Pages

Mar 26, 2012

Aku nak anak ramai!

Assalamualaikum

sabtu lepas dah berlalu majlis doa selamat yg dibuat di kediaman mak mertuaku kt kajang tu. Ya Allah, penat sangat!! saya ni jenis tak dok diam tau. nak2 lagi bila ada buat makan2. sbb kat kampung Ayah selalu buat makan2. tapi takde la rase sepenat ni. even ktorang satu family ni masak. never ever amek catering. so saya terfikir, aku 6 beradik. setiap orang ada tugas. basically, saya dengan 2 orang kakak dok kat dapur la. tolong mak masak. mak ketua chef. kami ni tolong ape yg patut la. then adik lelaki saya sorang tu. die bahagian pegi kedai cari santan. pegi beli tu pegi beli ni. die mmg bahagian transportation. hehe. then adik perempuan lagi 2 orang tu. bahagian kemas rumah. ejas meja ke tepi2. tolak sofa ke tepi. bagi rumah nampak luas. sapu lantai. mop sana. mop sini. ktorang tak pernah sape2 aturkan. mmg dah automatically macam tu. bukan nak cakap ringan tulang. bukan. tapi ktorang seronok. buat kerja camtu.

bila buat majlis rumah mak mertua. penat gler terasa. padahal tak masak pon. catering je semua. husband ada 3 beradik. sorang dah tolak. study kt indon. jarang balik. so ada 2 orang. 2 orang nak buat ape?? kesian husband penat gler die. hurmmm.......... kesian lah.

plan kami insyaAllah nak anak at least 4. tp rase2 nye macam klau ada rezeki nak tambah lagi. huhuhu. senang anak ramai ni. saya dah terbiasa adik beradik ramai. ape2 senang. ini harapkan cousin2 datang tolong, terima kasih kepada sepupu sepapat aritu datang tolong kemas2 barang. bungkus lauk semua. klau nk harapkan saya. mmg flat dah. tak ley nk buat ape dah.

i definitely tak kan manjakan my kids, like seriously aku tak suke budak manja, spoil, sume benda nak kena suruh dlu. macam mak aku slalu cakap "serupa pahat dan penukul, skali ketuk skali bergerak". saya mmg banyak belajar dari mak ayah. kami orang susah. apa2 kena usaha baru dapat. *tiba2 teremo*

kbai!.

Mar 23, 2012

Esok Solat Hajat! =)

"Ya Allah, jagalah anakku selama ada di dalam kandunganku dan sembuhkanlah dia, sesungguhnya Engkau adalah dzat yang bisa menyembuhkan, tiada ubat kecuali ubatMu yang tidak akan membawa penyakit...
 Ya Allah bentuklah dia dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus dan tetapkanlah iman hatinya padaMu dan utusanmu...
 Ya Allah keluarkanlah dia dari kandunganku pada waktu aku melahirkan dengan mudah dan selamat...
 Ya Allah jadikanlah dia orang yang sihat, sempurna, punya akal, cerdas, alim serta mengamalkan ilmunya...
 Ya Allah berilah dia umur panjang, badan sehat dan budi pekerti yang baik, dan berilah lisan yang fasih serta berilah suara yang baik guna untuk membaca hadist dan Al qur’an dengan mendapat berkahnya nabi Muhammad SAW"


  act, plan nk buat doa selamat dengan semayang hajat bila dah masuk 7 bulan. tp buat awal 2 minggu sbb nk buat skali dengan doa selamat ayah dengan mama nk pegi mekah awal april ni. tak pe lah. buat awal sikit. dan yg seronok ni mak ayah, angah dengan abg ipar nk datanggg! yeay! lama kot tak balik kelate. ni ayah nk datang terubat rinduuu. huhu. mak siap nk bawak akar kayu. suh minum nanti dah masuk 7 bulan. mak cakap sume anak branak minum. so baiklah! kte berusaha, berdoa.dan serahkan kepada Allah swt. bg permudahkan semua. =)

Mar 21, 2012

Kisah kaki bengkak dan pecah perut

tajuk tak ley blah kan? sape kaki die dah start bengkak?? sayaaa!! *vangga* tak best wei. nampak la lagi gemok kan. sob3. orang kate tinggikan kaki bila duduk dan tdo. smlm tdo lapik la bantal. bagi tinggi sikit. skali kremm!! adoiii. menjerit2 saya. naseb baik la husband ada. tolong picit2 betis gajahku. malam ni husband takdo. tdo sengsorang. camne klau krem lagi?? camne?? perlu tak tdo ngn mak mertua? lol.

