Pages

Aug 26, 2011

Ucapan raya suami isteri

Assalamualaikum
We would like to wish 
SELAMAT HARI RAYA
to every muslim in the world
esp our family, friends 
and not forget to our readers

Drive safely and 
dont eat too much. 
hehe 
:)

Happy raya everyone!

InshaAllah, if I still got time,
I will update okay ;)

Aug 24, 2011

Ni yang nak marah nih


adoyai. air asia ni takde duit lagi ke? dah la ko bagi aku duduk kerusi yang kurang empuk lalu menyakitkan belakangku yang sudah sedia sakit ni. argh! *mengamuk kejap*

saya nak kata pengguna kerap air asia ni takde lah jugak. but for this year je, dah 7 kali turun naik benda alah ni. so kira boleh tahan la saya naik airasia ni. tapi sume nak caz je skrg ni. ini tidak adil! saya bangkang yang arif! *tetiba*

kalu balik kb mmg saya akan web check in. sbb senang. bila smp lcct je. sy terus masuk departures. tak de nak berlegar-legar tak tentu hala kt situ. but who knows klau kita terlupa ke web check in. kena queue panjangnye and kena cas lagi RM10 per person! adoiii. dah lah luggage kau kemain mahal. aaaa. nampak gaya mmg jarang ler kte berjumpa ye lepas ni airasia? (cakap je aku ni. karang jenguk2 sale.haha)

hah! for those who dont know. klau nak pegi aussie, tak boleh web check in or mobile check in. hanya counter check in sbb custom nak check visa. aritu pegi aussie custom tu check visa ktorang. saya punya takde hal. husband punya visa salah nama bapa. hahaha. naseb lepas. saya dah buat lambai2 dekat die. konon nk tinggalkan dia. padahal sure saya tak dapat survive sorang2. kehkehkeh. :)

ok. sambung sikit cite aussie.

sampai dekat coolangata airport, kena queue macam biasalah. nak check passport. counter pulak bukak 2 untuk citizen. 2 untuk visitor. pastu custom diorang ni seriuss je muka. adoi. takot je i. haha. bila smp turn saya and husband. custom tu tengok2 passport saya. selak selak. pastu die tny "are you first time?" saya macam cis! cis! tau la pertama kali ke luar negara. jangan r buat saya camni. hahahha. pastu layankan jela.

dah lepas gate. ada lagi yg tahan ktorang. dah cuak. ape hal ni tahan. ingat main police entry ke? haha. pastu die ada la buat soal selidik sikit. die tny macam2. datang aussie utk ape? holiday ke? brape hari tinggal? stay hotel mane? die tengok tiket flight balik m'sia. (ingat aku tak nak balik ke? haha. kelakar pulak) brape dollar bawak pon tanya. huhuhu. pastu tny umur. cakap 24. pastu dok kejap tny lagi umur brape? eiii. btol lah ktorang ni baru 24 walaupon nampak macam 16. kehkehkeh. (biasalah, mat salleh ni. bila tengok asian ni. mesti die ingat kte ni under age. wakaka)

lepas tu baru la saya tau. mungkin diorang basmi pemerdangan orang.

tapi naseb baik ktorang tak perlu bukak beg. check makanan ape. sbb ktorang ckap ktorang bawak instant noodle je. wakaka. padahal siap prego aku bawak. tapi ada la anjing pengesan. die hidu2 tak de ape pon.

Cubaan untuk menjahit baju raya

hahaha. don't believe me guys. saya tak pernah jahit baju sendiri. inikan pula baju melayu husband. memang jauh panggang dari api lah. tapi disebabkan nak alter kaki tangan baju melayu husband i. terpaksa lah tunjuk skill jahitan yang tak seberapa tu. hehehehe.

