Sunday, September 29, 2013

Langsir Hunting!

Assalamualaikum

Harini aku pegi cari langsir di nagoya. Fuh. Penat giler. Sebab nak kena main kejar2 dengan Rafif. Adoi. Tensen. Kain kemana. Rafif kemana. Langsir ni untuk bilik aku kat kampung. Aku pulak pegi dengan ayah, hurm mane boleh pegi lama2 woi. 

Disebabkan bilik kt kampung ni dah di cat dengan warna pink, so aku pening sikit nk cari warna langsir. Aku rase makin lama aku makin x suke pink. Heh. Tp bila cat color pink tu aku masih accaptable la. (sbb aku tak keluar duit sesen pon utk bilik ni, jadi klau ayah aku nk cat color apa pon aku terima lah dengan redha

So aku dok fikir nk color ape la langsir ni. Pastu teringat color baju raya along tahun ni. Mint green. Die pakai tudung pink. Lawa lah pulak. So aku dengan harapan langsir bilik aku tu color mint green la. 


Misi mencari langsir di Nagoya Kota Bharu. Banyak gak choice kt sini. Harga pon bagi aku berpatutan, sbb aku mmg nak cari yang muroh ajee. Hahaha

Pusing punya pusing hadoi susah weh nk jumpa color mint green. Nyampah aku. Rase dah fedup nk cari color tu. pastu selak2 cari kain jumpa lah color yg diingini. Pastu suh orang tu potong skali tak cukup pulakkk. Aku perlu 10 meter nak cukupkan 2 tingkap kat bilik aku tu. huuu. Pastu aku pusing2 area yang muroh pulak. Rm4 je semeter. Ada la jumpa. Aku malas nk pening kepala suh orang tu potong. Sbb mak aku dah jumpa yang langsir bilik adik aku. 


Ko tengok tu Rafif main lari2. Eii. Masalah btol la budak ni. Naseb la ada penjaga. Huhu. 

                                    

Antara kain yg ada. Aku pening nak pilih sebab rambang mata. Kahkahkah. Tp aku ni jenis tak cerewet. Mane yg ada aku amek je. Dan aku malas nk survey lama2. 

                                    

Yang ni untuk bilik adik aku. Bilik die purple, so mak aku pon amek purple. Act, adik aku nak damask hitam putih. Cari punya cari takde. So mak aku buat keputusan sendiri. Lol! Tengok la budak2 tu main kain. Darat! Nak2 lagi si Rafif. Tengok kain bertimbun pon die excited. Sbb kat rumah aku lepas angkat aku terus lipat. So tak pernah ada kain bertimbun. Balik rumah nenek bila angkat kain die lari2 pegi duduk tercongok atas kain. Huuu. 


    Ni kain langsir bilik aku. Act, ni color biru nak ke mint jugak. Tp tak nampak clear lak dalam ni. Lantok ler, nnt dah siap aku tunjuk hasil. Tp ntah ble la. Bilik aku tu dah 100% siap tp aku blom beli katil. So aku tak duduk lagi dalam bilik tu. Buat tempat semayang je. Dengan jadi bilik mainan budak2. 

                         

Atas tu bilik adik aku yg aku guna skrg. Bawah tu bilik aku color pink uolls. Hadoilah. 
    

Lepas ni misi aku mencari katil, aku teringin nak katil besi putih macam Ikea tu. tp mane nak cari la wei. Kat kb ni sume benda nk limited. Pastu ko jajak ke mane2 kedai pon pesen tu je. Nyampah aku. Aritu aku dah pegi survey katil, antara besi, kayu dan divon. Aku ni tetap berkenan dgn besi putih tu. tp takde wei. Tak pon ko beli la katil besi kang ko sembur je lah kan. Senang. Tp susah gak. Aduii. Tp yang pasti mmg aku nak color putih. Almari taknak beli dah, sebab aku dah cilok yang adik aku punya. Alah, dia dah ada set katil. So bg aku jela die punya almari tu. sedang elok color off white. 

Selain katil, sebab nak completekan blik tu kena beli almari tv. Bilik aku ada tv. Tv yg dari rumah aku dlu tu. masihkah kau ingat? Yg kotak tu. Tapi tv tu ko jangan main2, gambar die cantik okay. Aku beli kat tesco je dlu. Masa bujang2 dok rumah sewa. Aku angkut tv aku smp lah hubs beli tv 3d die skrg tu. tp takde nye ktorang tgk 3d. Sbb aku pening! 

Lagi aku nak beli carpet, sebab bilik aku tu ada papan yg tutup tempat mandi. Act, ayah aku la fikir camtu nk buat tempat mandi (macam tempat orang mandikan mayat tu) sebab nanti klau dah tua sakit2 senang nak mandi kan. Walaupon bilik tu dah attach toilet skali. 

Aku kan selalu balik kampung. So mmg aku perlukan bilik, skali dengan anak lagi. Macam2 barang aku punya je. Lagipon susah la takde bilik. So skrg cukup lah bilik kami adik bradik. Rumah ni ada 6 bilik, 5 bilik air. Phew. Kate buat rumah atas tanah milik atok aku kan. Sedap2 ayah aku je renovate ke kiri ke kanan. Pastu perli2 aku kenapa dok rumah kecik. Kahh. Bukan tak nak ayah. Tengok kemampuan lah. InsyaAllah klau ada rezeki lebih kami mmg nk pindah dok rumah besar. Skrg pon mcm nk survey rumah la. (walaupon selalu takde kat rumah). Sbb aku plan ngn laki another few years dah nak jual apartment kami 2 bijik tu. --insyaAllah. 
    
