Pages

Oct 14, 2016

Itinerary dan bajet bercuti di New Zealand / Melbourne


Assalamualaikum

Fuhhhhh fuhhhhhhh!!! Tiup habuk. Lols. Hahaha byk bulan ye mak tak update blog. Mak pon lupa dah nak ni acah2 blogger. Kahkahkah. Tapi takpe harini mak update dan mak pasti entry ni akan jadi "HIT" Bahaha. Sambil menyahut seruan admin gojes utk suruh update. Kikiki. 

Okay ni itenerary huduh2 percutian ituhari. Selama 10 hari klau ikutkan. Total semua hari la. Tp err. Korang tgk la sendiri. Ni pon naseb baik je mak update haha. 

31hb august 
Kul - Melb
Flight 10am. Kul - melb amek masa +- 8 jam flight.

1hb september
Sampai melb 8am. Waktu sana.
- Strolling around melb city je seharian sementara tunggu flight ke christchurch pulak malam. 
- Pegi park dekat melb museum
- pegi spencer outlet 
- lunch di Biryani rice (halal indian restaurant)

2hb september
12.15am flight ke christchurch
Mel - cc amek masa 3 jam 45 min
Sampai sana +- 6am waktu nz
- Tunggu pukul 8 utk org caravan datang pickup.
- 8am naik van pegi amek caravan
- 10 am siap amek caravan. Setting2 barang. 
- 11 am Terus menuju ke tekapo
- 12 pm singgah pegi park n save beli beras, teloq, minyak. 
- 3 pm stop by kt mt hutt layan scenary lembu susu. Lol dgn stop by masak solat apa semua.
-sambung perjalanan ke tekapo smp lake tekapo holiday park tak ingat tp dah malam. Mmg agak jauh dr cc ke tekapo.

3hb september
-6am mandi solat makan
-9am turun bergambar kt lake tekapo
-11am pegi church of good shepard
Teruskan perjalanan ke wanaka.
Singgah puzzle world
Singgah wanaka town
Sampai wanaka holiday park

4hb september
-6am mandi solat makan
Teruskan perjanalan ke queenstown
Smp queenstown agak awal pegi queenstown city. 
Singgah souvenir shop
Singgah nzone skydive
Check in top10 holiday park

5hb september
-10pg pegi nzone skydive nk buat skydive tp weather tak mengizinkan kami tunggu smp 12pm still tak boleh buat. So berangkat ke queenstown city balik 
-naik cruise pusing lake wakatipu 
-souvenir shop lagi
(Plan asal kami nk turun lagi ke te anau tapi memikirkan perjalanan dari te anau nk patah balik christchurch amek masa 8 jam driving (klau driving kereta. Pls expect more delay klau driving caravan) so kami naik balik ke tekapo) tak pegi te anau.
Mlm check in balik lake tekapo holiday park. 
Sempat singgah church of good shepard balik sbb konon2 sempat nk milky way (bintang2 yg cantik. Ada masa2 dia je keluar)
Check in lake tekapo holiday park balik.

6hb september
Tekapo - christchurch balik
Pusing town christchurch.
Jalan2 regent street tgk kedai2 dia.
Pegi market dia beli souvenir (tak habis2.lol)
Pegi celebrate birthday kt strawberry fare.
Mlm check in christchurch top10holiday park.

7hb september
Hari pulangkan caravan
Pusing2 christchurch isi minyak balik. Isi gas balik. (Byk keje hari last) 
Pegi international antarctic centre kt kawasan2 epot je.
Pulangkan caravan.
Pegi epot tunggu flight ke melb balik
Flight pkl 8pm
Smp melb 10pm waktu oz
Dari epot naik sky bus ke spencer street 
12 mid night. Check in apartment

8hb september
Naik cab ke brighton beach (australian boxes beach house) 
Shopping at melb city (last minute shopping souvenir dgn baju bajan. Hnm murahh)

9hb september
Sewa kereta depan apartment budget car rental. 
-Driving dlm sejam ke puffing billy. Ketapi steam yg masih ada. Amek masa dlm 2 jam pusing2
-dari puffing billy ke tesselar tulip festival. 

10hb september 
Filght ke kul pkl 9am

End of holiday~

Untuk bajet pulak ni mak share bajet mak pegi 3 org. Padahal pegi 5 org nz tp jd 6 org melb. Eh susah la nk cakap. Tp ni senang bajet utk 2 org tua dan seorang kanak2 riang smp pening kepala mak. Andd... mak nak warning/inform ini BUKAN PERCUTIAN BAJET. Lol. Taktau nak bajet kot mana lg. Hahaha. Tp jgn la cakap mak riak takburr pulak cakap gitu. Mmg gitu jela bajetnya. Dah nk buat cemane. Actually harga flight boleh dapat murah lagi sbb kitorang beli yg premium flex. (Bukan flatbed okay) ini hanya tiket yh available utk tukar tarikh. Sbb husband die keje tak menentu so die pilih yg premium flex. Klau korang booking yg promo murah la sikit. Kot. X tau lah haha. Tp tiket ke christchurch tu mmg itu ler regenya. 