pls ignore my chubby hand ;(
isnin lepas saya pegi la kelim baju melayu husband, sbb dah nak balik raya ni. kelam kabut nak buat semua. aisshh. pastu kedai amoi tu tak boleh jahit pulak. kelim je boleh. saya pon pasrah lah balik rumah. fikir saya kelim tangan sendiri jela. jadi ala-ala tangan baju kurung ler baju melayu husband i. hahaha. kesian. (lepas ni kena belikan mesin jahit)

saya dengan gigihnye menjahit ler. ala. setakat simple sembat tu tau la. belajar dengan mak kat rumah. dah selamat dua-dua tangan. kaki sempat jahit 1. pastu malam td. husband tengok baju. die try. terus cakap

him: Sayang! orng kedai ni tak jahit siap lah baju melayu abg! satu kaki seluar tak jahit.
her: aik. bila masa orang kedai? mie jahit sendiri lah.
him: yeke? bukan antar kedai?
her: T_______T

nak marah pon ada. nak tergelak pon ada bila die cakap camtu. perasan kejap jahitan macam tukang jahit. hahhaha

adoi. husband i ni memang tak tau ape klau cite pasal jahitan ni. saya cakap kelim pon die blur. tapi klau cite pasal machine. mak aih. berbuih mulut. maklum lah, engineer. tapi saya pulak lah tak faham. hahaha. last2 saya akan cakap. mie tak faham satu benda pon. ekeke. :) (balas dendam)

update: baju both siap! satu lagi baju kurung mak jahit kat rumah. purple-licious!. baju T husband dah shopping haritu dekat Alamanda. fuh! lega. ingatkan takde baju raya dah tahun ni. satu lagi kain yg dapat hantaran kawen saya tak pegi anta tailor lagi. ingat nak bawak balik kb je. anta upah sana murah sikit. hehe

Aug 23, 2011

Tips booking andaman

Assalamualaikum

harini saya nk cerita pasal pengalaman lah pulak. pengalaman bila saya nk booked baju pelamin segala bagai tu. 
act, bukan mudah tau. orang kate macam mudah je. pegi jela kedai mak andam tu. pastu booking. cet! salah sama sekali. 
first of all. setiap orang tu kena ada tema warna. at least! 
klau tak de tema lain pon tak pelah. asalkan ada tema warna ape.

macam saya, dlu saya mmg malas nk fikir benda camni. bila dah tarikh dekat baru kelam kabut pick warna. so majlis blah saya. saya pilih biru. light blue. tapi saya tak byk sangat problem bila booking utk blah saya. since saya amek dengan makcik saya je. senang cite. 

bila nak booking utk side kajang. my MIL da choose color which is peach and light green. saya pon suke jugak warna tu. lari sikit dari warna normal. 

saya pon pegi lah festival pengantin dekat mines bulan 2 or 3 lepas. saya tak ingat. 
tengok la baju peach tu. saya berkenan. ok lah. tapi tak booked lagi.
saya tengok pulak pelamin. pelamin bantal. range harga pon ok jugak. saya malas nk fikir. 
saya booked! bayar la deposit. 

balik rumah 2 3 hari. saya dok teringat je baju peach yng mmg saya pakai tu. 
saya call butik pengantin tu. cakap nk pegi kedai sbb nk tengok lagi sekali. nk booked!
dah la jauh wei. batu caves nuh hah. smp sesat2 ktorang. ishhh.

saya dah berkenan. booked dengan bayar deposit. 
pastu cite-cite sikit. tetapkan tarikh nk pasang pelamin hari apa. 
kusi mane nk guna, bantal color ape. 
sume saya nak die kate okay.
pastu dia kate nanti datang a week before majlis sbb utk fitting.

oklah. masa berlalu. saya pon pegi la kedai die balik utk fiiting baju.
tup-tup pekerja kedai tu macam blur-blur tak tau ktorang ada fitting baju aritu.
ok. sabar kejap. pastu naseb baik baju saya tu ada. die cakap. next week ni ada orang lain nk pakai.
saya try pakai corset dlu. mak aihhh. ketat gler~~~ 
saya cakap ni bukan saiz saya ni. aritu dah amek ukuran kan. 
pastu die cakap. ok takpe. nanti kita bukak dah jahit balik ukuran cik. 
ok lah. pakai pulak baju lace kt luar tu. besarrr pulakkk..
menggelebeh bawah lengan, pinggang sume. 
saya cakap lagi. ish.ni bukan ukuran saya. pelik la. kain pon ketat.
saya macam pelik gak sebenarnya. orang yg nak pakai next week tu badan die camne?
corset punya la ketat gler. tapi baju besau pulak. ish pelik pelik.