  

Tuesday, September 24, 2013

Dah setahun... Mampu ke kempis lagi?

Assalamualaikum

Pagi tadi i berurut. Last urut badan ni agaknye bulan 12 tahun lepas. Kakaka. Arini i saje amek peluang dah alang2 makcik tukang urut dtg rumah sbb mak nk berurut, aku tumpang sekaki. Lol! Mmg terik sgt lah urat ni woi. Sakit gler kena urut. Bayangkanlah tiap2 malam ni tdo nk kena ngiring sbb anak ngempeng. Smp makcik tu cakap urat belakang ni bengkak. Wuuu. T_T

Pastu makcik dok sebut2 barut la perut time anak sorang ni. Dia kata sepatutnya anak sorang ni la kena pantang btol2. Bagi badan pulih balik. So next anak biasa badan kite akan follow sendiri. Klau kite bunc dah anak pertama. Anak kedua bunc lagi. (sentap!) sebab tu kot ada orang lepas baranak satu pulun giler2 nak kurus balik sebelum mengandung kedua. (habis lah aku!!)

Mak tanya la, "kalu ambo ni buleh lagi ko barut perut? Umur separuh abad doh". Wakaka, mak akuu. 

Makcik tu cakap. Barut je dengan daun kapal terbang. Dapat 40 hari stret mesti kempis. Yeke weh? Pastu dan2 mak aku masuk semak cari daun kapal terbang. (maklumlah, orang kampung. Ape pon senang cari!) dan mak aku lah yang barut perut tadi. Kemahin mak oi. Pastu petang td tny die, ok x? Die cakap sedap sikit rase perut. Tak rase sebu sangat. 


Ni lah daun kapal terbang tu. alaa. Korang mesti tau lah daun ni. Waktu aku pantang dlu gigih la pakai yg set tanamera tu. tak payah sebenarnya nak beli yang mahal2 ni. Amek daun kapal terbang, kapur dan air. Gumpal2 sampai keluar air dia. Sapu kat perut. Barut klau boleh smp pagi besok. (klau malam)

                                   

Bengkong yg di buat secara tiba2 oleh makcik. Hehe. Pakai kain batik yg dah lusuh2 tu je. Makcik cakap pakai kain batik je senang dan tak panas! Ye jugak kan. Makcik ni dah 73 kot tahun ni. Memang pangkat nenek la. Tp die punya kekuatan tu masyaAllah. Die urut pakai kaki ko! Pakai siku. Haa, bayar rm20 je. Kau ada? Lepas urut tu terus rase ringan je badan ni. Makcik tu pon tegur, byk urat yg simpul2 ni sebab tu sakit. Yelah, sejak ada anak ni sume nk tersimpul makcik oi. Klau anak diam je takpelah. Ini hari2 saya maraton main kejar2 dengan anak. Hmm. 


Haa. Gini lah carannya. Kejap je dah keluar dah air die. Pastu makcik ni cakap pakai kunyit dengan garam pon boleh. Alamak. Tak rase geli2 ke makcik oii. 

Malam ni nak cuba lah pakai bengkong. Kot lepas ni jumpa laki, terkejut laki den iolls dah ramping macam che ta. Kahkahkah. Td pegi tesco timbang yang 20sen tu. gulp! Naik okayyy. Dah 58. Wuu, aritu baru 56. Cissss..(harapan sangat nak jadi che ta, kena pakai baju ketat ok! Opss



Monday, September 23, 2013

Senang ke travel dengan anak?

Assalamualaikum

Haa, kerlas tajuk entry kan. Sebenarnya ramai yg tanya i (walaupon aku ni takde la banyak sgt berjalan)  senang ke nak travel dengan anak kecik. Dan jawapan yg aku bagi ofkos Bukan senang!! 

Ok, pertama kali aku travel jauh sikit la dengan Rafif, ktorang ke Jakarta bulan september tahun lepas. Waktu tu Rafif baru 2 bulan lebih. And that time fasa Rafif menangis pon belum habis. 

Serius weh. Letih. 

Dan yang paling TERPENTING IALAH SABAR!


Kahkahkah, rambut pon kena makan dek bantal lagi waktu ni. Ngee. Ktorang pergi Jakarta atas urusan adik ipar widusi. Atau lebih di kenali dengan konvo lah! Huu. 

Mula2, yg perlu fikir bila nk bawak anak ni mesti barang2 keperluan dia. Contoh
-Kite pegi Jakarta tu suhu negara Indonesia tu sama jela. So baju bajan tak perlu bawak yg jenis lain. Sama lah mcm kite kt sini. Tp kena bawak extra. Mane lah tau. Poo poo terlebih ke. Cirit ke. Banyak nak kena bawak (luggage mmg kena amek banyak okay!
-Pampers die kena kira btol2. Macam Rafif i estimated pampers paling komang utk 24 jam tu akan guna 4-5 keping. So darab lah brape hari kite nk bercuti tu. Tapi jangan risau, kalau bawak sikit pon masih boleh beli kat sana. 
-Disebabkan waktu tu Rafif masih lagi hanya menyusu badan, so tak perlu fikir makanan die. Mmg confirm2 aku bawak. Melekat kt badan. Lol! Masa pegi europe trip haritu i bawak nestum je utk Rafif. Klau ikut kudrat hati ni nak je hangkut dengan blender bagai. Tp.... Byk pulak lah kena fikir hai.
-Ubat ubatan die. Wajib! Especially, sedut hingus pegion kegemaran i tu. hehe. Ubat syrup demam. Minyak yuyi. Termometer. Cool fever! Vicks. Eh macam2 la. Kena bawak la. Nak2 lagi klau kite travel overtheriver ni. 
-carrier dan stroller. Penting! Klau masa pegi Jakarta dlu Rafif masih dua bulan. So i dukung je. Ala. berat die brape je waktu tu. Sekarang ni dah sekampit beras. Hmmp! 