Tp klau mak tolak harga tiket flight, tolak duit cash yg dibawa. Bahagi 3. Bahagi lak berapa hari mak pegi mesti mak masuk ohbulan ohmatahari sbb percutian mak murah. Wakaka. Opss jgn terasa. Kikiki.





Jun 16, 2016

Surprise Pre-birthday Husband

Assalamualaikum

Semalam, 15 June 2016 genap la my husband 29 tahun. Alhamdulillah, semoga Allah lanjutkan usia abang, semoga murah rezeki dan kekal sihat bahagia bersama. amin.

Surprise birthday ni last minit planning. Tetiba dapat idea nak buat surprise kat dia masa aku kat kampong. Tapi fikirkan susah la nk booking tempat untuk buka puasa sbb dok kg kan. TAPI! dapat idea untuk celebrate kt café Lan husband Rara tu. Dari aritu lagi dok pesan kt husband nanti kita pegi cuba. and dia okay je. Tapi kali ni aku plan untuk pegi bukak puasa so ada la drama sikit. Plus ampang tu jauh dari rumah aku kt meru klang ni. Dia tak nak jam, dia nak plan nak bukak puasa dengan mama adik2. (diornag ni pon tak reti nk berlakon. hadoi rosak plan mak)

So, jadikan cite. Aku cakap je dengan husband dah booking tempat. dah order makanan. Tapi dia still berkeras nak pegi bukak puasa kt kajang. hadoiii!! camane niii. Terpaksa gtau mama, cakap mama ikut plan mimi. So husband tahu la kite nak bukak puasa ramai2. tapi dia tak tau yang kita nk surprise kat dia. Plan asal. aku nk pegi bukak puasa bertiga je inc Rafif. so smp sane dia terkejut tengok ramai ada. so menjadi la surprise sikit. ini awal2 dia dah tau dah semua pegi! huwaa. takpe lah

Aku gerak dari rumah awal sbb singgah pegi rumah makteh. then dari shah alam ke ampang lebih kurang 30 minit lebih je. dalam kete dok WhatsApp Lan. cakap berape minit lagi nk sampai. sbb nk mintak die gantung balloon siap2. huhuhu. agak kelam kabut la. tapi naseb lah masa kami sampai tu bestfriend kuch dah smp. and adik2 dah smp. Tinggal mama dengan ayah je blom smp. so agak menjadi la surprise tu. maybe sebab kami celebrate awal die tak expect. Paling terkejut dia tengok bestfriend dia tu la. hihihi.




terlampau banyak la pulak gambar nak ditempek. dengan internet tidak berapa laju ni.

Sikit review pasal Owlery Café ni.

Café baru, very clean and cozy place I must say. Decoration mmg wow! bonus sbb ada play area for kids. Food is awesome! portion yang banyak. dan sedap. Pilihan makanan mmg banyak. Nasi, western, steak, dessert. Cukup lengkap.

Boleh request untuk deco birthday mcm balloon dan bunga api kek. lol bukan lilin kek ye. tapi bunga api terus. Charge aku kena aritu rm36 sahaja untuk decoration.

note tambahan: bulan puasa ni untung klau nak pegi cuba sbb ada 10% disc. wow!

Kids area pon banyak mainan disediakan. Seronok ler Rafif tu.

Star Wars cake from Lea Oven. sponsor by Fairuz. tq so much fai! the cake is soo delicious. nyummy!

Dah makan, borak2. solat maghrib semua kami pon gerak balik rumah. hehe. Simple je surprise birthday ni. Cuma husband dia cakap ingat dah tua2 takde surprise2. hehehe. Alah mak seperais biasa2 je. mak tak harapkan pape. cuma tahun ni birthday mak u better be good. lol. Birthday mak insyaAllah kalau umur panjang ada rezeki kami dok di new Zealand masa tu. insyaALLAH. Doakan2 kami sampai ke new Zealand. Aminn



Jun 9, 2016

My weight lost journey #miminakkurus

Assalamualaikum semua! Selamat menyambut bulan Ramadhan al-mubarak. Alhamdulillah berjumpa lagi kita tahun ni dengan bulan ramadhan. Bulan yang pernuh barakah. InsyaAllah semoga amalan kita di bulan yang mulia ini akan dihisap oleh -Nya

Okay berbalik kepada tajuk. Hehe. Everything start bulan 2 lepas. Lepas raya cina. Aku start untuk tak makan nasi. And buat diet atkin. Kalau tak tau apa itu atkin boleh google. Huhuhu. Daku malas nk terangkan beriya. Lol. Diet start mmg sorg2. Takde kawan tapi tak sangka jugak aku survive! Nak start tu perlukan banyak ilmu. Apa yang boleh makan apa yang tak boleh makan. Wajib tau semua tu dan wajib tau camane proses pembakaran lemak tu berlaku! Wahh berkobar2 menaip ni. Hahaha. 

