Pages

Jan 28, 2011

Thank God

Bersyukurrrr. Alhamdulillah :))) my ayah tersayang decided to pick 11 February as our Majlis cukur jambul for little cute Rania. then I check the flight ticket and it just rm18! but when i set the date, it was just rm9!! wow. Terus beli harini. So february, there is so many things to settle down. Tempah pelamin, pilih baju dan buat kad kahwen. yawww. Still dont know which color im gonna pick. Arghh >.<"

my sister's pelamin. Theme color: grey+pink.

Menghabiskan waktu

Hi! :) salam. Saje mengupdate tak tau nak buat ape since this January saya btol-btol tak tak de kerja kat office ni. Bosan teramat tak tau nak buat apa. Saya di bayar gaji semata-mata pegi office check emel. main tenet. tidur kat surau. Seriusly I am freaking bored!

Ble pagi, sampai office saya akan breakfast sambil bukak kosmo online. tengok apa berita terbaru.
Da sudah breakfast, saya akan check all the emel, bukak facebook, check blog, etc etc.

Tapi mostly my time terisi dengan surf all the blogshop. ehehehehe. naseb berkenan terus beli aku ni. Haiss. Tabiat tak ley buang. Sekarang ni saya gila nak beli skirt or long dress. Berkenan sangat dekat poplook.com

 Haisss. cute kan?

Jan 27, 2011

Bored evening

I just enjoy a brand new Avril Lavigne song. What the hell? eh no. That's the song title. Hahaha. Avril, you just rock!


Both of us (my fiance) really love Avril Lavigne. We almost buy Avril's ticket concert about 2 or 3 years back. But unfortunately, we didn't manage to buy it 'cause that day we still a student and cannot afford to buy it T_T. Avril! please come back to Malaysiaaaa.

But this year! I am gonna attend a Justin Bieber Live in Kuala Lumpur concert!! OMG. cant wait on that day.

Bieber Fever. Tiba-tiba terjatuh hati dengan lagu bieber ni.

Hantaran

Assalamualaikum.

Tadi terbaca blog yang saya follow ni. Dia pon bride-to-be. Best je baca preparation orang nak kawen ni. hehehe ;) So, saya nak share la my preparation untuk majlis kawen saya nanti. Setakat ni saya apa yang saya da beli cuma hantaran kawen je. wuu T_T. makanan belum beli lah. klau bli skrg confirm-confirm dah tak ley makan nanti. ;p 

Saya sekarang ni tengah berkira-kira nak beli ke tak bekas hantaran. Hurm, theme color pon belum decide lagi cane nk beli bekas hantaran ni. Klau tak pon, saya amek jalan mudah je pakai bekas hantaran kakak saya kawen dlu, Bahahaha. Jimat duit. Tadi ade google hantaran kawen. alahai.cantik-cantik nyeeee. geram







Ini hantaran kawen mawi dan ekin ni.heheh. Pinjam jap tunjuk kt sini. cantik kan? tapi bunga die Alahai banyak nyeee. dah la fresh flower tuuu T_T

Jan 26, 2011

In love with this color ;))

Ramai dah tanya. Apa theme color untuk kahwin. Seriously saya belum ada apa-apa theme color. wuuu. Lambatnya saya. Sebab saya fikir nak pegi tengok all the baju then baru decide color ape. Same as like my sister did when they do their preparation for wedding. Sebab kenduri belah saya-kelantan saya amek package dengan makcik saya je. so it is much more easier for me to choose all the baju, pelamin, etc. etc.

