Wednesday, January 12, 2011

Flaming dan Kami

Sape pernah pegi makan dekat Flaming?? saya pernah! sekali je. Sabtu lepas saya macam biasalah. mesti punya meronda-ronda habiskan duit. ;p fikir punya fikir, ktorang decide nak pegi Sunway since da lame gler tak menjejakan kaki di Sunway. Haritu pegi ler tengok movie (as always) Season of the witch. fuh. gerun jugak la bg orang yang tak tengok horror movie mcm saya ni. hehehe. Lepas tengok movie, saya dengan berlagak nya nak main archery. Archery ape? tulaa. yang macam ala-ala robin hood tu. haha.

Tapi memang hampeh. Takde bakat langsung aku nak main bende alah ni. bukan stakat tak kena sasaran. ini betul-betul tersasar di jalan mu dah ni. Hahahah. Dalam banyak-banyak bow, 1 je kena kuning. Tu pon tak bajet kena. T__T

Lepas dah lapar, mula mencari makanan. encik tunang cakap arini die nk belanja Flaming. (blur jap.ape bende tuh Flaming.Loser betol aku ni) ikut jela kan. Orang nak belanja.baik kte diam. >.<"

Rupa-rupanya die buffet. Alamak buffet ni not my type la. Sebab saya perut kecik. Kena makan cikit-cikit. Tapi saya cuba sedaya upaya la supaya setiap jenis makanan masuk dalam perut. Ini antara makanannya. Jom cekik daud (checkitout)


Nampak sedap bukan? Memang sedap. Saya baham ketam empat ekor. feveret tu ketam. nyum-nyum. pastu ada lagi. baham mashmellow tak ingat tu kedai orang. ingat kedai sendiri sebab boleh main amek je ape kte nak.



Buffet kat sini tak mahal pon. dewasa rm22.50 rasenye. Tapi suggestion untuk orang yang nk berdating dan perempuan yang jenis makan malu-malu cover tak hingat dunia, Flaming ni bukan tempat untuk anda. Sebab anda akan makan dengan gelojoh sebab anda akan jeles bila asyik-asyik tengok orang sebelah bangun amek makanan anda pon sebok nak bangun sekali. Hahaha. Kalau macam saya ni tarak kisah punyeee. Sume kaki membaham. ;p Sememangnya anda harus booking tempat dlu before pegi. Nak booking? click Sini 


No comments: