Pages

Sep 29, 2011

Tutorial 3D Flower


Assalamualaikum
sorry dah lambat untuk mengupdate tutorial ni. lepas dari tutorial bunga organza tu, saya terus dibuai angin yang lalu dan melupakan tutorial ini.LOL. ok! arini saya pay back :) 3D flower ni lebih kurang bunga dekat baju pengantin elyana tu. tapi rasenye lain sikit kot. ala2 je. haha.


antara bahan yang diperlukan; kain, jarum, gunting, benang and manik.

 
potong kain kepada segi empat. klau nak cantik bunga tu, potong kepada beberapa saiz.

 cara pertama, lipat 2 kain tu.

 left; lipat lagi skali. jadi segi empat tepat. right; gunting tepi kain tersebut untuk jadikan bulat.

 left; contoh after gunting. right; tada! bulat! ;p

ok. lepas tu, ambil jarum dan benang, jahit jelujur je disekeliling kain yang dipotong bulat tadi.
 
 habiskan jahit disekeliling.

 ok. bila sudah selesai jahit jelujur tadi, benang yang lebih tu kita tarik macam nak buat uncang tu.

 left; simpol mati benang tadi. (make sure benang tu dah ditarik ketat2). right; kita tonyoh (ape punya ayat daa) yang muncung hasil dari jahitan tadi ke dalam bunga tu. (faham ke idok ni?)

 left; ikat lagi skali benang tu. right; klau buat 2 saiz camni la jadi nye.

 left; amek bunga dan cucuk jarum beserta manik2. pastu jahit cross je. 

 left; tanpa manik. right; dengan manik.
tada! ni lah hasilnya~ :) 


selamat mencuba! yang nk cuba dekat veil ke baju ke. cantikkk :)

Sep 28, 2011

My Open House

Assalamualaikum
memandangkan arini last day of syawal, saya terpaksa update cerita last pasal raya. eceh. (padahal takde point lain) so, last sunday saya dan husband berjaya mengadakan mini open house. :) why i called it mini? sebab invitation to a very close people only. hahaha. saya tak plan pon nak buat open house, but last week balik kajang, rumah mertua saya. mama suggest buat makan2, tapi buat dekat rumah saya. i just agreed since she's willing to booked for meals. hehe ;p and for tips either. 

dah lama terfikir jugak nak buat makan2 dekat rumah since i got married, tapi disebabkan kekurangan bajet. terpaksa simpan dulu hasrat tu. (at least niat dah ada kan? hehe) so last sunday, berjaya jugak buat.

 antara menu, ada nasi lemak, roti jala, laksam, laksa perlis (sangat sedap), my apam polkadot, samosa, kuih koci (ihsan makcik jiran yang very the baik), and the desert we go for tembikai and this!

 chachos with tomato sauce :) *made by me!.wewit!*

 my apam bertambah color kali ni. ada kuning. yeay!

 my officemate. officemate yang close jela jemput. hehe

my BFF. love them. *hugss* from left; sheila (she is going to spend a few days at Korea starting this weekend!! awww. dah kirim souvenir siap2.hahah), me, anis, azni and ika.

me and husband at our humble home. eceh. ayattt.

harini dah last day ye syawal. jumpa lagi tahun depan syawal. InsyaAllah. :) and for those yang saya tak invite tu. act, bukan tak nak invite. tapi ni buat simple2 je. insyaAllah nanti ada bajet lebih saya invite reramai ye. or tahun depan? hurm. tahun depan rumah ni lagi ke? (berdoa rumah lain pulak. hehe)

Sep 27, 2011

Its been 4 month already

Assalamualaikum
tak ku sangka sudah 4 bulan kahwin. pejam celik pejam celik je dah 4 bulan. Alhamdulillah, so far my marriage life is ohsem! hehe. klau org tny apa yang paling rindu. saya terus akan cakap rindu preparation! haha. seriously, even pening kepala dengan kekangan masa, tak cukup tidur. tapi still seronok buat tu. next rindu adalah; photoshot session. wewitt. seronok gler. terfikir gak lepas2 ni klau ada extra money nak buat post-wedding. hahaha. *berangan*





*nampak sangat berpura2.haha*


 door gift. sakit belakang buat ni. hehe


budak ni langsung tak membantu. hehehe. rania si comel.



haaa. menyebabkan ramai orang yg tanya pasal brown paper bag dekat fb saya. saya state kat sini jelah ye. mana nak cari brown paper beg ni. penat saya nak menjawab. tapi stakat ni semua pertanyaan saya jawab. hehe.