Majlis belah kajang, my mom in law-to be die suggest color light 'cause kena tengok skin color for both bride and groom. ;p hahaha. tapi Mama ada suggest light green and peach. cantikkk. Tapi ini insyaAllah majlis belah kajang.

 cantik kan combination color light green and peach. suke suke suke! da tanya dah makcik baju untuk majlis kajang sudah ade baju. fyi, saya pakai sume nye baju tradisional melayu which is kebaya. dan groom pakai baju melayu. sebab saya nak make it simple. tak payah la pakai cheongsam sari segala bagai tu


dan saya belum lagi menempah kad kahwin. tapi saya sudah ade tempat. insyaAllah bulan 2 pegi tengok. kad kahwin saya nak tempah murah je. tak sampai rm0.50 satu keping. wangi lagi tauu. tapi sume kat Kelantan la. ;p ade boleh dapat murah lagi dari harga tu? sape tau?

My favorite TV show

Assalamualaikum.
Saya tak tau kenapa saya sekarang addicted giler tengok TV show The Biggest Loser. Saya sebenarnya kagum dengan diorang ni. Ya Allah, daripada orang yang obesiti boleh kurangkan at least 4 pounds a week weiii. Giler kentang la diorang ni. Actually diorang ni bersenam je dan amek makanan yg berkhasiat.

Saya selalu fikir, kita ni nak nampak cantik tapi kena fikir jugak kesihatan kita. At least kita bersenam la seminggu sekali. Paling tidak pon da malas tahap dewa ke lapanbelas pon sebulan sekali.
Bila saya on the way balik rumah. Ada orang yang jogging kt bawah apartment tu saya suka. bukan saya gelak. saya galak kan. huhu. ;) sekarang ni tak sambung lagi jogging 'cause saya baru baik demam. Batuk pon belum hilang. InsyaAllah this weekend saya nak try pegi gim pulak. Ewaahh

Ini Rudy, my favorite contestant season 8. die ni every week akan loose more than 10 pounds. Crazy rite? Kurus tu dolll..

Kau boleh hilang macam ni?? Nan hadooo. (eh tiba-tiba tulis gaya redmummy.lol)

Jan 25, 2011

Short update

Assalamualaikum.
Saya baru baik demam. takde perasaan nak update pape sekarang ni. ;(
melawat blog orang lain je boleh. Sekarang tengah tengok tutorial pashmina dekat youtube.
Sooo many wayss to wear pashmina. wuu.seronok :)

ini design buat sendiri. kain yang lebih banyak.kita buat bunga ;p

Jan 14, 2011

Jumpa minggu depan ;)

Hi ;) sekarang da pukul 3.37pm. Tadi saya baru balik dari Jusco Cheras Selatan. Sebab pegi tukar hadiah adik ade slack sikit. Zip rosak. Cis! So, tomorrow I am gonna fly back home sweet home and I will not updating anything until the next Wednesday. See you guys next week ;))

cant wait to see my niece ^__^

Tips untuk Online Shopper ;)

Hi Salam :) arini saya nk share experience saya tentang online shopping. Okay, mostly yang online shopping ni ofcourse la perempuan. Klau lelaki yang comment picture barang yang jual tu, kebanyakannya bukan nak beli pon tapi nak mengorat tuan jual barang tu. hehehe. ;p

Saya pon salah seorang online shopper yang memang hari-hari bukak website online shopping ni. Mostly website yang saya bukak TUDUNG. saya memang berhijab dan semestinya keinginan saya untuk cuba tudung atau shawl yang baru tu ada. Antara tips yang saya nak bagi;

1. Check the price; Selalu lah survey-survey dlu harga pasaran sebelum kamu kena tipu dengan penjual tu. Biasanya penjual akan cakap ini design baru atau what-so-ever sebab tu die mahal. tapi bila kte check ade lagi website online shopping yg lebih awal update dan harga lagiiii murah, kita rasa tension kan?

2. Custom made; Okay, biasanya saya memang suke tudung yang custom made. Maksudnya die memang direka khas oleh penjual tu. Bukannya di beli borong. Tudung custom made ni biasanya harga mahal sikit sebab die memang rare ade kt mane-mane. Tapi berbaloi la kan? and beware; klau penjual tu cakap tu custom made, jangan percaya bulat-bulat. Die jual harga mahal sebab die cakap custom made. tapi ble check web lain ade sebijik sejibun same. CUSTOM MADE ke tuu??

