Assalamualaikum
Disebabkan aku teaser je bilik Rafif semalam, sume pakat sakit hati dengan aku. Hihihi. Ampun. Bilik tu sebenarnya belum sudah. Tapi aku cite la dekat sini sikit2. Ingat sabtu lepas aku kate aku pegi IKEA tu kan. Memang banyak barang yg untuk bilik Rafif aku nak beli.
Yang paling utama, rak TROFAST tu. Memula mmg aku dah berkenan dengan rak yang jenis macam tu. Ala ni kes terpengaruh dengan Wilayah Qaleef la ni. hehe. Aku search dalam website IKEA. Ada satu jenis TROFAST tu harga dia Rm129. Okay, aku dah berkenan. Jadi masuk list lah. Selain dari TROFAST tu aku aim payung canopy omei tu. hehe. hurm lagi. Carpet.
Jom layan picture pulak.
Keadaan bilik buat masa sekarang. Okay sebelum tu ape kate kite tengok proses aku menyiapkan bilik ni. Aura playroom punya pasal kan. Nak salahkan sape? Salah group gojes! haha
Ni keadaan bilik selepas aku dah tolak almari baju aku ke master bedroom. Tinggal lah almari Rafif yang dah lama aku beli tu. IKEA jugak. Harga aku tak pasti. Dalam rm200++. (kak mimy tanya aku tolak sendiri ke almari tu, ye kak. saya tolak sendiri. Lepas tolak terus rase ketar2 tangan- jangan tiru aksi aku ni.wakaka)
Kosong!. Waktu ni belum beli lagi TROFAST tu. cuma dalam kepala aku ni dah plan benda tu nak letak mana2. Senang dalam pale otak je. Hihi.
Waktu ni aku dah balik IKEA. Dan katil dah masuk bilik. Tapi rak TROFAST tu belum pasang sebab aku amek khidmat hantar ke rumah dengan pasang terus. Sebab? tak muat kete! haha. And aku ada beli a few benda lain yang besar. Kos penghantaran ke rumah RM70. Klang Valley. Dan khidmat tukang pasang tu kos 8% from each item. Macam aku kena dalam Rm70 lebih sikit. Bagi aku berbaloi. Sebab aku tak nak susahkan husband nak kena ngadap satu2 pasang. Memang boleh tapi alah dah alang2 suh die hantar tu kan baik suruh die pasang je.
Eh alamak. Cerita aku belum habis lah tadi. Mulanya aku nk beli TROFAST yang harga rm129 tu. Sekali aku cek kecik sangat bagi aku. Mungkin half tinggi die dari yang gambar kat atas ni. Sebab memula aku plan nak turunkan bed Rafif ke level paling bawah. Kira nak sama tinggi dengan rak TROFAST tadi la. Pastu bila nk collect barang dari IKEA tu. Habis stock! puas aku dengan husband dok melilau cari takde. Pastu hubs decided nak amek yang ni. Mahal sikit la. Rm209. Belum termasuk rak merah hijo tu lagi. Tapi amek jugak la. Dah takde kan. Bila balik rumah pasang mmg ngam2 lak size die. So tak jadi nak turunkan bed Rafif tu.
Taraa! setelah siap susun atur. Sume aku buat sendiri. Sebab husband os kan. Aku send gambo ikut wassap je. Hehehe. Alphabets mat tu aku dah lamaa ada. Aku beli masa mydear warehouse sale. Harga dalam rm20++ kot. Carpet Hijau and pink tu pon beli kat IKEA aritu. hahaha. Kalau ahli dapat la murah rm24.90. tapi aku bukan ahli IKEA. So harga die rm34.90. Susun lah situ. kenapa aku amek hijau pink? sebab awal2 aku nak beli rak drawer TROFAST tu color hijau pink gak. Sekali pink nan hado yang besar. aku amek lah merah.
Kotak ni pong aku beli sane. kahkahkah. Kan memula nak amek yang TROFAST kecik tu. Kalau letak ni dalam drawer tu mmg ngam2. Skali aku beli TROFAST besar, tapi kotak ni still beli gak! haha. Lagipon macam kena dengan tema Sailor aku tu. Itu yang lain sume benda lama. kecuali frame gambar.
Atas rak TROFAST ni aku letak education toys untuk senang Rafif capai and main. Yang rumah tu die suke sangat. Kalau tak kena masuk ngamuk! T_T. Ring stack yang itik tu beli kt mydear warehouse lama daah. dah siap hilang ring tu jumpa balik. hahaha.
Ni pandangan ke arah katil. Nampak macam tinggi lak katil tu. Tapi anak teruna aku tu boleh panjat! kemahin die stretching gler2 kaki die nak naik. kahkahkah! Tapi Rafif tak tdo situ pon. Cuma jadi tempat tukar salin baju je. tu sebelah sane ABC and 123 masih ada aku lekatkan atas sikit. takot nak letak pape kat situ terlindung. Sebenarnya push walker tu takyah letak pon takpe. Disebabkan Rafif takde pushcar ke bajak ke. Aku letak jela buat memeriahkan majlis. hahaha.