WAKIM PLASTIC INDUSTRY SDN. BHD
NO. 55B-4, LORONG RAJA BOT
KAMPUNG BARU 
50300 KUALA LUMPUR


TEL : 03-26914297 / 03-26921721

atau nak senang lagi; pergi ke blog dia. tengok macam2 jenis ada. selamat mencari. hehe. sila click sini. :)


mine! :)

Sep 23, 2011

Ini baru Free Seat

yeay! kan da cakap. tak ley tengok promotion2 ni. mesti menggelupur nak beli. 
agak2 kami kemana ye? 

ok lah. sebenarnya kami balik kb je. kahkahkah. yang ni je free seat. 
saya beli siap2 utk raya haji tahun depan.
hamek kau. raya haji tahun ni pon belum lagi. kemain over aku ni. hahaha.
yang penting dapat murah. klau tak dapat balik pon tak rasa terkilan sgt. murah lg dari tiket bas. wee :)

Sep 22, 2011

Weekend Chef

Assalamualaikum
ok. mungkin arini dah khamis but its okay ke for me nak update cite pasal weekend lepas? hehehe.tak kisah lah kan? sementara ada mood nak mengupdate ni. baik saya update. ok. here we goes. klau weekend mesti saya a little bit rajin untuk memasak. wow. mungkin orang lain mmg hari2 rajin masak. saya weekend je rajin. or ada husband je rajin. hehe. klau husband ada keja ke. ada meeting ke kt luar. saya makan sorang2. opkos la ikan goreng ngn telur je. haha. saya mmg jenis makan tak kisah. makan je apa saje. (tengok lah badan camne kan?)

ok. ada kisah disebalik garlic bread n chicken soup ni. hahaha. tapi tak yah lah cerita. act, garlic bread ni bukan nye buat sendiri pon. beli instant je. kahkahkah. then panaskan dalam oven. siap!

and for lunch i make;
 terong goreng bercili. first time try. boleh tahan. resipi cari dekat myresipi

ayam bakar madu. tapi madu letak sikit. so tak rase sangat. hahaha

hurm..tu jela. memandangkan menu saya senang je. boleh la orang lain pulak try2 buat. haha. (klau yg malas macam saya boleh la tiru. klau rajin buat la yang susah2 sikit) 

p/s: Tahniah kepada para2 blogger ex-bride to be yang sudah 'berisi'. Alhamdulillah. tahniah. saya? belum lagi. orang kate, take ur time. and appreciate ur time together with ur husband while u still not hv to think about baby. coz once u'll get one. then all the time in ur head is just a baby. (sejuk hati dengar orang cakap camni ^__^) insyaAllah, ada rezeki one day :)

Something Borrowed

Assalamualaikum
harini saya dengan baik hati nye mengupdate untuk kepentingan diri sendiri. eh salah. untuk kepentingan B2B diluar sana yang nak sewa aksesori perkahwinan. saya tengok sewa kat sini harga mmg murah. kira murah la klau kita nak sewa dekat butik pengantin tu.

 candle LED. sweet gler!

 tanglung. eh tetiba je. haha

 decoration untuk pelamin or meja makan cantik ni

 bantal hantaran. tak payah DIY. sewa jimat masa. hehe. murah je


dan yang paling saya suke
yg ini!




eh bukan camera lah. baju baju baju! 
cantik! dan murah. 

nak tau harga? jom ke FB SomethingBorrowed byNawal
Contact owner sendiri lah ye. saya tukang promote tak berbayar. hehe.

Sep 21, 2011

Open House Azni

Assalamualaikum

harini terpaksa update jugak lah. sbb nk upload gambar open house azni aritu. dah beberapa hari lepas dah. tapi tak pelah. update jugak ler. ramai menanya gambar ni. hikhikhik. ;p. minggu lepas ada 2 open house, one rumah Sya, member office husband. rumah dato' datin uolls. kau ada?? (eh apsal aku menaip macam akhak puaka) tengahari sabtu lepas pulak saya berlepas ke labu negeri sembilan. cewah. mcam jauh. tapi dekat je. near to Nilai je. hehe. act, bebudak ni nk tumpang saya. pastu tak jadi tumpang. dari awal2 jadi tumpang-takjadi-jadi tumpang-takjadi pulak. huhu. pening nk explain pon.

so memandangkan kawan husband sorang2. ktorang naik 1 kete jelah. jimat minyak. dan tol. (walaupon tak share) wakaka. eh ikhlas2. hehehe. so layan gambar jela.

