Pages

Nov 4, 2013

Rafif's first playgroup at Genius Baby On Board (GBOB)

Assalamualaikum

Nak introduce dulu lah macam mane aku boleh nak bawak Rafif joint playgroup ni. Actually, aku dah lama tau pasal playgroup ni. Dari aku mengandung lagi. Aku terbaca kisah kak watie ni kat majalah PA&MA dlu. Waktu tu aku macam tak percaya pasal anak dia. Qarissa and Quzayra ni can read at early age. Kagum punya pasal. Aku khatam blog kak watie ni. Hehehe. And dari situ aku tau die ada buat playgroup.

Pasal nak joint tak nak joint ni aku sebenarnya dah lama nak joint class. Tapi disebabkan distance untuk aku ke class tu agak jauh. Klang-Puchong. Dengan husband yang tak konsisten untuk joint maybe hantar la. Jadi aku tangguh lama sangat dah ni.

Playgroup ni ada banyak Level. Bermula dari;
1) Newborn - 6M
2) 6Months - 12Months
3) 12Months - 18Months
4) 18Months - 4 Years

Kiranya Rafif dah skip 2 level. Bila Rafif dah masuk 1 year tu aku dah usha bila la kak watie nk bukak trial class untuk level 3 ni. sebab biasanya mmg full. Pastu this week hari khamis kot kak watie post dalam Facebook dia ada bukak slot untuk trial class level 3. Aku cepat2 la booked slot untuk harini. Untuk harga trial class ni RM50 sahaja. (mungkin bila anak dah setahun mak2 sebok nak hantar sekolah. haha) dia akan utamakan yang enroll la. Sebab tu asyik full je kan.

So arini dapat jugak Rafif joint class. Aku punya lah berdebar nak hantar Rafif pegi playgroup wei. Perasaan tu macam aku nak pegi joint orentasi kat U dlu. lol! sebab Rafif kan tak pernah pegi taska, pegi rumah bs. Dia kan dok rumah dengan aku je. Cuak weh. Playgroup tu start pukul 1.30. Aku smp dalam pukul 1 lebih sikit. Saje datang awal. Sebab aku nk bg Rafif nak warm up dengan environment.

Punya lah hensem anak ibu nak g school ye. Aku beriya pakaikan die kemeja sebab aku takot teacher tengok selekeh lak pakai tshirt biasa. hahah. padahal ok je. Memula die macam tinjau2 keadaan dalam playgroup smp ke toilet nak masuk! *pasgrah*

 Class start aku tengok ada 6 je student. Die max 10 orang. Tapi bg aku bagus jugak. Kalau ramai pack lak. Tempat tu luas je. Mmg muat untuk 10 student. Teacher liya start dengan bg name tag. Die panggil sorang2 untuk gi depan. Waktu ni Rafif macam blur2. Tengok je kawan2. Pastu berlari2 kat belakang. Berpeluh aku nak mengejar. Sekali bila g depan teacher suruh say please sambil buat gaya tangan kt dada. Surprisingly baby lain sume buat! Rafif sornag je berlari kat belakang! T_T

Rafif berlari2 skali teacher amek die jadi model lak kat depan tu. Rafif mmg tak takot orang. 

Aktiviti kedua ke ketiga dah waktu ni. hahaha. Main ketuk2 kusi. Macam biasa kena g depan amek stick dengan teacher. Rafif menonong laju g depan. Nak amek macam gitu je. Teacher cakap "Rafif say please..." waaa. nangis terus lari kat aku. hahaha!. Teacher bagi stick kemain die ketuk2. Statik je duk ketuk. 

Antara aktiviti aku sahaja! Berlari kejar anak.

Yang ni aktiviti kenal ais, tau suhu sejuk dan movekan ais dari bekas ke bekas lain. Rafif suke lah klau main gini kannn. Kat rumah tu kemain die main ais. Ada sorang bby tu agaknye tak suke pegang benda sejuk. Meraung. Tapi i ok je. Sebab anak i tadi nangis lagi kuat. lol! Rafif focus je main ais. 

Kita kena tunjuk la dekat teacher kite main btol. Motor skill katenyee.

Yang ni pulak aktiviti parachute. Rafif tengah lari2. terkedu dia kena dok tengah2 tu. Mak2 yang gagah ni kena pusing benda tu sambil nyanyi. tapi aku miming je sebab aku mane lah tau lagu ape kan! hahaha. And ada dua budak nangis. sorang korang nampak tak tu. Sorang lagi anak aku! hahaha! 

