Tuesday, September 20, 2011

New addiction

Assalamualaikum
dah lama tak update blog. ewaahh. padahal baru bape hari tak update. kehkehkeh. rase tak best ler pulak klau membiarkan blog tanpa urus. tak bagi makan kt blog. (macam lah blog ni bernyawa). so ape yang new addiction tu? my new addiction tu membuat apam potkadot comel. harharhar. (siap puji tu comel. sabo jelah)

dah lama dah dok usya je resipi apam dekat myresipe. tapi simpan je hasrat nk buat. act, tergoda bila tengok kecomelan apam tu je. bukan nak makan sangat. disebabkan tersangat comel lalu mengambil keputusan nak jugak buat apam tu. tak kira! siap mengamuk2 nak buat (over!) ;p

last weekend pegi la tesco cari barang masak for this week. pastu cari ler jugak barang2 untuk buat apam. takde pulakkk. name je tesco extra. ntah pape btol la tesco extra puchong ni. huh! pastu decided nk pegi kedai bahan2 bakery dekat bangi. punya lah pusing jauh pegi bangi. last2 2 kedai tutup!! gggrr.. mencabar keimanan btol la. pastu terus ke giant kajang. sbb nak balik kajang jap amek barang. pastu ada!! yeay! high-five untuk GIANT! (capslock sikit!)

ahad malam tu bermula lah misi untuk membuat apam comel tu. bahan da ok. stimer dah ada. skali kukus apam tu leperrrr...wakaka. tak nak amek gambar. mmg tak sanggup nak tengok ketidak comelan apam tu. pastu pegi office tny akak sebelah ni. dia cakap kena letak dalam plate yg untuk apam tu. kahkahkah. mane lah tau. lalu semalam membuatlah apam tu dengan jayanya.


kesian dapur. betapa aku ganas menggunakan ko. maklum lah. dapur kecik je. pastu panas pulak tu. terpaksa guna kipas geleng2. eh kenapa geleng. korang tak perasan ek kipas tu asyik menggeleng je.hehehe. saya buat 2 color je. biru dan pink. pewarna biru tu dah beli lama dah time buat nasi kerabu aritu. guna yang sama je. jimat2. 


inilah plate tu. smlm beli terus guna. beli dekat ACE hardware. murah lagi dari giant. high-five ACE! hahaha. murtad dah kepada giant. ekeke.


hasilnya tadaaa!! apam yang ni adalah pusingan awal masuk dalam kukusan. so hasil dia agak cantik dan comel dan kemas. tapi bila dah pusingan yang kebelakang tu. masyaAllah. tak sanggup nk tengok. takde dah potkadot tu. dah bertukar corak .hahaha. ada yang lebih sbb buat mmg banyak dapat sekali buat tu. dalam 40 biji ada kot. bawak datang office arini. bagi la rasa sikit2 kt office mate. Alhamdulillah, diorang cakap sedap. (ke sbb saje nak jaga hati aku ni? haha) begitulah ketagihan saya membuat apam. insyaAllah ahad ni buat lagi. :)
p/s: cadar bertukar baru lagi. pewitt! 

 previous
 now! 


thanks for those who gve us this cadar. yang hijau tu tau sape. hehe. Sya and the geng. member office husband. thanks Sya! Alhamdulillah ini semuanya hadiah kawen. tak pernah beli lagi stakat ni. rasenye cadar saya dapat dalam 6 atau 7. rezeki2.


4 comments:

Reen Tart Nenas said...

tu la mimi, saye pun baru nak buat apam polkadot tu. tp xde kukus tu. tapi steamer yg letrik tu ada la. bleh kukus pakai tu la kot kan?

Cik Puan Mimi said...

eh boleh~ steamer tu pon boley..asal boleh je.hehee

Rina (◕‿◕)✿ said...

hehe cantik je cadar pink tu :)

Cik Puan Mimi said...

rina ke bagiiii? hehe..mimi lupa dah sape bg ni..tp simpan lagi kad wishes tu. :)