 sheila. my bride's maid. akan ku kenang sampai mati. wuu. *syahdu


lama giler kot tak kumpul ramai2 camni. act, saya suke jumpa member2 ni. bukan senang nk jumpa sbb masing2 dah ada komitmen sendiri. ada keje masing2 kan. sbb tu bukan senang nk arrange reramai ni jumpa. kejap yg tu kerja lah. kejap yg tu balik kampung lah. kejap yg tu tak nak joint sbb malulah. (eh ada jugak ke camtu? hehe)

poster bini-bini tak berapa gangster. hahaha


every year datang rumah azni. mesti bergambar kat sini before balik
nak balik dah. wuu~ thanks azni. makanan sedappp





eh mana satu azni??

si gadis manis bertudung mahal. ewahh. 
dan sebelah tu. bini orang yang pakai baju baru beli kt POPLOOK. lol

Sep 20, 2011

Sensitive Issue

sebenarnya saya dah lama nak tulis entry ni. tapi kesudahannya tak tulis pon. arini saya gagahkan diri untuk tulis jugak. ewah. ok. serius2. ini entry serius. jangan memain nanti kena babap. saya pon tak tau nk ketegori entry ni dalam segmen ape. jadi saya namakan segment baru iaitu segment :JANGAN SENTAP.

entry ni hasil dari observation saya kepada keadaan sekeliling saya, terutamanya kepada apa yang saya lihat, saya baca or saya dengar. saya mulakan dengan tajuk utama iaitu sikap sensitivi masyarakat sekarang. masyarakat Malaysia ni mmg tak lari dari merungut, complain, atau konon2nya menegur. saya katekan Malaysia. bukan melayu semata. Skrg teknologi dah canggih, semua orang dah boleh access to internet. dan semua orang pon berlumba nak buat social account, blog (ehem!) or even skrg semakin famous is vlog. dan bermacam2 lagi lah. sebagai contoh lah; kita pegi youtube. taip je tutorial shawl ke tudung ke pashmina ke. mesti ada. confirm! tapi yang tidak enak dimata, komentar2 tu sendiri. saya tau nak menegur orang tu satu benda yang baik. tapi kena lah buat dengan cara yang baik. kita sebok kan nak cari kesalahan orang. sanggup buffering video tu walaupon lama. bialah broadband dah smp limit pon. pastu sebok cite pasal kesalahan orang. aurat orang. muka orang. hmmm. saya cakap tak salah nak menegur. tapi elok lah kiranya kita betulkan diri kita dlu dari sebok betulkan orang lain. ye tak? kita sebok cakap "nak buat tutorial tudung konon! cover lah lengan tu dlu". cuba kita tengok diri kite pulak. terjaga ke aurat kita? bertudung litup kah kita bila kita pegi jemur baju yang boleh jiran sebelah nampak? bertudung litup kah kita bila depan abang ipar kita? atau kakak ipar kita? kita pasti ke kita dah sempurna? tak! takde siapa dalam dunia ni yang sempurna.dan cubalah tengok dari sudut yang positive. ada message yang nak disampaikan. dia nak ajar orang pakai tudung, baiknya hati dia. tapi kita sebok burukkan dia. dan klau di laman2 social, kita main tulis je suke hati kita. kita tak suke orang tu. kita tulis status. kita tak suke gambar dia. kita comment. tapi pernah tak kita terfikir? berapa orang je yang suka kita? dan berapa orang yang tak suke kita? pernah?

saya ulang, menegur itu boleh. cuma lebih elok klau kita sendiri betulkan diri kita dlu. teguhkan iman kita dlu. dirikan solat kita dlu. itu yang sebaiknya.

pernah tak baca

When you're single, people ask about boyfriend, You have a fiance, they ask about wedding? You get married, they ask when will you get pregnant?You already have one, they ask when is little brother or sister coming? When you divorce they ask why? If you move on, they ask why so quickly? People will never stop asking.
ini pon salah satu benda yang saya tengok ramaiiii sangat bercakap tentang sensitif issues. camne nak ketegorikan dalam isu sensitif ni?
soalan2 yang mungkin anda tak perasan anda tny itu sensitif. tapi hakikatnya benda itu adalah benda sensitif:
1. bila orang dah kawen lama tapi tak dapat anak lagi. then u ask "eh bila nk dapat anak ni?"
-Hello! anak tu rezeki dari Allah, kita tak tau bila Allah akan bagi kt kita. so jangan memandai tny camtu. bila orang tu dah lama mencuba tapi masih tak dapat anak. itu sedikit sebanyak akan mengguris hati orang tu. faham ke tak?? (eh gaya macam marah ;p)