My started weight is 62 kilos! And current weight is 49 kilos. 13kg lost so far. 

Masa memula diet target aku nak 59kg sahaja sbb nak hilangkan pangkal 6 tu. Tp bila dah smp 59 aku target lg 55 just untuk tengah2. Bila 55 aku target lg 53 sbb berat tu berat memula pregnant Rafif. Bila smp 53 and im still not pregnant cukupkan la target 50. Kiranya #routeto50kg tu last la. Skali ni balik kg puasa berat keep down lagi 1 kilo. Jadilah 49kg dah skrg. Tapi klau tengok gambar dlu2. Berat 49 idok ler sama dgn skrg. Allignment dah lari. Hahaha. 

Camane diet aku berkesan?

Aku mmg amalkan diet+workout. 70%diet and another 30% workout. Tapi aku tak pegi gym pon. Husband yg very the supportive tu belikan threadmill sebijik letak kat rumah. Haa lari lah ko kat situ. Mula2, stamina low. Lari 15minit semput. Bukan lari sgt la. Just berjalan je. Lama2 boleh lari makin laju dan makan lama. Build the stamina. Itu pentingnya workout. Biar jantung laju. Biar berpeluh2. Buang semua toksin dlm badan. 


Supplement mmg aku amek. Sbb aku buat atkin jd aku hanya amek carbs dari sayur. Any nasi, tepong, mee big no no no! Supplement yg aku amek fish oil, multivitamin, celery, calcium. Air pulak green tea, acv dan air masak berliter2 sehari. Kena ingat setiap 25kg berat = 1 liter air. Klau musim panas mcm skrg lebihkan air masak. Klau workout lebih kan jugak air masak sbb kite banyak bergerak, banyak peluh. Orait?

Dah berjaya turunkan around 53 kilos, group gojes yg family day aritu paksa aku bukak 1 lg group diet utk mak2 gojes yg mana dlm fasa nk mengecilkan tubuh badan leh ler joint. So aku add la sape2 yg nak joint. Takde paksaan. Sape sudi joint. Tapi! Klau masuk dalam tu mmg kena jugak ler sedas dua das ayat2 pedas dari cikgu lin. Hehehe. Bak kate lin, klau nk kering. Hati pon boleh kering. Tak boleh nak sentap2 klau cikgu cakap/pesanan pape. Klau cikgu cakap lembut mmg tak jalan diorang ni. Kikiki. 

Pepagi aku dah remind air masak togok! Togok bergelen2. Padan dgn badan. Lin turunkan banyak ilmu2 yg dia tau. Aku pon ada la bg tips2 yg aku dapat. Tapi dlm group tu tak semuanya buat atkins. Ada yg eat clean. Sbb ada yang bf mom! And amazingly, boleh dikatakan semua turun berat! Wow kiranya group diet kita ni berjaya la kan? Alhamdulillah. And now group tu dah takde sbb sudah dibubarkan. Hehe kita continue volume 2 pulak. Cuma aku pesan jgn cheat lepas group bubar takut berat naik. Klau korang cheat, pepandai la. 

Berbalik kepada kisah diet aku, now aku dah tak buat atkins atau boleh jugak die katakan aku buat atkins tapi fasa 4. Sbb aku dah start amek nasi, makan carbs la cuma dalam quantity yang sikit. Air manis je aku blom amek btol2. Stakat sip2 je masa berbuka ada la. Tak tau kenape skrg aku terasa semua benda jd manis. 

Ingat! No pain no gain! Rajin2 workout sbb bila kite workout kite akan rasa firm dan kurang menggelebeh esp part perut. Ingat org perempuan yang dah pernah mengandung beranak mmg take time untuk perut tu kempis. Tapi takpe! Never give up! Klau rasa nak give up cepat2 tengok gambar orang kurus. Lol! Membantu tak? Aku kan suke tengok rancangan korea. Jeles much dgn retis2 dia yg dah beranak pinak semua kuruss je. So fikir boleh boleh boleh! Kita boleh smp tahap tu. sbb badan kita mmg mampu untuk semua tu. 

Masa ni baru 52kg. Dah 10kilos lost. Suke!

Kalau buat mesti boleh! Dont create alasan. Go go go! Motivate yourself 

No more pipi pau. 

Turun dan turun! Ingat klau boleh beli 1 penimbang kt rumah and stick to that penimbang sampai bila2.

