ini pulak. krim asas, krim siang, BB cream, stick foundation yang bakal ku tonyoh di muka. lol.
Let's hope that my makeup hentam sajelah menjadi nanti. Hahaha. Ops. Lipstick lupa plak. Lipstick bagi saya paling best skali Revlon. Itu dalam gambar Revlon la tuh.

The Preparation

Hi there ;) Hari ni saje nak update pasal preparation annual dinner my office this coming Thursday. Semua orang kat office ni busy gler buat preparation dinner nanti. dan yang busy tu perempuan la. Laki hemtan je aku rasa. Hahaha. So, we start with Dress. Since dinner office ni tak ada theme, it's up to you nak pakai ape. Kitorang main hentam je la cari baju. Ade yang ura-ura pakai cheongsam, ade yang pakai kebaya nyonya, ade nak pakai sari. Seronok rase sebab meriah kot weh pakai camni. Baru la grand dinner nanti. Saya? HAHA. Klau dekat uniten dlu pon dinner Anime ( A night to remember) pakai dress pendek + seluar. Graduation dinner pakai dress pendek dengan seluar. so? dinner ni? nak tanya lagi? HAHA.


Kasut dan clutch paling hampa sekarang ni sebab tak jumpa sampai kesudah. huhu. T__T. saya ada berkenan kasut dekat vincci tu. Frustnya sebab tak de saiz. yang ade tinggal saiz 8. adoi. Ada 1 lagi berkenan sangat dekat nose. Tapi harga die. mak aih. Lari pecut dah bajet ni. So, after all. I've decided to not buy any of those shoes. wuu. takpe lah. Pakai la yang buruk tu. T_T. I dont know why i've been so cerewet bila nak beli kasut. Sebab saya mencari kasut yang boleh nampak kaki saya kurus. lol. Ade ke?. Ade lah! dan saya tak nak bawak clutch. Mane la muat saya nak letak my makeup things dalam clutch. Bawak jela Handbag. Senang cite. Haa.carita pasal makeup. I'll update later oke. 

Dec 20, 2010

Bowling dan Boss

Hi dan Hi! ;) lame tak mengupdate blog. Yelah. Cuti dua hari tak ada internet di rumah akibat tak membayar bil broadband. wuuu T__T. Sadis betol la. Weekend lepas rasa sekejap je berlalu. Tension sudah. Sabtu pegi mencari dress untuk dinner office. Arghhh! takde takde duit ni buat dinner plak office aku nih! Marah marah! Dinner ni banyak memerlukan duit belanja tau tak? nak nak lagi yang macam saya ni. kasut mesti nk baru, beg mesti nak baru. lol. tak boleh klau tak baru. rase macam tak semangat nak melangkah ke majlis nanti. hahaha *ntah pape punya orang

Eh, tadi bukan entry pasal bowling dan boss ke? aah! lupa pulak. nak update benda lain, tertaip benda lain pulak. Haa, ni nak cerita. Hari khamis lepas, ade tournament bowling lagi skali lawan budak-budak office ni ( eh kenapa panggil budak-budak ye?) pastu saya sangat la tidak percaya dek perangai boss saya. Hahaha. Sungguh tidak disangka. Act, tak tau lah kenapa saya boleh same group dengan boss saya. Diorang ni main pick je sape-sape dalam group. Kena pulak sama group dengan boss. Adoyai, da risau dah. Kalau kalah ni ada harapan nak di buang kerja ni. mati! mati! >.<"

Boss saya ni baik je orang nye. Tapi bab-bab nak lepaskan kitorang cuti ni memang susah. Adoi. Berhempas pulas nak cuti. Hahaha. Tapi! peristiwa berlaku disebaliknya. Boss saya tidak nampak serupa boss.

Ini bukan boss. Ini saya tengah pilih bola. bola nak yang ringan je. berebut dengan budak kecik nak main bowling jugak. Hahahaha.

Ini dah kenapa nak baling-baling bola. Oh! ini pon bukan boss. Hahaha

Ini dia boss. yang depan pakai kemeja putih, seluar putih. Haaa. yang tu. bukan yang belakang macam nak terkam orang tu. bukan. time ni lame benor die nak baling sbb ade orang tangkap gambar. haha.  
 dan selepas itu, terserlah lah perilaku yang unsangkarable. lol. jeng jeng jeng.
ok die da baling! haha 
Ini gaya wushu + bowling. haha 
tu dieee..siap berguling di depan tu. Hamek kau!
Hahahaha. Terkejut kenapa boss saya boleh bersikap sedemikian. Hahaha. Tension kot, kitorang asyik dok mintak cuti je. Hahaha. Ini antara group-group terlibat di tournament aritu.

Percaya atau tidak. That is my Boss. 
Ini juga group yg terawal bergambar bersama hamper yang masih belum tahu siapa pemenang.
Bergambar seperti family album.  
Perhatikan lelaki kemeja putih di sebelah kanan. Mungkin die hanya berjalan. Tapi tak!


.
.
.

Die berubah wajah. hahaha  

Group terakhir kita. Pegang bola seperti professional. ;)   

Dec 16, 2010

This is totally funny! LOL

haha.gelak kuat giler kat office.hahahahaha

Wish for this

nikon d3100



I think I vote this for my hantaran wedding nanti ;) ok la tuh. nak beli yang mahal-mahal kesian pulak encik tunang tuh. since I already got this for my hantaran tunang. huhu. 

nampak kecik tapi record video HD! wow

Dec 14, 2010

Im sooo in Love

Semalam before tido, sempat text my Fiance. tanya da balik ke belum sbb die selalu balik malam. Then, he replied

"I'm going back home honey, in 5 months I'm going back to you.lalala"

I was like.................^____^ 
omg! this is the hardest 5 months ever.lol. 


us

Jerawat!

