Saturday, October 12, 2013

Home tour!

Assalamualaikum

Tetiba je aku nak home tour bagai. hahaha. seperti aku cakap sebelum ni, klau sempat aku nk share picture rumah... err. yang pasti bukan rumah aku. hahaha. Ni rumah cousin hubs di London.

Masa aku sampai rumah dia dari Scotland tu dah malam sebab flight dari Scotland tu delay. So smp dah malam gigih la menapak dalam gelap. Eh tapi taxi tu brenti depan rumah aje. Hahaha! smp je aku kagum rumah Kak Huzai ni. Very the English! (kate rumah kat london kan)

Jom lah layan picture. Aku mmg suke rumah die!


Rumah omputis ni mmg mcm ni kan. Die berpart2. tak macam rumah kat Malaysia yg jenis luas mcm gitu je. Ini living room die. simple yet lovely!.


View from living room, aaa bestnye lepak atas sofa sambil online di iPad. Nikmati teh panas. pergh! aku mmg suke rumah yg jenis display card, frame mcm gini.


Build in bookshelf. Mmg rajin sgt Kak Huzai ni membaca. Banyak buku yg aku suke, especially buku yg jenis sewing! wow.

Benda alah ni naseb baik Rafif tak amek makan batu tu. Hadoilah anak!

Sepatutnya gambar ni aku tempek dlu sebab ni gambar dari pintu masuk. Ekeke. Hentam jelah oi. Kat sini tempat diorang susun kasut. mmg tersusun wei. Maklum lah die ada anak perempuan 3 orang. mmg di ajar utk susun kasut elok baik punyee. Dari pintu ni nampak laman depan, laman depan tu siap ada pokok bunga rose. Lalu je bau wangi. Ko jangan ingat hantu lak. hahaha!


 This is my favourite part. Dining room! (nampak sangat suke makan, dasar) tapi lemari putih tu mmg cantik lah! haduuu. Rajin sgt Kak Huzai ni ngemas. Fyi, sume teko pinggan mangkuk kt atas lemari tu mmg guna pakai. takde display semata okay. huwa. terus rase mcm hina pulak. Sbb aku jenis beli display. makan pinggan biasa je. wakaka. Yang almari kaca sebelah kanan tu Abg Hazmi beli di car boot sale je. Murah je die cakap. harga aku tak ingat lak. tp lebih kurang rm100 je. banyak barang yg beli kt car boot sale je tapi sumenye dalam keadaan yg elok. bagus tau mat salleh ni jaga barang. 

Lovely!

Wet kitchen. Kalau nak tau diorang ni sumenye recycle. Mula2 aku pelik nape Kak Huzai cakap klau tulang tu letak asing. sbb segala bagai pon die recycle. Dan yang paling aku terkejut. Sampah die sikit pon tak bau, walau pon tak tutup. Kagum!


Ni pulak tempat lepak tengok backyard. Ada trampoline anak die melompat. hehe. bersambung je dengan Dining room tadi. Lepak sambil makan berry. Hamboi hamboi!


Ni sampai ke toilet pon aku gigih snap picture. hahaha. Konsep toilet die mesti lah dry toilet which is ada carpet. Dan ko mesti tau toilet kat London ni takde paip. sume pakai cebok. tapi elok pulak tak basah carpet tu kan. Haa. perlukan kepakaran. lol! 

 Ini depan rumah. errr... jalan sikit la. time ni aku ontheway jalan kaki ke town Kingston. Walaupon bg aku jauh jugak nk sampai ke town tu tapi best giler berjalan sebab view tersangat lah cantik!

itu je nak share arini. aku dah sampai kl ni. bluerghh. rindu rumah. naseb baik adik aku follow balik sini skali. nk home tour rumah sendiri tak best. sbb tak cantik. hahah! ala. rumah aku biasa je. 

p/s: sape yg tanya aku penginapan di apartment Kingston tu. meh sini aku share no Puan Rosila. +6447425324504 boleh whatapps saja! :)


5 comments:

~ NANA ~ said...

very-the-english! tenang je nampak...memang kena dgn taste mimi la kn? hehe

ameris said...

cantekkkk sangat!!!! kena save no tu. kot2 la berpeluang ke sana.

nurul harnani said...

wow, sweet n taste die mmg lovely. cantik sgt :)

mama leen said...

hiasan rumah org barat ni memang cantik2 kan..

cik hani said...

sangat kagum dengan kekemasan rumah dorang ni..