Pages

Apr 28, 2011

Brides and Contact Lenses

Assalamualaikum

harini nak berkongsi cerita contact lens yang memang biasa dipakai oleh brides on their wedding day. so saya kira-kira nak berkongsi la cerita saya sebelum ni dok pakai contact lens. macam-macam color saya pakai. bila pakai terus nampak lain la.heheh =)

biasanya bride mesti pakai kan? mostly la. sebab nak nampak lain sikit bila majlis tu kan. saya dok fikir gak ni. color ape yang saya nak pakai nanti. huhuhu

Kalau mata saya da biru camni. tak de nak pakai da kot. kikiki
saya pernah sekali je beli contact lens korea punya tu kan. konon setahun bertahan tu kan. pastu pakai sekali je mata saya meraaahhh gler. pedih tak yah cerita la. sakit betul. rasa saya pakai sehari dua camtu je. pastu dah tak tahan. huhu

kumpul lens cases pon saya suke. hehehe
antara muka saya bila pakai lens ;
Brown color from Freshkon

Blue~ favorite ni

Same tak header? hehehe


pls ignore my round face.huhu

nanti kawen my side theme blue. his side theme peach. so agak-agak yang mana saya rasa okay nak pakai ek? saya berkira nak beli brown color. hurmmm~

Apr 27, 2011

rindu nak berblog

Assalamualaikum

saya baru balik training for 2 days at IOI Palm Garden, Putrajaya. harini baru masuk office balik. so last 2 days was superb! i like to go to training, especially positive thinking training =) because im a positive girl. hehehe.

everyone were so great and my group was awesome! (because im leader) hahaha. no lah. kidding. but i actually enjoy the training.

ok! back to my wedding preparation. saya da beli dah the rest of door gift nye hal. then need to focus on my hantaran decoration. bunga belum beli lagi. hari ni yang settle cuma tickets for us to coming back to kl after the events. thank god air asia buat promotion lagi. so saya sempat grab tiket murah. hehehe.

Apr 22, 2011

Harini hari penat saya

Assalamualaikum peeps!
last night concert was awesome. actually i didn't expect to be that awesome. but it was!! walaupon dapat tengok dia nampak kecik. tapi okay la kan? prefer yang belakang-belakang langsung tak nampak tu. hehehhe

ktorang gerak awal semalam sbb takot jam dan nak masuk awal, but lucky we buy a blue zone tickets. so tak payah beratur panjang. kikikiki. masuk duduk diam-diam je (bukan diam sangat pon). arini bukak youtube dah ada video!! waaaaaaaaaaa. satu hari aku nk ulang video tu. hahaha.

the tickets

the crowd

the blue zone. ;p




and the video for Justin Bieber concert last night. i found at youtube. its not mine actually. (klau upload mine punya, mcm tengok cite hantu kena histeria je denga.hahaha)

this girl was sooo lucky to get on stage!!! omejayyy

this video is from jin i think.


Apr 21, 2011

Im off to Justin Bieber concert!

Hey guys.
im kinda like excited today because im going to JB concert after this! waa..hahaha..yes! i know that im 24 and im still going to concert a 17 years old boy. hahaha. but, who cares anyway?? 

 bye guys! see ya tomorrow with alot of pictureess (i hope i could snap a picture sekepam dua with all the crowded peeps)






and i was like, baby baby baby oooooo

HAHAHA =D

Apr 20, 2011

Membeli belah di Fah Lean Balakong

Assalamualaikum
dengan pantas ni nak update blog. tadi je baru balik dari Fah Lean Balakong. Tujuan utama pegi tu nak cari bunga dan polisterin untuk gubahan hantaran nanti. semangat ni masuk cari bunga color biru. maklum la saya nye tema biru. tapiiii....hampanya hati. tak de pon bunga yang murah color biru. cet!