Hi ;) hurm, hari ni saya nak share a little bit about penjagaan muka saya. Act, muka saya jenis berminyak tapi tak banyak jerawat. But once in a month, mesti naik jerawat. you know why? sigh* dont ask. woman know about that. hehehe >.<"

can you spot the pimple? argh! i hate it


sekarang ni saya tengah pakai trial Simply Siti. beli je dekat watson's harga die rm19.90. Dalam tu ade 3 items; pencuci muka, krim siang dan krim malam (serum). boleh pakai dalam seminggu lebih je. dalam 10 hari. klau ok then saya nk terus beli. i dont know why i choose to brought SimplySiti. hurm. *wondering

Tiga items tu saya rasa paling best krim siang. saya akan pakai krim tu before pakai foundation. Boleh tahan jugak la. sebab before ni saya apply BB Cream from Maybelline. OMG! muka saya klau da bepeluh tu macam tepung gomak. Hamek kau! tak suke btol. Ade orang cakap serum die bagus. Tapi saya fikir, mana-mane serum pon bagus kan? before ni, saya pakai krim malam safi. okay jugak. ;) Mission sekarang ni, pakai dulu SimplySiti trial smp habis.
Trial kecik btol kau ni!

Dec 11, 2010

Show your style with Hijab Contest! ;)

Salam semua! ;) Seperti yang telah dijanjikan, saya akan mengadakan satu contest sempena pembukaan blog baru saya ni. waaa. excited! excited! ehem.behave mimi behave ;)



Orait girls out there, jom joint Contest ini! yeay~ Here we goes Rules and Regulations ;)

Sesuai dengan nama contest, Show your style with Hijab. So, girls anda akan bergaya dengan Hijab ;) tak kisah selendang, tudung biasa or tudung express.
1) Gambar yang menunjukkan anda bergaya-segayanya. anda! yes! jangan orang lain
2) Gambar mesti jelas. Jangan kubur kabur. Susah nak tengok pulak
3) Tak kisah full body or hip and above. its up to you. sape yang malu-malu nak tunjuk full body pon boleh joint. Best tak best tak?
4) Mesti lah link contest saya di post anda. Tak kisah nak letak di side bar atau tak. ;)
5) Follow me. Dun worry girls, i'll follow you too ^__^

That's it!

Tarikh tutup contest: 31 dec 2010
Pengumuman winner: 1 Jan 2011(pemenang hanya sorang)
Hadiah: Sesuai dengan contest. A shawls! ;) mungkin lebih dari 1 ^___^ (i will post it to your home!)

Sape yang da joint, dun forget to comment below. so, it is easy for me to check your post orait girls? 


Dec 9, 2010

A little things that you might need to know ;)

Hi again ;) Hurm, rasanya sepanjang saya menaip di blog baru saya ni, eh! blog baru? ade blog lame ke? Yes, i have it before and i don't think i am gonna update anything on that blog since i already forgot the password. HAHAHA.booo me! >.< Back to topic. Ha! mungkin ada diluar sana mesti ingat saya baru memblog. No actually. Saya da ade blog before tapi macam untuk menaip di blog baru. So, this is me right now. A little thing that you might need to know about me

My full name is; Che Nurul Syamimi Binti Che Soh
Che? Yes! I am Kelantanies. ;)
I'm 23 this year 2010
I'm currently working as a Multimedia Designer. Sound's cool but it is not actually. Haha
I'm ex-Uniten's student
I'm engaged and I'm gonna married next year ;)
I love fashion. I love make up. Hey! who doesn't? rite girls? hehehe
What else?
May be next time I'll update more ;)

cik puan mimi
update: Terasa saya pula ingin menganjurkan contest. Sape setuju? tapi contest saya mungkin peluang kepada gurls je untuk menang. hehehe. Its oke boys. No hurt feeling oke? tengah berkira-kira. contest yang mcm mane dan hadiah ape nak bagi? sempena blog baru saya ni..hehee ;)

Sape suka tengok drama Korea? ;')

Saya saya! err NO! act, saya layan jugak la cerita korea ni. Tapi biasa-biasa jela. Bukan tahap extreme dangerous macam cousin saya yang suke semua cerita tu. hehehe. And now! office mate a.k.a mf BFF bagi link untuk reality show korea. Tajuk dia "WE GOT MARRIED" awww. so sweet! saya pon baru je tengok 3 episod. Best! Best! teruja nyaaa. abes la keje kt office tak siap. T__T.

Omg! aren't they cute? >.<"

Khuntoria
sape-sape yang berminat nak tengok boleh kemukakan usul dan cadangan (eh ape aku mengarut ni). Boleh ckick di link INI sahaja. Enjoy your show! waaaaaa.excited excited (over nye aku kn?.LOL)

Dec 8, 2010

My Header Contest

Haaa.kan da gila masuk contest. sape suruh mencuba. tak pe. boss tak de arini. boleh berblog secara berleluasa. hahaha (eh gelak-gelak pulak die ni kang pengadil contest marah plak.serius-serius!)

Tadi lepas tengok contest dekat blog cik qaseh tu. Ini sekarang contest header plak. Klau nak joint boleh la melawat disini ye KLIK!

ini header cik Rieyana
pewitt..mata awak.cantiknyee
ini pulak header saya!
header ni baru je buat bersempena tahun baru islam.eh ade kena mengena ke?
saya nak tag;
http://iaznie.blogspot.com
http://nurulain8888.blogspot.com/
http://honeykoyuki.blogspot.com
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com