Waktu pergi Indonesia tu kite ada pak supir. Bawak dari Jakarta ke Bandung. So takde masalah transport waktu tu.


Waktu Rafif dah menjangkau usia 6 bulan. (belum masuk) kitorang menapak ke negara jiran Singapore. Waktu ni Rafif very the behave. Aahh. Bestnya pegi Singapore siap masuk USS. Die rilek je kena tolak. (klau lah sekarang ni masih boleh behave macam tu)

Sekarang ni aku rase tinggal kenangan jela. Lol! Masa pegi singapore i bawak stroller je. Plus i pegi Singapore naik kete. So takde masalah luggage ape sgt. Berguna sgt la weh stroller ni. 


Waktu ni baru menjejak kaki ke dalam A380. Peringatan lah untuk ibu bapa nk travel jauh. Please lah booked bassinet skali. Masa dalam flight (waktu ni Rafif blom dapat kaki) Rafif hanya dok main kawasan itu je. Die tak memberontak sgt lah. Bagus! Plus satu bonus bg i bila Rafif jenis layan video karton2 ni. Phew. Selamat di situ ye. Klau ada smartphone ke. Kasi bukak la biar budak layan video. At least takde la ko nak kejar mengejar di langit tu kan. 


Tgk la die. Rilek je layan cite. Kahkahkah. Walaupon 13 jam nak smp London. Die sikit pon tak merengek pape. Rase mcm tak percaya lak anak sebaik ni. (apa punya mak la


Hanya tdo je dalam bassinet. Hehe. Sebelum beberapa hari Rafif nak sampai setahun. Die dah jejak kaki di London. Naseb lah ibu pinjam boba carrier dr ibu put. Dan bawak jugak buggy. 

Waktu ni dalam Primark. Menyoping lah ibu. Naseb la ada buggy ni. Sbb boleh la die tdo dgn nyenyak. Plan sebenar tak nak pon beli buggy. Tp bila mydear buat warehouse, terpaksa lah beli (alasan sangat)

Rafif klau tempat sejuk gini kemain die tdo. Die mmg banyak tdo je waktu awal2 smp london. Maybe die jetlag lama sangat. Hahaha. 

Penting!: Kalau ke negara sejuk, sila bawa sekali sweater, jaket, coat lebih untuk anak. (walaupon pegi waktu summer) extra bawak stokin yg panjang dan juga glove. Glove ni boleh beli kt daiso je murah2. 


Masa ke Paris bila Rafif setahun. Kami bawak jugak buggy die. Tapi tak praktikal sgt when we have to travel using Metro. (sebab kat Paris tak sewa kete). Dekat Paris ni Metro die underground dan takde life. So bayangkan penatnya husband nak angkat beg besar dgn buggy tu lagi. Waktu tu kesian giler la dekat hubs. Berpeluh2 angkat beg. (banyak bag sbb skali dgn Fil) fil i walau lelaki tp dia pon dah tak larat kan. So pepandai la korang fikir camane laki ku hangkut beg kami. (rase nak nangis--walau aku pon tolong angkat skali beg kecik2 dengan Rafif lagi) so buggy tak praktikal waktu ni.

Nota kaki: Kalau melancong ke negara 4 musim ni, tolong lah bawak vaseline dan krim sebamed. Setiap kali mandikan anak. Sapu minyak yuyi tu bagi panas badan die. Sapu seluruh badan termasuk muka dengan krim sebamed tu. untuk elakkan kering dan menggelupas. Setiap kali keluar dan terdedah dgn angin sejuk rase selamat sikit kulit kite. (amek iktibar dari percutian di Gold Coast)

Itu jela kot nak kongsi, bawak baby ni memang penat dan kite perlu sabar sabar sabar (aku pon kadang2 tak sabar gak). Tp percutian tu lebih bermakna klau kite bawak anak kite skali. Kira mcm klau tak bawak ni tak complete lah hidup. Bagi aku la kan. Ada jugak org suke tinggalkan anak dekat atok ke sape ke suh jaga. Hohoho. Not me! Jangan kusutkan fikiran, they deserved to go holiday jugak. Kesian woo tak bawak. Walaupon die bukan tau pape. Hihihi. Besar nanti tengok gambar jela. 

Till then...

Thursday, September 19, 2013

Kembara di bumi Scotland

Assalamualaikum

Baru lah berkesempatan nk update bercuti di Scotland. Memula dlu plan nk pegi London tu i tak plan nk pegi skali Scotland. Lepas dok baca berpuluh2 blog review europe tour ramai yg pegi Scotland. Bila baca and tgk picture tu rase macam this is a must visit place. Mmg betul i cakap. Scotland is soooo beautiful!!. 