ini bukan kakiku ye kawan2. ini kaki pinjam dari pakcik google. just nk tunjuk. kaki ku bengkak lebih kurang camni la. sob3

pastu nk cite yang lebih horror. stretch mark!!! okay, saya mengaku saya guna dah losyen prevent stretch mark Palmer's Cocoa butter. tapi hampehh. skrg baru 26 weeks dah ada ni nampak terbit sikit2 dari bawah perut. waaaa!! T___T ngeri gler tgk perut sendiri. hahaha. korang ada tak stretch mark? nak kate kulit perut saya nipis, sebelum pregnant saya dah buncit. cane? >.<" 

utk mengelakkan stress, jgn asyik tengok perut ye. huhuhu. buat2 macam tak nampak. time sapu losyen tu sedey gler. pastu ngadu kt husband. dah nak buek camno?? pastu skrg saya baru order sabun plak. haha. tak tau la menjadi ke tak. sabun tu saya baca dari blogger jugak. baca testimoni macam boleh hilangkan stretch mark. tak tauu ler. nanti saya pakai dlu.  *tak sanggup nk google gambo stretch mark, horror*

Mar 20, 2012

Monthly CheckUp | 3D & 4D Scan | Detail Scan

Assalamualaikum

tup2 dah seminggu tak update blog. hehehe. takde perkembangan ape stakat ni. cuma perut je makin beso dan beso. *lemak sendiri ye*. Alhamdulillah, seronok baca sorang2 M2B dah selamat bersalin. minggu ni hana yorie plak ni. Jumaat ni kalau tak silap. chayok2 hana! hehehe. So last weekend, sabtu pepagi lagi saya menapak pegi az-zahra bangi, ada checkup. awal tau pegi sbb tak nak menuggu lama. saya orang ke-dua. okay la. appointment pukul 9am. 9.30 baru doctor datang. adoiii. doctor! janji melayuss betul la. masuk dalam bilik tak sampai 5 minit!! kejap gler. doctor just tny. ada rase pergerakan baby? yup. ada. terus die cakap nk inject kancing gigi! alaaa. saya tak bersedia mental dan fizikal la doctor. mau je saya cakap camtu. tp apekan daya. senyap jela. hahaha. pastu scan baby. dalam seminit! still doctor kate. jantina kita masih tak boleh tau. grrr. time tu rase dah nk marah dah. sabar jela. then doctor tegur. naik berat badan banyak. saya timbang kt az-zahra naik 4 kilo! tekejut eden! pastu saya turun dari scale tu. saya tgk 1 kilo mmg dah terlebih! warghh. ini mendatangkan marah ni. sbb kat rumah saya timbang mmg naik 3kilo je sepanjang 6 minggu. *padahal still berat tu* hehe

doctor kate, next appointment lagi sebulan. husband terus cakap "sayang, kte terus jumpa pakar la. next month dh 7 bulan lebih" hurm. okay la. aritu mmg tak best az-zahra. macam main2 je pegi checkup. terus tawar hati nk bersalin kt sana. hurmmmm. dah la cucuk kancing gigi tu sengal smp ke hari ni. grrr. >.<"

tp ahad adalah hari yang best! yeay~~! *mood ceria, ada background gambar pelangi* ;p
ktorang dah booking nk scan 3d dengan miss jeezlyn. saya google2 je. pastu ramai cakap best. murah. berbaloi2. saya ni kan tukang google pastu tukang report pape kt husband. husband tukang bayo je. ehehe. saya booking kt Facebook 3D 4D Scan Malaysia. ahad miss jeezlyn ada kt Hospital UMRA Seksyen 13, Shah Alam. slot saya pukul 10am. smp je diorang buat macam checkup plak. siap timbang, amek urine test. tunggu kejap. masuk la dalam bilik nk scan. cantik woo. spital dia. Miss Jeezlyn ni baik sangat. mmg best! scan je dia terus cakap. "oo. ini sula nampak dia punya jantina ni" *baca dengan nada slang cina. hehe. eh main2 plak. dan betul la kot........

boboiboy! 

pastu scan 3D baby tak mo tunjuk mukaaaa!! baby pemalu orangnye. baby macam ayah kot. tak suke orang amek gambo. klau baby macam ibu. sah2 baby sengih je tengok camera. kuang3. Miss Jeezlyn lama kot pujuk die suh tunjuk muka. dia tutup da. dua-dua tangan dok kat kepala. mesti bby cakap. takmo takmo! *ok. ibu over* haha,. 

saya budak pemalu! jgn tengok! hehe

 takmo takmo!