Nak bermula tu mmg susah tapi ingt. Klau nk cheat ingat balik kenapa kita start? InsyaAllah akhirnya mmg menggembirakan. 

Current is 49kg! Balik kampung turun berat! Percaya atau tak?? Percaya pada diri masing2. Badan kita mampu.

Perjuangan belum selesai. Aku nk turun lgi sbb klau ikut bmi klau berat aku 45 pon still normal utk org yg tak berapa tinggi mcm aku ni. Hahaha. Klau 44 baru under weight. Moga terus turun dan turun. Sbb raya ni nak makan makan makan! Haha

Aku mmg memberi sokongan padu kepada kawan2 yg bersemangat utk kurus. Mmg susah nak buat, tp ingat akhirnya yg best tulah yg kite nak kejar. Okay bai!

May 31, 2016

Happy 5th anniversary to us

 Assalamualaikum

Hari jumaat lepas bersamaan 27 mei, genap lah 5 tahun usia berkahwinan kami. Alhamdulillah. Baru 5 tahun and many more years to come! InsyaAllah. Sepanjang 5 tahun perkahwinan ni Allah swt kurniakan kami seorang anak, Rafif Rifqi. Dah cukup utk membahagiakan kami. And insyaAllah akan dtg ada pertambahan ahli jemaah. Hehehe. Doa2kan. 

Suka duka dalam alam rumah tangga ni mmg susah nak cakap. Kena banyak bersabar dan saling memahami satu sama lain. Muda sangat aku nak bg nasihat/tips. Macam ye ye oo je dia ni kan? Baru 5 tahun kawen. Hehe. Tapi Alhamdulillah aku dikurniakan seorang suami yg baik, penyayang, dll. Malas nak tulis eh. Haha. Semua yg baik2 sahaja lah senang cite. >_< sebagai wahm, aku hanya mampu utk berkhidmat di rumah jela. Buat sehabis baik. Moral support je la utk husband klau die busy keje. Takde apa sgt yg aku boleh nak support memandangkan aku keje sikit2 dr rumah. 100% economy rumah tangga aku di tanggung oleh husband. Aku bersyukur~ suami tak pernah lupa tanggungjawab dia. Dan aku bersyukur die benarkan aku hanya duduk rumah "je". Walauponnn. Hehe. Jadi membuatkan aku lebih hormat husband aku dan cuba utk menjadi isteri yg solehah. InsyaAllah. 

Anniversary tahun ni jatuh pada hari jumaat, disebabkan jumaat aritu aku dah nk drive balik kg, so kami plan utk early dinner. Adik pulak ada dtg dari kg so dia boleh la jagakan Rafif while me and hubs pegi dating. Hehehe. Tq machik! 

Aku sebenarnya tak tau husband nak bawak pegi mana aritu. Die just gtau surprise aje. Then pagi tu dia cakap siap2 gerak lepas mgrb. Reservation at 9pm. Aku mcm biasa jela siap2. Then masuk kete tengok2 die bawak pegi sampai puncak sane nun! Menara KL! Hahaha. Kitorang ni dua2 blom pernah sampai KL tower tu. Punya lah seronok mcm orang bercinta2. Eh mmg bercinta pon. Lol. 



Dari dalam kete terus dapat tangkap. Yeay! Dinner in the sky~ hubs terpaksa lah mengaku dia nak bawak pegi menara kl. 



Aku rasa ni menara paling tinggi aku naik. Lol. Tower banyak dah aku naik. Kat japan, korea, mane lagi ntah. Malas nk recall. Tp this one paling tinggi aku rasa. Gayat! Husband pulak tau aku jenis gayat die saje nak menyakat. Ketor2 lutut. Allah village people kan mmg gini. Haha. 



Sebelum masuk ke restaurant tu boleh la pegi level bawah dia. Dia panggil ape ntah. Observation deck ke apa wei? Hahaa. Tak ingat la. Situ mmg ramai org. Ada kedai souvenir. Tapi idok ler membeli kat situ kan. Aku beli fm je kat bawah. Sempat lah pusing tower sambil ketor2 lutut. Klau lantai tu see thru mmg aku merangkak dgn baju saloma aku. Hahaha



Then pkl 9 kami masuk ke tingkat restaurant. Namanya atmosphere 360. Kenape 360? Sebab lantai floor tu berpusing mengelilingi tower. Tapi lantai yang tempat meja tu je tau. Yg buffet makanan, dinding kaca tepi pemandagan tu semua tak bergerak. So makanya, masa amek makanan tu kena ingt no meja. Sbb aku sendiri pon rasa dia gerak pelann je. Tapi bila pegi amek makanan, then nak patah balik meja, eh dah ke sana dah meja. Hahaha. Melilau cari meja. And yes kt situ hanyalah buffet semata. Takde order2. So kalau nak pegi make sure perut kosong! Haha. 