3. Check the quality; Yang ni susah sikit la nak bagi tips. Sebab kita mane tau dia punya quality unless kita tak try sendiri kan? Kalau rajin tanya la kakak-kakak office kita ke kot-kot die pernah beli. tak pon check facebook website tu tengok testimonial pembeli yang lepas-lepas. Tapi hujung post ini saya akan bagi link website yang saya pernah beli dan quality yang bagus :)

4. Do the calculation; Orait. Biasanya orang yang online shopping ni orang yang busy. Tak de masa nak pegi jalan TAR or Masjid jamek or Pasar tani dekat rumah die. So ramai orang fikir, klau online shopping ni tak yah kira duit minyak atau duit parking kan? Tapi kita kena ingat, jangan kita terlampau obses nak bli online shopping sampai kita tak tahu harga pasaran kat luar berapa. Misalnya, tudung kita tengok dekat website harga rm35 atau rm40. tapi harga sebenar dekat pasar malam rm15. Kalau die custom made tak kisah ;) so, do ur calculation girls.

Saya rasa setakat ni je kot yang saya boleh bg tips. Oh sebelum terlupa. saya nak bagi link website yang biasa saya jenguk. Silalah menjenguk jugak ye. Al-Humaira (Hani) ni paling saya berpuas hati sebab kain die quality sangat bagus. tudung die jarang ada tempat lain. Jahitan die kemas, ada sampai 3 layer :)





Ada jenama sendiri. Harga pon murah. tudung die cantik dan tak sampai rm40 pon.
 
  


Sugarscarf ni pon cantik-cantik shawl die. Nampak exclusive. Sape yang belum pernah berkunjung boleh click Al-Humarira Comtemporary dan Sugarscarf





Jan 12, 2011

Flaming dan Kami

Sape pernah pegi makan dekat Flaming?? saya pernah! sekali je. Sabtu lepas saya macam biasalah. mesti punya meronda-ronda habiskan duit. ;p fikir punya fikir, ktorang decide nak pegi Sunway since da lame gler tak menjejakan kaki di Sunway. Haritu pegi ler tengok movie (as always) Season of the witch. fuh. gerun jugak la bg orang yang tak tengok horror movie mcm saya ni. hehehe. Lepas tengok movie, saya dengan berlagak nya nak main archery. Archery ape? tulaa. yang macam ala-ala robin hood tu. haha.

Tapi memang hampeh. Takde bakat langsung aku nak main bende alah ni. bukan stakat tak kena sasaran. ini betul-betul tersasar di jalan mu dah ni. Hahahah. Dalam banyak-banyak bow, 1 je kena kuning. Tu pon tak bajet kena. T__T

Lepas dah lapar, mula mencari makanan. encik tunang cakap arini die nk belanja Flaming. (blur jap.ape bende tuh Flaming.Loser betol aku ni) ikut jela kan. Orang nak belanja.baik kte diam. >.<"

Rupa-rupanya die buffet. Alamak buffet ni not my type la. Sebab saya perut kecik. Kena makan cikit-cikit. Tapi saya cuba sedaya upaya la supaya setiap jenis makanan masuk dalam perut. Ini antara makanannya. Jom cekik daud (checkitout)


Nampak sedap bukan? Memang sedap. Saya baham ketam empat ekor. feveret tu ketam. nyum-nyum. pastu ada lagi. baham mashmellow tak ingat tu kedai orang. ingat kedai sendiri sebab boleh main amek je ape kte nak.



