Monday, September 12, 2011

DIY veil or headband Organza Flower

Assalamualaikum

disebabkan arini saya rajin terlebih akibat makan banyak. ada potluck kt office ni. maka dengan ini, saya baik hati untuk tunjuk tutorial Organza Flower. cewah. ayat nak gempak je. ok, mari kita mulakan. organza flower ni cantik untuk jadikan veil atau jadikan your flower girl headband. klau untuk veil, kebanyakan untuk veil yang pendek. tapi tidak mengapa. jikalau anda kreatip mesti boleh buat veil panjang.

 


 cantik kan?? cepat cakap cantik. klau tak, aku mengamuk. haha

klau untuk headband, camni lah rupanya.




ok. jgan banyak membebel. mari kita mulakan dengan tutorial organza flower.

ambil kain organza. potong mengikut bentuk bunga. tak perlu cantik sangat. klau tak cantik pon. andaikan aje itu seni. pastu cakap pelan2 dalam hati, gler buruk. ok. abaikan step ni. kain organza ni agak kasar sikit. klau tak tau, pegi je nagoya ke jakel ke tewah ke cakap nk kain organza. senang cerita.

pastu amek lilin, pastikan lilin yang digunakan tu semurah yang mungkin. jangan tiru aksi di dalam gambar yang menggunakan lilin mahal. pastu hangitkan tepi2 kain organza tu dengan hawa2 panas lilin. jangan ler pulak ko g bako kain tu. mmg ler tak menjadi. haha. 

 lepas dah siap membako tadi. buat lagi beberapa keping untuk jadikan 1 kumtum bunga. mungkin dalam 3 ke 4 lapisan. make sure saiz bunga tu tak sama okeyy.
 lepas tu, susun2 kain tadi dan amek benang dan manik yang color lebih kurang kain je. jahit lah pulak manik2 tu sekali ngn kain yang 2 3 4 lapis tadi. (eh, paham ke tak arahan aku ni?? aku sendiri confius.haha)

dan buat lagi macam2 color. cantik kan???? 

grrr. gerammm nk buat letak kt baju raya. eh raya bila ni? amboii. otak dah fikir raya tahun depan. hehehe. nanti insyaAllah saya akan banyakkan tulis tutorial untuk persiapan kawen ok. tak kisah la orang tu nak buat untuk kawen ke. untuk tunang ke. raya ke. ape ke. next tutorial saya mungkin 3D flower. pewiitt!



picture source: Google!

6 comments:

miey anna said...

alahai...suke2..cepat buat...nak bace ^_^

Cik Puan Mimi said...

miey anna; insyaAllah saya update secepat mungkin :)

cheq sue dieyha said...

rajin buat tuto,x tpkir plak nk buat bunga organza utk letak kt veil.idea kering,last2 x pkai veil mse nikah.

Cik Puan Mimi said...

hehe. saje2 ni survey tutorial. masa byk terbuang. baik buat yg ada pekdah nye.hehe

cik.mila said...

sangat simple..boleh buat nih :)

mrs irmidrza to be said...

tq sis...buat tutor yang mudah nak paham..

nway salam kenal sis..miza b2b singgah sini cari ilham exb2b...jom tukar link..folo u dear...folo miza balik ya..=)

http://lildrwalimah.blogspot.com/