Review food! Wow kat situ macam2 ada. Nasi putih, nasi beriyani, lauk bermacam2, salmon, kupang, udang galah, ketam bakar, spageti carbonara ada, bolognese ada, salad mcm2 jenis, sate, desert mcm2 kek, pulut dan serawa durian. Omg! Sedappp! Aku amek lauk2 jela. Tp pulut dgn serawa durian tu giler tak amek? Sedap kottt. Haha. Taste lauk die sedap. Tp terasa banyak rempah. Mcm indian style sikit. Tapi bagi aku okay je. Aku suke. Air yang free hanya air kosong, tea and coffee klau tak silap la. Tp aku bantai order air lain. Padahal lupa kena minum air masak je. 



Lauk sedap~ nyum. Makan sambil rasa bersalah. Haha. (Still on diet)



Dok tengah makan sedap2. Tetiba ada org datang bawakkan plate and slice of cake. Siap tulis happy anniversary. Rupanya husband yg request. Cis aku ingat free. Lol. 




Time meja lalu cahaya, cepat2 snap gambar. Haha



There you are! My anniversary gift! Aku terkejut ape ke kecik nau. hahaha



Rupa2nya~~~ aww so sweet. Aku mati2 ingt org menara tu bg certificate kejadah ni. Husband ckp die print sendiri. Just bagi tu je utk mengelakkan dari beli hadiah yang aku tak suke. Kahkahkah. Good idea bang. Next time buat lg ye. Hahaha. Bila aku cakap wow leh tmbh collection lv. Terus die cakap, alamak lupa nk tulis max amount. Hahaha. Too late!




Sambil2 dok melayan alunan suara penyanyi, sambil tengok permandangan mmg tenanggg je rasa. Rasa lupa kejap ada anak kt rumah. Haha. Tp topik yg dok berbincang alih2 pasal anak jugak. Haha. Rafif itu la rafif ini laa. Tak habis2. 

Jam dah pkl 11. Last call utk amek makanan, tapi kami dah tak larat. Kenyang sgt. So mintak bill then gerak balik ke pangkuan anak. Hehe. Its a fun and romantic night. Setahun sekali tinggal anak pegi dinner dengan aman. Wuu seronok jugak. 

Esoknye jumaat tu aku dah gerak drive balik kg. Husband going back to work. And aku tinggalkan die surprise! Haha. 




Tiup belon love banyak2. Letak hadiah and letak our love book. Biar die terkejut lepas balik keje. Hehe.




A piece of remember tu buku kitorang dari zaman dok berkawan dulu lg. Anything wishes buh dalam tu. So senang boleh baca ulang2. Hehe. Buku tu dah tebal sbb kami dok deco2 mengarut situ. Hahaha. Then i left all these sebelum balik kg. Husband balik keje terkejut tengok tu mesti die nangis2 baca buku tu hehehe. Tapi saje lettew tak nak ngaku kan abg~ kikiki. 

Alhamdulillah, sambutan ulang tahun ke 5 memberi seribu makna. Kadang kite terlampau busy dengan urusan keje rumah, uruskan anak, husband busy dengan keje. So masa ni lah utk kami curik masa berdua ingt balik saat "aku terima nikahnya" itu. Alhamdulillah



*info: atmosphere 360 buffet style kira /person. If im not mistaken the price is rm207/person for adult. And rm140 for child. And additional rm50/person utk amek meja side permandangan. Trust me! The view is awesome! 

May 17, 2016

Sulam Towel dan Tissue Holder yg comel

Assalamualaikum

Haritu masa kami family day ada 1 vendor ni sudi utk sponsor towel sulam utk kami mak2 semua. Alhamdulillah, murah rezeki. Bila dapat towel tu mmg sgt2 berkualiti sulaman dan tuala tu. Puas hati tau. Sulam die kemas dan towel tu tebal serap air. Tebal baru best kan?

Kalau korang berminat nak order sulaman towel ni boleh hubungi




Untuk hadiah as door gift korang leh la request besar mane towel yg korang nak tu. InsyaAllah mmg puas hati! skrg aku dok guna towel tu tutup kepala masa sauna. hahaha! best woo




Haa klau camtu bley request tulisan untuk hantaran. wow sgt! and yg paling penting towel ni mmg akan sentiasa diingati. sweet!


Tissue holder

Cantik sangat tau tissue holder ni. Dulu aku tak suke sgt buh tissue dalam beg takut sepah. tapi dengan adanya tisu holder ni mmg kemas la beg aku.


cute kan? jahitan kemas!

korang leh contact


Handphone charging cover ni comel sgt! and idea yg sgt bagus. Kalau nk charge takde la wayar charger berselirat bagai kan? good idea!