Act, lepas balik dari Paris i menginap 2 malam di kota London sementara nk tunggu pegi Scotland. I nginap btol2 depan Malaysian Hall, so i suggest sape yg nk pegi London, survey awal2 any hotel depan Malaysian Hall. Sebab kat situ makanan halal die tersangat lah senang nk cari. Paling komang makan lah dekat Malaysian Hall tu. open everyday rasenya. Makanan die kira dalam kategori murah jugak la. Biasa sorg makan skali air dalam £6. Tp kt Kilburn aritu pon murah jugak. Cumanya Kilburn tu macam jauh sikit kot dr kota London. I dok hotel King rasenye, harga pernight £80 something kot. Ngeee. Asyik lupa je ni. Kt situ tube paling dekat boleh pegi Bayswater. 

Arini yg nak pegi Scotland tu mmg keluar pagi. Shuttel amek depan hotel gerak ke London Gatwick airport. Ya Ampun. Airport ni tersangat la strick. Ingatkan same la mcm airport touchdown London aritu skali teruk sgt. I fly with easyjet. Kira mcm tambang murah mcm AA jugak la. Segala mak nenek dalam beg tu kena bukak klau kite tak check in. Pastu segala bagai yg lebih 100ml kena buang. Selamba weh. Pastu ktorang ni bawak la periuk nasi. Die mcm pelik tgk kenapa nk bawak periuk nasi. Hahaha. Lantak la weh. Janji lepas. Hihi. Harga tix dr London ke Glasgaw klau tak silap i la utk 5 dewasa 1 infant rm1500++. murah je. 


Waktu ni baru je smp glasgaw and kt sini hubs sewa kete, sewa dengan Budget car rental. Harga i tak sure pulak. Tp mmg kena sewa kete kt sini, sbb ktorang touchdown Glasgaw tp nk balik ke London nnt naik kt Edinburgh. Bila smp Scotland tu sejuk sgtt. Sbb die lagi utara kan. Klau kt malaysia ni konon thailand la. And die pon masih lagi United Kingdom. So tak perlu cop pasport apa pon. 


Ni waktu on the way ke tempat menginap, ktorang singgah di Loch Lomond. Ktorang tak pegi pon Loch Ness yg tempat di katakan ada pernah nampak dinosour air ek. Haha. X tau la betul ke tak. Waktu ontheway dalam kete i tak tdo pon, terpegun dgn kecantikan bukit bukau die. Masa kt Long Lomond ni i tak habis2 cakap MasyaAllah, Subhanallah. Rase mcm u tgk painting bukit tp its real! Mmg breathtaking scenary. Rase mcm tak nak balik. Hee

Hubs teruskan perjalanan lagi ke Village Inn. I tak pernah survey any hotel sbb sume hubs uruskan dari malaysia lagi. I mmg bawak badan dgn anak je. Ekeke. Dari kl lagi hubs dah gtau hotel di Scotland cantik. I tak sangka yg die secantik ni. MasyaAllah. 


Our cottage for that night. Sangat la cantik. Depan ada tasik. Bilik die cantik, ada bath tub, toilet yg boleh tgk langit. Giler la klau tak berendam smbl tgk langit mandi air panas. Perghh. Terbaik! Harga per  night £200. Padan lah dgn rege. Klau convert pon dah makan ribu satu malam. Tp serius berbaloi. Orang kt sini pon baik2. And they all speak sebijik mcm dalam cite Brave tu. hehe. Kate scottish kan. 


Ini bahagian depan Village Inn tu. i dok sini semalam je sbb malam esok nak nginap di Edinburgh pulak. Hari yg smp tu kagum dgn cottage sendiri dah brapa jam asyik dok terkinja2 sbb lawa dan sebok masak. Lapaa. Hehe. Makan nasi bawak beras uolls. Lepas makan dah solat sume, haa jgn lupa bawak kompas kiblat ye. And sejadah kecik pon ok dah. I gerak jalan2 nk tgk bukit lagi. Mcm jakun gler tak pernah tgk bukit. Hehe


Waktu hubs driving i cakap stop je any RnR konon sbb kt mana2 pon cantik. Sini pon ktorang spend dalam sejam sejuk beku dok menghayati keindahan alam. Sedang molek smp Rafif tdo. Bagus la sbb its too cold for him. Hubs pon surrender. Pakai jaket smp tak nampak tgn. Sejuk sgt2. Sbb die berangin. Sini nama die pelik sini. Rest and Thank You nama tempat ni. Mcm kelaka kan. Hehe

Esoknya lepas bgn pagi kotrang masak lagi, and breakfast jugak kt hotel. Haha. Tp makan fruits, pancake jela. Rafif mkn cereal bekal. Waktu pagi tu sejuk die smp keluar asap ikut mulut. Jakun yg tu pon dah brape minit dok main "huhhhh", "fuhhhhh". Terus gerak ke castle. Klau melawat Scotland tak sah klau tak visit castle. Ktorang pegi Stirling Castle. Usia dah hampir 500 tahun. Mmg cantik. 


Gambar yg terlampau byk utk di tempek. Layan je beberapa keping. Tp i ni tgk2 tu reti la. Nk ingat nama2 raja diorng dlu2 tu masalah sikit. Sbb malassss. Hahha. Mil i gigih baca satu2. Hehe


Dari atas Castle, castle mesti la tinggi, ni naik tinggi lagi tgk permandangan. Tengok padang hijau, tu adalah battlefield diorng dlu2. Pastu nampak la sheep kecik2 je. Sayup2 je nampak. Kesian Rafif sbb sejuk. Smp die kena pakai glove, i dah prepare awal2. Hehe. Pusing2 castle ni smp letih. Entry kena bayar but tak sure pulak harga, takde la mahal sgt kot. 