saya biar jela. malas nk bising. 
husband saya try ok je baju die. cuma butang baju tinggi sangat.
smp husband saya nk kancing tak boleh. 
cakap dekat orang kedai, butang ni turunkan sikit. baru boleh butang
ok. dia siap tulis lagi hah!


pastu saya nk balik. saya cakap baju ni bawak sekali ngn pasang pelamin lah. 
sbb jauh kot nak datang kedai tu semata-mata amek baju.
tapi itulah kesalahan saya buat. tak pegi try for the last time.
(tula. percaya sangat dekat orang) T_T

hari pasang pelamin tu. diorang pon datang la.
pasang pelamin tung tang tung tang.
tengok-tengok. aikk. lain je bantal saya ni.
color dah betul. cuma bantal tu. ada yg ada butang ada yang tak. 
T___T
saya malas nk serabut. sbb time tu pon dekat rumah mertua saya. 
saya cakap ok la ni. lantak ler.
pastu die bagi la baju. mintak duit baju. 
saya pon bayar. pastu die blah.
saya pon tak de la nk check baju tu. sbb macam okey jekan.

hari majlis tu, saya pakai. corset dah okeh. tapi baju tu tetap die tak jahit ikut badan saya
mmg menggelebeh. harapkah veil je tutup belajang. sbb veil panjang. saya malas nak jadi bridezilla je.
sbb dah jadi binik orang kan? hahaha.

husband pulak. die tak alih pon kancing baju tu kebawah. sian encik husband tak ley nk pin.
aritu kemain lagi kau tulis beriya. grrr. geram pon tak guna. 

layankan jela.
bila nak antar baju tu. saya pegi la sekali lagi butik tu.
die tny so far okay ke? 
saya ponnn. cakap la. baju ni besar tak sama saiz saya.
yg bju lelaki pulak tak ubah pon kancing ni. 
die mintak maaf. okay lah

pastu die check la baju tu. die kate klau ada kerosakan die akan caz. 
dan kotor pon die akan cas
aikkk. awal-awal tak pernah pon cakap pasal ni. 
die check, dekat baju bhgn bawah tu ada koyak sikit. 
die cas smp brape ringgit ntah. 

saya terus cakap. 
dik. time diorang antar baju tu. saya tak check pon samada koyak ke tak. 
pastu saya suh die call owner butik tu.
husband saya pon cakap la ktorang xtau koyak ble. bla bla
pastu cakap la baju ni pon bukan saiz saya. 

dia tak jadi cas. fuh. lega!
tapi die still cas utk kotor. saya dalam hati. eii. kotor pon cas ek? 
bukan kita bayar baju tu ratus-ratus. pegi jela dry clean. 

dah anta. sudah! saya lega dah abes segala majlis. 
naseb baik tak de la banyak sgt problem.

____________________________________________________

balik office ada officemate saya kawen jugak.
die punya cerita lagi horror okayyyy~
takot glerrrr..

nak cite pon takot mak andam tu bomohkan aku. wakaka


tips dia. cari tempat yg dah biasa orang pegi. kawan2 ke. family ke. tny die service ok ke tak.
baru amek. skrg ni macam-macam terjadi. jangan kena tipu sudah. bayar riban riban karang ditipu pulak. 

adios!

Aug 22, 2011

Dad's Birthday


Happy 55th Birthday my dear Ayah
may Allah bless you 
and
i love you.


Aug 21, 2011

OMG. this is so cute!

Harper Seven 

and our baby astronaut, Sophea Isabella

grrr. i dont know lately saya mmg geram gler tengok baby. 
apekah???

Sri Raya Apartment for rent.


Monthly Rent: RM 1 350 Type: Apartments, For rent Area: Kajang
Size: 1994 sq.ft. Bedrooms: 5 Bathroom: 3
Furnished: Partially furnished
Property Type:Condo / Services residence / Penthouse / Townhouse
Facilities: Mini market, Covered parking, Playground, 24 hour security, Balcony/Patio

Built-Up: 1,994 sq. ft.

