Pages

Oct 27, 2013

Ubah suai master bedroom.

Assalamuaikum

finally aku boleh la nak tunjuk bilik aku yg aku ubah suai tu. Sabtu aritu aku pegi gathering geng gojes dan lepas tu aku melencong ke ikea. mmg dah plan lama ni nak pegi ikea. aku siap study dlu apa yg nak beli. sbb apa tau, sbb aku takot aku sampai sane aku blur kat mane nak cari benda yang aku nak tu. hehe. punya la semangat. aku cakap kat laki aku, enough for this year. lol! ni dah nak masuk nov mimi oi. jgn nak kelentong.

untuk bilik tdo aku, aku cari lampu tdo je. sebab aku mmg takley tdo dalam gelap gulita. tak nampak nk nyusu. rafif kan ngempeng lagi malam2. aku cari jumpa la. jom kite jenguk bilik tdo aku.

 masa ni aku tengah ngemas. ni pandangan dari pintu bilik. kepala katil aku dah alih ke tingkap sane. dan katil rafif aku dah keluarkan dari bilik. 

ni lah bilik kedua rumah aku. sebelum ni ni la keadaan bilik ni. wakaka! semak sgt kan? ni kira mcm bilik baju bajan.

taraaa. carpet pertama aku ni aku dah alih letak kat kaki katil. jangan ingat bilik ini akan lapang gini ye. harap bersabar dengan perubahan. jeng jeng jeng!

...

..

..

..

..
 

pergh. terus penuh carpet tadi. huwaa. ko jangan tanya kenapa kat kaki aku terus ada rak sejadah tu. konsep bilik aku, bangun pagi terus hampar sejadah semayang subuh! lol. islamic tak konsep bilik aku. kipas tu lak kegunaan untuk siang hari. sebab siang mmg aku tak bukak ekon. malam aje aku pakai ekon. jam tu? kenapa duduk di sipi pintu toilet? sbb aku malas nk tebuk tembak lain. boleh gitu?

gituww. siap ada model atas katil uolls. tak pakai suar lak tu. wakaka! gini la rupanya. langsir tu jarangg sgt aku selak. sbb aku tak suke bilik yang terang benderang. feeling2 romantik la gelap2. wakaka

ruang ni sempit aje. muat la jalan ketam. lol. tapi disebabkan almari aku sliding mmg jimat space kan. slide ke kiri baju laki. slide ke kanan baju aku. 

ni side table aku. ada frame gambar kegemaran aku. itu sebenarnya hadiah kawen aku dari budak uniten dlu. gler suke! itu bulat tu lampu aku beli kat ikea ritu. bulat omei. klau ikut aku nak beli yg murah rm16 tu je. tapi laki aku slalu gitu. amek yg molek sikit die cakap. ok la aku ikutkan aje. mesti lah color putih. aku mmg peminat putih kan. and itu remote ekon aku. eh ada org tanya aku pasal portable yg aku pakai tukan. hurm. review aku, die sejuk gak. same je dgn ekon atas tu kot. tu tengok aku pakai 24 je suhu. tu pon sejuk sgt. tapi die bising sikit dari ekon tu. ala. klau lama2 ko dah biasa dgn bunyi tu. hehe. dari segi bil letrik. aku tak pasti. aku rasa biasa. skrg ni bil letrik rumah aku mmg 150 ke atas everymonth. aku pon pelik. ke sebab esbok aku besar. hurm. ntah la.

tu jela kot aku nk cite pasal master bedroom. result? puas hati! sebab aku rase senang sikit aku nak pakai baju tak yah g bilik sebelah. hehehe.

13 comments:

Han Hanni said...

comel biliknya..

Saya punya bilik pun kecik je..
Bukan setakat jalan ketam, jalan tapak sulaiman je blh.
hihikk..

Sangat comel bila guna set furniture putih. sangat owesome..

Mimy Hamid said...

huwaa mimi kerajinan mengatur tu....husben tolong tak

PinKy MoMMa said...

putih memang kegilaan sekarang ni kan..walaupun nak kena bertabah jg warna putih..tp putih jg lah yg cantikkk nihhh...letak gambar tu nak feeling penantin muda lettew ;)

Julia Johari said...

rajin ye mimi....suka kerajinan mcm nih...umi Qi tgk pun suka...pandai susun atur

Nurul Izayani said...

Rajin nya mimi! Kemas :)

SUHAIDA said...

alal..omei2..su siang mlm pasang ekon..umah su siang panas,kan tepi pantai..tapi limit 3-4 jam sekali pasang je.setakat ni letrik bawah 100..peti ais su kecik je..hehee

erin said...

hoih mahalnya bil letrikmu..aku sebulan, kalau kerap pasang ekon, 60++, peti aku pun beso, tp x sebeso ko, pehtu aku ada dryer, yang proses mengeringkan baju takes about 4 hours one trip..murahnya bil letrik ku..kehkeh, mungkin sbb aku jarang pasang ekon kot, kecuali klu panas sgt, ate umah tingkat 8, angin sepoi2 sokmo.

mrs kayrul said...

kemas....bila la nak dapat bilik macam nie...simple dan cantik

Fizah said...

kemas dan cantik susunaturnya! :)

Rina Hamid said...

mahalnye bil api. sbb psg ekon ke? huhu. bil rumah sy rm25 je lbh krg. plan nak psg ekon. tp riso kang naik ratus2 pulak.. waaa

Rosmawani♥ said...

Cute sgt bilik mimi... Putih nmpk bersih kan :)

Unknown said...

nampak sweet je bilik tido ni... homey. Tile marble pecah tu cantik sgt.. kalo ditunjukkan sikit pon bagus gak.. cam depan almari tu x perlu ada karpet dah kot. Pandangan peribadi je eh.

anez zamri said...

kemas+rajin+gigih

Cik Puan Mimi © . Designed by MaisarahSidi.com