Pages

Sep 9, 2013

Birthday Story

Assalamualaikum

Harini nk story pasal birthday aritu. Hehe. Walaupon dah 26 tahun mesti excited lagi kan bila smp waktu tu. Memandangkan birthday i jatuh hari jumaat. So takde la celebrate pape hari jumaat tu. Biasa hubs malam sebelum tu die dah excited tp kali ni die diam je. Ngee. Ingat dah x ingat. Rupanya die ada surprise lain. Hehe.

He just wished me HAPPY BIRTHDAY je. And jumaat tu mcm biasa i dok rumah meniaga apple quran and safety harness tu. Hehehe. Bila hubs balik cakap kemas baju utk sehari. Ingt nk pegi mane. Sabtu i keluar dalam tengahari pegi lunch. Haritu ada tercite yg chef zubir ada kedai. Laman grill. Sekali die bawak pegi lunch situ. Hehe. Sedappp giler.


Harga bagi i reasonable la. Nak kate murah tu takde la murah bebeno. Sbb steak kan. Nk kate mahal sgt tu tak jugak. Affordable lagi.


I order salmon dgn kupang ke tu ek. Haha. Hubs order steak well done. Kemain ko. Boleh pilih. Ofcourse lah pilih well done. Haha. Tak reti lah makan yg x masak. Pastu rafif carbonara. Hahahah. Kemain ko nakk. *banyak die makan* pastu lagi order tiramisu. Dasar makan banyokk. Haha. Air hubs punya banana milkshake *must try*. I order orange juice je. Total sume rm147. Tp mmg sedap. Boleh makan lagi. Hehehe

Lepas tu hubs la surprise bawak pegi pullman. Ngeee. Ingat dah xde surprise. Mmg lawa kt sini. Dlu dah pernah dtg. Saje tgk2 tempat. Tp x siap lagi. Skrg dah siap. Lawaa. Ngadap tasik.


Dlu kan feeling2 nk duduk putrajaya. X dapat duduk kite g holiday semalaman pon jadi lah. Hahaha. I mmg sukeee putrajaya sbb tempat die cantik. Org mostly melayu. Mmg tenanggg je.





Tempat ni klau nk bergambo mmg smp habis la batery. Lol.



Pastu dah terlupa nk beli pampers rafif. Adoii. Kena lah pegi beli. Hubs suh g spa. Tp baik lah aku ikut skali g alamanda. Sbb lamaaa dah x g alamanda. Rindu rasanya. Hahaha.

Alang2 g alamanda pegi la cuci rambut dgn buat treatment rambut. Sbb rambut ni terukkk sgt oiiii. Nak2 lepas branak ni langsung x jaga rambut. Cari saloon. Nk tempat tertutup susah nau. Kena booking bagai. Misi mencari saloon lak aku dalam tu. Naseb baik a-saloon tu ada kosong tempat tertutup. Yg kerlasnya siap bg ipad sorang satu. Haa. Takde la ko nk ternganga je tgu rambut siap. Smp layan tenet baca blog lah. Rafif tgl dgn ayah die. Naseb baik elok je. Dalam hati x senang ni sbb teringat rafif. Wuu. Cane la klau keje. Ni yg tinggal sejam lebih pon mcm x keruan dok teringat anak. Dah settle laju2 pegi cari hubs. Rupanya elok dua beranak tu siap shopping sakan. Puii. Letih aku risau. Yg rafif siap makan cereal. Hahaha



Dah lewat terus balik hotel. Mandikan Rafif sbb tau dah klau lepas dinner die mesti nk tdo je. Ktorang dinner dekat restoren tepi tasik situ je. Buffet. So far makanan die byk jugak la choice tp xde la sedap sgt. Tettt. Mahal bg i. Alah buffet hotel mmg gitu la rege nye. Rm200++ utk 2pax. Penat sbb kena kejar rafif satu hal. Grrr



Dok kejap ada lah orang dtg bawak kek. Elelel. Sweetnyeeee. Hahah. Tq abang! Terkejut oii.

Dah habis makan balik bilik layan cite chernobyl diaries. Haha. Hubs terus tertdo. Rafif main kejap dah tdo. Kate vacation kan. Hubs langsung x sentuh laptop. Yeay.



Bangun papagi esoknya dah nk pegi breakfast. Tp booking spa tp pukul 11.15 je yg ada pmpn. Alaa. Malass. Terus cancel. Nk pegi kids club je. Oo makan breakfast die sedapp. And banyakk choice



Tengok la rafif!! Wakaka. Die mmg tensen bila ayah dok pgl2. Last2 suh tgk camera je. Haha.


Kids club die pon best. Ada macam2 mainan. Rafif pegi cubit telinga budak mane ntah. Skali budak tu tolak die. Haa. Padan muka. Sape suh kacau org. Menangis die. Wakaka.

Lepas tu bosan dah makpak main mainan anak. Pegi karaoke lak. Ngee. Lamaa oii x pegi karok. Dolu2 aktiviti peveret gak ni. Skrg test vokal jerit pgl rafif je kekdahnyee. Hahah


Feeling2 mak nyanyi lagu mak iti. Lol!

Pastu ktorang nk balik tp..... Hadiah blom dapat. Anddd hadiah ibu tahun ni.....


Ayah belanja mesin jahit uolls. Mak is sukeeee. Ni mesin jahit biasa je. Yg paling basic. Ok la utk jahit yg biasa2 tu. Happynyee!! Sebelah kiri tu yg i bg hubs birthday die dlu. Ehehe. Kemain suke die dapat unleashed.

Tp yg paling gembira rafif lahh. Tetiba ayah blanja die ipad. Prfff. Ayah cakap rafif kan suke tgk cite. Layankan je laaa. Orang dah nk belanja.



Tp skrg i dah selamat smp kg. Hubs os lagiii. Kali ni x nak ikut sbb lamaaa sgt. 3 mgu tu. Mati kutu lah aku dok hotel. Makan tdo makan tdo. Balik je jd badak. Lol!

Sape yg invite pegi birthday anak die tu sooo soriii sgt2. Klau i tetiba balik kl insyaAllah dapat hadir. :)

10 comments:

Nanie said...

husband memang rmantic betul. rafif pon good boy.

hana yoriee said...

Haha.. Try la steak medium rare.. Gittew! Pullman tu dulu every friday g swim kat agensi maritim dpn pullman. Tp x penah lg nginap. Syok jgk kn short vacay gini. At least dot spent quality time together.

LisaLisut said...

Bestnya.. Pampering kt spa n saloon.. Happy brlated bday mimi

Aty Fared said...

part saloon siap bagi ipad tu memang terbaik...tak pernah jumpe lagi..huhu...tak ar boring kaaannn...

Shakina Farhan said...

bestnya dpt kejutan mcm tu..happy 4 u mimi..happy belated birthday..sama la kite, sejak ade anak sikat rambut anak 5 kali sehari, rambut sendiri? errrr..kdg2 xsikat pon..

Julia Johari said...

Hebat percutian...ongkos mesti mahal kan?

safurara said...

wow siap bg ipad masa cuci rambut.best nyaaa~ hehehe. wahhh rafif pon dpt hadih~ best nya~ hehe.

ctmah said...

happy belated birthday mimi.
ah seronoknya balik kampung!!!

Hana Soffelia said...

bestnya hubs mimi pandai la buat suprise bagai.

e.t.t.y said...

hoh jeles. kenapa laki aku tak penah buat gini kt aku...kenapa??????????????????????????????????

wakakakkakakakak....

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com