ok tak pe. tengok polisterin pulak nak cucuk bunga tu. dah jumpa dah. beli la 8 sebab kek tak payah la polisterin. saya pilih bulat. satu keping dalam rm2.50. sori tak sempat amek gambar. dah masuk dalam bonet kereta. huhuhuhu. pastu beli bunga manggar. saya beli yang terus di lilit lidi. sebab nanti senang sikit. tinggal cucuk je lagi. (malas nak fikir lepas-lepas ni). bunga manggar 1pack/20pcs dalam rm4. saya beli 2 pack. tak yah banyak-banyak. ekonomi meleset ni.


bunga dekat fah lean ni boleh tahan jugak banyak. tapi yang saya cari color biru takde la. nak cari yang murah memang tak de. huhu. tapi ada la bunga foam color biru. cantik btolll. satu tangkai tu ada 10 kuntum harga dalam rm9.50. saya terfikir gak ni. nak beli ke tak. sebab satu hantaran mesti la lebih 10 kuntun. ke aku nak taruk benda lain bagi nampak lebat sikit bunga. hehehe. tak tau la.

 Hantaran yang dah siap. tinggal beli je lagi. set die ada la dalam 7 ke 8 ratus untuk satu set tu. menangis aku tengok harga. T_T

 
Inilah bunga foam yang saya berkenan tu. cantikkkk. trend sekarang ni orang pakai foam sebab die nampak real dan comei..alahaiii. kenapa harga kau pon comei wahai bunga foam?


banyak nye lagi nak fikir ni. kad kawen pon saya belum pos dekat kawan-kawan. eh cop! saya nak tanya, klau kad kawen kte print dan tampal alamat. setem paling murah kena brape? sbb ade pernah terbaca klau print kena guna setem mahal ek? adoiii..sume nak mahal ni. T_T

Apr 19, 2011

Bieber Fever!

Hi.
sakit perut ni. tapi nak jugak update blog. sekarang ni mood bieber feverrrrrrrr.

suke hati aku la nak bieber fever. its bieber okay! not bibir or babi what-so-ever that you called him. 

hamek kau!


nak lagi!


hamek kau lagi sekali!


my favorite after watching Never Say Never

Apr 18, 2011

Wedding wishes

saya selalu klau attend orang kawen nak bagi adiah mengarut-ngarut. dulu ade member uniten kawen, saya belikan tempat letak barang dekat Lovely Lace. sebab saya fikir.alor.comeinyee.ade kain lace sume bagai.
tapi bila fikir ape orang nak bagi aku pulak lepas ni (berangan awal-awal dah) tapi saya berharap sangat ade yang sudi bagi Knife set. huhuhu. walaupon agak macam pelik. bagi pisau pulak kan. tapi saya berharap sangat dapat. hehehhe

klau dapat yang macam ni kan best.

waaa..siap ade tempat letak terus. suke! suke! ade tak orang sudi agak-agak? hehehe. lagi satu benda yang saya nak toaster. boleh buat roti bakar untuk breakfast. hehehe.


waa..siap boleh letak telur. best-best


comeinye biruuuuu. i loikeee

yang ni mesti encik tunang suke gler babeng punye. ntah-ntah die tak sanggup nak makan. hahaha

Al-Fatihah

Assalamualaikum

saya tak rasa untuk update anything kecuali merasa sedih atas berita salah seorang kawan baik saya kehilangan ibu tercinta Jumaat lepas. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-fatihah dan berdoa agar roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang beriman. amin.

Perjalanan ke Ipoh semalam membuatkan saya banyak berfikir. 
if that happen to me. i dont know how to act. hmmm.
hilang orang yang saya sayang kira-kira 13 tahun yang lepas. 
nenek saya meninggal, tu pon saya tak sempat nak kenal die sangat.
sbb time tu kecik lagi. 

Harap kak ain banyak bersabar. Ini dugaan Allah swt. 
Setiap apa yang hidup pasti akan kembali kepada-Nya.