Bedrooms: 5 (All room airconditioned)
Bathrooms: 3 (All with water heater)
Washrooms: 2 (For washing machine)
Kitchens: 1
Store: 1

Unit type: Duplex Penthouse (2 Floors)

Furnishing: 5 x New Air-conditioning units
(in each rooms)
3 x New Water Heater
(in each bathrooms)
5 x Working/ Study Table
2 x Chairs
3 x Book Shelf
1 x Cupboard
4 x Clothes Hanger
3 x Single Mattress
1 x Computer Tables

Facilities: Cafeteria, Covered Parking,
Mini Market, Playground,
24hr Security
Near to: 1)TLS Fitness Centre
(Resident gets Special Rate)

2)CIMB Bank, Bintang Hypermarket,
Post Office, Various
Restaurants & Cafe, Business
Centre,

3) 5 mins to Kajang Town
5 mins to Plus Highway
7 mins to KTM Kajang Train
15 mins to Cyberjaya
20 mins to Kuala Lmpur

4) Hub to UKM, MMU, UPM, KLIUC,
UNITEN

Address: P4-A-16-P-12, Sri Raya
Apartments, Jalan Pasir Emas,
Taman Sepakat Indah, 43000
Kajang, Selangor

Rent: RM 1350

Contact: 013-3314893 (Ridzwan) 


Mencari rumah sewa area kajang dan easy access to KL? contact my husband at 013-3314893, rumah ni sangat besarrrr. mmg sesuai untuk family, student, or even bujang. sbb bilik ada 5 dan each room pon ada air-cond. tak perlu risau Malaysia panas. pastu klau pagi sejuk nak mandi ada water heater in each bathroom. master bathroom siap ada bath tab okey! fuh! heaven kan? permandangan yang cantik. dekat dengan banyak kedai. security 24 hour. orang awam tak boleh suka hati masuk. mmg best rumah ni. klau nak tengok rumah dlu sila call okey. mmg berbaloi-baloi. 

Raya Preparation

Assalamualaikum

camne sume preparation raya? saya so far ok je. preparation pon tak byk sgt buat. biasa-biasa je. 
insyaAllah jumaat depan saya dah bertolak balik kampung. tahun ni first time ni raya bersama suami. hehhe. kinda excited. tapi saya lagi excited sbb raya tahun ni dapat raya kampung saya. yuhuu! 
tahun depan kena gilir-gilir. T_T

baju raya beli dekat pkns shah alam. 

skrg ni baju raya adoi mahal btol kan? mmg susah dah nak dapat below hundred. saya beli ni pon rm1++. grrr. padahal biasa-biasa je. sbb saya nk grey. nk match ngn baju melayu husband. saya beli jugak. 
tapi husband siap cakap, tak pe tak matching pon. tapi saya insist nak matching. huhuhu. gedik pulak kan. hahahah. 

haa..bercerita balik kampung ni, saya balik naik train. act, saya ingat nk drive kete. tapi bila difikir-fikirkan faktor 
1- jalan jam
2- masa
3- penat
4- duit
terus tak jadi. hahaha. saya fikir klau balik drive sabtu baru gerak. mesti orang lain pon gerak sabtu. sume nk keluar pagi. jalan jammmm. mesti malam dah smp rumah. wuu~ so tak nak! mari kita naik pengangkutan awam. saya mmg lagi suke naik train. sbb saya amek tiket katil. so mmg boleh senang je golek-golek sampai kb. hehehe. lagi satu, selamat! insyaAllah :)

lepas ni nak packing barang. saya rasa 1 beg je dah souvenir dari Australia hati tu. pastu campur-campur sikit bju untuk family saya beli kt sini. penuh lah tangan nak bawak nanti. excited ni nak balik main bunga api

souvenir



Aug 19, 2011

Doa murah rezeki


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan kutidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu".

kita berusaha, Allah menentukan.