Buffet kat sini tak mahal pon. dewasa rm22.50 rasenye. Tapi suggestion untuk orang yang nk berdating dan perempuan yang jenis makan malu-malu cover tak hingat dunia, Flaming ni bukan tempat untuk anda. Sebab anda akan makan dengan gelojoh sebab anda akan jeles bila asyik-asyik tengok orang sebelah bangun amek makanan anda pon sebok nak bangun sekali. Hahaha. Kalau macam saya ni tarak kisah punyeee. Sume kaki membaham. ;p Sememangnya anda harus booking tempat dlu before pegi. Nak booking? click Sini 


Jan 11, 2011

Meet my new Girlfriend! =))

Hi peeps! Semua orang kecoh nak update pasal AJL25. argh. Whateva I dont really give a damn. Cewah padahal frust Yuna tak menang. Hahahah. oke oke. Berbalik kepada cerita asal. I got a niece!!! She is super adorable baby girl. cant wait to see her this weekends. yey me! Im gonna be a bbysitter like always. =) (yes. im kind of bby person)

Even I can't meet her infront of my eyes though, Hey! we have technology orait. So, there you go!

.
.
.

Meet Wan Nurzara Rania

Shes cute! putih tu sudah tentu. ikut auntie Mimi die. lol. Love you bby! wait for me aaa. I brought you a presenttttt ^__^

Jan 10, 2011

Good News Everyone!

Kakak saya sudah selamat melahirkan baby girl pada pukul 1.20 petang tadi. 
Alhamdulillah, syukur semua selamat. Sekarang tengah tunggu MMS dr bro-inlaw

Ya Allah, ku bersyukur padaMu. Lahir seorang lagi umat Nabi Muhammad SAW.

Jan 7, 2011

OMG! can you believe from Homeless you can be a Millionaire


*Terkejut baboon dengar sore die nihh. Fuiyoo fuiyoo.. (sekarang belajar nak melunakkan suara)
Tuah ayam nampak di kaki, tuah Ted Willams nampak die GOLDEN VOICE

Jan 6, 2011

Tengkujuh di January

Hello Hello. Lambat la update blog arini. Masalah teknikal dengan internet ni. Arrrggg! Tension tau. Huhu. Tapi sekarang ni perasan tak asyik hujan hujan hujan. Wuu. Sejuk woo. Nak nak lagi office ni memang ekon kencang betul, menggigil sume. Bajet kerja oversea la kan. Hahaha. Nak kerja oversea takde kelayakan. T_T Tapi sekarang nak bgtau! saya teringin nak beli Jacket! ^__^

 Alaaaa. Nak beliiii. Comel nyeee. >.<" pakai dengan dress labuh cotton pastu pakai shawl hoodie ala-ala Ayunar. Oh Ayunar! saya memang suke style anda. Anda memang pewwiittt =) (eh boleh ke camtu?)

Ini comel jugak!! nak nak nak. tadi bukak fesbuk, skrg da hilang link fesbuk tadii Alahai kecuaian melanda betol. ;(

note; google orang fesbuk tadi.

Jan 5, 2011

Me and You

Menunggu kelahiran insan baru ;)

Harini nak post banyak-banyak. Tak kira. LOL. Ni nak bagitau semua orang ni. Saya bakal menjadi Auntie! waa. Seronok-seronok. Tadi bukak Facebook tengok abang ipar da letak gambar katil baby. Diorang baru pegi beli semalam. Seronok betol!! (aku memang suke excited ni) hahaha. Next week saya nak balik untuk menyambut kelahiran orang baru. Along saya belum bersalin lagi. Harini dah 5 hari dah terlebih tarikh due date bersalin. Cuak plak saya, tapi along siap rilek pegi kenduri kawen la.

Alor, comei comei comei. Ade giraffe. ^__^ tak sabar nak balik!! Semalam da beli tiket balik dah. Alhamdulillah airasia ade buat promosion. Pegi balik baru rm125. Baik ler saya naik flight, klau naik bas, habis beli tiket pon da rm100. perjalanan 8 jam yang tak tahan tu. Lame woo. Sampai krem b*nt*t. hehe

Along kawen bulan 3 tahun lepas then die terus pregnant. Sume orang gembira bukan main kepalang, anak pertama mak ni nak ade anak dah. Mak dah jadi opah lepas ni. Ayah jadi atok. Same goes to my bro-inlaw side. Dia pon sulong. Same-same cucu sulong dahh. (aku rasa lepas ni diorang mesti berebut cucu.hehe)