2. bila orang tu asyik pregnant je. then u ask "eh ko pregnant lagi ke?"
-instead of tny camtu. why dont u just say. "Alhamdulillah, rezeki ko lagi". bukan ko pon nak jaga anak dia. kau sebok kenapa? (eh macam marah jugak ;p)

3. bila orang tu dah mencapai umur lewat 30an atau 40an tapi masih bujang. then u ask "eh ko ni bila nk kawen?"
- soalan ni klau bg orang takde hati perut mmg tny jela camtu. tanpa sikit rasa salah pon. padahal orang yg menanggung tu masyaAllah. kita tak tau kan.

haa.itu baru 3 soalan saya bagi. byk lagi soalan yang lain2. atau mungkin kita tak tny soalan tapi kita gelak je. itu pon mungkin jadi benda yang sensitif. yelah! klau orang tu cerita pasal penyakit die ke. tetiba kau "HAHAHHA" what the?. so moral of this entry, kita jaga percakapan kita. lebih peka bila bercakap. jgn main bedal kauu je.

dan most important thing is berdoalah kepada Allah, supaya teguhkan iman kita kerana orang-orang yang beriman tak sesekali akan menyakiti hati orang lain. :)


renung-renungkan :)

New addiction

Assalamualaikum
dah lama tak update blog. ewaahh. padahal baru bape hari tak update. kehkehkeh. rase tak best ler pulak klau membiarkan blog tanpa urus. tak bagi makan kt blog. (macam lah blog ni bernyawa). so ape yang new addiction tu? my new addiction tu membuat apam potkadot comel. harharhar. (siap puji tu comel. sabo jelah)

dah lama dah dok usya je resipi apam dekat myresipe. tapi simpan je hasrat nk buat. act, tergoda bila tengok kecomelan apam tu je. bukan nak makan sangat. disebabkan tersangat comel lalu mengambil keputusan nak jugak buat apam tu. tak kira! siap mengamuk2 nak buat (over!) ;p

last weekend pegi la tesco cari barang masak for this week. pastu cari ler jugak barang2 untuk buat apam. takde pulakkk. name je tesco extra. ntah pape btol la tesco extra puchong ni. huh! pastu decided nk pegi kedai bahan2 bakery dekat bangi. punya lah pusing jauh pegi bangi. last2 2 kedai tutup!! gggrr.. mencabar keimanan btol la. pastu terus ke giant kajang. sbb nak balik kajang jap amek barang. pastu ada!! yeay! high-five untuk GIANT! (capslock sikit!)

ahad malam tu bermula lah misi untuk membuat apam comel tu. bahan da ok. stimer dah ada. skali kukus apam tu leperrrr...wakaka. tak nak amek gambar. mmg tak sanggup nak tengok ketidak comelan apam tu. pastu pegi office tny akak sebelah ni. dia cakap kena letak dalam plate yg untuk apam tu. kahkahkah. mane lah tau. lalu semalam membuatlah apam tu dengan jayanya.


kesian dapur. betapa aku ganas menggunakan ko. maklum lah. dapur kecik je. pastu panas pulak tu. terpaksa guna kipas geleng2. eh kenapa geleng. korang tak perasan ek kipas tu asyik menggeleng je.hehehe. saya buat 2 color je. biru dan pink. pewarna biru tu dah beli lama dah time buat nasi kerabu aritu. guna yang sama je. jimat2. 


inilah plate tu. smlm beli terus guna. beli dekat ACE hardware. murah lagi dari giant. high-five ACE! hahaha. murtad dah kepada giant. ekeke.


hasilnya tadaaa!! apam yang ni adalah pusingan awal masuk dalam kukusan. so hasil dia agak cantik dan comel dan kemas. tapi bila dah pusingan yang kebelakang tu. masyaAllah. tak sanggup nk tengok. takde dah potkadot tu. dah bertukar corak .hahaha. ada yang lebih sbb buat mmg banyak dapat sekali buat tu. dalam 40 biji ada kot. bawak datang office arini. bagi la rasa sikit2 kt office mate. Alhamdulillah, diorang cakap sedap. (ke sbb saje nak jaga hati aku ni? haha) begitulah ketagihan saya membuat apam. insyaAllah ahad ni buat lagi. :)
p/s: cadar bertukar baru lagi. pewitt! 

 previous
 now! 


thanks for those who gve us this cadar. yang hijau tu tau sape. hehe. Sya and the geng. member office husband. thanks Sya! Alhamdulillah ini semuanya hadiah kawen. tak pernah beli lagi stakat ni. rasenye cadar saya dapat dalam 6 atau 7. rezeki2.


Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com