Lepas letak anak atas. kena letak anak kt bawah pulak. Mak2 ni kena kipas2 parachute tu. Aaahh sudah! Kompem nangis. Sebab Rafif tak suke klau dok dalam selimut ke apa. Sekali btol! Nangis. hahaha. Aku bantai gelak je. 

Bubble time! aku ingat banyak jugak la aktiviti dia. Berjoget sume ada. Rafif sorang je tak ikut step. Aku main step sendiri. lol.

Dah habis class. Kena salam teacher. Student lain sume dah ada baju. Sebab die dah enroll kan. Rafif masih lagi trial. Lepas habis class aku bg die main2 dlu sebab ada nak tanya teacher klau nk register macam mane.

Bagi die main dlu sementara aku nak tanya teacher. 

Okay, klau nak masuk trial class kena fees- RM50. 
Untuk pendaftaran - RM150 (dapat tshirt and beg-kena pakai waktu class)
Untuk bulanan - Ada dua jenis which is Permanent student atau Part-time student. 
Kalau permanent, monthly RM200. Seminggu sekali jugak. Tapi tak boleh skip datang. tak boleh loop2. Kalau tak datang burn je. Kalau part-time. Boleh skip2. Datang class dlu baru bayar. RM55. Cuma kena tanya teacher la ada slot tak nak masuk. kena booked jugak la. gituw. Jelas tak mak2 sume?

Im one of them!

Review aku untuk playgroup ni. Bagus! untuk aku bagus la sebab nak bg anak2 kita berkawan, dengar cakap teacher, belajar untuk say please, develop dia punya motor skill. sbb setiap minggu belajar lain2. Aku still nk daftar untuk trial class sekali lagi untuk membolehkan aku enroll. InsyaALLAH aku nak register. Aku sebenarnya boleh je tunggu rafif 18m baru register di new branch klang. mmg dekat dgn rumah aku. Tapi aku takot die culture shock. boleh gitu? sebab level 4 ni budak dari 1 tahun sentengah - 4 tahun. Besar tu scale die. So aku nak jugak die belajar dgn kawan2 yang same level dia. Kalau aku dapat attend untuk sebulan pon takpe dah. Biar die biasa dgn environment tu dulu kan. Baru aku transfer die ke Klang. dekat wei dengan rumah. Bila tau nk bukak kt klang ni aku bersorak gumbira. Gituw! 

So mommies, nak joint? jom!

15 comments:

Nurul Izayani said...

Bestnye mimi..kalaula ada kt johor, iza pun nk join sekali, hihi..

anez zamri said...

Mimi bagus la mi!!!daku teruja!!
Ok nak goole kot ade kat perak!
Thanks share mi!
Syg mu!!

DYatie ABakar said...

Wahhhh. Tq mi! Tq for this great info. Skrg dh tau apa aktvt yg boleh buat slain nak join gath gbsb once we move to kl. Hihihihi.

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. said...

Syoknya mimi...aku pos aidi balik kl ko tlg bwk pegi class boleh? Haha.malangnya lah duduk jauh bertingkek tingkek ni.

Fariza said...

Very good. Xtau plak ada mcmni. kalao tau start dr awal. hihihi. thanka

~ NANA ~ said...

Nana pulak tahu pasal kak watie ni sbb nmpk mimi kot like kat fb LOL! Nk try gak la cari kat area sini..kalau takde, biar nana yg buka class playgroup ni kahkah

Julia Johari said...

What a great course for babies...and todler mimi...Umi Qi suka...go mimi go...

Julia Johari said...

What a great course for babies...and todler mimi...Umi Qi suka...go mimi go...

Anak Lebah Comot said...

best la kan kalau kat cni pon ade kelas tue...erm jasmin follow teacher watie true youtube jer...suke tgok die nyanyi2....

Mimy Hamid said...

good review...kakmi plan fayel 2yrs masuk alim kids

amal said...

aah bestnye! at least rafif bleh berkawan kan..

Han Hanni said...

bagus dan bukakn minda kanak-kanak untuk kenal lebih ramai kawan

Nadt said...

Bestnyee..teringin gak nk join.

fifi said...

Bagusnya...ada tak aktiviti gini kat johor ek?i kagum betul dengan u tau.i memang jadikan u inspirasi nak ajar anak i...eh nape komen mcm peminat retis ni?haha...tapi siyes,i tengok blog u sbg panduan i didik rissa..

safurara said...

wow best nya~ dr bayar anak masuk kids e world tu 50.baik masuk klas ni trial rm50 kan.puchong eh? mcm best je.mcm best je.hehe

Cik Puan Mimi © 2024. Designed by MaisarahSidi.com