Time ni along da pregnant 2 bulan klau tak silap. Sekarang ni perut die tak yah cite la. hehehe. Comei tau orang pregnant ni. =) Along scan baby 4 kali still tak dapat tengok jantina. Sume berharap baby boy, sebab belah saya kepupusan lelaki. ;p Tapi scan terakhir, doctor cakap Baby girl. Its okay then. Name die.......nanti saya gtau lepas die lahir ye ;)

What i most worried right now

Huu. Sekarang ni bende yang paling saya risau dan risau dan risau selain daripada duit ialah badan saya sendiri!! Omg! berat saya sekarang bertambah-tambah. Makan tak berenti memang la wei. Tapi saya makan biasa je. Cuma sekarang!!! Yosh! 2011, saya akan cuba control makan sedaya yang boleh. Dan cuba untuk bersenam sekerap yang boleh ;)



Semalam saya kira BMI. masih lagi tahap normal. Tapi who know what happen lepas-lepas ni..T_T. Klau dari pemerhatian saya la, before ni saya tengok badan saya kejap nampak kurus dan kejap nampak sedikit berisi. Sekarang ni, sekejap nampak berisi, sekejap nampak gemok..waaa..Doakan saya kurus! :(

Jan 4, 2011

Saya dan Tiramisu

Salam pembaca sekalian (macam la ade yang nak baca, takpe takpe saya menaip untuk kepuasan diri, bukan mencari populariti..ewaahhh). Sekarang ni saya sukeee sangat dengan cerita Tiramisu yang Slot akasia dekat TV3 tu. Saya memang suke cite genre macam ni. contoh cerita Adamaya. So, semalam after office hour pukul 5.30 saya berhempas pulas balik dengan segera awal sebab before ni cite tu start pukul 6.30. Rupanya sekarang, da start pukul 7 malam. cis cis. penat je aku speed laju-laju. naseb baik tak de polis nak saman. huhu.

Sampai rumah terus tekan remote tv. Tudung pon tak sempat nak bukak lagi. Tekan info tv3 die tulis KITERETSU!! what-the-hell kiteretsu plak ni. tengok next, fuhh naseb baik ade cite Tiramisu kesayangan tu. tehehe. pastu nak tunggu kejap tu sempat la gi longgok baju dalam mesin basuh. pastu tak tau nak wat ape. fikir punya fikir, yey! nak jogging la. siap-siap la nak jogging. semangat waja la sebab baru beli sport shoe dekat Bata. Hahaha. pastu cari-cari tracksuit tak jumpa. Dah la ade satu tu je. yang lain sume legging. karang aku pakai legging kang, ramai yg berdarah hidung.LOL. Pastu baru teringat yang tracksuit dalam mesin tengah basuh. cissss!!

Ok lah. Harini dah tau Tiramisu start pkul 7, so sempat la balik nak jogging dulu. Dah berape lame lemak tepu ni bermastautin dalam badan aku. Nyahhh kau dari sini!! Harap-harap esok bangun pagi kaki tak krem. sebab dah lame tak jogging. ;p

Act, saya tak suke sangat kek tiramisu. saya lagi suke kek coklat. =)

Jan 3, 2011

Hi 2011

Salam Hi ;) fuh da cabut mata. eh silap. cabut lens. Pergh masuk air hujan dalam mata. pedih-pedih.

Haaa. Kawan-kawan. Ape azam tahun baru? cewahh. dah 3hb baru kau nak menanya mimi. Pooodah!! yela mesti la lambat sebab weekend saya memang senantiasa busy dengan agenda orang nak kahwin ni. Huhuhu.