Lepas dr melawat stirling castle kami terus gerak turun ke Edinburgh. Check in apartment. I dok apartment dua bilik, tp memula tu cari makanan dlu la. Ada jumpa kedai halal, orang tu siap tau ktorang dr Malaysia sbb abg die dok Johor. Hehe. Keje ape ntah, org arab la. Apartment tu i x sure lak nama apa, ( banyak gambar dah masuk ig) . 


Ini masa waktu melawat town Edinburgh. Memula tgk org main pipe ni jakun weh. Biasa dengar je kan, ni main live depan mata, and mesti nk tgk depe ni sbb diorang pakai skirt. Hehehe. 


Last day before we fly back to London tu habiskan masa di Royal Botanic Garden. Luas gler la, smp lenguh la kaki nk berjalan satu garden ni. Sesat2 cari exit. Haha. Kt sini Rafif paling suke la nk kejar pegion. Ngekek gelak. Adoii. Waktu ni kan die x leh jalan btol lagi. Lenguh nk kena pegang. 

Haa, lepas tu kitorang dah check in nk balik London utk 5 malam lagi, rase mcm lama lak percutian ni. Sbb pegi 2w, hubs dah cakap awal2. Klau nk pegi London mesti kena off 2w, rugi je byr flight tix mahal2 klau g kejap, tp bila dok lama ni banyak la pulak expenses nk kena pakai, makan je dah brape. 

Kadang i rase mcm rugi lak pegi Paris, ekeke. Better we spend masa kt Scotland. ( maybe i ni jenis suke country side, i tak suke town sebok2, sesak2 ramai org) for those yg nk prgi London tu keluarkan sikit duit je lagi melawat Scotland. Serius berbaloi percutian anda. Eh mcm iklan lak. Haha. 

Lepas balik ke London i dah nginap di rumah cousin hubs. Anak die pon dah baik dr ciken pox. Excited depe tunggu Rafif dtg. Diorng dah lama dok sane, about 8 years. Anak diorng pon dah membesar sane, dah dapat PR dah pon. Tp itu lah org kate, hujan emas di negeri org hujan batu di negeri sendiri baik negeri sendiri. Sonok jugak i sembang dgn wife abg hazmi tu. kak huzai, a very kind heart woman, supermom.. Hehe. Die pon sama mcm i fulltime housewife, anak die yg handle, tp ajaran die bagus. Anak2 hormat die, the smallest is six. Yusra, rajin melayan Rafif. Hehe. Blk school pegi masjid mengaji lagi. ( tetiba rase mcm kte kt malaysia yg negara islam ni pon tade buat gitu). And anak die yg sulong dah 14. Masuk Islamic school. Tutup aurat complete. Bagus sgt. Dalam bilik girls ( anak die 3 sume girls) mmg byk la doa2 tp sumenya comei2. Mane die beli ntah. Hehe. And unik is kak huzai cakap melayu, ang hazmi speak english. Anak2 boleh cakap english je. Ekekke. Cuma paham melayu. Bila nk cakap tak reti. Diorng plan to balik malaysia jugak tu. tak tau bila. Risau anak skolah jela. Yela, klau nk masuk skolah biasa confirm tertinggal sbb bm mmg x reti. Hehe. Hurm. Doakan diorng cepat2 balik sini. 

Waktu kt rumah diorng tu ada prgi carbootsale. Ya Allah mcm org gila, rase. Mcm nk amek sume benda. Sbb murahhh. Klau i tau lah ktorang masih free 30kg after timbang sume luggage, i nk beli je car seat. Maxicosi tu. murah je weh. Dah la baru lagi. Orang putih ni mmg jaga brg btol2 kan. I beli byk gak la. Set tea, frame, plate, table cloth, mcm2 la. Alang2 dah last minit nk shopping ni. Hehe.

Nnt klau i balik kl i nk tempat rumah diorng, tersangat la cozy. 

Till then...

Friday, September 13, 2013

Murahkan rezeki kami, Ya Allah.

Assalamualaikum

I ni ada satu perangai yg i belajar from the best which is my husband. Perangai suke beli2 brg kt orang. Ngee. Sejak ada anak ni mostly barang yg dibeli tu barangan bby la. So bila i beli brg Rafif, mesti teringat nk beli brg kt anak sedara skali. Sejak dr tu, kebanyakannya apa yg Rafif dapat mesti anak sdara ada gak. Biasanya i beli baju la. Klau benda mahal2 tu takdelah. Kite pon cukup2 makan je. Ekeke. 

Aritu Leenda ada upload gmbr bento Asyraf, terfikir nk hadiahkan Asyraf bekas makanan la. Yela. Rafif kan mane pegi taska, di bawah jagaan sendiri. So Rafif mane ada gadget2 bento yg lawo2 pon. Ada gak la beli2 utk die. Tp rasenye tahap Rafif skrg ni die x memilih. Makan je apa ada. Lain la klau die besar dan die picky eater. Mmg nk kena deco2 pancing bg die makan kan. Haha. So skrg ni Rafif makan dalam pinggan spongebob die je. Hakuu ni teringinn nk beli bekas makanan. Tp klau outing rafif makan pinggan biasa lak. Hahaha. Takpe, lepaskan gian tu, kite belikan utk anak org lain. Lol. 


Ini yg bg Asyraf, gambar di copy dr blog Leenda, haa kan ada watermark tu. haha. Harap Asyraf suke la. 

Waktu i pegi holiday aritu ada gak la teringat nk beli sikit2 souvenir utk anak kengkawan. Yg mane rapat tu dapat la. Esp mak etty. Akemahin kirim fm kann. Haha. Ibu belikan Umar tshirt jela. 