Diapers and clothes change here! Die mmg tak kan tdo sini lah! Nanti besar2 kena tdo jugak tau. Suruh ayah pasang pagar. buat masa sekarang pagar buang. Sebab senang nk guna katil ni sebagai changing table. Eh tetiba aku rase senang lak pakaikan pampers baju Rafif kat sini. hehehe
Okay ni kat bahagian bawah katil. Aku lekat barang2 macam bedak, minyak yuyi, sikat dalam bakul kuning tu. And kotak rabbit tu mmg benda awal gler aku beli sebelum beranak lagi. dulu aku letak baju Rafif, pastu bila baju pindah masuk almari. Aku guna untuk letak buku2, drawing pad, color pensel. Skrg pon masih aku guna.
Untuk isi pampers! hahaha. Berguna sangat kan?
Ni bahagian tingkap bilik ni. Masih lagi mengekalkan langsir lama. Tapi aku akan tukar soon. Sebab dah beli dah. haha! Cuma panjang blom jahit pendekkan je lagi. Itu meja cam tak? Meja aku letak PC hubs tuu. Sekarang PC dah ada meja die sendiri. So aku recycle jadikan meja Rafif sebab asalnya nak beli meja LACK kat ikea tu tapi habis stock! takpe jimat duit ayah. hehe. Kusi tu beli kat Daiso je. 5 hengget!
Itu jela kot seleruhan bilik Rafif atau Playroom atau Sailor-room! haha. Tapi nanti akan ada penambahan lagi. Yang major dinding! hehe. Nanti aku akan buat "sesuatu" kat wall tu. Soon~ Book Shelf pon belum pasang. dah beli tunggu hubs balik drill. Aku dah brape kali hubs ajar drill. Sekali haram aku tak berani nak guna! haha. Panjang beno entry kali ni. hehe. Reveal sangat kan!! err. satuu je lagi picture ye.
Thanks mom! I LOVEEE MY ROOM~
Hehehe. Saje buh toto situ. tapi tak letak pon. sebab btol2 pintu toilet. tak proper eh.
Gitu jelah kot cite Sailor-room kali ni. Tak nampak sailor sgt kan? hurmm..
Nanti2 aku upgrade jadi sailor sikit. hehe
Till then,
daa~
26 comments:
cantikkkkkkkkkkkk..ai likeee!!! sgt sweet utk budak budak hehehe
ku berkenan lah trofast tu..lawa..
lawa mi bilik rafif ni..ku suka!!!
Ok,suke2! Cantik! And kemas la. Thumbs up!
cantik la..
Cun seh bilik rafif. Bilik rayyan nk buat rombakan jugak.tunggu masa lapang skit.
wahhh..kenan lin..simple tp menarik..cuma kalau boleh minyak yu yi..bedak2 tu semua elakkan letak kt bwh..takut2 terlepas pandang, anak dh pandai selongkar msk mulut pulak..hehehe...
canteknye hoiii...terasa mau mendeco juak rumah comelku itu...tp ku tidak kretip...kehkeh...:D
cantik... suka sangat!
dan dan tu dh ada bilik rafif kan..kan aku dh ckp pasti ada ruang tuh..cuma kita je xcari dan kita sndiri yg pnuhkan ruang tu..gudjob mimi! ok aku mls nk singout emel keje..sbb asyik mtk quot hotell so aku komen pakai emel keje je..huhu...
cantik sgt! suke suke :D
Akk suker!!!
Cntik sgt k..good job!
Cntik sgt k..good job!
cantikkkk!!
tangan aku dah menggigil dah ni mi tgk brg2 rafif. comel2 weh, rasa nak terjah ikea je weekend ni tp rumah iolls tak siap lg. nanti aku jdkan mu inspirasi ye deko2 bilik naurah.. ngeh..
woiii mimi.cantikkk lah woiii~ adoiii aku x tau nk ckp cane~ mmg lawo!
cantekkknyaaa..tiba2 nak cari ruang gak untuk playroom aqeel
cantikkkkk..suke jemahhh tau
sukeeeee sgt... sbb nmpk warna warni.. gudjob mimi...
leh la dhia dtg main ngn rafif nnt...
ms blk kosong nmpk kecik..bila dh msk brg2..eh luasss pulakkk..pandai u deko..nice sgt! ^_^
pehhhhhh cantikkkk
cantik...tenang jer bila tengok warna2 dalam bilik tue
suke suke...kak mimi nak start deko gak hehehe...semangat tgk mimi wlu rumah sewa..u inspired me
Aty pekenan trofast tu...ritu nak beli cegitu la..asben lak tak kenan..geram..tu pakai rak sekrang ni tu...takper2..next baby..eeaah..?? Hahaha
mimi. kalau boleh ke rajin. usha la lakeshore. tp oversea punya. tapi sangat best!!
Thank you all mommies~ suke dengan segala pendapat mommies. nnt time by time sy update lagi ye
Post a Comment