Kalau nk order cepat2 pegi follow ig diorang tauu


May 5, 2016

Rafif's Milestone

Assalamualaikum


Lama dah tak update pasal anak bujang kesayangan. Next month he will turn 4 years dah! amagadd. cepatnya masa wei. 27 Jun genap lah 4 tahun. Masih single (means anak tunggal bukan single married. duhh) Hmm, kesiannya Rafif mak dia tak tau nak update apa pasal dia. hahaha >.<" Okay lets start with school! yeah. School is a good topic. -___-

School

Uuu, budak tu mmg suke sangat school. Suke pegi school. Setakat ni dia ponteng 2 hari je kot. Itu sebab Chinese new year aritu balik kg. So cuti lah seminggu. Padahal da start school. Hehehe. Pukul 10 am tu dah ajak. Ibu, lets go to school. Kau rasa?? kelas yang pagi pon belum habis. Hahaha. So dia tak pernah ada drama nangis nak pegi. Agaknye seronok school ramai kawan. Balik rumah friends ibu je. hehe.

Little Boy, Rafif

Gambar ni masa dia pegi lawatan ke petrosains and menara kl. Kerlas tadika skrg dia punya trip. Fuu. Naik 2 bas haritu pegi. Mak tunggu sampai die naik bas, mak panggil2 rafifff rafifff. dia boleh buat derkk je panjat tangga bas. Hahahaa! punya lah semangat naik bas tak tengok dah mak kt belakang.

Dari segi perkembangan belajar tu dia dah boleh la baca sikit2. memula mmg tak expect pape since he just 4 kan. not even 4 yet. Tapi bila die menunjukkan perkembangan positif dah boleh baca ayat2, esp huruf vocal A. so mak assume genius aulad ni sesuai la dengan Rafif. dia pon pegi kelas enjoy walaupon kadang terkencing depan toilet. boys biasa lah. Never mind sbb school tu ada Kak Yus. Pembantu yang akan clean up all the mess. hihi. Rafif pon dah terbiasa panggil Kak Yus. lol. itu mak cik lah. Teacher class dia skrg tgh pregnant and due is coming very soon I think. So mak berharap Teacher tu still sabar la dengan kerenah Rafif. hehehe

Diaper Free

Haaa bab ni, hmm. Siang tu lepas la. Memang dah tak perlu pakai pampers pon kan. Cumanya malam mak still tak gigih nk kejutkan die bangun pegi toilet. hahaha. my bad. Memang malasss sangat2. Aduhaii. Kadang dia tak kencing pon. Malam bila dia dah tdo baru pakaikan pampers. Kalau pakaikan awal2, dia tak nak. huuu


Sleeping

Rafif dah lama tidur sendiri sorang2 dalam bilik dia. Since kami pindah rumah ni. HUbs decided to beli katil king utk master bedroom which is our room lah. Then, katil lama tu kami pindahkan ke bilik Rafif. Settle masalah.kahkahkah. So since kami pindah and beli katil tu dia terus tidur dalam bilik dia. Tapi mak sikit2 hati tisu,
"boleh ke bang dia tdo sorang?"
"alamak nnt dia sejuk ekon kuat"
"nanti die meracau cari ibu pastu turun smp ke bawah camne?"

and persoalan tu ditepis oleh laki ku. lol.
"he will be fineeee"

"okay fineeeee. will see"

Skali smp ke pagi die tdo elok je. kahkahkah. Drama betul mak ni.

Anak yang baik. Bila nak tdo tu je dia suruh bacakan doa budak pandai. Semoga jadi budak pandai Rafif. amin.


Makan sendiri

Haha, ini pon menjadi isu kepada kami tau. kikiki. Sebelum ni Rafif ni mmg makan bersuapp aje. Sampai tahun ni bulan brape ntah. Mak cakap "no enough, this is the time u have to eat by urself". "ibu taknak suap lagi" tapi macam biasa la wei. Alasan Rafif penat la. Rafif ngantok la. itu biasaaa. Tapi apa yang buat die Berjaya makan sendiri tu kami cuba untuk sogok dia. lol. I know this is not right, but we don't have a choice. Aku malas nk suap dia since nasi aku selalu sejuk sbb bg die makan dlu. hahaha. So kami sogok,
"Kalau Rafif makan sendiri, ayah belikan toys"
"Makan sendiri baru ayah bawak pegi tgk Thomas"
Thomas kt johor nun. Mampuih jauh nau. -__-
then puji2 dia.
"Rafif makan sendiri la, baru big boy"
"Budak pandai mmg makan sendiri tau. use your spoon"
and so on punya sogok and idea mak bg. hahaha

Until now die mmg makan sendiri. Tapi mak mesti ada kt tepi nak tolong cubit lauk ke telur ke.
hmmmm. but its okay! still have improvement. lol

all time fav. Kalau keluar dengan hubs aku benci tengok kedai ni! hahahah. no! I don't wanna eat at ciken rice pls. take me somewhere else.! hellppp!! 3 tahun dah wei jemu aku dok ngadap ciken riceee aje. hahahaha

Social life

Rafif suke berkawan. Memang suke sangat. And Alhamdulillah dia mmg suke beramah mesra dengan sedara mara. Kalau bawak die kenduri dia boleh je pegi kawan dengan kakak2, abang2 lain. dengan makcik yg suke melayan die. So mak free! phew. boleh makan lauk kenduri dengan aman. kikiki.