Aug 18, 2011

Memory last forever

Assalamualaikum
harini pon nak share picture majlis bertandang 4 june 2011.
cd baru je amek semalam dari OP. excited gler tunggu husband balik. hehe

cantik tak gambar? 
photographer ni pon saya highly recommended. :)
saya booking time wedding festival dekat mines itu hari.
survey punya survey. last-last tersangkut dengan 

saya amek package 
1 x Custom Album
1 x Storybook
1 x Mockup Album
1 x Enlargement + Frame
actual price rm2400. tapi dapat discount time festival tu rm1900. yeay!

 
 
 

 baju? pelamin bantal? nanti saya review ok

Aug 17, 2011

Photobook Majlis Bertandang sudah dapat. double yeay!


Salam peeps! :)






can't talk much. i need to go to bazar ramadan. hehe :)
will update later okey!

Aug 16, 2011

Last Saturday Night :)

Assalamualaikum

saya tau dah lambat. tapi nak update jugak. hehe. sabtu lepas saya bukak puasa first time makan kt luar.ewah. yelah. dah lama okay tak makan kt lua. balik-balik makan kt rumah je. saya malas la skrg ni nak keluar rumah. baik dok rumah je tengok tv lagi best. hehe. tapi sabtu lepas saya kua makan dengan BFF. dah lama tak jumpa. so ktorang kua sama-sama. makan dekat Funky Villa, e@curve. 

gambar dalam kereta haruslah ditempek sekeping dua. p/s: shawl buat sendiri tu. pewit pewit~

sampai je sempat la menjenguk-jenguk baju raya. cantik-cantik jugak. grr. tunggu bonus TNB. ekeke

saya and azni. BFF since 2005. wot wot!

antara makanan. sedapppp :)) berbaloi la bayar rm35 je. 




kak ain n abg dd. kak ain is my best-est housemate at uniten dlu. ehem! ramadan terakhir single kan korang? hehehe. tahun depan insyaAllah sekali dah eh? :)

aku klau bercakap tak nak la semangat lagi kan? hahaha. maklum la kenyang dah. heheh
after makan, saya nak jalan-jalan ikea. dalam hati first-first tu nak jalan-jalan je. 
yelah, banyak lagi duit nak guna untuk raya ni.

 masuk ikea je. husband semangat test-test sofa. saya dalam hati berdoa bia banyak duit dlu
baru boleh tambah kusi kt rumah. ehehe.

mensurvey barang adalah wajib. make sure beli barang yg betul. (padahal jimat.haha)
cardigan yang di beli kt Australia by Chicabooti. best! :) AUD$15 je. grr.murah btol la cardigan dekat sana. pastu belambak pulak tu cardigan cantik-cantik. sbb sana kan sejuk. kt malaysia ni tak dapek la. (tengok dah melalut dari cite asal ni)

cermin sgt penting bila tak de orang nk snap gambar kita. 

bilik baju kami :) baju kami asingkan dari master bedroom sebab nak bagi luas bilik tdo. ekeke

Hasil dari balik ikea. sempat rembat stand baju ni. murah glerrr~ rm23 je!! 
besi yg kukuh jugak ler. takde goyang-goyang okeh. 
dan yang must buy dekat ikea ni, mesti lah 
JAM DINDING RM3.30!


kua dari ikea tu, dekat cashier jumpa tomok dengan wife die! wife die cantikkkkk sgt. heheh 
tu je nak cite. hehe. (panjang jugak ler berceloteh)





Aug 12, 2011

So you think you can cook?

semalam or a few days yg lepas i told my husband, "best kan klau puasa kt Australia, pukul 5 dah boleh buka puasa", then cepat-cepat cakap "tp kt sana takde bazar ramadan, tak nak lah" hahaha

my husband mmg agreed je. dia malas nak argue la tu. sejak puasa ni saya tak masak pon. act, bukan malas. ok ada la malas tu sikit. can't help it! saya bekerja, sampai rumah pon dah around 5.15. sampai rumah paling malas nak bukak gate, argh! malas ok. bukak pastu masuk balik kete, masuk kete dalam garage. its not a garage pon actually. muat la myvi i yg kecil tu. masuk rumah nk rest kejap after half an hour drive. fuh. penat tu. ;p

gate yg buat i sengsara setiap kali nak keluar masuk rumah. haha. 