Lepas pusing2 scan nk tengok dia. die still dok pusing kedalam. taknak tunjuk muka. time tu dah lebih 20 minit. dah nk dekat sejam. Miss Jeez suruh pegi keluar makan something and jalan2 dulu. Mak buyong gagahkan diri jugak la. makan roti minum air sikit. pastu dalam 15 minit camtu. die call balik. masuk scan lagi. ok la sikit. baby at least tunjuk la sipi2 muka tembam die. hehehe. tembamm pipi nyee~ 

tadaaa! saya tengah hisap jari la ibu. lapar ye anak ibu. cian

lepas scan 3d. saya continue scan detail which is Miss Jeez buat dalam 2d. detail scan ni die check anggota badan. kira jari kaki cukup tak 10. kira jari tangan pulak. check semua2 la. otak. organ2 dalam. nk cakap lebih pon tak reti term2 doctor ni kan. hehehe.

jantung. penting utk tahu ada penyakit jantung berlubang ke tak. 

Miss Jeez cakap baby kecik sikit dari scale normal. tapi masih tak lari sangat. die kecik about 100g je. dalam graft pon nampak die ke bawah sikit. so far, kepala baby dah kt bhgian bawah. mintak2 jgn pusing ke atas ye baby. Miss Jeez tetap cakap, chances untuk baby tukar position still ada. tp kurang. Ya Allah, kau permudahkanlah semua.


doakan baby okay ye sume! harta dunia akhirat kami ni. so, next jumpa baby 14.4 plak. wee~ ^__^ 
I was thinking about delivered baby dekat KPMC plak. tapi doctor pakar dia doctor laki. hurmm. so far baca review macam okay je. plus bilik die agak besar and bil pon agak murah. what say you?

Mar 14, 2012

Wordless Wednesday: 25weeks~


Dear Baby,

Growing fast!

Ibu =)

Mar 13, 2012

When i start to sew again.

Baju raya tahun ni. Hahaha. Buat pola je sakit belakang. Belum potong kain lagi tu. Nk menjahit kejap je. Dok kat meja menjahit dah tak sakit belakang. Tahun ni kena cut bajet baju saya. Sbb nk hantar tailor baju husband. Plus baju budak tecik lagi. Klau betul anak laki nk anta tailor jahit baju melayu budak 2 bulan. Agak2 kena penampo x dengan tailor. Heheh. Tahun ni baju saya jahit sendiri. Jimat dah. Heheh. Aritu dalam ncol sape cakap hantar tailor omar ali dekat alamanda tu rm150? Klau betul nk hantar situ baju melayu husband. Sian die. Tiap2 tahun baju ready made. Tak selesa sangat la klau ready made ni.

Korang ble nk tempah baju raya? Hehe. Sape yg beraya bertiga tahun ni angkat tangannn!!


Mar 12, 2012

Hasil shopping on Saturday

Assalamualaikum

harini dah isnin. liat kemain kan nak bangun dari katil. huhu. dah la sekarang ni makin lama kaki saya makin sakit bila bangun pagi. macam di awan awangan. ok over. hahaha. sape pegi 3rd maternity expo aritu kt MidV? saya punya la semangat lepas subuh tak tidur tak tak? sbb dok rumah mak mertua. konon tunjuk rajin. lol. tolong2 buat air je. pastu terus siap2 nk menapak ke MidV. sampai sana around 11. masuk je terus pelikkk. aikk. kecik nye tempattt. ramainye oranggg!!

dalam hati mmg dah aim booth mamy poko je awal2 ni. sbb taknak beratur panjang. tempat nye sempit kottt! kali ni expo mmg MENGECEWAKAN! dah la tempat sempit. booth pon tak banyak yang best. lagi best kat klcc aritu. ade jugak la ruang nk berjalan dengan selesa. itu baru pkl 11 pagi. saya pegi beratur nk beli diapers bby. panjang dah waktu tu. tp bley consider lagi la utk beratur. dah alang2 beratur sy beli 4pax. 1 Newborn. 3 Small. pastu pusing2 kejap je rimass. sebab ramai orang. nk memilih susah. terus cancel nk cari BreastPump. pegi booth karangkraf je beli mag Pa&Ma. then g makan!! lapo. eii.tak suke la 3rd expo ni. tak best sgt. baju bby mmg dah tak sentuh. malas nk pegi berebut.


Pastu ktorang g carrefour je sbb nak cari barang2 basah sikit. beli la baldi. hanger. and clip hanger utk basuh baju nanti. itu jela shopping aritu. mesti husband seronok dalam hati. "yes. tak abes duit byk" hahaha. hanger bby beli dalam carrefour, rm3.90 utk 12pcs. baldi rm2.90. murah gler. huhuhu.