Hehehe. Tp takdo pong mak etty amek gambar Umar pakai baju ni. Sedih i tau mak etty. Ke ko x suke wei. Mesti ko harap aku belikan baju utk ko kan. Harapannn.. Harapan menjadi layuuu. Wakaka


Yg ni i belikan utk Ilman anak si Put tu. hehe. Sebenarnya i pinjam boba 3g put waktu pegi london aritu, i dok search org nk sewakan. Skali put yg baik hati ni offer bg pinjam je uolls. Semoga Allah balas jasa put. Mmg berguna sgt2 boba tu. Rafif like it alot. Next baby confirm aku beli dah. Sbb malu nk pinjam byk kali. Lol! Jadi org kate, orang berbudi kite berbahasa. I belikan souvenir la utk Ilman and mak die. 


Awww, so cute!! Aunty sukeee. Jawsomeee..


Ni pulak satu2 nye anak dara dapat dress dr Primark. Hehe. So cute la Chacha wearing red dress. 


Haa, yg ni jangan kompius, i bukan bg baju papa ayish ye. Baju ayish je i belanja, baju papa tak mampu sebab mahal. Hahaha. Shomell sgt ayish dgn baju yellow. This is how i role katenyeee!!


Yang ni waktu i pegi Edinburgh, Scotland aritu. Masuk kedai souvenir, nk belikan keychain utk adik. Adik i tu nama die Syalihah. Tp kawan2 gedik panggil Sally, mmg la ada. Yg sorg lagi adik i nama die Syafiza, mane ada nama Fiza. Haha. Marah btol die i belikan the world according to Sister. Hahaha. Pastu i terjumpa nama Hannah, teringat anak Lisa. (waktu tu i ingt nama anak anez pon hannah). I check it out dgn lisa kt ig. Die nk kirim. Hehe. Tp i belikan. Mmg dah niat. 

Bila i check2 sonok pulak wei bila tgk budak2 ni pakai brg yg kite bg. I rase happy sgt. Dah la omei2 sumenyee. Haritu dah teringat nk beli lagi for a few friends kt fb tu. yg dr group lama tu. Esp Dyll and Kina. Tp tak sempattt. Nnt ibu belanja for Aryan and Shahadah jugak ye. So soriii. :(

I tau dgn cara gini salah satu cara la utk rapatkan silaturrahim antara kawan2. Fyi, i ni tak keje, so kawan2 i mmg kawan fb je, kenal alam maya. Tp rasenye boleh lg rapat dr kawan lama. ( tetiba rindu kawan lama) and i harap Allah murahkan lagi rezeki kami sekeluarga. I nak ajar Rafif jadi dermawan. Walaupon kite ni bukan la kaya pon. Apa yg ada kite share sama2. 

(post ni takde niat nk riak atau menunjuk. Sila jgn salah paham)

Next baby yg i akan belanjaaaa.......hurmmmm.....

Wednesday, September 11, 2013

Di sebalik nama itu.

Assalamualaikum.

Tetiba harini nk share cite di sebalik nama Muhammad Rafif Rifqi. Dulu masa tengan mengandung, i berharap anak pertama ni lelaki. Tak tahu lah kenapa. Same mcm hubs die pon nk anak laki. Macam die. Dan i klau dapat anak lelaki nk bg nama pangkal R. Sbb same nama hubs. Ngee. Nama hubs Ridzwan. Simple je. Dan ada lah terfikir nak bagi nama satu sama macam hubs. Tp i selalu baca doa untuk dapat anak lelaki. I dah lupa doa tu. ekeke. Tp masih ingt gitu2 je la maksud die. Hrm... Lebih kurang gini. Berikanku anak lelaki dan ku namakan Muhammad. Jadi klau i x bg nama Muhammad rase mcm aku dah mungkir janji dgn Allah. Gituuu. 


Ni gambar masa maternity photoshot dlu. Hahaha. Kelakar lak tgk balik. Dan tetiba rindu nk memboyot. Ngeee. 

Ok. Berbalik cerita td. I ada beli buku Si Comelku. Rasenye ada share di blog. Ntah. I pon dah lupa2. Dalam tu ada senarai nama baby. Dlu pon teringin nk bg nama anak Rayyan. Sbb tgh IN sgt kan. Kahkahkah. Tp ramaiii sgt nama anak die Rayyan. So i dah x kenan kt nama tu. hape laa. Haha. Kira mcm nk nama anak ni lain sikit la dari orang lain. 

Lepas tu i dok selak2 buku tu. I mmg focus R je. Dan ada jugak tny2 org pangkal nama R ape yg best. Ada macam2 bg cadangan. Bila nk pilih yg btul2 tu susah jugak la. Satu i nak nama simple, yg boleh di panggil btol nama die. I xnak nama timangan gitu. Pastu i nak nama yg org kelate boleh panggil dgn btol. Yelah atuk Rafif ni ore kelate. Dan mesti korang dah tau ore kelate ni panggil lain sikit. Klau Muhammad mesti panggil mamat. T_T. Tak sukeeee. Mmg i akui mmg gitu lah ore kelate ni. I pon ada kenan nama macam nabi. Yusof, Idris, Isa.. Tp bila fikir nnt mesti family blah kelate ni panggil pelik. Idris mesti sebut deris. Iso. Yusoh. Jadi i x nak amek risiko. Macam nama Adam. I suke nama tu. tgl ore kelate ni sebut Ade. Bukan Adam. Maybe kite makpak ni mmg akan panggil btol la. Tp org lain tu susah. 