Sekarang da masuk 2011. So, bermakna saya masih lagi ada 5 bulan sebelum bertukar status kepada isteri orang. Tak lame dah ni. Takotnya. >.<" Sekarang ni saya dah macam Akauntan tak bertauliah dah. Asyik-asyik tekan calculator, kira bajet kahwin. wuu. Orang lain tengok pon tension. Hari jumaat lepas, saya berkunjung ke Sogo. Mencari barang-barang kahwin saya. Hantaran untuk saya la. Sebab klau hantaran untuk die, memang saya takde duit lagi nak bli. LOL. Sempat dah bli 2 benda. Alhamdulillah.

Actually, saya memang jenis orang yg bli barang awal. For some people, dia kumpul duit banyak-banyak-banyak (maksudnya memang banyak la tu) baru diorang beli. Tapi saya tak, saya ikut ade duit bli, sebab saya takot nanti ble sume nak beli at the same time. Barang tak de lah. tak de sale la. Tak suka macam tu.

Pagi-pagi dah sampai Sogo. Bersemangat waja btol kami ni. hehe.  Layankan gambar jela

Panaskan hati. eh slah. panaskan enjin. Snap picture sekepam dua
Tunggu 'anak dara' bersiap. lol.
Sampai Sogo. en tunang ni nak main arked game la pulakk..adoi..biokan die lerr
Yeay! Masa untuk shopping! one of my hantaran; clinique skin care. Tunggu punya lama sebab ble pegi dekat counter clinique tu ade je orang. "Marilah kita duduk dlu dan mengumpat orang sebelah" kata saya kepada en tunang. hahaha. Dah ramai sangat orang, kita cari beg dlu la. Jalan-jalan kawasan carlorino punya beg. Damn! Beg same pulaakkkk..Malu mak nokkkss.. Naseb baik yg ni bukan sale. lol

Ini lah beg same itu. Cis bedebah macamane ko boleh ade lagi ni. bukan aritu aku da bli ke? ;p
Carlo rino aritu tak berkenan, pegi Guess tak nak, pegi Bonia, eyy makcik-makcik punya beg. Pastu tengok beg ni terus Oke je. Sembonia. Yeay! boleh jadikan sling bag. Sesuai la nak bawak ke aussie nanti. =)

 Kembali ke Counter Clinique. Lepas da test skin type ape jadah sume. Tunggu la amoi tu wrapkan cantik-cantik. encik tunang pon sebok nak cakap skin type die macamane plak. adoi. pening-pening. (harap-harap anak aku tak jadi perangai camni.lol)


Tunggu lame sangat.
 Lepas bayar, amoi tu suruh pegi buat Sogo Card, sebab nanti boleh redeem voucher rm30. sebab harga clinique da melebihi rm300. yeay! dengan penuh bersemangat la pegi buat kad tu. dapat la beg percuma ni.
Dalam hati da semangat cakap "yeay! makeup beg baru!!" sekali encik tunang cakap. "Haa.beg ni boleh letak Bloogie" cis! hancur bekecai beg makeup baru akuh..ggrrr



Lepas tu ktorang menjelajah ke MidV pulak. gara-gara untuk membeli ini!! 


Pesanan saya, sape-sape nak bli untuk kahwin nanti baik pegi awal-awal la bli. Tak kira la cincin ke, rantai tangan ke, rantai kaki ke, rantai leher ke. ape-ape lah. sebab emas sekarang mahal woiii. nanti akan lagi mahalll..sekarang da rm157 per gram. Pergh. Time saya beli cincin tunang aritu pon masih lagi rm130++. Cepat gler naik. kesian encik tunang da habis dekat 2k aritu. T___T" (nanti lepas kahwin mie topup ye ;p)

Mata pedih

nak update cerita banyakk ni. tapi mata pedih pakai lens pastu ekon office ni memang kuat gler.adoi adoi pedih. dok kelip-kelip mata. wuu T___T"

Saya sudah Jumpa Pemenang! =)

Dan sebenarnya pemenangnya ialah; YUNA! jeng jeng jeng..feewittt feewittt!


Cik Yuna, sila PM me ye. mimie_fairyland@yahoo.com untuk menebus maruah hadiah anda. ^____^"
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com