This life is full with surprise

Apr 14, 2011

Beware Girls

Assalamualaikum
tadi saya bukak facebook then tertengok 1 video ni. ya Allah jahat punya orang. pecah tingkat kereta semata nak ambil beg orang dalam kereta. adoi. tak de kerja betul la. pegi la cari kerja oiii! (marah dah ni) mari same-same kte tengok video

kejap je kan die pecah tingkap kete tu? rasa dalam 2 saat je pecahkan. sbb tu dulu time saya beli kereta, agent kete cakap die akan bagi tinted free. saya terus yeayy!! pastu dah dapat kete saya pegi la Ray Tech bangi sebab dapat free. konon-konon best la kan? pastu sampai je kte test la yang die bagi free tu kat tangan. adoii. takde effect langsung. klau panas pon still panas T_T (barang free memang camni) pastu die suggest klau perempuan yang drive baik pakai security tinted. die buat promotion, dapat la dalam rm8++, 9 tahun warranty. demi keselamatan terkorban la duit. wuu T_T


tak pe lah. keselamatan tu penting. so saya terus tinted aritu jugak. so inilah my_myvi. takde nama kereta aku ni.hahha

my first car yang di bayar oleh ayah. hehehe. tenkiu ayahhh!! bulan-bulan pon saya share ngn ayah.hehehe. baik tak ayah sayeee?? (bodek ni. kot-kot tahun depan die bayar downpayment rumah pulak ;p)

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Pasangan yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Apr 12, 2011

Aku rasa ni betul.tapi aku rasa ni pon salah jugak

maafkan saya berbahasa aku. sebab ini hanyalah monolog dalaman. ;p
terbaca blog sikecilberkata, ada tips untuk sape yang kita nak invite wedding kte nanti.
siap ade plan tu. hehe


lepas baca kan reaksion saya terus yes!! betul tuuu. ini mmg tepat sekali.haha
tapi lepas fikir-fikir balik, tak pe lah. aku invite jela semua. T_T 
macam kejam la pulak siap nak tengok orang tu akan create drama la, make wedding fun la. hehe.
tak pe lah. asal hati ikhlas nak ajak orang memeriahkan majlis kita, insyaAllah semua orang datang.

Download a Love Song for free!

Assalamualaikum
hari tugas saya download lagu-lagu cinta untuk masukkan dalam slide show nanti. so memandangkan saya buat sendiri je slide show tu. saya jugak la kena mencari lagu. tapi saya ni ade sikit masalah la. saya tak suke download yang banyak songeh. let say kite google download lagu free. die pon kua la link. ble click je benda alah lain yang keluar. nak download tu punya la banyak songeh. 

tapi saya jumpa website yang boleh download lagu berapa banyak kau nak. free! tak yah register bagai! senang bukan? so sape nak download jugak. meh sini!

saya mendownload di BEEMP3


nanti lepas ni kerja aku jugak ler pilih gambar mana yang akan ditapis masuk dalam slide. huuu

Apr 11, 2011

My hectic weekend was end!

Assalamualaikum

kita sudah sampai isnin ye kawan-kawan. selamat berenjoy isnin T_T. i know everyone hate monday. so do i. hahaha. lets me review my weekend. soo many thing da settle weekend lepas. Alhamdulillah. saya bersyukur. another step ahead yang da siap. sabtu saya keluar pagi-pagi around 8.30. pick up my encik tunang pegi breakfast di mcD. kesian dia. dah lama teringin nak makan breakfast mcD yang family box tu. memandangkan die teringin.so dia bayar la.hahaha. aku tukang makan je. ;p

then after that, i drive all the way to klang mencari where the hell is tnb connaught bridge. Jalan kat sana. adoiii! sepuluh kali pegi pon aku mesti tak ingat lagi. huhuu. after 1 hour dalam kete. naseb baik bawak kete saya. sbb tau dah mesti jauh so kita bawak auto jela. then pusing pusing pusing. ok! sampai! permandangan cantikkk.haha. terfikir.ni power plant ke??