Orang lain sume dah beli breastpump. saya je belummm. sob2~ act, susah nk pilih breastpump ni. sebab........sebab.............ada lah sebabnye! hehehe.

Mar 8, 2012

Finally!! my dear baby.

Assalamualaikum

cerianya arini. ceria sangat sbb hujan. pastu jalan jam. pastu kl banjir. ceria betul. hehehehe. semalam sempat la saya pegi scan bby for the 5th time. hehehe. selagi tak puas hati. selagi tu lah aku pegi scan. lol. semalam saya g clinic panel company ni je. Pusat Rawatan Mesra, Serdang. doctor mmg mesra sgttt. doctor Rahaya. baik nye. dah la comei. pakai tudung labuh. cakap lembut je. pastu cakap pelan. *ada gak la yang tak dengar. sbb pekak badak kan. hahaha*

masuk je terus macam biasa lah. cakap nk scan baby. masuk la dalam bilik scan tu. fuiyoo! mesin die canggih kot. compare tu az-zahra dan poliklinik medi-nur. tak perlu la ibu mengandung nak teleng kepala sbb nk tengok bby dalam computer ye. sbb ada dah kat atas kepala ibu mengandung. screen beso lagi. bagus! 5 bintang!

Macam biasa. doctor akan scan tengok keadaan baby la. saya sebok tak abes2 nak tau gender. "doctor, laki ke perempuan?".."boy ke girl doctor?". dalam hati doctor mesti berharap "jangan la die ni datang lagi clinic aku" hehehe. pastu doctor ukur kepala, badan, kaki. doctor cakap my bby a little bit small klau ikut kandungan. tapi die kate still normal. sbb baru 24 minggu. lepas2 ni makin besar dengan cepat. tp....saya dah gain weight byk ni. dlu time minggu ke 19 smp skrg naik dah 3 kilo. percaya tak? haa. nampak sgt aku gemok. tp bby tak gemok kat dalam peyot. hehe. pastu saya cerita la dengan doctor, "baca dalam internet kan, ada orang kate air ketuban sikit la. byk la. camne tu doctor?". pastu doctor ukur2. die kate "so far, normal". doctor tengok muka baby. doctor ni bagus. siap pujuk2 baby suh pusing. baby dengar cakap plak tu. die pusing. doctor check mulut takot sumbing. doctor kate. nampak takde pape. tak sumbing. saya dalam hati "alhamdulillah..alhamdulillah"

dan part yang di tunggu2 datang jua. doctor scan kat bawah tu. die cakap "nampak macam boy......hurm...tunggu die pusing2 kejap"....pastu lama doctor dok scan. "haa.nampak macam bebird dia la" pastu saya blur....mane satu niii??? doctor tunjuk kt screen nampak sikit la bebird dia. dalam hati............nak menangissss...waaaa!! teringat husband je waktu tu. sbb pegi sorang2. doctor cakap insyaAllah. ni boy la ni. saya tak abes2 bersyukur..act, tak kisah dapat bby girl or boy. tapi bila dapat tahu ni walaupon tak confirm sepenuhnya lagi. saya bersyukur yang amat. walaupon dapat tau bby boy. saya tetap tak boleh nk confirm. selagi tak scan 3d. atau selagi bby tak kua. hehe. yela. ni semua kuasa Allah. baru first time ni scan nampak. sebelum ni kemain guling bby.

masuk kete terus call husband..weeeee!!

so tema kita!

Mar 6, 2012

Surat untuk baby

Dear my little baby,

Ibu ada satu pertanyaan ni. yang memang dah lama Ibu dengan Ayah nak tahu. tapi tak tahu2 smp ke sekarang. Ibu nak tanya baby ni lelaki ke perempuan. Ibu ingat nak pegi scan lah esok. *wah. nk skip kerja la tu Ibu, bukan. pegi waktu lunch hour*. sbb Ibu tak menyabo2 nak tau. last Ibu scan baby 3 minggu lepas. Baby guling2 aje. takmo kasi tau lagi. penat la Ibu bangun pagi2. gagahkan diri menapak masuk bilik air. mandi dengan air sejuk. sbb Ayah tak belikan water heater lagi. lol. pegi clinic. scan aje. bby guling. susah la nak tengok gender baby. ce baby dok diam time Ibu jumpa doctor. >.<"

Ibu nak tau cepat2. sbb Ibu banyak plan ni dalam pale Ibu. Ibu nk search surah yassin untuk akikah baby nanti. pastu nk cari munge2 sbb Ibu nak DIY baby's cot. pastu Ibu nak tempah comforter pon Ibu risau. karang tempah pink, baby laki. karang Ibu tempah yang ade gambo2 kete. kua pompuan. Baby nk tilam tak ni?