Lepas check all the criteria yang ada. I pilih Rafif, yang bermaksud Berakhlak baik. Dan Rifqi is the socond choice. Last2 i amek dua2. Rifqi yg bermaksud teman pendamping. Bila dah Rafif besar baru i tau die mmg teman pendamping i. Asyik melekatt je. Hehe. Masa mula2 i try to called him Iqi. Tp susah nau bg org lain. Tetap question me nape Iqi. Ada yg dengar Ricky, Nicky. Haha. So i panggil die Rafif. 

So jadilah nama die Muhammad Rafif Rifqi bin Ridzwan. Nama pak senang je. Bila i tgk hubs nk sain pape kan senang gler. Tulis Ridzwan je. Cop die pon pendek dan nama die besar. Yela. Itu je nama die kan. Hehhe. Yg Muhammad .... .... .... Tu kecik jela cop die. Hehehhee.

Takpe, mane2 pon mesti setiap ibu bapa tu nak yg terbaik utk anak die. Lepas i beranak, bila announce nama anak. Sume mcm terbelit lidah nk sebut. Maybe sbb byk huruf F. Bg kite yg dah tau ni senang la. Haish. Macam2 org ni. 


Waktu Rafif 2 bulan dlu i pegi Jakarta kan. Ada org tny nama bby. Bila i cakap Rafif. Sekali je diorng boleh sebut Rafif. X same dgn org kt sini. Bila i sebut Rafif. Mesti tersebut Rafiz, hehe. Smp ada budak kt airport Jakarta tny nama Rafif. Die kate temanku ada juga namanya Rafif. Lol. Nama indon rupanya. Hahaha. Takpe la nak. Yg paling penting maksudnya baik. Lepas satu tugas ibu dgn ayah nnt di soal kendian. Bagi nama elok tak untuk anak. 

Itu jela nk share malam2 ni. Tolong doakan Rafif ye kawan2. Biar die jadi anak yg soleh, berakhlak baik seiring dgn maksud nama die. :)

Monday, September 9, 2013

Birthday Story

Assalamualaikum

Harini nk story pasal birthday aritu. Hehe. Walaupon dah 26 tahun mesti excited lagi kan bila smp waktu tu. Memandangkan birthday i jatuh hari jumaat. So takde la celebrate pape hari jumaat tu. Biasa hubs malam sebelum tu die dah excited tp kali ni die diam je. Ngee. Ingat dah x ingat. Rupanya die ada surprise lain. Hehe.

He just wished me HAPPY BIRTHDAY je. And jumaat tu mcm biasa i dok rumah meniaga apple quran and safety harness tu. Hehehe. Bila hubs balik cakap kemas baju utk sehari. Ingt nk pegi mane. Sabtu i keluar dalam tengahari pegi lunch. Haritu ada tercite yg chef zubir ada kedai. Laman grill. Sekali die bawak pegi lunch situ. Hehe. Sedappp giler.


Harga bagi i reasonable la. Nak kate murah tu takde la murah bebeno. Sbb steak kan. Nk kate mahal sgt tu tak jugak. Affordable lagi.


I order salmon dgn kupang ke tu ek. Haha. Hubs order steak well done. Kemain ko. Boleh pilih. Ofcourse lah pilih well done. Haha. Tak reti lah makan yg x masak. Pastu rafif carbonara. Hahahah. Kemain ko nakk. *banyak die makan* pastu lagi order tiramisu. Dasar makan banyokk. Haha. Air hubs punya banana milkshake *must try*. I order orange juice je. Total sume rm147. Tp mmg sedap. Boleh makan lagi. Hehehe

Lepas tu hubs la surprise bawak pegi pullman. Ngeee. Ingat dah xde surprise. Mmg lawa kt sini. Dlu dah pernah dtg. Saje tgk2 tempat. Tp x siap lagi. Skrg dah siap. Lawaa. Ngadap tasik.


Dlu kan feeling2 nk duduk putrajaya. X dapat duduk kite g holiday semalaman pon jadi lah. Hahaha. I mmg sukeee putrajaya sbb tempat die cantik. Org mostly melayu. Mmg tenanggg je.





Tempat ni klau nk bergambo mmg smp habis la batery. Lol.



Pastu dah terlupa nk beli pampers rafif. Adoii. Kena lah pegi beli. Hubs suh g spa. Tp baik lah aku ikut skali g alamanda. Sbb lamaaa dah x g alamanda. Rindu rasanya. Hahaha.

Alang2 g alamanda pegi la cuci rambut dgn buat treatment rambut. Sbb rambut ni terukkk sgt oiiii. Nak2 lepas branak ni langsung x jaga rambut. Cari saloon. Nk tempat tertutup susah nau. Kena booking bagai. Misi mencari saloon lak aku dalam tu. Naseb baik a-saloon tu ada kosong tempat tertutup. Yg kerlasnya siap bg ipad sorang satu. Haa. Takde la ko nk ternganga je tgu rambut siap. Smp layan tenet baca blog lah. Rafif tgl dgn ayah die. Naseb baik elok je. Dalam hati x senang ni sbb teringat rafif. Wuu. Cane la klau keje. Ni yg tinggal sejam lebih pon mcm x keruan dok teringat anak. Dah settle laju2 pegi cari hubs. Rupanya elok dua beranak tu siap shopping sakan. Puii. Letih aku risau. Yg rafif siap makan cereal. Hahaha



Dah lewat terus balik hotel. Mandikan Rafif sbb tau dah klau lepas dinner die mesti nk tdo je. Ktorang dinner dekat restoren tepi tasik situ je. Buffet. So far makanan die byk jugak la choice tp xde la sedap sgt. Tettt. Mahal bg i. Alah buffet hotel mmg gitu la rege nye. Rm200++ utk 2pax. Penat sbb kena kejar rafif satu hal. Grrr



Dok kejap ada lah orang dtg bawak kek. Elelel. Sweetnyeeee. Hahah. Tq abang! Terkejut oii.