muka hepi je sampai sbb penat bawak kete.huhuh



i donno why i always think camera is so important to get a clear pictureee. cepat la kawennn. nak dslr. wuuu T_T

and after we snap a few pictures, ktorang sambung mencari rumah. huhu. so ktorang gerak pulak ke puchong, dan masuk taman tu. kua. masuk taman lain pulak. kua. masuk taman sama lagi. hahaha. pening dibuat nya. and after that, i suggest him to survey our bedroom set sebab nanti nak beli tak yah survey dah.

ktorang pon begerak ke balakong. nak pegi wescourt. then sampai sana. adoi. peningnyee. ada yang bekenan, tak sesuai bajet pulak. pastu ktorang pon cari jugak yang tilam ok. sebab klau boleh nak yang tahan lama. ade warranty lama. hehehe. demand pulak kan? turun wescourt masuk cavenzi. ade la yg berkenan. kayu, die offer set bedroom w/out mattress rm8++. pastu klau tambah tilam die bagi tilam harga rm4++. ok fine! yang tu ktorang berkenan dah. sebab ala-ala english style sikit.


then kte masuk lagi kedai lain. WC Home. set bedroom without mattress rm1+++, klau plus dengan mattress jadi la around rm2+++. tu mattress ok. sebab die latex bukan spring dan ada 6 years warranty. ok. encik tunang da berkenan. tapi ktorang dah cakap nk survey-survey harga. pastu mintak turun lagi tapi still rm2+++. last-last die tanya boss dia. terus bagi murah, sbb nak jual hari tu jugak. dapat la rm1+++. amat-amat berbaloi. dah la wardrobe besauu.aku sukeee.

 Harus la amek color putih kan. sebab kesukaan kami. hehehe. Queen bed ok la ni. nak King. mmg king kong la kami lepas ni. T_T
Amboi. serius je pembayar. macam nk sign check 10 juta. hehehe.

p/s; lepas ni giliran aku pulak beli washing machine. nak basuh guna tangan? mmg tak r. huhu

Apr 8, 2011

My first D-I-Y shawl

Hey its me again.
memandangkan esok dan esok lagi satu. saya tak akan mengupdate anything, so i post more that one entry lah today. hahaha. ok! lepas cerita pasal rumah. mari cerita pasal fashion. before ni some of the people that inspired me alot tru fashion such like Yuna, or Hana Tajima. saya rasa fashion diorang ni fresh and outloud (tetiba bagi nama ni.haha) dan saya pon teringin la nak pakai shawl satin macam diorang-diorang ni dok pakai, terus pegi google blogshop yang mane ade jual. Omaigodd!! Mahal okey~! ade yang sampai rm50 sehelai..wuu T_T menangis i tengok harga. sebab saya fikir, satin je kot. I donno la apa yang best sampai mahal sangat. 

Nak beli tak mampu (miskin lah katekan) so saya mendapat idea, beli je kain satin dekat Tewah. hahaha. semalam pegi Tewah, sempat tengok-tengok kain satin yang agak berkualiti, harga tak mahal sangat satu meter tak sampai rm10. can you believe this? so, saya beli 1.5 meter, sebab klau semeter tak cukup kain nak belit-belit kepala tu. ;p 

otw balik kerja semalam, saya terus pegi jahit tepi color, dekat seri serdang, kedai nama apa ntah tak ingat dah, tapi dia lajur KFC, dia nampak macam kedai jual riben, barang kawen pon ade. dalam tu boleh kelim tepi warna, semeter rm2. color ape kau nak. semua boleh! so total cost of my DIY shawl, tak sampai rm15!!


dan hasilnyaaaa!! (harini terus pakai.haha)


..
..
..
..



pegi office kena wrap biasa-biasa je. karang orang office ni macem macem pulekk..

 sooo in love with this style. saya pernah cuba guna pashmina. adoi. panas-panas. dok London pakai guna pashmina tarak kisah punye. Malaysia cannot lah.