Kesimpulannya, baby kena la tunjuk dekat Ayah ngn Ibu ek. haa. weekend ni Ibu nk perabih lagi duit Ayah nak beli barang bby lagi ni. baik baby tunjuk dekat Ibu. *nada tegas.lol*

Yang ikhlas nak tau gender baby;
Ibu. =)

Mar 5, 2012

Baby List: Mari kira stock

Assalamualaikum

monday blues tak? haa. jangan nak monday blues sgt ye orang cuti 2 hari. saya cuti sehari je. sbb sabtu datang kerja gak. sob3. banyak kerja kot!!. semalam je dapat rehat kejap. tak lama pon. sbb keluar pegi cari baby's cot dekat warehouse mydear. hehehe. 2x tu pegi. dekat je dengan rumah. 

pepagi smlm saya rajin sikit la nk kira stock baju bby. sbb saya takot terbeli banyak. pastu list tu kena sentiasa update je. padahal skrg takde la banyak beno pon baju tu. tapi takot asyik keluar je. karang terbeli sikit2. tak perasan. *padahal kedekut.baik ngaku* 

 Ibu buat2 rajin kira stock. huhuhu
Nampak tak color sume universal je. hahaha. 6 bulan dah ni. tak tau gender lagiii.

 Ini barut. saya beli baru 3. sume beli yg tape2. sbb my sist tu nk bg guna yang anak die dulu je. jimat duit saya. tak payah beli banyak. tapi ingat nak tambah sikit lagi. nak beli yg tape jugak. senang sikit kot tape ni. kakak office pon suggest beli yang tape. barut ni beli kt manjaku. satu rm3.50 je. murah kan? 

 rompers ni beli dekat warehouse mydear aritu. berape ringgit eh? hurm rm12 kot. comey gler. tak tahan tengok love love. lantak ler. beli je. 

 setelah disusun. lengan panjang kanan. lengan pendek kiri. kira2 jadi lengan pendek plak banyak. hahaha.

Jom tengok checklist;

Clothing
Qty
Done
Remarks
Baju lengan pendek newborn (NB)
6
Anakku, Pureen, etc. tak ingat
Long Sleeves NB
5

Seluar pendek
1

Seluar panjang
10

Baju outing ke clinic
0
X
belum beli lagi. kena beli yang camne ni ek?
Barut baby
3
akan ditambahkan
Handkerchief
2
akan ditambahkan
Rompers
3
mungkin tak tambah da
Mittens & Booties
7

Socks
1/3
Baru beli 1
Hat
1

Bibs
0
X
tunggu baby beso dlu lah. hehe
Feeding



Breast pump
0
X
Tengah survey. Might be consider unimom allegro or mipump first year
Termos
0
X

Feeding Bottle
0
X
Storage bottle je baru beli
Teat
0
X

Teat brush
0
X

Storage bottles
10
A set of 10 (Bumblebee)
Nursery



Baby cot/playpen
1
MyDear
Mattress
1
MyDear
Pillow and bolsters
1
MyDear
Mosquito net
0
X

Blanket and receiving blanket
0
X
Nak order online
Cot Bedding

X
Mungkin akan dibeli kt jusco
Bathing



Bath tub
0
X

Toiletries
0
X

Cotton balls


Cotton buds
1
Stock sentiasa ada. :D
Baby hair brush
0
X

Baby manicure set
0
X

Nasal aspirator
0
X





Diapering



Changing Mat
0
X

Baby wipes
2
Baby kiko 2 gulung. Pureen travelling 4
Diapers NB
0
X
nk borong Sale masa Baby Fair
Napkins
10
beli kt manjaku-Pureen
Balm







Others



Nappy Liners
0
X

Minyak telon
0
X

Toys
0
X

Towel
2
Banyak pun takpe
Hooded Towel
0
X

Hanger for baby’s clothes
0
X

Baby Clothes Detergent
1
Pureen. beli kt sogo
MOM’s



Socks
1
Husband belikan dlu. lame dah. okay lagi
Nursing Bras
4
beli aritu dekat klcc
Nursing Pad
2box
Bumblebee
Maternity Pad
0
X
tak tau nk beli jenama ape..
Disposable Panty
0
X

Nipple Cream
0
X

Barut  Bengkung ;P
1
Along punya
Minyak panas untuk confinement
0


Minyak Selusuh
0
X
akar fatimah dah suruh member office belikan kt Mekah.
Air Selusuh
0
X

Jamu set selepas bersalin
0
X





Outing



Car seat
0
X

Stroller
0
X

Baby sling/Carrier
0
X

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com