Tapi dia ni more to kawan2 dengan kakak2. sbb die tak suke melasak. Kalau berebut barang pon die akan nangsi dan cakap itu rafif punyaaa. huwaa. itu jela. Hihihi. Yelah kt rumah sorg2, and almost the time main dengan ibu je. takkan la ibu nk ajak main wrestling pulak. haha

itu jela kot perkembangan Rafif 3 tahun 10 bulan.
ALHAMDULILLAH




Apr 25, 2016

Review FIKO-FIKO Handbag

Assalamualaikum

Harini saje nak mengreview handbag yang terhangat di pasaran iaitu SOMETIMES BAG, the perfect bucket bag FIKO-FIKO. Aku memula nak beli Niko-niko tapi terlepas peluang nak grab yang tu. Aku pon sebenarnya tak berapa paham kenape orang berebut sangat nak beli. Sampai aku pon sebok nak beli jugak. Biasalah aku ni, mmg suke sgt tumpang sebok. hihihi. Last 2 weeks kot SOMETIMES launch new collection dia. Name FIKO-FIKO. bezanya dengan niko-niko dia ada tutup flap atas tu.
Dengan penuh bersemangat aku click2 handphone aku ni sebab tak nak terlepas grab this time. Dan Berjaya jugak grab 1 fiko-fiko color amber (yellow) if I'm not mistaken aku order pink. Tapi ntah camane bila check emel die send amber color yellow. Aku tak kisah sebenarnya color apa asal ada je. And the best about this beg is the price mmg affordable sgt. and its semi-handmade!

Jom kita unplastic. lol nak tulis unbox tade box.

Lets!

Color AMBER. Aku suke details of this bag. very neat! inside color for amber is turquoise. Sebenarnya tak perasan pon color apa dalam ni. Bila dah beli baru perasan hehehe. And bahagian dalam tu ada lapik tapak. Apekenama dia dah lupa. Untuk kekalkan bag tu in shape lah. kate bucket bag kann

Bila dah cerut. Bag cerut je ni. hehehe. Aku suke tali dia,stud2 tu boleh adjust untuk panjangkan dan pendekkan. Tapi aku tak ubah pon. Cukup ngam2 dengan ketinggian aku.

Model tak berbayar. ekeke. Bila tengok cantik pulak color yellow ni sebab macam pop the color gituw. Dari segi size bag ni aku rasa dia dalam kategori besar. Hahaha itu bagi aku la. Sebab semua benda boleh sumbat dalam tu. air mineral pon boleh. Sekarang aku lebih suke kepada small handbag. Tapi itu lah klau mak2 ni eloknya bawak beg besar sebab senang nk bua semua mak nenek barang anak kan.

Overall review
Price RM189 - 5/5
Size - 4/5 prefer kecik sikit
Quality - 5/5

Bag ni dah sold out in 4 minutes je after launched. Kalau nak beli boleh check their Instagram. Ramai jugak yang jadi personal shopper tapi pls check dlu the price. Sebab ada orang amek untung terlebih smp rm280 pon ada. So pepandai check ye.


Apr 20, 2016

Baju family day dan Photographer

Assalamualaikum

Harini kerja nk mereview baju tshirt family day aritu dan jugak photographer.
Kalau korang nk buat family day ke, rewang day ke, sports day ke mesti la nak kena ada tshirt kan? Baru nampak seragam, seiya, sekata, sehati dah sejiwa. >.<"

Ni nak promote tshirt family day yg aku rasa paling best! Sebab kain dia lembut sgt, tak panas walaupon kami pakai merah menyala aritu. Hahaha. Yang penting 100% cotton, serap peluh. Dan harga diaaa. Murahnye Ya Allah. Ni baju yang aku pakai ni. Lengan pendek Rm15 je kot satu. Murah kan? Kain kualiti ni nak cite. Bukan cikai2 punya kain. Kalau yg cikai panas tu boleh ler kurang dari rm10. Ni kain elok. Malas nk taip panjang sbb tak tau nak cakap ape selain dari best je. kahkahkah.


Nak mintak owner dia design pon boleh. Nak design sendiri pon boleh.
Design yang di cetak tu insyaAllah tak cepat pudar atau tercabut. Memang terbaik. Mane nak tau tak cabut kan? Haa nk cite kami ni family day dari tahun lepas lagi order dengan orang yang sama je. Sebab kualiti dia okay jadi kami stay je order dengan orang yang sama. Kite pon dah tau kualiti hasil dia camane kan.