 Yes! I love this one too. but never get a change to buy any inner neck yet.wuuu T_T


p/s: Fashion is subjective, its up to individual to define whether is it okay and suitable with you or not. Dare to wear or not? ask yourself laa!

Rumah oh rumah

Assalamualaikum

topik arini rumah oh rumah. benda yang penting jugak untuk difikir lepas kawen adalah sebuah rumah. saya tak tau lagi sekarang ni nak sewa rumah kat mana. awal-awal ni kena sewa dulu. kumpul harta baru boleh fikir nak beli rumah. saya rasa saya cukup bertuah sebab bila fikir-fikirkan balik. untung jugak saya kawen awal. (awal tak awal pon 24 la saya dan encik tunang tahun ni) among of my friends saya kawen paling awal. hehehe. =)

at least saya ada perancangan hidup dah mulai sekarang. insyaAllah, saya masih lagi menetap di Selangor disebabkan karier encik tunang tidak akan berubah selama 6 tahun. so saya pon stay di Selangor jugak. sekarang ni dilema nak cari rumah sewa kawasan mana. sebab saya kerja Serdang, encik tunang kerja Klang.

haiiishhh~

atau baru saya akan decide nak menetap dimana. nak tengok-tengok kawasan dlu. Esok hari round-round saya la. sambil ke IKEA tengok-tengok set rumah. wuuu ^_^

woo.nak rumah camni la.hehehe

Apr 6, 2011

Menjawab persoalan


Assalamualaikum
menjawab persoalan saya semalam, tak yah banyak cakap.
tengok je video kt atas ni. eh kenape kecil comel je video ni. hehehe

Apr 5, 2011

Sedikit kemusykilan disini

Salam
saya ada sedikit kemusykilan. saya berhajat nak bagi Al-Quran untuk letak atas dulang hantaran. bukan tafsir ye. sebab saya fikir tafsir tu kecik tulisannya. nak baca kena bukak mata besar-besar. so saya memilih Al-Quran.


yang setahu saya, kita tak boleh memegang Al-Quran tanpa wuduk. yes. I know that. fine. tapi boleh tak dipegang berlapik? di lapik dengan kain? ok lets say, saya letak Al-Quran atas dulang hantaran. wajib ke orang yang memegang dulang hantaran tu berwuduk? bukan pegang Al-Quran ni. pegang dulang je.

saya sedikit confuse ni. sebab ada hamba Allah cakap tak boleh langsung dipegang. tapi setahu saya berlapik tu boleh. cepatt tolong saya.

sushi ape? sushi king!

Salam semua
hai hai. ade berita gumbira!! saya selamat tak jadi pindah. encik tunang dapat posting dekat klang je. Tnb Power Generation kat situ je. yahuuu!! so semalam bagi meraikan kegembiraan di hati. saya kua jenjalan ke Mid Valley sambil mencuba sesuatu yang baru dalam hidup saya. (poyo je) makan dekat sushi king. seriusly saya tak pernah keluar makan sushi king. selama kenal 4 tahun pon kami tak pernah jejakkan kaki dekat sushi king. huhuhu. tapi semalam dah dia gtau ade pulak voucher rm20 yeay! terus pegi sana.

rupa-rupanya............

SEDAP!!! HAHAHA



muka konon serius tengok menu. tapi satu hape pon aku tak faham. T_T jakun kan.biasa la.


 Ini set semua nye kena maki. hahaha. nama pelik-pelik btol la. 

yang dipesan. tak ingat dah name ape T_T


 Kiri; Pembayar dan Kanan; Pemakan


 Tako Yaki dia sedappppp!! nakk lagiii..