that's why i cakap je dengan husband beli jela dekat bazar. i masak nasi jela kt rumah,ekeke. Alhamdulillah kenyang jugak beli kt bazar tu. kadang-kadang klau mmg hari yang i lapar sangat. i masak nasi mesti lebih sikit. hahahah. that's why lah badan ni tak kurus-kurus. ggrrr.

tengok betapa berjimatnya kami. *bangga*
tapi yang merunsingkan kepala skrg ni. this coming sunday, my Family in law nak datang rumah. sebab ktorang jemput utk makan buka puasa sama. since his lil sist just coming back home from jakarta tak pernah lagi melawat rumah kami. so jemput la datang rumah. and guess what i nak masak ape? 

NASI KERABU! jeng jeng jeng. cuak nye. alahai.

but lucky me, my mom in law is a very supporting mom. so far, im just feel "selamat". ahaha. even i balik rumah mak mertua, i tolong-tolong camtu je masak. hehehe. bertuah punya menantu. act, i tak reti nak react klau dekat rumah orang. for example, rumah i sendiri dekat kb pon. ble masuk dapur je mak suruh masak something, i mesti terjerit-jerit tanya. mak, halia kt maneeee? ajinomoto kt maneee??. tak kan i nak buat perangai camtu pulak dengan MIL kan. 

so, korang dengan mak mertua camne? 


New Templete! :)

Finally! saya dah tukar templete after almost one year pakai yang sama.
yeay-me!! i love it so much. it simple but i like it. heee :)
maybe font a little bit smaller than previous but nahh! its okay
as long as i can read it. hehehe. (tak kisah dah klau orang lain tak nampak.ekeke)

nak tukar templete baru? gi google sendiri. hahaha. jahat btol
okay okay
ni web dia untuk background {link}
and for templete. oh, im sorry i lost it :(
but its okay, u can just google it!
have fun.

Aug 10, 2011

Save the Date!



Assalamualaikum
sekarang ni banyak btol orang buat video save the date, 
comei nye alahai. nak-nak lagi dari CST Production ni
dlu kawen kekangan duit tak de nye nak buat video bagai ni.
lagipon tak reti la belakon-lakon ni.hehehe
layan orang lain punya jela
 






Amir & Nurul Syuhada | Dating
from cstproduction on Vimeo.

Aug 9, 2011

Resepi: BBQ Chicken

entry ni mungkin akan mengejutkan jantung mak saya kt rumah
oleh kerana tidak percaya anak perempuannya 'pandai' memasak.
hahaha.
ok. saya akui, saya memang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan ni
tu pon, klau saya masak kat rumah.
saya akan bagi nama suka hati je dekat makanan tu.
contohnya;
ayam gulai suka hati aku.
ikan sumbat belakang main bedal.
sayur asal boleh makan.
etc.etc

tapi hari ini dengan bangganya. saya mempersembahkan.
ayam bbq!
wow. macam sedap. insyaAllah sedap. ;p

bahan-bahan yang diperlukan.
-ayam sekor potong kecik-kecik. (besar pon takpe)
 -air sarsi

rencah bbq
-halia, serai, bawang merah, bawang putih (blend)
-serbuk kari
-gula, garam, ajinomoto

cara-cara membuat
ayam dibasuh bersih. ewahhhh (act, ewah tak perlu ikut pon)
klau nak bagi hilang bau yg kurang menyenangkan hidung, basuh ayam dengan limau nipis

sudah basuh, rendamkan ayam dalam air sarsi selama beberapa jam 2-3jam. percaya atau tidak.
dia akan memberikan rasa yang lebih sedappp. percayalahhh~ (ikut lagu siti)

rencah bbq, bahan yang diblend tadi, masuk dalam mangkuk.
letak serbuk kari, masuk garam, gula, tok aji. 

ayam yang direndam air sarsi tadi, dimasukkan pula dalam perencah bbq
letak dalam peti ais semalam.pagi esok bakar. eh. tak puasa ek? 
opss. petang bakar untuk juadah berbuka puasa.
boleh la makan ramai-ramai. nak beli kt pasar mahal *gulp

act, saya takde lah kagum dengan ayam bbq saya, tapi kagum dengan bbq box hadiah dari kawan uniten time wedding aritu. aww. sweetnyee bagi bbq box! terbaik! dan juga comel. ada kaki gitu.

ops! saya sudah kahwin.