Dah habis makan balik bilik layan cite chernobyl diaries. Haha. Hubs terus tertdo. Rafif main kejap dah tdo. Kate vacation kan. Hubs langsung x sentuh laptop. Yeay.



Bangun papagi esoknya dah nk pegi breakfast. Tp booking spa tp pukul 11.15 je yg ada pmpn. Alaa. Malass. Terus cancel. Nk pegi kids club je. Oo makan breakfast die sedapp. And banyakk choice



Tengok la rafif!! Wakaka. Die mmg tensen bila ayah dok pgl2. Last2 suh tgk camera je. Haha.


Kids club die pon best. Ada macam2 mainan. Rafif pegi cubit telinga budak mane ntah. Skali budak tu tolak die. Haa. Padan muka. Sape suh kacau org. Menangis die. Wakaka.

Lepas tu bosan dah makpak main mainan anak. Pegi karaoke lak. Ngee. Lamaa oii x pegi karok. Dolu2 aktiviti peveret gak ni. Skrg test vokal jerit pgl rafif je kekdahnyee. Hahah


Feeling2 mak nyanyi lagu mak iti. Lol!

Pastu ktorang nk balik tp..... Hadiah blom dapat. Anddd hadiah ibu tahun ni.....


Ayah belanja mesin jahit uolls. Mak is sukeeee. Ni mesin jahit biasa je. Yg paling basic. Ok la utk jahit yg biasa2 tu. Happynyee!! Sebelah kiri tu yg i bg hubs birthday die dlu. Ehehe. Kemain suke die dapat unleashed.

Tp yg paling gembira rafif lahh. Tetiba ayah blanja die ipad. Prfff. Ayah cakap rafif kan suke tgk cite. Layankan je laaa. Orang dah nk belanja.



Tp skrg i dah selamat smp kg. Hubs os lagiii. Kali ni x nak ikut sbb lamaaa sgt. 3 mgu tu. Mati kutu lah aku dok hotel. Makan tdo makan tdo. Balik je jd badak. Lol!

Sape yg invite pegi birthday anak die tu sooo soriii sgt2. Klau i tetiba balik kl insyaAllah dapat hadir. :)

Friday, September 6, 2013

Outing with Rafif

Assalamualaikum

Haa. Bila dah ada anak ni nk keluar dah x mcm dulu la. Dlu sejam lah konon amek masa nak siap mandi solat mekap pilih baju iron. Skrg sejam gak. Tp sempat siapkan anak je. Maknye pakai jela ape yg sopan. Tudung main jenis crinkle jela. Wakaka.

Mcm i ni mmg selalu outing dgn anak berdua je. And i mmg keluar weekdays. Tak ramai org. Parking senang. And murah. Hehe.
Biasanya i pegi jusco dgn tesco je dr rumah ni dalam 5 minit driving. X sempat la rafif nk ngamok dah smp. Ehehe.

Klau mcm hari weekend mmg jarangg sgt pegi mall. Sbb i x suke cari brg masak waktu weekend. Kena berebut sayur sume tinggal yg dah x fresh. Kadang tu bghn ikan ayam kering wei. Sume dah kena rembat.

So td i keluar g jusco dgn rafif. Pertama kali x bawak stroller. Sbb kan da ada abah-abah. Bg die jalan jela. Hehe. Kemain seronok kau nakkk. Masuk mall terus lari. Tujuan utama nk beli sabun je. Sekali mcm2 aku beli. hahaha. Klau pegi jusco x sah klau x blanja rafif main kete bunyi.


Dr kecik lagi dah ajar naik kete ni. Padan muka aku. Asal lalu je kena blanja naik. Hahaha


Kemain eksyen kau nak. Amboi2. Tp abah2 jgn di lupa. Kena pakai. Sentiasa. Hahaha.

Pastu sesaje masuk popular. Adoii rafif sepahkan buku lak. Excited tgk buku. And rafif ni mmg suke buku. Sempat grab 2 buku utk die. Kemain ralit lah tengok buku rafif tu. Hehe. Harap suke lah baca buku ye nak. Jgn jd mcm mak. X brape minat buku. Ekeke



Bila bab bayar paling susah la bg i. Sbb nk queue i kena dukung die. Pastu die suke sgt lembik kan badan die nk turun. Nk jalan ke mana2 ntah. Adoii. Kena pandai amek hati die. Cite2 buat2 bunyi haiwan. Orang sebelah tgk pelik je. Wakaka.



Pastu bila dah nk shopping kt bawah. I dah surrender amek trolli la. Byk pulak brg i amek. Hehehe. Kate nk beli sabun. Pastu teringat dah xde roti la susu la biskut la softener la. Hahaha. Tp i rase dah biasa handle beli brg sorang2 dgn rafif. Kadang org tgk i kalut. Sbb nk pegang beg. Handle anak. Tolak trolli. Tp bg i benda tu dah biasa.



Biasa klau satu trolly tu biasa jela. Skrg hubs boleh senang lenang dah. Klau nk beli brg dapur die x yah g beli. Suke letteww.