Ni je sushi yang saya suke. crabroll rasenye. nama dalam Jepun memang tak ingat r. malas nak ingat. semak kepala je. hahahha. act, saya first time try wrap pashmina macam ni. selesa dan tak panas. ok la. may b because of my pashmina kot. tak panas dan lembut je. semalam encik tunang cakap la. ok gak pakai tudung camni. nampak mcm fashion baru (die memang tak tau fashion) hehe. pastu die ckp. beli pashmina la cantik dan murah. boleh pakai g office. saya dalam hati Gulppp!!~~ karang orang office cakap pelik pulak. sekali arini saya try la pakai g office. pagi hari dah kena tegur dah. adoiii!! c'mon! its a fashion yooo~ (tetiba hip-hop pulak dah) ntah la. tak faham btol. sentap hati mak nak. k lah. nak g tengok oh yeah. lol

Apr 4, 2011

Review on my weekend: Saturday

helo. its me again =)
saje nak mengreview weekend sabtu lepas. What's going on. so, last saturday saya dah gtau kan nak ke Chic Pop Street Market. dan berjaya ajak encik tunang pegi. Yeay! (sebab aku memang tak ingat jalan) T_T

first tu saya punya la bersemangat iron pashmina. konon nak mengwrap pashmina lah kan? pastu tak tau la kenape sabtu lepas oh! sungguh panas. tak tertahan. last-last saya pakai tudung express je. hahaha. 

first-first masuk Jaya One tu tercari-cari. mane laaa street market ni. mesti kat luar sbb STREET kan? hahaha. cari punya cari. naik atas turun bawah. Yeay jumpa! Fuh! ramai betul manusia2 gelojoh beli barang murahan. (termasuk la aku yang semangat gler). dan kedai pertama nak pegi mesti la depan Starbuck sebab nak jumpa nurulcakapcakap. hahaha.

dan saya berjaya jumpa dia! omg! she's so adorable! cute!

tengok la muka saya yang dah penat meround-round keadaan sekitar. baru pegi bergambar dengan nurulcakapcakap. dan sempat beli cardigan dekat booth die. hihihi. balik tengok gambar baru terfikir dalam hati.camane nurul ni wrap pashmina die kan? kemas je nampak.

nak jugak amek gambo orang sesak2 pon. >.<
Rania's stuff

 lepas menghabiskan duit membeli maxi dress yang-bila-balik-baru-tau-singkat dan cardigan. terus saya chow~ sbb takot nanti kehabisan duit.huhuhu. ktorang menghala ke times square pulak tengok wayang sekepam dua. cite Just Go With It. kelaka kelaka. sakit perut i. nanti nak tengok ade 2 lagi cite cartoon.

The Pelamin

Assalamualaikum
harini insyaAllah saya rajin update blog.hahaha. so kita mulakan dengan cerita tentang pelamin tunang saya. act, saya ambil khidmat dr Aunt saya je. huhu. senang cerita. dah alang-alang dia bukak butik pengantin. so saya amek je dengan die. act ni pelamin kakak saya kawen ler. kte buat same date sanding dengan tunang. jimat belanja. hehehe. (pandai tak saya jimat? ;p)


so sape yang mencari mak andam or perkhidmatan pengantin area Kota Bharu, Kelantan. boleh jenguk my aunt nye butik

Anita Bridal
Lot 2334, Kg. Kutan, Wakaf Bharu, 
16250 Tumpat, Kelantan.

017.907.5936

or boleh contact die tru Facebook. Here's the LINK

Apr 1, 2011

Door gift nye cerita

ha.sempat lagi ni saya nk update something sebelum saya balik.hahaha. Project DIY door gift saya hampir-hampir siap. brown paper beg da dapat. sekarang aktiviti tempek menempek kertas dan gunting riben. yuhuu! seronok you nak kawen. tak de la masa terbuang begitu sahaja.

tampal menampal

yang sudah siap.dipack balik
yo!! saya nak balik da ni. babai~

Yeay~ da boleh upload gambar

Salam semua~!
esok sabtu.esok nak pegi chic pop street market. yeay!


esok juga nak pegi amek gambar passpot. 
and menyebarkan kad kahwin kepada orang tertentu sahaja. hehe
selamat berweekend everyone!
Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com