Design baju family day tahun lepas. Kalau korang nk tau kenapa aku order lengan pendek, sebab aku nak jadikan baju tu baju basahan aku kat rumah. Baju buat exercise, masak. pendek kate mmg aku sentiasa pakai. Dan alhamdulillah design dia sikit pon tak cabut tau.

Kalau korang nak order tshirt family day ni boleh lah pegi jenguk ig
 @allaboutprinting @allaboutprinting @allaboutprinting
Whatsapp: 013-5405540

Photographer
Untuk photographer pulak kami amek khidmat NINJAKLICKZ as our official photographer
Memula macam tak nak amek, skali fikir hari games tu sape lah yang rajin nk keluarkan camera nak snap gambar kan? sebab semua sebuk nak main games aje. Sebuk kejar anak lah, sebuk borak lah. So better hire lah photographer sorang. Untuk kenangan. Lagipon Photographer ni murah aje cas dia. Dengan die pegi sampai ke Morib tu. Kami tong2 je bayar. Lebih 3 jam die dok snap2 aritu. hehehe. Berbaloi2, tahun depan nak hire lagi ye bang. Yang penting gambar pon cantik!

Untuk tempahan photographer family day ni korang boleh ke ig
@ninjaklickz @ninjaklickz @ninjaklickz
Whatsapp: 0164702726


Okay baii~
Review bersambung......

Apr 19, 2016

My new BABY LAPPY

Assalamualaikum

Wow gigih sgt entry berduyun2. kekeke. Saje nk review Lappy baru mak. Sebab ada yg suruh mengreview. Alhamdulillah skrg mak dah ada lappy baru. yang kecik lagi ringan dan murahh sajoo.
Haritu aku letgo dslr, so ada lah duit lebih. Memula macam terpengaruh nak beli compact dslr. Tapi kalau difikir2kan aku dah ada compact camera and gopro. Gopro hubs beli 3k lebih oii. Kang alih2 nak amek gambar, "bang,pakai phone jela. senang tak payah transfer" tak ke haru tu. camera sampai ada 3. alih2 pakai phone je. wakakaka.

Jadi aku beralih la nak beli laptop kecik. Memula survey2 laptop ape yang below 1k. tak nak la mahal2 kan. Sebab tujuan nak online saje. takde benda da nk buat dengan lappy ni. Plus aku pon mmg tak keje. takde nak buat report ke apa. Spec tak payah tinggi sgt pon takpe.

Survey punya survey berkenan lah LENOVO IDEAPAD ni. Ingat dalam kepala ni laptop ni kecik jela. Sebab tengok berat hanyalah 1.6kg sahaja! wow sgt! lagi ringan dari Rafif masa lahir. hahaha. Kejinya perbandingan. Hubs yang tolong pegi beli kt MidV. Kedai Lonovo btol la. Senang kan. Takut pulak nk pegi beli kt lowyat setelah macam2 hal berlaku. Nak secure beli jela kt kedai btol dia.

Harga? RM799 sahaja. murah kan? murah rupanya laptop skrg. baru ku tau. hehehe. Ada 4 color, silver, putih, biru dan merah. memula nak putih skali hubs cakap takde color putih. bedal jela merah pon. Keypad hitam. Aku suke gak keypad hitam ni. sbb tak cepat kotor. Tak cepat nampak kesan jari.

 comei tak?? Merah dia bukan merah menyala tu. Merah macam maroon pon ye.


 Perbandingan dengan tangan. sebenarnya tak kecik sangat pon lappy ni. Sedang2. Aku pon tak suke sangat klau kecik. Screen tak puas nak tengok. Hehehe. Yang ni ngam2 dan paling penting die ringannn.

Dan nipis gilers. and boleh bukak smp 180' Hinge. lipat bukak sampai leper. hahaha.

Haa ni dia punya spec. Baca lah lebih2. Aku nk terangkan pon tak berapa reti. Tapi klau untuk aku yang nak guna untuk online, untuk print2 je so takde masalah lah kot. InsyaAllah~ hehehe.

Setakat ni jelah review aku untuk LAPTOP LENOVO IDEAPAD 100S ni.

Dalam kenangan. Hehehe. DSRL 3100 terjual dalam 1 malam je. Ada lagi rupanya orang cari. NI lah dsrl yg aku jual tu. Sebenarnya ni hadiah hantaran kawen. Tapi setelah difikir2 baik aku letgo sementara dia elok lagi ni. Kang die dah rosak tak leh nk buat apa. Aku mmg tak guna da camera ni. So say bye2. and hope awak berkhidmat dengan cemerlang ye dengan tuan baru. Sobs.




Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com