Assalamualaikum

sudah 2 bulan lebih saya kawen. tapi setiap kali bukak pc, cucuk tenet, bukak blog
apa yang saya terjah?
mesti wedding preparation!!
omg! kadang-kadang saya khayal terasa macam belum kawen,
perasaan excited buat preparation tu datang dengan tiba-tiba.
seronok baca preparation orang kawen ni.hikhikhik
excited.

actually, dunia blog ni banyak membantu saya buat persediaan my big day
dari la baju, kad, door gift, hantaran, so on and so on.
and apa yang saya sangat seronok,
ialah
my readers

mostly, before ni. saya berblog tentang life seharian yang memboringkan. *sigh
tapi lama kelamaan, saya share my preparation
and so you guys too right, bride to be?
and we also become friends dekat dunia maya ni.
seronok bukan?
walaupon kita tak kenal satu sama lain, tapi dari hal kawen remeh temeh ke sebesar-besar hal,
mesti ada yang sanggup drop by some opinion dekat comment.
bersyukur, ada jugak yang sanggup membaca celotehku. 
ada yang bg idea, ada yang share idea,
ada yang rajin share DIY. 
seronok betul. 
cerita pasal kawen, tak kan pernah habis kan?
:)
klau habis pon, akan disambung cerita kedatangan orang baru pulak. hehe
*berharap

eh, saya dah kahwin. ;)

p/s: tunggu je mane la jemputan dari BFF ni. excited!

Aug 8, 2011

Orang perempuan kena kuat

orang perempuan kena kuat, 
bila suami sakit aku kena jadi kuat nak angkat die.
kau tak payah nk berperangai lembik-lembik sbb dah memang kerja kau lepas kawen jaga suami.

orang perempuan kena kuat,
bila balik kerja singgah bazar ramadan beli barang penuh tangan nak bawak,
dengan handbag lagi, payung lagi dengan nk bukak pintu pagar rumah lagi. T_T

orang perempuan kena kuat,
bila kau tak puasa pon kau tetap kena bangun sahur sbb suami nak makan
or suami saya bangun minum air je. tapi saya yg lebih-lebih bangun siap tengok geng mengaji. ;p

orang perempuan kena kuat,
walaupon kau demam, kau tetap belagak macam orang sihat sebab ko nak basuh baju la.
lipat baju la. sapu rumah la. mop lantai la. masak terkecuali bila bulan puasa ;p

orang perempuan kena kuat,
bila kau berjauhan dengan family yg dah lama tak balik since kawen,
kau kena berpura-pura kental dan menahan rindu je.

rupa orang perempuan kuat. 
yes! kuat makan. 
i admit it!

Aug 7, 2011

Review: Hantaran


Hype! 
sape layan melodi tu? meh layan hantaran kawen saya.hehe
hantaran kawen saya 9 berbalas 7 (tak yah banyak-banyak, susah nak bawak.hehe)
saya letak dalam sarang burung color putih which is saya pinjam dari along. hahaha
hantaran saya as simple as ABC. saya siapkan dalam 1 malam je. 

antara barang-barang;
sarang burung.
bunga foam ikut theme.
(pink + baby blue)
ribbon.
round polisterin
and
dawai untuk cucuk bunga.
 Kemeja

 Buah

 Cake.
 Perfume. tapi dah pecah after blik aussie aritu. sedey :(

 Pant and Shirt

 Wallet and belt

 Pulut Semangat. Act, bukan dalam list tapi my mom insist untuk ada pulut ni. mungkin ada kisah disebalik pulut ni.hehe

Shoe.

dan satu lagi tertinggal, Quran. 
mungkin time ni saya letak hantaran Quran tu kat atas, so terlupa nk bawak turun
photographer tak snap pulak huhu.


so far saya berpuas hati dengan hantaran saya. 
sbb awal-awal lagi saya dah tak banyak spend duit untuk hantaran.
yelah. kawen berbajet kan.hehe. tapi ok lah. 
saya suke!
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com